rph bola baling

7
ERIANA, DESMOND PISMP PJ (SEMESTER 4) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Tarikh : 09 Julai 2012 Masa : 0830 0900 Tahun(kelas) : Tahun 4 Cempaka Bilangan Murid : 18 orang (13 lelaki & 5 perempuan) Tunjang Pembelajaran : 2. Kemahiran Tajuk : Bola Baling Sub tajuk : Teknik-teknik asas menjaga gol Objektif Pengajaran dan Pembelajaran : Pada akhir P&P ini murid-murid dapat : 1. Psikomotor 1.1 Menjaga gol dengan teknik yang betul tanpa bolos sebanyak 8 daripada 10 percubaan sejauh 3 meter. 1.2 Kemahiran menangkap bola dengan teknik yang betul dan tepat 8 kali daripada 10 percubaan. 2. Kognitif 2.1 Mengenalpasti dan menunjukkan kedudukan tangan dan kaki serta bahagian bola yang terlibat sewaktu menjaga gol dengan tepat dan berkesan. 2.2 Mengenalpasti anggota badan yang digunakan untuk menangkap bola semasa menjaga gol. 3. Afektif 3.1 Memberikan kerjasama semasa melakukan aktiviti dengan seronok. 3.2 Membina keyakinan dan semangat sukan dalam diri individu. Kemahiran Berfikir : Mengenalpasti dan membezakan. Pengalaman sedia ada : Murid pernah didedahkan dengan permainan bola baling. Penerapan nilai : Bekerjasama, berkeyakinan dan berdisiplin. Penggabungjalinan : Sains, Bahasa Melayu, Pendidikan Moral. BSPP : Bola baling (10), skitel (10), kon(15) BAHAGIAN/ MASA AKTIVITI BUTIR MENGAJAR/ FOKUS P&P ORGANISASI ALATAN/ CATATAN

Upload: dmond-niel

Post on 07-Aug-2015

334 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Bola Baling

ERIANA, DESMOND PISMP PJ (SEMESTER 4)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Tarikh : 09 Julai 2012

Masa : 0830 – 0900

Tahun(kelas) : Tahun 4 Cempaka

Bilangan Murid : 18 orang (13 lelaki & 5 perempuan)

Tunjang Pembelajaran : 2. Kemahiran

Tajuk : Bola Baling

Sub tajuk : Teknik-teknik asas menjaga gol

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

Pada akhir P&P ini murid-murid dapat :

1. Psikomotor1.1Menjaga gol dengan teknik yang betul tanpa bolos sebanyak 8 daripada 10 percubaan sejauh 3 meter.1.2Kemahiran menangkap bola dengan teknik yang betul dan tepat 8 kali daripada 10 percubaan.

2. Kognitif2.1Mengenalpasti dan menunjukkan kedudukan tangan dan kaki serta bahagian bola yang terlibat sewaktu menjaga gol dengan

tepat dan berkesan.2.2Mengenalpasti anggota badan yang digunakan untuk menangkap bola semasa menjaga gol.

3. Afektif3.1Memberikan kerjasama semasa melakukan aktiviti dengan seronok.3.2Membina keyakinan dan semangat sukan dalam diri individu.

Kemahiran Berfikir : Mengenalpasti dan membezakan.

Pengalaman sedia ada : Murid pernah didedahkan dengan permainan bola baling.

Penerapan nilai : Bekerjasama, berkeyakinan dan berdisiplin.

Penggabungjalinan : Sains, Bahasa Melayu, Pendidikan Moral.

BSPP : Bola baling (10), skitel (10), kon(15)

Page 2: Rph Bola Baling

ERIANA, DESMOND PISMP PJ (SEMESTER 4)

BAHAGIAN/MASA

AKTIVITI BUTIR MENGAJAR/FOKUS P&P

ORGANISASI ALATAN/CATATAN

Permulaan ( 5 minit )

1. Memanaskan badan

2. Regangan dinamik dengan menggunakan bola baling.

1.1Memanaskan badan.- Berlari sambil membawa bola di

tangan dengan kemampuan individu tersendiri (3-5 minit)

1.2Regangan dengan menggunakan bola baling.- Melambung bola ke udara.- Hantar dan terima bola

menggunakan tangan kanan dan kiri.

- Hantar dan terima bola di pinggang menggunakan kedua-dua belah tangan.

- Pusing tangan 360 darjah sambil hantar dan terima bola menggunakan tangan kiri dan kanan. (Arah depan pusing ke belakang)

- Secara berpasangan, lakukan hantaran aras dada.

- Lakukan hantaran lob bersama pasangan masing-masing menggunakan sebelah tangan secara bergilir-gilir.

- Hantar dan terima bola bersama pasangan masing-masing menggunakan kaki.

G

Petunjuk:G = GuruX = Murid

Skitel dan bola.X X X X

X X X X

X X X X

X X X X

Page 3: Rph Bola Baling

ERIANA, DESMOND PISMP PJ (SEMESTER 4)

BAHAGIAN/MASA

AKTIVITI BUTIR MENGAJAR/FOKUS P&P

ORGANISASI ALATAN/CATATAN

Perkembangan( 15 minit )

1. Pengenalan tentang isi pelajaran.

2. Demonstrasi.Menangkap bola(Menjaga gol)

3. Latih tubi 1.

1. Menjelaskan kemahiran menjaga gol amat penting dalam sesebuah permainan.

2. Demonstrasi ansur maju menjaga bola:

- Pastikan tangan diangkat dan sentiasa bersedia.

- Buka kaki seluas bahu dan pasang kekuda.

1. Latih tubi kemahiran asas menjaga gol.

a) Menyesuaikan diri menjaga gawang gol.

- Semua murid dibahagikan secara berpasangan dan berada dalam keadaan yang teratur supaya pengawasan dapat dilakukan oleh guru.

- Murid diberikan sebiji bola setiap pasangan.

- Jarak diantara kedua-dua orang murid adalah sejauh 3 meter.

- Murid A yang memegang bola akan memberikan bola ke arah murid B dimana murid B perlu bergerak ke kiri dan ke kanan

G

Petunjuk:G = Guru = Murid

A B

Petunjuk: G = Guru = Murid = Arah = Bola

Bola (10)Skitel (18)

G

Page 4: Rph Bola Baling

ERIANA, DESMOND PISMP PJ (SEMESTER 4)

sambil menyambut bola tersebut dan menghantar semula ke arah murid A semula.

- Lakukan percubaan tersebut sebanyak 10 kali dan kemudian Murid A pula akan melakukan aktiviti bergerak ke kiri dan ke kanan sambil menyambut dan Murid B akan memberikan bola tersebut ke arah Murid A.

b) Menyambut dan menerima bola secara berikutan.

- Bersama pasangan tadi, murid A dan B akan masing-masing memegang bola.

- Murid B akan melambung bola 90 darjah ke atas kemudian akan menyambut bola daripada Murid A dan menghantar semula bola tersebut sebelum bola lambungan tadi jatuh. Murid B perlu menyambut bola yang dilambung setelah menghantar bola yang diterima daripada Murid A.

- Lakukan sebanyak 10 kali dan tukar pasangan.

A B

Petunjuk: G = Guru = Murid = Arah = Bola

G11

2

1

34

Page 5: Rph Bola Baling

ERIANA, DESMOND PISMP PJ (SEMESTER 4)

4. Demonstrasi

5. Latih tubi

1. Penerangan kepada murid-murid.

- Tangan sentiasa diangkat dan dalam keadaan bersedia.

- Kaki dibuka seluas bahu dan pasang kekuda.

- Tahan bola yang direjam menggunakan kaki. Luruskan kaki yang menerima bola manakala yang sebelah lagi rendahkan supaya badan dalam keadaan stabil.

1. Latih tubi mengawal dan menjaga gol bola menggunakan kaki.

- Murid dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 3 orang dan dua orang murid diberikan 2 biji bola.

- Seorang murid akan bertindak sebagai penjaga gol manakala dua orang lagi akan menjadi penjaring.

- Jaringan bawah sahaja yang perlu dilakukan.

- Penjaga gol akan menerima bola pada sebelah kanan dan kiri.

- Setiap bola yang dijaring hendaklah ditahan menggunakan kaki.

- Setiap orang akan melakukan sebanyak 10 kali.

G

G

Petunjuk:G = Guru = Murid

Page 6: Rph Bola Baling

ERIANA, DESMOND PISMP PJ (SEMESTER 4)

Kemuncak ( 7 minit )

1. Permainan kecil

Bola baling tiga sebelah

1. Bahagikan murid kepada 4 kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 atau 4 orang murid.

2. Perlawanan antara kumpulan A, B, C dan D:

A vs B (5 orang sebelah)

C vs D (4 orang sebelah)

3. Sebiji bola akan diberikan kepada setiap kumpulan.

4. Kumpulan penyerang perlu menjaringkan sekurang-kurangnya lima gol untuk memenangi perlawanan.

5. Manakala kumpulan pertahanan perlu merampas bola dan membawa ke garisan tengah sebanyak lima kali untuk memenangi perlawanan.

6. Setiap gol yang dijaringkan, penjaring akan bertukar dengan penjaga gol, manakala penjaga gol akan menjadi salah seorang pasukan penyerang.

7. Peraturan aktiviti adalah berdasarkan peraturan asas bola baling.

G

Petunjuk:G = Guru = Murid

Bola (2 biji)Skitel (4 biji)

BAHAGIAN/MASA

AKTIVITI BUTIR MENGAJAR/FOKUS P&P

ORGANISASI ALATAN/CATATAN

Page 7: Rph Bola Baling

ERIANA, DESMOND PISMP PJ (SEMESTER 4)

Penutup( 5 minit )

1. Menyejukkan badan.

2. Aktiviti kelonggaran.

3. Refleksi.

1. Berlari anak dalam kawasan yang ditetapkan dengan membawa dan mengawal bola.

2. Kelonggaran bersama dengan bola.- Gerakkan tangan ke bawah,

atas dan tepi.- Regangan bahu.- Jangkauan kaki.- Tarik nafas dan hembus.

3. Pelajar memberi refleksi tentang pembelajaran dan pengajaran kemahiran asas menanduk yang telah dilaksanakan untuk hari ini.

G

Petunjuk:G = GuruX = Murid

Bola (10 biji)X X X X

X X X X

X X X X

X X X X