rph akmal 2.3.1

Upload: muhammad-akmal-abdul-kadir

Post on 10-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 6MASA 0800 0900

TEMAKESIHATAN DAN KEBERSIHAN

TAJUKMAKANAN BERSIH

STANDARD PEMBELAJARAN2.3.1 Membaca sesuatu bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat dan ragam ayat secara mekanis.

OBJEKTIFPada akhir pembelajaran murid dapat:i. Membaca dialog yang mengandungi ayat tanya dengan kata tanya secara mekanis.ii. Mengenal pasti ayat tanya dengan kata tanya.

AKTIVITI1. Murid membaca dialog secara mentalis.2. Murid membaca dialog secara mekanis.3. Murid melakonkan dialog di hadapan kelas.4. Murid membaca dialog secara intensif untuk mengenal pasti ayat tanya dengan kata tanya dalam dialog.5. Murid memindahkan dapatan dari dialog ke dalam peta minda (Peta Pokok).6. Murid menulis dua ayat bagi setiap kata tanya yang diperoleh.7. Rumusan dan nilai.

Pemulihan:Murid dibantu oleh guru untuk membina ayat menggunakan kata tanya.Pengayaan: Murid membaca bahan bacaan yang disediakan.

PENGISIAN KURIKULUMIlmu: KesihatanNilai: Menjaga kebersihanEMK: Peraturan sosiobudayaKBT: Menjana idea

PENILAIAN PDPMurid mengenal pasti ayat tanya dengan kata tanya dari dialog yang disediakan.

SISTEM BAHASATatabahasa: Ayat TanyaKosa kata: selekeh, berdesup, geli-geleman

BBMPetikan dialog, pemancar LCD, komputer riba, peta i-Think (Peta Pokok)

REFLEKSIKekuatan:

Kelemahan:

Penambahbaikan:

Bahan BacaanMan :Mid, apa jadi dengan kau ni? Kau sakit apa?Mid:Tiada apa-apa. Semalam aku sakit perut.Man: Kesian aku tengok kau. Apa makanan yang kau ambil semalam?

Mid:Ala. Tak ada apa. Tapi aku makan mi goreng yang kau beli semalam. Itulah yang aku makan.Man :Oh, mi goreng tu. Sedap tak?Mid: Sedap. Tapi kenapa kau tanya? Kau tak makan?Man:Aku belum makan lagi. Gerai baru. Kalau kau makan sedap, aku pun makan sedap, aku beli lagi nanti.Mid : Jadi kau ingat aku ni tukang rasa engkau punya makanan ya?Man : Fikir-fikir macam itulah.Mid : Man, aku nak tanya. Siapa taukeh kedai tu? Orangnya bersih tak?Man : Selekeh, rambut tak bersikat, kuku panjang tak dipotong, baju dia pula dari dulu sampai sekarang, itulah bajunya. Lepas buat kerja dia lap, lepas buat kerja dia lap.(sambil tangan menyapu ke dada) Sampai hilang warna baju.Mid :Di mana kedai yang engkau belikan mi ini?Man:Dekat longkang besar hujung tu. Tengah-tengah dia bungkus mi goreng, berdesup lalu tikus besar. Sama besar dengan ibu kucing. Geli geleman dibuatnya.Mid:Nasib baik aku tak makan mi tu.Man :Oh, kau tipu aku ya? Kau tak makan?Mid :Aku makan. Tengah sedap-sedap aku makan, berpeluh-peluh. Sekali aku suap, aku ternampak satu benda dalam tu.Man :Apa?Mid :Apa? Lipas mati. Nasib baik aku tak telan lipas yang serupa dengan mi tu, tahu tak?Man : Minta maaflah. Aku silap.Mid: Mana boleh macam tu, Man. Kalau murah, kotor, buat apa? Kalau mahal sikit tak mengapa, asal bersih. Makan pun selamat. Badan sihat. kesihatan penting tahu? (memegang perut kerana sakit)Man :Kau jangan nak berlakon?Mid :Ini bukan berlakon. Ini betul-betul. Aku nak pergi ke tandas.