rubrik analitik dan rubrik holistik

3
Rubrik Analitik dan Rubrik Holistik Rubrik Analitik Rubrik Analitik menggambarkan tahap prestasi untuk setiap kriteria supaya guru boleh mentaksir prestasi pelajar untuk setiap kriteria. Dengan menggunakan rubric penyelidikan, guru boleh mentaksir pelajar sama ada telah mencapai tahap lemah, baik, atau cemerlang. Rubrik analitik lebih digemari oleh guru kerana secara tipikal boleh mentaksir setiap kriteria secara berasingan terutama untuk tugasan yang melibatkan bilangan kriteria yang banyak. Rubrik Holistik Rubrik Holistik tidak menyenaraikan tahap prestasi untuk setiap kriteria. Rubrik holistik digunakan apabila penilaian yang cepat dan kasar diperlukan. Kebanyakan rubrik bertulis adalah holistik kerana ia agak sukar untuk meluruskan kejelasan dari organisasi atau kandungan daripada pembentangan. Berapakah tahap prestasi perlu dimasukkan di dalam rubrik? Rubrik boleh mempunyai sekurang-kurangnya dua tahap prestasi atau sebanyak mana yang diperlukan. Rubrik Analitik Sebaiknya dimulakan dengan bilangan tahap prestasi yang kecil untuk kriteria dan boleh dikembangkan sekiranya perlu. Membuat perbezaan prestasi pelajar dalam dua atau tiga kategori yang luas agak sukar. Apabila bilangan tahap bertambah, pertimbangan juga semakin diperhalus. Kemungkinan peningkatan kesalahan bertambah. Fakta menyatakan rubrik boleh diubahsuai dan boleh berubah-ubah menggambarkan rubrik adalah alat yang fleksibel dan boleh dibentuk mengikut keperluan masing-masing. Rubrik Holistik Rubrik holistik biasanya digunakan untuk pertimbangan yang cepat ke atas tugasan. Dicadangkan supaya sebagai permulaan, tahap prestasi yang kecil digunakan. Selepas mengaplikasikan rubric, pertimbangan perlu dilakukan untuk mengembangkan tahap supaya lebih efektif dan menghasilkan variasi dalam prestasi pelajar.

Upload: farzana-zana

Post on 18-Jan-2016

1.478 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

nnnn

TRANSCRIPT

Page 1: Rubrik Analitik Dan Rubrik Holistik

Rubrik Analitik dan Rubrik HolistikRubrik AnalitikRubrik Analitik menggambarkan tahap prestasi untuk setiap kriteria supaya guru boleh mentaksir prestasi pelajar untuk setiap kriteria. Dengan menggunakan rubric penyelidikan, guru boleh mentaksir pelajar sama ada telah mencapai tahap lemah, baik, atau cemerlang. Rubrik analitik lebih digemari oleh guru kerana secara tipikal boleh mentaksir setiap kriteria secara berasingan terutama untuk tugasan yang melibatkan bilangan kriteria yang banyak.Rubrik HolistikRubrik Holistik tidak menyenaraikan tahap prestasi untuk setiap kriteria. Rubrik holistik digunakan apabila penilaian yang cepat dan kasar diperlukan. Kebanyakan rubrik bertulis adalah holistik kerana ia agak sukar untuk meluruskan kejelasan dari organisasi atau kandungan daripada pembentangan.Berapakah tahap prestasi perlu dimasukkan di dalam rubrik?Rubrik boleh mempunyai sekurang-kurangnya dua tahap prestasi atau sebanyak mana yang diperlukan.Rubrik AnalitikSebaiknya dimulakan dengan bilangan tahap prestasi yang kecil untuk kriteria dan boleh dikembangkan sekiranya perlu. Membuat perbezaan prestasi pelajar dalam dua atau tiga kategori yang luas agak sukar. Apabila bilangan tahap bertambah, pertimbangan juga semakin diperhalus. Kemungkinan peningkatan kesalahan bertambah. Fakta menyatakan rubrik boleh diubahsuai dan boleh berubah-ubah menggambarkan rubrik adalah alat yang fleksibel dan boleh dibentuk mengikut keperluan masing-masing.Rubrik HolistikRubrik holistik biasanya digunakan untuk pertimbangan yang cepat ke atas tugasan. Dicadangkan supaya sebagai permulaan, tahap prestasi yang kecil digunakan. Selepas mengaplikasikan rubric, pertimbangan perlu dilakukan untuk mengembangkan tahap supaya lebih efektif dan menghasilkan variasi dalam prestasi pelajar.

Page 2: Rubrik Analitik Dan Rubrik Holistik

PORTFOLIO

Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja pelajar yang telah dipilih dan ditentukan secara spesifik untuk melihat perkembangan pelajar  dan memberi peluang yang besar kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran pentaksiran kendiri (Mueller, 2004)

Portfolio merupakan koleksi evidens yang tersusun dan sistematik, digunakan oleh guru dan pelajar bagi memantau perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar dalam bidang pembelajaran yang spesifik. (Vavrus, 1990)

          Portfolio boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan tujuan ia dihasilkan iaitu:1.     Portfolio Perkembangan (Growth Portfolios) – Dihasilkan untuk menunjukkan

perkembangan atau perubahan yang berlaku sepanjang masa, membantu pelajar membina kemahiran proses seperti penilaian kendiri dan penetapan matlamat, mengenal pasti kekuatan serta kelemahan, dan mengesan pembangunan produk atau prestasi.

2.       Portfolio ‘Showcase’ (Showcase Portfolio) – Digunakan untuk melihat pencapaian pelajar pada hujung tahun atau semester, membantu dalam menyediakan sampel hasil kerja terbaik untuk tujuan pekerjaan atau kemasukan ke kolej, melihat persepsi pelajar dari segi kerja yang mereka gemari, terbaik dan paling penting serta mengkomunikasikan kebolehan semasa pelajar kepada bakal guru mereka.

3.       Portfolio Penilaian (Evaluation Portfolios) – Direka untuk mendokumentasikan pencapaian pelajar bagi tujuan menentukan gred, mendokumentasikan kemajuan pelajar berdasarkan standard yang ditetapkan serta menempatkan pelajar sewajarnya.

Dalam merekabentuk tugasan berbentuk portfolio, beberapa persoalan perlu dikemukakan sebagai panduan kepada pelajar. Antara persoalan tersebut adalah:

1.       Tujuan : Apakah tujuan portfolio dihasilkan?2.       Audien : Untuk siapakah portfolio tersebut dihasilkan?3.       Kandungan : Apakah sampel hasil kerja pelajar yang perlu dimasukkan?4.       Proses :  Apakah proses yang terlibat dalam menghasilkan portfolio?5.       Pengurusan : Bagaimanakah masa dan bahan diuruskan dalam penghasilan portfolio?6.       Komunikasi : Bagaimana dan bila portfolio akan dikongsi bersama audien?

7.       Penilaian : Sekiranya portfolio digunakan untuk tujuan penilaian, bila dan bagaimana ia akan dinilai?