garis panduan pelaksanaan program mengoptimumkan kapasiti latihan … panduan ds... · 2016. 1....

36
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN KEMAHIRAN (DOUBLE SHIFT) DI INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM) BAGI TAHUN 2015 HINGGA 2019

Upload: others

Post on 12-Nov-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM

MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN

KEMAHIRAN (DOUBLE SHIFT) DI INSTITUSI

LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)

BAGI TAHUN 2015 HINGGA 2019

Page 2: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

(i)

KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN 1

2. OBJEKTIF 1

3. SASARAN PELAKSANAAN 2

4. KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM DOUBLE SHIFT –

KURSUS SEPENUH MASA

4.1 Syarat Kemasukan 2

4.2 Tempoh Latihan 2

4.3 Kemudahan yang Disediakan 3

4.4 Kos Latihan 3

4.5 Iklan Kemasukan, Pemilihan Pelajar dan Surat Tawaran 4

4.6 No. Daftar Pelajar (NDP) 4

4.7 Skop Pengurusan Kualiti 4

4.8 Silibus Latihan 5

4.9 Sistem Penilaian Pelajar 5

4.10 Peperiksaan 6

4.11 Persijilan 7

4.12 Konvokesyen 7

5. KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM DOUBLE SHIFT

– KURSUS JANGKA PENDEK (MODULAR / CUSTOMISED

/ PROFESIONAL)

5.1 Syarat Kemasukan 8

5.2 Tempoh Latihan 9

5.3 Kategori Kursus 9

5.4 Persijilan 10

5.5 Kaedah Bayaran 10

Page 3: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

(ii)

5.6 Bayaran Elaun Pengajar dan Pengajar Jemputan 12

6. LAPORAN PENCAPAIAN

6.1 Kursus Sepenuh Masa 12

6.2 Kursus Jangka Pendek (Modular / Customised / Profesional) 13

7. LAPORAN PERBELANJAAN 13

8. PERATURAN TATATERTIB PELAJAR 13

9. URUSETIA PROGRAM 14

Page 4: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN

KAPASITI LATIHAN (DOUBLE SHIFT) DI ILJTM

BAGI TAHUN 2015 HINGGA 2019

______________________________________________________________________

1. PENDAHULUAN

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Februari 2014 yang dipengerusikan oleh YAB

Perdana Menteri, telah mencadangkan Institut Latihan Kemahiran di bawah

pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan yang mempunyai lebihan kapasiti agar

penyelarasan kemudahan dan kapasiti dilaksanakan dan seterusnya memastikan

sumber-sumber sedia ada digunakan dengan optimum termasuk secara

perkongsian bersama sebagai langkah untuk meningkatkan pendapatan rakyat

sebagai strategi mengimbangi kesan peningkatan kos sara hidup.

Pada 10 Oktober 2014, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri

Kewangan I telah membentangkan Bajet Tahun 2015. Dalam pembentangan

tersebut, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM 570 juta untuk

pelaksanaan Program Mengoptimumkan Kapasiti Latihan (Double Shift) di Institusi

Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) bagi mengeluarkan anggaran tambahan

keluaran tenaga kerja mahir seramai 115,970 dalam tempoh 2015 hingga 2019.

2. OBJEKTIF

Program Mengoptimumkan Kapasiti Latihan di ILJTM (Double Shift) bertujuan untuk

merealisasikan sasaran 50 peratus pembangunan tenaga mahir Negara menjelang

tahun 2020 dan seterusnya mendokong pelaksanaan Pelan Strategik Kementerian

Sumber Manusia.

Page 5: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

2

3. SASARAN PELAKSANAAN

Pelaksanaan Program Double Shift ini mensasarkan pengeluaran tambahan tenaga

kerja mahir seramai 115,907 orang bagi tempoh 5 tahun pelaksanaannya meliputi

Program Sepenuh Masa, Program Profesional dan Program Modular/Customised.

Secara keseluruhannya adalah dianggarkan sasaran bilangan pelajar / peserta

yang terlibat dalam program ini mengikut pecahan agihan Institusi Latihan Jabatan

Tenaga Manusia (ILJTM) - JMTI, ADTEC dan ILP seperti dalam Lampiran A.

4. KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM DOUBLE SHIFT

– KURSUS SEPENUH MASA

4.1 Syarat Kemasukan

Syarat Am kemasukan pelajar ke kursus Double Shift di ILJTM adalah

seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur 17 hingga 35 tahun; dan

iii. Tertakluk kepada syarat kemasukan kursus mengikut klausa

4.1.1 dan 4.1.2

4.1.1 Persijilan JTM

i. Minimum LULUS SPM mengikut syarat kemasukan terkini bagi

setiap kursus yang ditawarkan (Rujuk Lampiran 1)

4.1.2 Persijilan Kemahiran Malaysia

i. Tamat Tingkatan 5, menduduki SPM dengan LULUS Bahasa

Melayu di peringkat SPM (bagi penawaran kursus SKM Tahap

1 atau 2, tertakluk kepada tahap SKM terendah yang

ditawarkan); atau

ii. Mempunyai SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan (bagi

penawaran kursus SKM Tahap 3 sahaja); atau

iii. Mempunyai SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan (bagi

penawaran kursus DKM Tahap 4 sahaja); dan

Page 6: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

3

iv. Syarat di atas tertakluk kepada perancangan dan kelulusan

Pengarah institusi berkaitan.

4.2 Tempoh Latihan

4.2.1 Persijilan JTM

Pelajar bagi program ini adalah tertakluk kepada jumlah minggu

latihan seperti Kalendar Latihan yang dikeluarkan oleh Jabatan.

4.2.2 Persijilan Kemahiran Malaysia

Tempoh latihan bagi pelajar yang ditawarkan dengan Program

Double Shift ini adalah mengikut jumlah jam bagi setiap tahap

kemahiran yang ditawarkan. (Rujuk Panduan Pelaksanaan dan

Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah terkini yang dikeluarkan oleh

pihak JPK).

4.3 Kemudahan yang Disediakan

4.3.1 Asrama

Asrama disediakan kepada pelajar peringkat Sijil secara percuma.

Pelajar Program Double Shift layak dipertimbangkan untuk

mendiami asrama (sekiranya ada kekosongan).

4.3.2 Makan

Makan pelajar disediakan secara percuma kepada pelajar yang

menetap di asrama.

4.3.3 Elaun

Elaun bagi pelajar peringkat Sijil RM 100 sebulan dan RM 300

sebulan (bagi yang tinggal di luar asrama).

Page 7: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

4

4.4 Kos Latihan

4.4.1 Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu

Penetapan yuran pendaftaran adalah tertakluk kepada institusi dan

memo penetapan bayaran maksimum Minggu Silaturahim (MSR)

dengan rujukan JTM/HQ/800-11(22) yang bertarikh pada 17 Mei

2013 berkuatkuasa.

4.4.2 Yuran Pengajian

Yuran pengajian adalah percuma (program peringkat Sijil) dan

Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

disediakan bagi program peringkat Diploma (tertakluk kepada

syarat kelayakan).

4.5 Iklan Kemasukan, Pemilihan Pelajar dan Surat Tawaran

Pihak institusi bertanggungjawab untuk membuat hebahan dan iklan

kemasukan pelajar bagi Program Double Shift termasuk Pemilihan Pelajar

dan seterusnya mengeluarkan Surat Tawaran Kemasukan.

4.6 No. Daftar Pelajar (NDP)

Pelajar program Double Shift perlu didaftarkan dalam sistem Training

Management System (TMS) bagi tujuan penjanaan Nombor Daftar Pelajar

(NDP) dan enrolmen dalam sistem. Pendaftaran program dan pendaftaran

subjek dalam TMS adalah mengikut jenis persijilan seperti berikut :

4.6.1 Persijilan JTM

Pendaftaran program dan pendaftaran subjek menggunakan kod

program sedia ada (seperti di Lampiran B1 – B3) dan kod subjek

mengikut silibus yang dibangunkan oleh JTM.

Page 8: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

5

4.6.2 Persijilan Kemahiran Malaysia

Pendaftaran program dan pendaftaran subjek menggunakan kod

kursus khas seperti di Lampiran C1 – C3.

4.7 Skop Pengurusan Kualiti

Pelajar bagi Program Double Shift dan mendaftar bagi persijilan JTM adalah

termasuk dalam skop Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Jabatan. Manakala

pelajar yang mendaftar bagi persijilan Kemahiran Malaysia sahaja adalah

dikecualikan daripada skop Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JTM.

4.8 Silibus Latihan

Penggunaan silibus bagi pelajar Program Double Shift adalah seperti berikut:

4.8.1 Persijilan JTM

Menggunakan silibus JTM sedia ada termasuk subjek umum.

4.8.2 Persijilan Kemahiran Malaysia

Menggunakan silibus JTM sedia ada. Subjek umum boleh

dikecualikan bagi kumpulan pelajar ini.

4.9 Sistem Penilaian Pelajar

4.9.1 Persijilan JTM

Tertakluk dengan Panduan Sistem Penilaian ILJTM termasuk

panduan Penilaian Persijilan Kemahiran Malaysia yang

berkuatkuasa. Pelajar yang memenuhi syarat persijilan bagi

penilaian ILJTM dan penilaian Persijilan Kemahiran Malaysia layak

menerima Sijil JTM dan Sijil SKM/DKM.

Page 9: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

6

4.9.2 Persijilan Kemahiran Malaysia

Penilaian adalah mengikut Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian

(Rujuk Panduan dan Peraturan-peraturan Pentauliahan Persijilan

Kemahiran Malaysia 2007) yang telah dikeluarkan oleh pihak JPK.

Tidak melibatkan CGPA serta dikecualikan daripada menjalani

Latihan Industri (LI) bagi pengajian Program Sijil.

Nota: Semua pelajar program ini perlu didaftarkan dengan JPK bagi tujuan

persijilan SKM.

4.10 Peperiksaan

Penggubalan soalan adalah secara berpusat dengan pecahan soalan seperti

berikut:

4.10.1 Persijilan JTM

Mengikut pelaksanaan peperiksaan sedia ada.

4.10.2 Persijilan Kemahiran Malaysia

i. Teori – 60 soalan bagi setiap Semester

ii. Amali – 1 soalan amali bagi setiap Semester

(Tempoh peperiksaan adalah selama seminggu)

Nota: Pihak ILJTM perlu melaporkan kepada Bahagian Kawalan Teknikal

Ibupejabat bilangan calon bagi persijilan SKM bagi tujuan cetakan soalan.

4.11 Persijilan

Pelajar Program Double Shift akan dipersijilkan dengan persijilan seperti

berikut:

Page 10: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

7

4.11.1 Persijilan JTM

Pelajar yang memenuhi syarat persijilan bagi penilaian ILJTM dan

penilaian Persijilan Kemahiran Malaysia layak menerima Sijil JTM

dan Sijil SKM/DKM.

4.11.2 Persijilan Kemahiran Malaysia

Pelajar yang memenuhi syarat persijilan bagi penilaian Persijilan

Kemahiran Malaysia layak menerima sijil mengikut tahap yang

didaftarkan.

4.12 Konvokesyen

Pelajar Program Double Shift digalakkan untuk menyertai Majlis

Konvokesyen ILJTM mengikut ketetapan berikut:

4.12.1 Persijilan JTM

Pelajar yang memenuhi syarat persijilan bagi penilaian ILJTM dan

penilaian Persijilan Kemahiran Malaysia digalakkan untuk

menyertai Majlis Konvokesyen ILJTM.

4.12.2 Persijilan Kemahiran Malaysia

Pelajar yang memenuhi syarat persijilan bagi penilaian Persijilan

Kemahiran Malaysia digalakkan untuk menyertai konvokesyen

peringkat institut (Tertakluk kepada perancangan dan peruntukan

institut)

Page 11: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

8

5. KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM DOUBLE SHIFT

– KURSUS JANGKA PENDEK (MODULAR / CUSTOMISED / PROFESIONAL)

5.1 Syarat Peserta

5.1.1 Syarat Umum

Peserta yang layak mengikuti Kursus Jangka Pendek Double Shift

adalah seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia;

ii. Mempunyai kebolehan 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan

Mendengar);

iii. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota yang boleh

menghalang daripada mengikuti latihan kemahiran yang

ditawarkan; dan

iv. Memenuhi syarat-syarat bagi kursus yang ingin diambil (jika

berkaitan).

5.1.2 Syarat Peserta (Pengajar ILJTM)

i. Kursus yang dipohon perlu berkaitan dengan bidang tugas

ii. Belum pernah mengikuti kursus Profesional yang sama yang

dibiayai oleh Kerajaan. Penajaan bagi satu-satu Persijilan

Profesional adalah sekali sahaja sepanjang perkhidmatan.

iii. Penyertaan dan keputusan kursus ini perlu direkodkan di

dalam Buku Perkhidmatan kakitangan berkenaan; dan

iv. Jika pengajar gagal dalam ujian yang ditetapkan, bayaran untuk

mengulang tidak akan dibiayai oleh kerajaan.

Nota : Pengarah institut perlu memastikan perkara i hingga iv ini

dipatuhi.

Page 12: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

9

5.1.3 Syarat Peserta (Pelajar ILJTM)

i. Belum pernah mengikuti kursus Profesional yang sama yang

dibiayai oleh Kerajaan; dan

ii. Jika pelajar gagal dalam ujian yang ditetapkan, bayaran untuk

mengulang tidak akan dibiayai oleh kerajaan.

Nota : Pengarah institut perlu memastikan perkara i dan ii

dipatuhi.

5.2 Tempoh Latihan

Tempoh latihan bagi peserta yang ditawarkan dengan Program Double Shift

ini adalah mengikut jumlah jam yang telah ditetapkan oleh satu-satu Kursus

Jangka Pendek (KJP).

5.3 Kategori Kursus

5.3.1 Kursus Modular / Customised

Kursus Modular adalah kursus yang ditawarkan mengikut modul

yang dirancang manakala kursus customised pula adalah kursus

khusus yang dijalankan mengikut permintaan majikan / individu

setelah perbincangan dua hala dengan pihak ILJTM.

5.3.2 Kursus Profesional

Kursus yang dikategorikan di bawah Kursus Profesional adalah

kursus yang mendapat pengiktirafan dari badan bertauliah atau

badan profesional. Latihan akan dilaksanakan secara sepenuh

masa dan/atau separuh masa dengan penganugerahan persijilan

Profesional oleh badan-badan bertauliah, seperti persijilan CSWIP

3.0 dan CSWIP 3.1 dari The Welding Institute (TWI) untuk bidang

Welding, Cisco Certified Entry Network Technician (CCENT) dan

Cisco Certified Network Associate (CCNA) dari Cisco untuk bidang

Information and Communication Technology (ICT), Chargeman A0

Page 13: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

10

dari Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk bidang Elektrik dan lain-lain

kursus kemahiran teknikal yang berkaitan.

5.4 Persijilan

5.4.1 Sijil Penyertaan untuk Kursus Modular dan Customised

Peserta akan diberikan Sijil Penyertaan oleh ILJTM bagi kursus

yang diikuti samada secara modular atau customised sekiranya

melengkapkan kursus di dalam tempoh yang ditetapkan.

5.4.2 Sijil Profesional

Peserta akan dianugerahkan Sijil Profesional oleh badan-badan

bertauliah dan diiktiraf mengikut kursus yang diikuti sekiranya

mengikuti kursus dengan jayanya dan mematuhi syarat yang telah

ditetapkan.

5.5 Kaedah Bayaran

5.5.1 Kursus Modular/ Customised

Program ini merupakan program berbayar sama ada ditaja oleh

majikan atau ditanggung oleh peserta. Penetapan yuran kursus

adalah tertakluk kepada ILJTM dan Panduan Pelaksanaan Kursus

Jangka Pendek (KJP) yang sedang berkuatkuasa. Yuran kursus

akan disalurkan kepada Akaun Amanah Institut bagi menampung

perbelanjaan yang meliputi bayaran bahan guna habis, elaun

pengajar, pengajar jemputan, makan peserta dan penyelenggaraan

peralatan.

5.5.2 Persijilan Profesional

Program Persijilan Profesional ini dilaksanakan melalui kaedah

perkongsian pintar (smart partnership) dimana perkongsian kos

(cost sharing) dilaksanakan di antara ILJTM dengan Industri /

Syarikat / peserta. Kos ini meliputi yuran kursus yang dikenakan

Page 14: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

11

oleh ILJTM dan Yuran Persijilan Profesional (termasuk yuran

peperiksaan – jika berkaitan) yang dikenakan oleh Badan Persijilan

yang diiktiraf.

Kos Persijilan Profesional

= Yuran kursus + Yuran Persijilan Profesional

Dimana:

Yuran kursus :

Yuran dikenakan ILJTM bagi bayaran bahan guna habis, elaun

pengajar, elaun pengajar jemputan, makan peserta,

penyelenggaraan peralatan serta lain-lain kos yang berkaitan

Yuran Persijilan Profesional :

Yuran yang dikenakan oleh Badan Persijilan (termasuk yuran

peperiksaan – jika berkaitan)

Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut :

i. Kursus Persijilan Profesional melibatkan industri/

syarikat / individu

Bagi menampung kos Persijilan Profesional yang tinggi,

maka Kos Persijilan Profesional akan dibayar seperti kaedah

berikut:-

Dalam masa yang sama, industri / syarikat / individu akan

dikenakan bayaran yuran kursus serta separuh kos

Persijilan Profesional yang akan disalurkan kepada Akaun

Amanah Institut. Yuran kursus yang dikenakan adalah bagi

menampung perbelanjaan yang meliputi bayaran bahan

guna habis, elaun pengajar, elaun pengajar jemputan, makan

Page 15: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

12

peserta, penyelenggaraan peralatan serta lain-lain kos yang

berkaitan.

Kos Persijilan Profesional (dibiayai industri/ syarikat/ peserta)

= Yuran kursus + ½ Yuran Persijilan Profesional

ii. Persijilan Profesional melibatkan pengajar dan pelajar

ILJTM

ILJTM akan membayar keseluruhan Kos Persijilan

Profesional dengan menggunakan peruntukan Double Shift.

Kos Persijilan Profesional (dibiayai ILJTM)

= Yuran kursus + Yuran Persijilan Profesional

5.6 Bayaran Elaun Pengajar dan Pengajar Jemputan

Sekiranya pelaksanaan kursus mengunapakai tatacara Akaun Amanah

Institut, maka Pengajar layak untuk dibayar elaun mengajar mengikut

kelulusan kadar elaun Pengajar yang telah diluluskan oleh Kementerian

Kewangan, iaitu :

i. Pengajar Berijazah : RM 50.00 sejam

ii. Pengajar Tanpa Ijazah : RM 40.00 sejam

Bayaran Pengajar Jemputan yang dilantik oleh ILJTM pula adalah tertakluk

dan merujuk kepada Pekeliling semasa yang sedang berkuatkuasa.

6. LAPORAN PENCAPAIAN

6.1 Kursus Sepenuh Masa

Page 16: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

13

6.1.1 Laporan kemasukan dan enrolmen kursus sepenuh masa perlu

dihantar kepada Bahagian Pengurusan Latihan Ibupejabat pada

setiap sesi sebelum 31hb Januari atau 31hb Julai pada tahun

semasa.

6.1.2 Laporan keluaran kursus sepenuh masa perlu dihantar ke Bahagian

Kawalan Teknikal Ibupejabat setelah pelajar menamatkan latihan.

6.2 Kursus Jangka Pendek (Modular / Customised / Profesional)

6.2.1 Laporan pencapaian Kursus Jangka Pendek (KJP) perlu dihantar

kepada Bahagian Kawalan Teknikal Ibupejabat sebelum atau pada

25hb setiap bulan mengikut format yang telah ditetapkan.

6.2.2 Senarai nama dan maklumat lengkap peserta yang mengikuti

Kursus Persijilan Profesional (mengikut format yang ditetapkan)

perlu dihantar bersama laporan bulanan KJP bagi tujuan

pemantauan dan rekod.

6.2.3 Peserta kursus adalah dikehendaki untuk mengisi Soal Selidik

Keberkesanan KJP ILJTM secara online di dalam laman web JTM.

7. LAPORAN PERBELANJAAN

Laporan status prestasi perbelanjaan keseluruhan Program Double Shift mengikut

Objek Sebagai (OS) perlu dihantar kepada Bahagian Kewangan pada setiap suku

tahun.

8. PERATURAN TATATERTIB PELAJAR

Pelajar yang ditawarkan ke Program Double Shift adalah terikat kepada Buku

Peraturan Tatatertib Pelajar ILJTM yang sedang berkuatkuasa.

Page 17: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

14

9. URUSETIA PROGRAM

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

a) Bahagian Pengurusan Latihan – Pengambilan pelajar kursus sepenuh masa

dan laporan statistik pengambilan, enrolmen dan keluaran:

i. Pn. Noor Hazlina binti Khalid

Emel : [email protected]

No. Telefon : 03-8886 5551

ii. Pn. Wan Noormaheran binti Wan Hussin

Emel : wnmaheran@ mohr.gov.my

No. Telefon : 03-8886 2418

b) Bahagian Kawalan Teknikal – Kursus Jangka Pendek (Modular, Customised

dan Profesional) dan Persijilan:

i. Pn. Azreen Zuriathy binti Abdul Halim

Emel : [email protected]

No. Telefon : 03-8886 5575

ii. Cik Hjh Noor Lisa Rahmat

Emel : [email protected]

No. Telefon : 03-8886 5549

iii. Pn. Azlina binti Mohamad Shafie (Persijilan)

Emel : [email protected]

No. Telefon : 03-8886 5585

Page 18: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

15

c) Bahagian Kewangan – Peruntukan kewangan dan status perbelanjaan:

i. Pn. Sofiah binti Abd. Ghafar

Emel : [email protected]

No. Telefon : 03-8886 5560

Page 19: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

1 A01 Teknologi Mekanik Industri A01-01 A01-02 A01-03 A01-04

2 A02 Teknologi Pemesinan Am A02-01 A02-02 A02-03 A02-04

3 A03 Teknologi Pemesinan CNC A03-01 A03-02 A03-03 A03-04

4 A04 Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Die ) A04-01 A04-02 A04-03 A04-04

5 A05 Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Mould ) A05-01 A05-02 A05-03 A05-04

6 A06 Teknologi Foundri A06-01 A06-02 A06-03 A06-04

7 A07 Pembuat Corak Foundri

8 A08 Teknologi Kimpalan Arka dan Gas A08-01 A08-02 A08-03 A08-04

9 A09 Teknologi Fabrikasi Logam A09-01 A09-02 A09-03 A09-04

10 A10 Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas A10-01 A10-02 A10-03 A10-04

11 A11 Teknologi Automotif A11-01 A11-02 A11-03 A11-04

12 A12 Teknologi Rekabentuk Produk Industri A12-01 A12-02 A12-03 A12-04

13 A13 Teknologi Kenderaan Perdagangan Berat A13-01 A13-02 A13-03 A13-04

14 A14 Teknologi Jaminan Kualiti A14-01 A14-02 A14-03 A14-04

15 A15 Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan) A15-01 A15-02 A15-03 A15-04

16 A16 Teknologi Penyelenggaraan Kapalterbang (Mekanikal-Kerangka Pesawat dan Enjin)

17 A17 Teknologi CADD Mekanikal (Minyak dan Gas) A17-01 A17-02 A17-03 A17-04

MEKANIKAL

LAMPIRAN B1

BIDANG

SENARAI NAMA KURSUS PERINGKAT SIJIL

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

1

Page 20: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 3 SEM 4 SEM 5 SEM 6

1 K01 Diploma Teknologi Kimpalan K01-03 K01-04 K01-05 K01-06

2 K02 Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan) K02-03 K02-04 K02-05 K02-06

3 K03 Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) K03-03 K03-04 K03-05 K03-06

4 K04 Diploma Teknologi Jaminan Kualiti K04-03 K04-04 K04-05 K04-06

5 K05 Diploma Teknologi Mekatronik K05-03 K05-04 K05-05 K05-06

6 K06 Diploma Teknologi Komposit K06-03 K06-04 K06-05 K06-06

7 K07 Diploma Teknologi Polimer K07-03 K07-04 K07-05 K07-06

8 K08 Diploma Teknologi Seramik K08-03 K08-04 K08-05 K08-06

9 K09 Diploma Teknologi Rekabentuk Produk Industri K09-03 K09-04 K09-05 K09-06

10 K10 Diploma Teknologi Automotif K10-03 K10-04 K10-05 K10-06

11 K11 Diploma Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal K11-03 K11-04 K11-05 K11-06

12 K12 Diploma Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas K12-03 K12-04 K12-05 K12-06

13 K13 Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang K13-03 K13-04 K13-05 K13-06

14 K14 Diploma Teknologi Fabrikasi Logam K14-03 K14-04 K14-05 K14-06

LAMPIRAN B2

SENARAI NAMA KURSUS PERINGKAT DIPLOMA

MEKANIKALBIDANG

1

Page 21: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS STATUS KEMASUKAN

1 R04 Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Dijalankan DIPLOMA / DKM

2 S01 Diploma Lanjutan Teknologi Kimpalan Dijalankan DKM

3 S02 Diploma Lanjutan Teknologi Pengeluaran Dijalankan DKM

4 S03 Diploma Lanjutan Teknologi Pembuatan Belum dijalankan DKM

5 S04 Diploma Lanjutan Teknologi Jaminan Kualiti Dijalankan DKM

6 S05 Diploma Lanjutan Teknologi Mekatronik Tukar Bidang DKM

7 S06 Diploma Lanjutan Teknologi Bahan Termaju (Komposit) Belum dijalankan DKM

8 S07 Diploma Lanjutan Teknologi Bahan Termaju (Polimer) Belum dijalankan DKM

9 S08 Diploma Lanjutan Teknologi Bahan Termaju (Seramik) Belum dijalankan DKM

10 S09 Diploma Lanjutan Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal Belum dijalankan DKM

11 S10 Diploma Lanjutan Teknologi Automotif Dijalankan DKM

Bil. Kursus yang dijalankan : 5

BIL KOD KURSUS STATUS KEMASUKAN

1 R01 Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Dijalankan DIPLOMA / DKM

2 R03 Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik Dijalankan DIPLOMA / DKM

3 T01 Diploma Lanjutan Teknologi Elektrik (Kuasa) Belum dijalankan DKM

4 T02 Diploma Lanjutan Teknologi Elektronik Belum dijalankan DKM

5 T03 Diploma Lanjutan Teknologi Telekomunikasi Belum dijalankan DKM

6 T04 Diploma Lanjutan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Belum dijalankan DKM

7 T05 Diploma Lanjutan Teknologi Penyelenggaraan Elektrikal Belum dijalankan DKM

8 T06 Diploma Lanjutan Teknologi Instrumen (Kawalan Proses) Belum dijalankan DKM

9 T07 Diploma Lanjutan Teknologi Mekatronik Dijalankan DKM

Bil. Kursus yang dijalankan : 3

LAMPIRAN B3

SENARAI NAMA KURSUS PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI

BIDANG MEKANIKAL

BIDANG ELEKTRIK

1

Page 22: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

1 ZA01 Teknologi Mekanik Industri ZA01-01 ZA01-02 ZA01-03 ZA01-04

2 ZA02 Teknologi Pemesinan Am ZA02-01 ZA02-02 ZA02-03 ZA02-04

3 ZA03 Teknologi Pemesinan CNC ZA03-01 ZA03-02 ZA03-03 ZA03-04

4 ZA04 Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Die ) ZA04-01 ZA04-02 ZA04-03 ZA04-04

5 ZA05 Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Mould ) ZA05-01 ZA05-02 ZA05-03 ZA05-04

6 ZA06 Teknologi Foundri ZA06-01 ZA06-02 ZA06-03 ZA06-04

7 A07 Pembuat Corak Foundri

8 ZA08 Teknologi Kimpalan Arka dan Gas ZA08-01 ZA08-02 ZA08-03 ZA08-04

9 ZA09 Teknologi Fabrikasi Logam ZA09-01 ZA09-02 ZA09-03 ZA09-04

10 ZA10 Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas ZA10-01 ZA10-02 ZA10-03 ZA10-04

11 ZA11 Teknologi Automotif ZA11-01 ZA11-02 ZA11-03 ZA11-04

12 ZA12 Teknologi Rekabentuk Produk Industri ZA12-01 ZA12-02 ZA12-03 ZA12-04

13 ZA13 Teknologi Kenderaan Perdagangan Berat ZA13-01 ZA13-02 ZA13-03 ZA13-04

14 ZA14 Teknologi Jaminan Kualiti ZA14-01 ZA14-02 ZA14-03 ZA14-04

15 ZA15 Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan) ZA15-01 ZA15-02 ZA15-03 ZA15-04

16 A16 Teknologi Penyelenggaraan Kapalterbang (Mekanikal-Kerangka Pesawat dan Enjin)

17 ZA17 Teknologi CADD Mekanikal (Minyak dan Gas) ZA17-01 ZA17-02 ZA17-03 ZA17-04

SENARAI NAMA KURSUS PERINGKAT SIJIL

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

MEKANIKAL

LAMPIRAN C1

BIDANG

1

Page 23: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 3 SEM 4 SEM 5 SEM 6

1 ZK01 Diploma Teknologi Kimpalan ZK01-03 ZK01-04 ZK01-05 ZK01-06

2 ZK02 Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan) ZK02-03 ZK02-04 ZK02-05 ZK02-06

3 ZK03 Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) ZK03-03 ZK03-04 ZK03-05 ZK03-06

4 ZK04 Diploma Teknologi Jaminan Kualiti ZK04-03 ZK04-04 ZK04-05 ZK04-06

5 ZK05 Diploma Teknologi Mekatronik ZK05-03 ZK05-04 ZK05-05 ZK05-06

6 ZK06 Diploma Teknologi Komposit ZK06-03 ZK06-04 ZK06-05 ZK06-06

7 ZK07 Diploma Teknologi Polimer ZK07-03 ZK07-04 ZK07-05 ZK07-06

8 ZK08 Diploma Teknologi Seramik ZK08-03 ZK08-04 ZK08-05 ZK08-06

9 ZK09 Diploma Teknologi Rekabentuk Produk Industri ZK09-03 ZK09-04 ZK09-05 ZK09-06

10 ZK10 Diploma Teknologi Automotif ZK10-03 ZK10-04 ZK10-05 ZK10-06

11 ZK11 Diploma Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal ZK11-03 ZK11-04 ZK11-05 ZK11-06

12 ZK12 Diploma Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas ZK12-03 ZK12-04 ZK12-05 ZK12-06

13 ZK13 Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang ZK13-03 ZK13-04 ZK13-05 ZK13-06

14 ZK14 Diploma Teknologi Fabrikasi Logam ZK14-03 ZK14-04 ZK14-05 ZK14-06

LAMPIRAN C2

SENARAI NAMA KURSUS PERINGKAT DIPLOMA

MEKANIKALBIDANG

1

Page 24: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS STATUS KEMASUKAN

1 R04 Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Dijalankan DIPLOMA / DKM

2 S01 Diploma Lanjutan Teknologi Kimpalan Dijalankan DKM

3 S02 Diploma Lanjutan Teknologi Pengeluaran Dijalankan DKM

4 S03 Diploma Lanjutan Teknologi Pembuatan Belum dijalankan DKM

5 S04 Diploma Lanjutan Teknologi Jaminan Kualiti Dijalankan DKM

6 S05 Diploma Lanjutan Teknologi Mekatronik Tukar Bidang DKM

7 S06 Diploma Lanjutan Teknologi Bahan Termaju (Komposit) Belum dijalankan DKM

8 S07 Diploma Lanjutan Teknologi Bahan Termaju (Polimer) Belum dijalankan DKM

9 S08 Diploma Lanjutan Teknologi Bahan Termaju (Seramik) Belum dijalankan DKM

10 S09 Diploma Lanjutan Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal Belum dijalankan DKM

11 S10 Diploma Lanjutan Teknologi Automotif Dijalankan DKM

Bil. Kursus yang dijalankan : 5

BIL KOD KURSUS STATUS KEMASUKAN

1 R01 Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Dijalankan DIPLOMA / DKM

2 R03 Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik Dijalankan DIPLOMA / DKM

3 T01 Diploma Lanjutan Teknologi Elektrik (Kuasa) Belum dijalankan DKM

4 T02 Diploma Lanjutan Teknologi Elektronik Belum dijalankan DKM

5 T03 Diploma Lanjutan Teknologi Telekomunikasi Belum dijalankan DKM

6 T04 Diploma Lanjutan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Belum dijalankan DKM

7 T05 Diploma Lanjutan Teknologi Penyelenggaraan Elektrikal Belum dijalankan DKM

8 T06 Diploma Lanjutan Teknologi Instrumen (Kawalan Proses) Belum dijalankan DKM

9 T07 Diploma Lanjutan Teknologi Mekatronik Dijalankan DKM

Bil. Kursus yang dijalankan : 3

LAMPIRAN C3

SENARAI NAMA KURSUS PERINGKAT DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI

BIDANG MEKANIKAL

BIDANG ELEKTRIK

1

Page 25: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS STATUS KEMASUKAN

1 N01 Diploma Lanjutan Teknologi Binaan Belum dijalankan DKM

Bil. Kursus yang dijalankan : 0

BIL KOD KURSUS STATUS KEMASUKAN

1 R02 Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer Dijalankan DIPLOMA / DKM

2 H01 Diploma Lanjutan Teknologi Komputer (Sistem) Dijalankan DKM

3 H02 Diploma Lanjutan Teknologi Komputer (Rangkaian) Belum dijalankan DKM

4 H03 Diploma Lanjutan Teknologi Perisian (Sistem Maklumat) Dijumudkan DKM

5 H04 Diploma Lanjutan Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) Belum dijalankan DKM

6 H05 Diploma Lanjutan Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) Belum dijalankan DKM

7 H06 Diploma Lanjutan Teknologi Komputer (Keselamatan) Belum dijalankan DKM

Bil. Kursus yang dijalankan : 2

Bilangan

R Diploma Lanjutan Tek. Kejuruteraan (JMTI)

S Bidang Mekanikal 5

T Bidang Elektrik 3

N Bidang Sivil 0

H Bidang ICT 2

Maklumat Kod Kursus

BIDANG ICT

BIDANG SIVIL

2

Page 26: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 3 SEM 4 SEM 5 SEM 6

1 ZL01 Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa) ZL01-03 ZL01-04 ZL01-05 ZL01-06

2 ZL02 Diploma Teknologi Elektronik ZL02-03 ZL02-04 ZL02-05 ZL02-06

3 ZL03 Diploma Teknologi Telekomunikasi ZL03-04 ZL03-05 ZL03-06

4 ZL05 Diploma Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara ZL05-03 ZL05-04 ZL05-05 ZL05-06

5 ZL08 Diploma Teknologi Mikroelektronik ZL08-04 ZL08-05 ZL08-06

6 ZL09 Diploma Teknologi Instrumentasi (Kawalan Proses) ZL09-04 ZL09-05 ZL09-06

7 L10 Diploma Teknologi Komunikasi Tanpa Wayar

8 L11 Diploma Teknologi Penyelenggaraan Elektrikal

9 ZL12 Diploma Teknologi Mekatronik ZL12-03 ZL12-04 ZL12-05 ZL12-06

10 ZL13 Diploma Teknologi Automasi dan Robotik ZL13-03 ZL13-04 ZL13-05 ZL13-06

BIL KOD KURSUS SEM 3 SEM 4 SEM 5 SEM 6

1 ZM01 Diploma Teknologi Binaan (Sivil dan Struktur) ZM01-03 ZM01-04 ZM01-05 ZM01-06

2 ZM02 Diploma Teknologi Penyelenggaraan Bangunan & Fasiliti ZM02-03 ZM02-04 ZM02-05 ZM02-06

3 ZM03 Diploma Teknologi CADD Senibina ZM03-03 ZM03-04 ZM03-05 ZM03-06

ELEKTRIK

SIVIL

BIDANG

BIDANG

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

2

Page 27: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 3 SEM 4 SEM 5 SEM 6

1 ZG01 Diploma Teknologi Komputer (Sistem) ZG01-04 ZG01-05 ZG01-06

2 ZG02 Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian) ZG02-04 ZG02-05 ZG02-06

3 G03 Diploma Teknologi Perisian (Sistem Maklumat)

4 ZG04 Diploma Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) ZG04-04 ZG04-05 ZG04-06

5 ZG05 Diploma Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) ZG05-04 ZG05-05 ZG05-06

6 G06 Diploma Teknologi Komputer (Keselamatan)

J Diploma Tek. Kejuruteraan (JMTI)

K Bidang Mekanikal

L Bidang Elektrik

M Bidang Sivil

G Bidang Komputer

TIDAK BERKENAAN

Maklumat Kod Kursus

KOMPUTERBIDANG

TIDAK BERKENAAN

Program DKM yang bermula dengan Tahap 3 : Enrol menggunakan kod Semester 3

Program DKM yang bermula dengan Tahap 4 : Enrol menggunakan kod Semester 4

3

Page 28: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

18 ZA18 Sijil Teknologi Minyak dan Gas - Mekanikal (Plant/Downstream) ZA18-01 ZA18-02 ZA18-03 ZA18-04

19 ZA19 Gas Pipe Fitter - Program Kerjasama JTM dengan Instep ZA19-01 ZA19-02 ZA19-03 ZA19-04

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

1 ZB01 Teknologi Elektrik ZB01-01 ZB01-02 ZB01-03 ZB01-04

2 ZB02 Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara ZB02-01 ZB02-02 ZB02-03 ZB02-04

3 B03 Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah A0 (6 bulan)

4 ZB04 Teknologi Instrumen Perindustrian ZB04-01 ZB04-02 ZB04-03 ZB04-04

5 ZB05 Teknologi Elektronik Industri ZB05-01 ZB05-02 ZB05-03 ZB05-04

6 ZB06 Teknologi Telekomunikasi ZB06-01 ZB06-02 ZB06-03 ZB06-04

7 ZB07 Penyelenggaraan Elektromekanikal ZB07-01 ZB07-02 ZB07-03 ZB07-04

8 B08 Pendawai Elektrik 3-Fasa

9 B09 Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah A0 (2 tahun)

10 ZB10 Teknologi Mekatronik ZB10-01 ZB10-02 ZB10-03 ZB10-04

11 B11 Teknologi Maklumat

12 B12 Teknologi Penyelenggaraan Kapalterbang (Avionik)

13 ZB13 Teknologi Instrumen (Kawalan Proses) ZB13-01 ZB13-02 ZB13-03 ZB13-04

14 L07 Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah A4 (20 minggu)

15 B14 Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah A1

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

ELEKTRIKBIDANG

2

Page 29: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

16 B15 Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah L1

17 ZB16 Sijil Teknologi Minyak dan Gas - Elektrikal (Plant/Downstream) ZB16-01 ZB16-02 ZB16-03 ZB16-04

18 ZB17 Sijil Teknologi Minyak dan Gas - Instrumentasi (Plant/Downstream) ZB17-01 ZB17-02 ZB17-03 ZB17-04

19 B18 Pendawai Elektrik 3-Fasa (3 tahun)

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

1 ZC01 Teknologi CADD Senibina ZC01-01 ZC01-02 ZC01-03 ZC01-04

2 ZC02 Teknologi Binaan (Berasaskan Kayu) ZC02-01 ZC02-02 ZC02-03 ZC02-04

3 ZC03 Teknologi Binaan (Bangunan) ZC03-01 ZC03-02 ZC03-03 ZC03-04

4 ZC04 Teknologi Binaan (Paip dan Sanitari) ZC04-01 ZC04-02 ZC04-03 ZC04-04

5 ZC05 Teknologi Rekabentuk & Pengeluaran Perabot ZC05-01 ZC05-02 ZC05-03 ZC05-04

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

1 ZD01 Teknologi Percetakan (Grafik) ZD01-01 ZD01-02 ZD01-03 ZD01-04

2 ZD02 Teknologi Percetakan (Pra-Cetak) ZD02-01 ZD02-02 ZD02-03 ZD02-04

3 ZD03 Teknologi Percetakan (Cetak) ZD03-01 ZD03-02 ZD03-03 ZD03-04

TIDAK BERKENAAN

BIDANG

SIVILBIDANG

TIDAK BERKENAAN

PERCETAKAN

3

Page 30: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

1 ZE01 Teknologi Plastik ZE01-01 ZE01-02 ZE01-03 ZE01-04

2 ZE02 Teknologi Seramik ZE02-01 ZE02-02 ZE02-03 ZE02-04

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

1 ZF01 Teknologi Komputer (Sistem) ZF01-01 ZF01-02 ZF01-03 ZF01-04

2 ZF02 Teknologi Komputer (Rangkaian) ZF02-01 ZF02-02 ZF02-03 ZF02-04

3 ZF03 Teknologi Perisian (Sistem Maklumat)

4 ZF04 Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) ZF04-01 ZF04-02 ZF04-03 ZF04-04

5 ZF05 Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) ZF05-01 ZF05-02 ZF05-03 ZF05-04

6 ZF06 Teknologi Komputer (Keselamatan)

ZA : Bidang Mekanikal

ZB : Bidang Elektrik

ZC : Bidang Sivil

ZD : Bidang Percetakan

ZE : Bidang Bukan Logam

ZF : Bidang ICT

Program DKM yang bermula dengan Tahap 1 : Enrol menggunakan kod Semester 1

Program DKM yang bermula dengan Tahap 2 : Enrol menggunakan kod Semester 2

Program DKM yang bermula dengan Tahap 3 : Enrol menggunakan kod Semester 3

BUKAN LOGAM

Maklumat Kod Kursus

BIDANG

BIDANG

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

KOMPUTER

4

Page 31: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS STATUS KEMASUKAN

1 N01 Diploma Lanjutan Teknologi Binaan Belum dijalankan DKM

Bil. Kursus yang dijalankan : 0

BIL KOD KURSUS STATUS KEMASUKAN

1 R02 Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer Dijalankan DIPLOMA / DKM

2 H01 Diploma Lanjutan Teknologi Komputer (Sistem) Dijalankan DKM

3 H02 Diploma Lanjutan Teknologi Komputer (Rangkaian) Belum dijalankan DKM

4 H03 Diploma Lanjutan Teknologi Perisian (Sistem Maklumat) Dijumudkan DKM

5 H04 Diploma Lanjutan Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) Belum dijalankan DKM

6 H05 Diploma Lanjutan Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) Belum dijalankan DKM

7 H06 Diploma Lanjutan Teknologi Komputer (Keselamatan) Belum dijalankan DKM

Bil. Kursus yang dijalankan : 2

Bilangan

R Diploma Lanjutan Tek. Kejuruteraan (JMTI)

S Bidang Mekanikal 5

T Bidang Elektrik 3

N Bidang Sivil 0

H Bidang ICT 2

Maklumat Kod Kursus

BIDANG ICT

BIDANG SIVIL

2

Page 32: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 3 SEM 4 SEM 5 SEM 6

1 L01 Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa) L01-03 L01-04 L01-05 L01-06

2 L02 Diploma Teknologi Elektronik L02-03 L02-04 L02-05 L02-06

3 L03 Diploma Teknologi Telekomunikasi L03-04 L03-05 L03-06

4 L05 Diploma Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara L05-03 L05-04 L05-05 L05-06

5 L08 Diploma Teknologi Mikroelektronik L08-04 L08-05 L08-06

6 L09 Diploma Teknologi Instrumentasi (Kawalan Proses) L09-04 L09-05 L09-06

7 L10 Diploma Teknologi Komunikasi Tanpa Wayar

8 L11 Diploma Teknologi Penyelenggaraan Elektrikal

9 L12 Diploma Teknologi Mekatronik L12-03 L12-04 L12-05 L12-06

10 L13 Diploma Teknologi Automasi dan Robotik L13-03 L13-04 L13-05 L13-06

BIL KOD KURSUS SEM 3 SEM 4 SEM 5 SEM 6

1 M01 Diploma Teknologi Binaan (Sivil dan Struktur) M01-03 M01-04 M01-05 M01-06

2 M02 Diploma Teknologi Penyelenggaraan Bangunan & Fasiliti M02-03 M02-04 M02-05 M02-06

3 M03 Diploma Teknologi CADD Senibina M03-03 M03-04 M03-05 M03-06

ELEKTRIK

SIVIL

BIDANG

BIDANG

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

2

Page 33: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 3 SEM 4 SEM 5 SEM 6

1 G01 Diploma Teknologi Komputer (Sistem) G01-04 G01-05 G01-06

2 G02 Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian) G02-04 G02-05 G02-06

3 G03 Diploma Teknologi Perisian (Sistem Maklumat)

4 G04 Diploma Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) G04-04 G04-05 G04-06

5 G05 Diploma Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) G05-04 G05-05 G05-06

6 G06 Diploma Teknologi Komputer (Keselamatan)

J Diploma Tek. Kejuruteraan (JMTI)

K Bidang Mekanikal

L Bidang Elektrik

M Bidang Sivil

G Bidang Komputer

Maklumat Kod Kursus

KOMPUTERBIDANG

TIDAK BERKENAAN

Program DKM yang bermula dengan Tahap 3 : Enrol menggunakan kod Semester 3

Program DKM yang bermula dengan Tahap 4 : Enrol menggunakan kod Semester 4

TIDAK BERKENAAN

3

Page 34: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

18 A18 Sijil Teknologi Minyak dan Gas - Mekanikal (Plant/Downstream) A18-01 A18-02 A18-03 A18-04

19 A19 Gas Pipe Fitter - Program Kerjasama JTM dengan Instep A19-01 A19-02 A19-03 A19-04

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

1 B01 Teknologi Elektrik B01-01 B01-02 B01-03 B01-04

2 B02 Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara B02-01 B02-02 B02-03 B02-04

3 B03 Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah A0 (6 bulan)

4 B04 Teknologi Instrumen Perindustrian B04-01 B04-02 B04-03 B04-04

5 B05 Teknologi Elektronik Industri B05-01 B05-02 B05-03 B05-04

6 B06 Teknologi Telekomunikasi B06-01 B06-02 B06-03 B06-04

7 B07 Penyelenggaraan Elektromekanikal B07-01 B07-02 B07-03 B07-04

8 B08 Pendawai Elektrik 3-Fasa

9 B09 Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah A0 (2 tahun)

10 B10 Teknologi Mekatronik B10-01 B10-02 B10-03 B10-04

11 B11 Teknologi Maklumat

12 B12 Teknologi Penyelenggaraan Kapalterbang (Avionik)

13 B13 Teknologi Instrumen (Kawalan Proses) B13-01 B13-02 B13-03 B13-04

14 L07 Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah A4 (20 minggu)

15 B14 Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah A1

ELEKTRIKBIDANG

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

2

Page 35: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

16 B15 Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah L1

17 B16 Sijil Teknologi Minyak dan Gas - Elektrikal (Plant/Downstream) B16-01 B16-02 B16-03 B16-04

18 B17 Sijil Teknologi Minyak dan Gas - Instrumentasi (Plant/Downstream) B17-01 B17-02 B17-03 B17-04

19 B18 Pendawai Elektrik 3-Fasa (3 tahun)

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

1 C01 Teknologi CADD Senibina C01-01 C01-02 C01-03 C01-04

2 C02 Teknologi Binaan (Berasaskan Kayu) C02-01 C02-02 C02-03 C02-04

3 C03 Teknologi Binaan (Bangunan) C03-01 C03-02 C03-03 C03-04

4 C04 Teknologi Binaan (Paip dan Sanitari) C04-01 C04-02 C04-03 C04-04

5 C05 Teknologi Rekabentuk & Pengeluaran Perabot C05-01 C05-02 C05-03 C05-04

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

1 D01 Teknologi Percetakan (Grafik) D01-01 D01-02 D01-03 D01-04

2 D02 Teknologi Percetakan (Pra-Cetak) D02-01 D02-02 D02-03 D02-04

3 D03 Teknologi Percetakan (Cetak) D03-01 D03-02 D03-03 D03-04

SIVIL

PERCETAKAN

BIDANG

BIDANG

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

3

Page 36: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN … Panduan DS... · 2016. 1. 27. · 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENGOPTIMUMKAN KAPASITI LATIHAN (DOUBLE

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

1 E01 Teknologi Plastik E01-01 E01-02 E01-03 E01-04

2 E02 Teknologi Seramik E02-01 E02-02 E02-03 E02-04

BIL KOD KURSUS SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4

1 F01 Teknologi Komputer (Sistem) F01-01 F01-02 F01-03 F01-04

2 F02 Teknologi Komputer (Rangkaian) F02-01 F02-02 F02-03 F02-04

3 F03 Teknologi Perisian (Sistem Maklumat)

4 F04 Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) F04-01 F04-02 F04-03 F04-04

5 F05 Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) F05-01 F05-02 F05-03 F05-04

6 F06 Teknologi Komputer (Keselamatan)

A : Bidang Mekanikal

B : Bidang Elektrik

C : Bidang Sivil

D : Bidang Percetakan

E : Bidang Bukan Logam

F : Bidang ICT

BUKAN LOGAM

KOMPUTER

Maklumat Kod Kursus

BIDANG

BIDANG

TIDAK BERKENAAN

TIDAK BERKENAAN

Program DKM yang bermula dengan Tahap 1 : Enrol menggunakan kod Semester 1

Program DKM yang bermula dengan Tahap 2 : Enrol menggunakan kod Semester 2

Program DKM yang bermula dengan Tahap 3 : Enrol menggunakan kod Semester 3

4