rph kapasiti aerobik tahun 1

10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 1 (KSSR) Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Modul : Kecergasan Aspek : 3 – Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Standard Kandungan : Kapasiti Aerobik 3.2 Berkebolehan melakukan aktiviti yang membina kapasiti aerobik. Standard Pembelajaran : 3.2.1 Melakukan aktiviti berterusan dalam jangka masa yang ditetapkan. 4.2.3 Menyatakan senaman yang boleh menguatkan jantung. 5.4.2 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan. Tarikh : 9 April 2015 Masa : 7.40 Pagi – 8.10 Pagi Tahun : 1 Amanah Bilangan Murid : L - 9 P - 8 Penerapan nilai : Memberikan kerjasama kepada rakan dan guru. Kemahiran berfikir : Memberikan sebab terhadap kejayaan dalam permainan. Strategi utama : Teori Kecerdasan Pelbagai Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Bahan Sumber P & P Bilangan Bahan Sumber P & P Bilangan Sarung tangan 17 Bangku 1 Skitel besar 14 Batang kayu 3 1

Upload: gobi-krrish

Post on 21-Dec-2015

162 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

RPH PJ TAHUN 1

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Kapasiti Aerobik Tahun 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 1 (KSSR)

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Modul : Kecergasan

Aspek : 3 – Kecergasan Meningkatkan Kesihatan

Standard Kandungan : Kapasiti Aerobik

3.2 Berkebolehan melakukan aktiviti yang membina kapasiti aerobik.

Standard Pembelajaran : 3.2.1 Melakukan aktiviti berterusan dalam jangka masa yang ditetapkan.

4.2.3 Menyatakan senaman yang boleh menguatkan jantung.

5.4.2 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan.

Tarikh : 9 April 2015

Masa : 7.40 Pagi – 8.10 Pagi

Tahun : 1 Amanah

Bilangan Murid : L - 9

P - 8

Penerapan nilai : Memberikan kerjasama kepada rakan dan guru.

Kemahiran berfikir : Memberikan sebab terhadap kejayaan dalam permainan.

Strategi utama : Teori Kecerdasan Pelbagai

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

Bahan Sumber P & P Bilangan Bahan Sumber P & P Bilangan

Sarung tangan 17 Bangku 1

Skitel besar 14 Batang kayu 3

Skitel kecil 16 Gelung 5

Laptop & pembesar suara 1 Bakul 2

Boneka lidi 2 Bola 15

Dadu 4 Tali 8

1

Page 2: RPH Kapasiti Aerobik Tahun 1

Bahagian /Masa

Aktiviti Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Catatan

Permulaan( 5 minit )

1. Kehadiran2. Kesihatan3. Pakaian

‘Hidup Mati’

Kehadiran murid direkodkan. Guru memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Guru memastikan pakaian murid seragam dan kemas.

Fokus PembelajaranMemanaskan badan dan regangan untuk mewujudkan kesediaan diri.

Organisasi Kelas Kehadiran murid direkodkan. Guru memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Guru memastikan pakaian murid seragam dan kemas. Guru memperkenalkan permainan ‘Hidup Mati’ kepada

semua murid. Tiga orang murid akan dilantik sebagai pengejar. Murid-murid berdiri berselerak dalam kawasan yang

ditetapkan. Apabila wisel ditiupkan, murid-murid dibenarkan berlari

anak bebas dalam kawasan aktiviti. Apabila seorang murid itu disentuh oleh pengejar akan

dikira sebagai ‘Mati’. Murid yang ‘Mati’ tersebut hendaklah berduduk diam

sahaja di tempat itu sehingga disentuh oleh seorang kawan lain yang berlari.

Pengejar-pengejar itu hendaklah menjaga orang yang dimatikannya supaya tidak dilepaskan oleh kawan-kawannya.

Aktiviti dijalankan selama lima minit.

Ciri Strategi1. Kinestatik2. Interpersonal3. Visual-ruang

BSPP1. Sarung tangan2. Skitel besar3. Wisel

Catatan:Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat mengetahui kepentingan perkara-perkara berikut:a. mewujudkan

kesediaan diri.b. mematuhi arahan

guru.

2

Page 3: RPH Kapasiti Aerobik Tahun 1

Bahagian /Masa

Aktiviti Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Catatan

Murid-murid belari bebas dalam kawasan yang ditetapkan.

Petunjuk:Skitel besarPengejarMurid-murid

Perkembangan( 7 minit ) ‘Lemak

Jantung’

Fokus PembelajaranMelakukan pelbagai jenis pergerakan anggota badan mengikut lagu secara berterusan dalam jangka masa tertentu.

Organisasi Kelas Guru menggunakan dua boneka lidi keadaan kecergasan

manusia yang berbeza untuk murid-murid membanding beza.

Selepas itu, guru akan memberitahu murid-murid tentang kebaikan melakukan senaman sebagai rutin harian yang dapat menguatkan jantung dan membina badan yang sihat untuk memberikan satu gambaran secara menyeluruh berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari.

Murid-murid berdiri secara bebas di kawasan kon yang

Ciri Strategi1. Intrapersonal2. Kinestetik3. Muzik4. Visual-ruang

BSPP1. Laptop2. Pembesar suara3. Skitel besar4. Boneka lidi

3

Page 4: RPH Kapasiti Aerobik Tahun 1

Bahagian /Masa

Aktiviti Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Catatan

Aktiviti

telah ditetapkan. Guru memimpin murid melakukan pelbagai jenis

pergerakan anggota badan dengan iringan lirik muzik The Exercise Song.

