rph renang

9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU KEMAHIRAN HIDUP RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENSYARAH: AGOS BIN ATAN NORMAN LIZAM BIN SULAIMAN (800204-05-5325) KPLI- KDC PENDIDIKAN KHAS AMBILAN NOVEMBER 2009

Upload: nioskrasta

Post on 26-Jun-2015

419 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Renang

institut pendidikan guru kampus temenggong ibrahim, johor bahru

KEMAHIRAN HIDUP

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENSYARAH: AGOS BIN ATAN

NORMAN LIZAM BIN SULAIMAN (800204-05-5325)

KPLI- KDC PENDIDIKAN KHAS

AMBILAN NOVEMBER 2009

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Page 2: RPH Renang

Tahun (kelas) : 4 Gigih

BIlangan murid : 15 orang Tarikh : 16/12/2009

Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Masa : 8.00-8.30 pagi

Tajuk yang hendak diajar : Renang – Keapungan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat melakukan apungan di

dalam air dengan bantuan guru.

Isi Pelajaran : Konsep apungan di dalam air.

Pengetahuan sedia ada : Mandi di jeram atau sungai.

Bahan Sumber Pengajaran : Buku: Renang Meniti Tangga Kejayaan

Nilai Murni : Keyakinan diri

Kajian Masa depan / Kemahiran Berfikir : Alat apungan automatik/ Membuat ramalan

Langkah Keselamatan (jika perlu) : 1. Jangan sesekali berenang bersendirian. Guru sentiasa

berada menemani murid.

2. Ketahui kawasan yang dirancang untuk berenang.

3. Jangan mengunyah gula-gula getah semasa berenang.

4. Jangan berasa terlalu megah dengan keupayaan atau

ketahanan diri.

5. Jangan sesekali berenang sebaik sahaja selepas

makan hidangan berat.

6. Sentiasa berwaspada ketika menyelam.

7. Jangan berlari, menolak orang lain, atau bergurau

secara kasar semasa berada di geladak kolam renang.

Page 3: RPH Renang

Penyampaian Isi pelajaran /kemahiran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set Induksi

5 minit

Pengenalan Guru menerangkan: kepentingan kemahiran apungan badan. Konsep apungan di dalam air.

Langkah 1

5 minit

1. Pemanasan dan Pernafasan

2. Regangan

Berdiri tegak sambil meletakkan kedua-dua tangan pada sisi tubuh.

Tarik nafas dalam dalam. Perlahan-lahan depangkan kedua-dua tangan. Gerakkan ke atas sehingga kedua-dua bertemu tegak di

atas kepala. Sambil menghembuskan nafas, perlahan-lahan turunkan

kedua-dua tangan ke bawah. Ulang sebanyak 10 kali. Berdiri tegak dengan kedua-dua tangan memaut

Berdiri tegak dengan kedua-dua kaki direnggangkan. Tangan diletakkan di sisi tubuh. Perlahan-lahan angkat tangan hingga melepasi kepala dan

regangkan setinggi yang boleh. Sambil menjengketkan tubuh pada hujung tubuh. Turunkan tumit kaki dan perlahan-lahan turunkan juga

kedua-dua tangan anda sehingga sampai ke aras bahu. Pusingkan bahagian atas tubuh dari aras pinggang

perlahan-lahan ke kiri. Balik semula ke posisi hadapan dan pusingkan tubuh ke

kiri seberapa jauh yang boleh. Balik semula ke posisi hadapan dan bongkokkan bahagian

atas tubuh ke depan sehingga hujung jari tangan dapat menyentuh jari kaki.

Kembali berdiri tegak lurus dan ulangi senaman sambil

Guru mengawasi sambil membetulkan kesilapan.

Page 4: RPH Renang

memusingkan tubuh ke kanan pula.

Langkah 2

3 minit

Latih Ansur Maju Cuba tarik nafas lebih banyak. Pakai gogal dan pandang ke dinding kolam Pakai tali pinggang apung yang kecil Minta bantuan rakan supaya berdiri di samping murid

untuk meningkatkan keyakinan. Turunkan badan perlahan-lahan ke bawah sambil tangan

memegang tebing. Perlahan-lahan apungkan badan ke permukaan.

ABM: Gogal, tali pinggang apung.

Setiap murid bergilir-gilir

Nilai murni: keyakinan diri

Page 5: RPH Renang

Fasa Bersedia Tegakkan kepala. Pegang hujung tebing dengan hanya dua jari setiap

tangan. Rapatkan tubuh ke dinding kolam. Bengkokkan lutut.

Langkah 3

3 minit

Fasa Turun Tarik nafas dalam-dalam. Turunkan tubuh perlahan-lahan ke dalam air. Tahan nafas. Turunkan tangan ke dalam air.

Page 6: RPH Renang

Langkah 43 minit

Fasa Pemulihan Luruskan tangan tangan ke hadapan. Pegang tebing kolam. Berdiri.

Langkah 56 minit

Latih tubi Ulangi pencarian latihan keapungan menegak sebanyak 5 kali.

Cuba sambilmemejamkan mata dan mencelikkan mata. Jangan dongakkan kepala ke belakang. Perlahan-lahan turunkan badan ke posisi terapung.

Penutup 5 minit

Mengapung Pada akhir sesi aktiviti di dalam air: Berehat seminit sebelum beredar. Sambil berada dalam air separas dada, apungkan tubuh

dan bernafas perlahan-lahan dan dalam-dalam selama 30

kali. Kemudian baring terlentang, biarkan tumit berada di

dasar kolam. Apungkan tubuh tanpa bergerak. Tarik nafas dalam-dalam, tahan selama 5 saat. Hembuskan kemudian tarik semula nafas dengan cepat

dan tahan lagi.

Page 7: RPH Renang

Apungkan tubuh selama 3 minit.

Penilaian Teknik apungan dan kegunaannya untuk kemahiran seterusnya.

Guru akan memberi mata setiap kali murid berjaya menyempurnakan latih tubi.

Pelajar akan cuba sehingga dapat mengumpul 5 mata maksimum.

Catatan guru: Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Catatan Penyelia: