rph bola baling

Upload: syazwan-wajiah

Post on 10-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANITarikh: 21 Februari 2015 (Jumaat) Masa: 30 minit (8.00 pagi 8.30 pagi) Kelas: 4 AlphaBilangan Murid : 30 orang ( 15 lelaki & 15 perempuan) Fokus Pembelajaran: 1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori serangan dengan lakuan yang betul. Tajuk : Bola BalingKemahiran: Kemahiran hantaran bahuStandard Pembelajaran : 1.6.1 : Menghantar bola ke pelbagai jarak dan arah menggunakan alatan dan anggota badan yang dibenarkan. 2.6.1 : Mengenalpasti aplikasi daya semasa menghantar dan menerima bola pada pelbagai jarak. 5.2.4 : Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid dapat: Psikomotor : i. Murid dapat membuat hantaran bahu sejauh 5 meter sekurang-kurangnya 3 kali. ii. Murid dapat melakukan hantaran ke arah kawan dengan tepat.Kognitif : i. Murid dapat menerangkan bagaimana hendak membuat hantaran bahu dengan betul. ii. Murid dapat menamakan otot yang terlibat semasa membuat hantaran bahu.Afektif: i. menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti menghantar bola. Kemahiran Berfikir: Memahami kemahiran dengan betulPengalaman sedia ada: Murid-murid pernah membaling bola Penerapan nilai : Keyakinan, bekerjasama dan berani.Alatan : Bola baling, skittle.

Bahagian/MasaAktivitiFokus pembelajaranOrganisasialatan/catatan

set induksi (5 minit)Regangan

Pengenalan pembelajaran

1.Murid membuat 5 barisan di hadapan guru.2.Murid membuat lompat bintang sebanyak 10 kali (2 kali ulangan)2.Guru membuat regangan dari kepala hingga kaki dan diikuti oleh semua murid.

1.Guru memanggil 2 orang murid ke hadapan dalam jarak 3 meter. Salah seorang murid diberikan sebiji bola baling. Guru bertanya:a)Bagaimana awak mahu berikan bola ini kepada kawan awak di sana?b) Bagaimana awak melakukan hantaran?

2. Seterusnya, guru memberitahu murid tentang pelajaran yang akan mereka pelajari iaitu membuat hantaran bahu.M M M M MM M M M M

G

M M M M M

M MG

G=GuruM=MuridBola baling

Perkembangan(10 minit)Latihan hantaran aras dada

1.Guru menunjukkan dan menerangkan cara untuk membuat hantaran bahu dengan betul. Pegang bola di atas tapak tangan kanana) Tangan kiri disasarkan ke arah sasaranb) Kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan, bertindak sebagai paksi kepada pergerakan kaki kananc) Berat badan berada di atas kaki kanand) Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkane) Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaranf) Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau flickg) Tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantarh) Bagi hantaran jarak jauh, gunakan pergerakan whip pergelangan tangan dan jari.

2.Guru mengarahkan murid mencari pasangan masing-masing. Murid berdiri sebelah pasangan dan berbaris di hadapan guru. Murid dibahagi terus kepada kumpulan A dan B.

3.Murid dikehendaki menghadap pasangan dan masing-masing dikehendaki bergerak ke belakang sebanyak 3 langkah.

4.Guru memberikan sebiji bola kepada setiap pasangan murid. Murid melakukan hantaran bahu kepada pasangan masing-masing mengikut bunyi wisel.

5. Murid dikehendaki bergerak ke belakang sebanyak 3 langkah. Murid melakukan hantaran mengikut bunyi wisel.

6.Murid A berada dalam satu barisan secara berhadapan kumpulan B yang juga satu barisan dalam jarak 5 meter.

7.Murid kumpulan A yang paling hadapan akan membuat hantaran kepada murid kumpulan B yang paling hadapan. Murid yang membuat hantaran akan berlari ke arah penerima dan berada di belakang sekali barisan.

8. Latihan membuat hantaran dihentikan oleh guru.

M MM MM MM MG

MMM M MMMM

G

G= GuruM=MuridM= Murid yang membuat hantaran

Kemuncak(10 minit)Permainan kecil1.Murid dikehendaki bermain mengikut kumpulan yang telah ditetapkan iaitu kumpulan A dan B seperti dalam fasa perkembangan.

2. Hantaran yang dibenarkan dalam permainan kecil ini ialah hantaran bahu sahaja. Peraturan permainan adalah sama seperti permainan sebenar.

3. Kumpulan yang dapat menjaringkan gol sebanyak 5 kali dikira sebagai pemenang.

MM

MM

MM MM

Penutup(5 minit)Sesi imbas kembali

Sesi menyejukkan badan1.Guru bertanya kepada murid tentang apa yang telah mereka pelajari pada hari ini. 2. Guru meminta murid menunjukkan semula cara membuat hantaran bahu dengan betul.1.Murid membuat 5 barisan di hadapan guru.2.Murid membuat lompat bintang sebanyak 10 kali (2 kali ulangan)2.Guru membuat regangan dari kepala hingga kaki dan diikuti oleh semua murid.M M M M M

G

M M M M MM M M M M

G

G=guruM=murid