Seterusnya, guru memimpin murid melakukan aktiviti senamrobik mengikut irama lagu Jantungku.

Dua boneka lidi gambar digunakan untuk menunjukkan keadaan kecergasan fizikal dua manusia untuk murid-murid membanding

beza.

Murid-murid melakukan pelbagai jenis pergerakan anggota badan mengikut pergerakan guru.

Catatan:Melalui aktiviti ini, murid-murid berpeluang untuk mengalami:a. perbuatan pelbagai

jenis pergerakan anggota badan mengikut lirik lagu dan aktiviti senamrobik mengikut irama lagu secara berterusan dalam jangka masa tertentu.

b. kebaikan senaman untuk menguatkan jantung dan membina badan yang sihat.

4

Page 5: RPH Kapasiti Aerobik Tahun 1

Bahagian /Masa

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

Petunjuk:Skitel besarGuruMurid-murid

Catatan

Kemuncak( 14 minit ) ‘Heart Rate’

Fokus PembelajaranPermainan bersyarat.

Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat atau lima orang

murid. Salah seorang murid daripada kumpulan masing-masing

akan dilantik sebagai wakil kumpulan. Guru memperkenalkan permainan ‘Heart Rate’ kepada

semua murid. Ahli kumpulan masing-masing diminta berada di kawasan

permulaan. Apabila wisel dibunyikan, permainan akan bermula.

Setiap wakil kumpulan perlu pergi ke kawasan tengah untuk melontar dadu.

Selepas itu, ahli kumpulan masing-masing perlu bergerak mengikut nombor dadu yang dilontar ke kawasan yang disediakan.

Seterusnya, mereka perlu bertindak mengikut arahan di atas kertas A4 kawasan tersebut seperti ‘Lompat bintang’ secara berterusan sehingga wisel dibunyikan oleh guru.

Kemudian, setiap wakil kumpulan perlu pergi ke kawasan tengah untuk melontar dadu lagi dan begitu dengan seterusnya.

Sekiranya kumpulan tersebut bergerak ke kawasan yang sama dengan kumpulan lain, maka kumpulan tersebut diminta melontar sekali lagi dadu.

Ciri StrategiKinestatikInterpersonalVisual-ruangLogik-matematik

BSPP1. Skitel2. Tilam nipis3. Dadu4. Bangku5. Batang kayu6. Gelung7. Bakul8. Bola9. Tali

Catatan:Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat:a. Melakukan pelbagai

pergerakan secara berterusan yang dapat membantu dalam menguatkan jantung.

5

Page 6: RPH Kapasiti Aerobik Tahun 1

Bahagian /Masa

Aktiviti Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Catatan

Petunjuk:1. Naik turun bangku2. Lompat sisi3. Memutar gelung4. Lompat ketingting secara ulang-alik5. Burpee6. Merangkak buaya sambil menggolekkan bola dengan

sebelah tangan7. Lompat tali dengan ayunan ke hadapan8. High knee9. Lompat bintang10. Sit ups11. Lari secara ulang-alik12. Lari sisi secara ulang-alik

6

Page 7: RPH Kapasiti Aerobik Tahun 1

Bahagian /Masa

Aktiviti Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Catatan

Penutup(4 minit ) ‘Immunity vs.

Virus’

Fokus PembelajaranKualiti pergerakan semasa menyejukkan badan.

Organisasi Kelas Dua orang murid dipilih menjadi “virus”. Mereka perlu

memegang kedua-dua belah tangan antara satu sama lain di hadapan atas kepala mereka.

Murid-murid lain berperanan sebagai “sel-sel badan”. Semasa muzik dimainkan, “sel-sel badan” perlu berjalan

mengikut rentak muzik yang perlahan dalam satu barisan untuk melalui di bawah tangan “virus”.

Apabila muzik diberhentikan, “sel-sel badan” yang ditangkap oleh “virus” akan bertukar menjadi “virus” dan “virus” itu akan bertukar menjadi “sel-sel badan”.

Petunjuk:Skitel besarVirusSel-sel badan

Ciri Strategi1. Intrapersonal2. Kinestetik3. Muzik4. Visual-ruang

BSPP1. Laptop2. Pembesar suara3. Skitel besar

Catatan:Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai:a. kualiti pergerakan

semasa menyejukkan badan.

b. kepentingan senaman untuk meningkatkan imuniti badan.

7

Murid bergerak secara perlahan dalam kawasan yang ditetapkan.

Page 8: RPH Kapasiti Aerobik Tahun 1

Bahagian /Masa

Aktiviti Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Catatan

Soal-jawab dan rumusan isi pelajaran

Antara soalan yang dilontarkan adalah seperti berikut:i. Apakah jenis senaman yang dapat menguatkan

jantung?ii. Apakah kebaikan senaman?

Isi pelajaran tentang kapasiti aerobik dihuraikan.

Ciri Strategi1. Verbal-linguistik

Catatan:Melalui aktiviti ini, murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai:a. jenis senaman yang

dapat menguatkan jantung

b. kebaikan senaman yang dibelajari

8