rph psv membuat congkak mini tahun 4

6
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Tarikh : 28 Ogos 2013 Hari : Rabu Masa : 11.15 am-12.15 am Kelas/Tahun : 4 Merah Bilangan Murid : 34 Orang Bidang : Membentuk Dan Membuat Binaan Tema/Tajuk : Alat Permainan Tradisional: Congkak Mini Hasil Pembelajaran Menggunakan asas seni reka dalam membentuk dan membuat binaan. Aras 1 i. Menghasilkan objek 3D yang mudah dengan menggunakan elemen Asas Seni Reka seperti bentuk dan ruang. Aras 2 i. Mengaplikasi konsep, struktur dan imbangan dalam membentuk dan membuat binaan yang berfungsi.

Upload: agnes-lema

Post on 30-Nov-2015

120 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANKERJA BERKUMPULAN

TRANSCRIPT

Page 1: RPH PSV MEMBUAT CONGKAK MINI TAHUN 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tarikh : 28 Ogos 2013

Hari : Rabu

Masa : 11.15 am-12.15 am

Kelas/Tahun : 4 Merah

Bilangan Murid : 34 Orang

Bidang : Membentuk Dan Membuat Binaan

Tema/Tajuk : Alat Permainan Tradisional: Congkak Mini

Hasil Pembelajaran

Menggunakan asas seni reka dalam membentuk dan membuat binaan.

Aras 1

i. Menghasilkan objek 3D yang mudah dengan menggunakan elemen Asas

Seni Reka seperti bentuk dan ruang.

Aras 2

i. Mengaplikasi konsep, struktur dan imbangan dalam membentuk dan

membuat binaan yang berfungsi.

Page 2: RPH PSV MEMBUAT CONGKAK MINI TAHUN 4

Aras 3

i. Menghasilkan binaan 3D yang lebih kompleks dengan mengutamakan

kemahiran memotong, mencantum dan mengikat.

ii. Membuat pernyataan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan.

Objektif Pembelajaran: Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini,

murid dapat;

i. Menghasilkan binaan 3D yang berfungsi .

ii. Mengaplikasikan asas seni reka dalam menghasilkan binaan 3D.

iii. Membuat refleksi mengenai hasil kerja dalam kumpulan.

Pengalaman Sedia Ada Murid : murid pernah melihat alat permainan congkak

Penerapan Nilai Murni : bekerjasama, tolong menolong, tekun, menjaga

kebersihan dan berdisiplin

Alat/Bahan Bantu Mengajar : alat permainan congkak buatan sendiri, gambar-

gambar congkak

KBKK : menyelesaikan masalah, membuat sekuen,

menjana idea

Alat Dan Bahan Untuk Membuat Hasil Kerja:

Persediaan Murid Jumlah Persediaan Guru Jumlah

1. Kotak terpakai

2. Botol terpakai

3. Gam UHU/Gajah

4. Warna air

5. Berus air

6. Pensel

7. Gunting/cutter

knife

34 buah

34 buah

34 buah

34 kotak

34 batang

34 batang

34 buah

1. Botol terpakai

2. Gam UHU/Gajah

3. Pensel

4. Gunting/cutter

knife

10 buah

10 buah

10 batang

10 buah

Page 3: RPH PSV MEMBUAT CONGKAK MINI TAHUN 4

LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Langkah/masa Butiran pengajaran dan

pembelajaran

ABM/catatan

Set Induksi

(5 Minit)

1. Guru menunjukkan

gambar alat permainan

congkak dan orang yang

sedang bermain congkak.

i. Apakah gambar ini?

(ABM lampiran 1)

ii. Apakah yang

sedang dilakukan

oleh orang di dalam

gambar ini?

(ABM Lampiran 2)

iii. Pernahkah murid-

murid bermain

permainan ini?

2. Guru mengaitkan isi

pelajaran dengan jawapan

murid.

Pengalaman Sedia Ada

Murid:

- Murid pernah melihat

alat permainan

congkak

Penerapan Nilai Murni:

- Berdisiplin

KBKK:

- Menjana idea

Perkembangan

(50 minit)

1. Guru menunjukkan alat

permainan congkak yang

sudah dihasilkan oleh

guru.

(ABM 3:lampiran 3

2. Guru mengedarkan

lembaran pengurusan

grafik iaitu langkah-

langkah untuk

menghasilkan alat

Objektif Pembelajaran:

i. Menghasilkan

binaan 3D yang

berfungsi .

ii. Mengaplikasikan

asas seni reka

dalam

menghasilkan

binaan 3D.

iii. Membuat refleksi

mengenai hasil

Page 4: RPH PSV MEMBUAT CONGKAK MINI TAHUN 4

permainan congkak

daripada bahan terpakai.

(ABM 4: lampiran 4)

3. Guru membuat demostrasi

cara-cara membuat alat

permainan congkak.

4. Murid-murid dibahagikan

kepada lima kumpulan.

Setiap kumpulan mesti

menghasilkan satu alat

permainan congkak.

Segala hiasan dan reka

bentuk adalah mengikut

kreativiti kumpulan

masing-masing.

5. Guru membimbing murid

menghasilkan alat

permainan congkak serta

memberi tunjuk ajar

sepanjang proses

menghasilkan alat

permainan congkak.

6. Setelah siap menghasilkan

alat permainan congkak,

sekurang-kurangnya dua

kumpulan dipilih/sukarela

untuk membuat apresiasi

mengenai hasil kerja

kumpulan masing-masing.

kerja dalam

kumpulan.

Penerapan Nilai Murni:

- bekerjasama, tolong

menolong, tekun,

menjaga kebersihan

dan berdisiplin

KBKK:

- Menyelesaikan

masalah, membuat

sekuen, menjana idea

Page 5: RPH PSV MEMBUAT CONGKAK MINI TAHUN 4

7. Guru membimbing murid

membuat apresiasi.

8. Hasil kerja murid disimpan

untuk kegunaan sekolah

sebagai koleksi alat

permainan tradisional.

Penutup

(5 minit)

1. Murid membuat

pembersihan di sekitar

kawasan dalam kelas.

Penerapan Nilai Murni:

- Menjaga kebersihan

dan berdisiplin

Ulasan pensyarah/guru pembimbing

Tandatangan ,

.............................................

( )

Tarikh: