rph plc moral t3 2015.doc

5
Toolkit LS 2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN [RPH] Sekolah SMK Dato Permaisuri Tarikh 9 Mac 2015 Tingkatan/Kelas 3K/3J Waktu 7.00 am – 8.20 am Saiz kelas 21 orang Tempoh (minit) 80 minit Mata Pelajaran Pendidikan Moral Bidang Pembelajaran 1 (Perkembangan Diri) Topik Berhemah dalam perbelanjaan Nilai Kesederhanaan Konsep Utama Amalan menerapkan sikap berjimat cermat semasa berbelanja Rasional Kepentingan sikap bersederhana dalam kehidupan seharian Objektif Pembelajaran i. Murid-murid akan dapat memahami maksud nilai kesederhanaan tanpa merujuk buku. ii. Murid-murid dapat membanding bezakan amalan perbelanjaan sesama mereka dalam kehidupan seharian. Hasil Pembelajaran Di akhir pengajaran, murid-murid sepatutnya dapat : a) Menyenaraikan tips atau cara berbelanja secara bijak. b) Menyedari kepentingan sikap sederhana semasa berbelanja c) Mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan seharian. Pengetahuan Lepas Pelajar i. Murid dapat mengenal pasti amalan berjimat cermat yang diamalkan oleh mereka setiap kali membuat perbelanjaan. Kemahiran Berfikir i. Murid dapat menganalisis dan menyenaraikan amalan semasa mereka berbelanja. Nilai Murni i.Bekerjasama, saling membantu, toleransi dan hormat-menghormati.

Upload: aisyatul-ulya

Post on 12-Jan-2016

386 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH plc moral t3 2015.doc

Toolkit LS 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN [RPH]

Sekolah SMK Dato Permaisuri Tarikh 9 Mac 2015Tingkatan/Kelas 3K/3J Waktu 7.00 am – 8.20 amSaiz kelas 21 orang Tempoh (minit) 80 minitMata Pelajaran Pendidikan Moral Bidang

Pembelajaran1 (Perkembangan Diri)

Topik Berhemah dalam perbelanjaanNilai KesederhanaanKonsep Utama Amalan menerapkan sikap berjimat cermat semasa berbelanjaRasional Kepentingan sikap bersederhana dalam kehidupan seharianObjektif Pembelajaran

i. Murid-murid akan dapat memahami maksud nilai kesederhanaan tanpa merujuk buku.ii. Murid-murid dapat membanding bezakan amalan perbelanjaan sesama mereka dalam

kehidupan seharian.

Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajaran, murid-murid sepatutnya dapat :a) Menyenaraikan tips atau cara berbelanja secara bijak.b) Menyedari kepentingan sikap sederhana semasa berbelanjac) Mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan seharian.

Pengetahuan Lepas Pelajar i. Murid dapat mengenal pasti amalan berjimat cermat yang diamalkan oleh mereka setiap kali membuat perbelanjaan.

Kemahiran Berfikir i. Murid dapat menganalisis dan menyenaraikan amalan semasa mereka berbelanja.

Nilai Murni i.Bekerjasama, saling membantu, toleransi dan hormat-menghormati.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

(1) Rujukan Buku teks, buku rujukan(2) Alat Papan putih, pen marker pelbagai warna(3) Bahan Kertas mahjong, edaran guru, gambar

Pendekatan Pengajaran

Penerangan, tugasan kumpulan, perbincangan dan soal jawab.

Page 2: RPH plc moral t3 2015.doc

Toolkit LS 2

Perkembangan

Pengajaran

Kandungan / Konsep

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

(Tindakan Guru dan Aktiviti Murid)

Jangkaan Pemikiran Murid

Catatan/Nota

Fasa 1

SET INDUKSI / PENGENALAN

(5 minit)

Mencungkil sifat ingin tahu pelajar

i. Guru menunjukkan dua contoh gambar.

ii. Guru meminta murid meneka kaitan antara kedua gambar yang ditunjukkan tadi.

iii. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pdp pada hari ini.

iv. Seterusnya, guru akan menyenaraikan hasil pembelajaran yang ingin dicapai di akhir pengajaran dan pembelajaran.

i. Guru meransang minda murid dengan meminta murid menjelaskan apakah yang terlintas di fikiran mereka apabila melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru.

ii. Murid memberikan pelbagai andaian dan kaitan antara dua gambar tersebut.

ABM:Gambar

Nilai Murni:Menghormati dan mendengar arahan guru

Kemahiran Berfikir : Murid menghubungkait bahan dengan topik pembelajaran

Page 3: RPH plc moral t3 2015.doc

Toolkit LS 2

Fasa 2

PERKEMBANGAN

(Penerokaan)(20 minit)

Definisi nilai Kesederhanaan

i. Guru memulakan pengajaran dengan menerangkan definisi nilai kesederhanaan

ii. Guru bertanyakan soalan kepada murid tentang kefahaman mereka mengenai sikap berjimat cermat

iii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang maksud nilai.

iv. Kemudian, guru akan memperjelaskan maksud nilai kesederhanaan secara terperinci.

v. Murid memberi respon positif terhadap pertanyaan guru.

i. Murid memahami bahawa pelajaran hari ini adalah berkaitan nilai kesederhanaan.

ii. Murid memahami maksud nilai kesederhanaan apabila mereka dapat menjawab semula persoalan guru tentang kesederhanaan.

Nilai Murni : Keberanian

Kemahiran Berfikir : Murid menganalisis persoalan yang ditanya oleh guru.

Fasa 3

Aktiviti berkumpulan

(25 minit)

Mengenalpasti tips berbelanja secara bijak.

i. Guru meminta murid membentuk 4 kumpulan.

ii. Guru akan memberi penjelasan tentang aktiviti yang akan dilakukan ini.

iii. Murid diberi masa selama 15 minit untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

iv. Guru membincangkan hasil dapatan kumpulan dengan murid

i. Murid bergerak mengikut kumpulan masing-masing.

ii. Perbincangan dalam kumpulan dilakukan oleh murid.

iii. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan

Permainan word puzzle

ABM: Kertas mahjong Nilai Murni : Kerjasama dan Berdikari

Kemahiran Berfikir: Setiap kumpulan bekerjasama mengenalpasti cara berbelanja dengan bijak.

Page 4: RPH plc moral t3 2015.doc

Toolkit LS 2

Fasa 4

Aktiviti Individu

(20 minit)

Mengenalpasti dan menyedari kebaikan/ kepentingan sikap sederhana.

i. Guru memberi masa 15 minit untuk menjawab soalan yang diberikan. (rujuk buku latihan PPPM m.s 20)

ii. Guru meminta murid memberikan jawapan mereka.

i. Murid yang terpilih akan memberikan jawapan (kepentingan kesederhanaan) berdasarkan situasi tersebut.

Permainan Lucky Number

ABM: Buku PPPM dan papan tulis Kemahiran Berfikir : Pelajar berinteraksi dengan guru dengan memberi pendapat masing-masing.

Fasa 5

PENUTUPAN Pentaksiran / Kesimpulan(10 minit)

i. Penilaian pemahaman murid serta pelarasan pembelajaran pelajar.

ii.Rumusan pelajaran.

iii.Latihan pengukuhan.

i. Perbincangan soalan KBAT- Soalan: Nyatakan amalan

kesederhanaan dalam menyambut majlis sambutan hari raya

ii. Kemudian, guru meminta murid membuat soalan latihan di dalam buku kerja masing-masing sambil dipantau oleh guru.

iii.Kemudian, guru dan murid akan bersama-sama menyemak soalan latihan dan membuat pembetulan jika pelajar membuat kesalahan.

iv.Guru merumuskan isi pelajaran secara keseluruhan dengan mengaitkan dengan hasil pembelajaran.

i. Murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

ii. Murid mempelajari kesilapan dan membetulkan kesalahan mereka.

iii. Kemudian, seorang murid bangun dan membuat kesimpulan tentang isi pelajaran yang telah dipelajari.

Kemahiran Berfikir : Kemahiran menghuraikan pendapat dan pandangan.

Page 5: RPH plc moral t3 2015.doc

Toolkit LS 2