rph sejarah tahun 4 beh
DESCRIPTION
BMTRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SEJARAH
Mata Pelajaran dan Kelas
Sejarah Tahun 4 Maju
Tema/Tajuk Tokoh terbilang kesultanan melayu Melaka
Masa 8.40 – 9.40 pagi
FokusStandard Kandungan: 5.2 Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka
Standard Pembelajaran: 5.2.3 Menyatakan peristiwa pembukaan Melaka.5.2.4 Menyatakan asal usul nama Melaka berdasarkanpelbagai sumber.K5.1.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang boleh dicontohi
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat;i. Menyatakan peristiwa pembukaan Melaka.ii. Menyatakan asal usul nama Melaka berdasarkan pelbagai
sumber.iii. Menyenaraikan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang boleh
dicontohi
Aktiviti 1. Menonton tayangan video peristiwa pembukaan Melaka oleh Parasmewara.
2. Berperihal tentang kandungan dalam video tersebut. 3. Menonton tayangan video asal usul nama Melaka4. Murid dan guru menyatakan asal usul nama Melaka
berdasarkan pelbagai sumber.
EMK Nilai Murni – Patrionisme,Bertanggngjawab KPS – Memahami kronologi Dimensi Kewarganegaraan – kesetiaanTMK – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar Komputer, LCD,DVD, slaid powerpoint, buku latihan, alat tulis
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Menyatakan peristiwa pembukaan Melaka dan asal usul nama
Melaka berdasarkan pelbagai sumber
Refleksi 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.
5
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI EMK CATATAN
Permulaan (5 minit)
Menonton tayangan video klip
1. Murid menonton tayangan video klip Pembukaan Melaka Oleh Parameswara
2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan klip video yang ditayangkan:
a) Siapakah watak utama dalam video ini?Murid menjawab soalan guru secara lisan
b) Apakah isi penting yang dapat murid lihat dalam video ini?Murid menjawab secara lisan
c) Apakah akibat cerita ini? Murid menjawab soalan guru
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
Nilai Murni
-PatriotismeBertanggungjawab
EMK
-TKP
-TMK
KB
-Menjana Idea-menghubung kait
BBM
-Komputer riba,
LCD, DVD
Aktiviti 1 (15 minit)
1. Guru mengedar sampul surat yang berisi
kertas warna bercetak rentetan peristiwa
pembukaan melaka.
2. Murid-murid dibahagi kumpulan lalu menyusun kertas warna bercetak rentetan peristiwa pembukaan Melaka mengikut kronologi yang betul.
3. Guru meminta kumpulan yang berjaya menyusun terlebih dahulu dengan betul kronologi sejarah pembukaan Melaka tampil ke hadapan dan menampal kertas bercetak pada papan tulis.
4. Guru meminta semua murid menyalin kronologi peristiwa pembukaan Melaka dalam
EMK
keusahawanan
Nilai
Bekerjasama
KB
menjana idea
BBMKertas warnaSampul suratBlue tag
6
buku latihan masing-masing.
Aktiviti 2 (20 minit)
1. Guru menunjukkan gambar slaid/ klip video asal usul nama Melaka.
2. Murid menamakan pokok tempat di mana Parameswara bersandar ketika peristiwa menggagumkan itu berlaku.
3. Guru menyatakan sumber lain sejarah pembukaan Melaka.
Nilai
Bekerjasama
EMK
ICT
KB
Menjana Idea
BBM:Klip video
Aktiviti 3 (15 minit)
1. Guru mengedarkan bola berlampu kepada murid –murid dalam kadar yang cepat di mana apabila lampu berhenti bernyala murid yang memegang bola berlampu tersebut harus tampil ke hadapan untuk menceritakan kembali rentetan peristiwa pembukaan Melaka secara lisan untuk menguji tahap kefahaman murid.
2. Murid diminta memberi pandangan mereka tentang peristiwa pembukaan Melaka
EMK
ICT
KB
menjana idea
menjelas
BBM
Bola berlampu
Penutup (5 minit)
1. Guru menunjukkan gambar Melaka- slaid powerpoint pada masa sekarang dan pada masa dahulu.
2. Murid diminta membuat perbandingan dari aspek pembangunan.
Nilai
Bersyukur
KB
Membuat
perbandingan
BBM:
Gambar Melaka
slaid powerpoint
7