rph 1 dengar tutur bm tahun 4 kssr

3
Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TEMA Kekeluargaan TAJUK Berkunjung ke Pasar Malam KELAS 4 Cergas MASA 9.45 10.45 STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut jenis-jenis ayat dengan struktur ayat yang betul dan tepat. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. mendengar dan menyebut semula ayat penyata dan ayat tanya yang dilafazkan oleh guru dengan struktur ayat yang betul dan tepat. AKTIVITI 1. Murid menonton dan mendengar rakaman video suasana berjual beli di pasar malam. 2. Murid menyanyi lagu “Pergi Pasar Malam” dengan lirik yang disediakan oleh guru. 3. Murid menjawab soalan guru secara lisan tentang isi rakaman video dan lagu yang dinyanyikan. 4. Murid menyebut semula ayat penyata dan ayat tanya yang terdapat di dalam lirik. 5. Murid menyalin semula ayat penyata dan ayat tanya yang ditulis oleh guru pada papan putih. Pemulihan Murid menyebut semula ayat-ayat yang telah dipelajari. Pengayaan Murid mendengar dan menutur semula ayat-ayat yang didengar daripada rakaman yang lain, PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : Kemasyarakatan Nilai : Berbudi bahasa EMK : TMK, Keusahawanan

Upload: puyam-sabar

Post on 21-Jul-2015

122 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR

Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

TEMA Kekeluargaan

TAJUK Berkunjung ke Pasar Malam

KELAS 4 Cergas

MASA 9.45 – 10.45

STANDARD PEMBELAJARAN

1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut jenis-jenis ayat dengan struktur ayat yang betul dan tepat.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

i. mendengar dan menyebut semula ayat penyata dan ayat tanya yang dilafazkan oleh guru dengan struktur ayat yang betul dan tepat.

AKTIVITI

1. Murid menonton dan mendengar rakaman video suasana

berjual beli di pasar malam.

2. Murid menyanyi lagu “Pergi Pasar Malam” dengan lirik yang disediakan oleh guru.

3. Murid menjawab soalan guru secara lisan tentang isi rakaman video dan lagu yang dinyanyikan.

4. Murid menyebut semula ayat penyata dan ayat tanya yang terdapat di dalam lirik.

5. Murid menyalin semula ayat penyata dan ayat tanya yang ditulis oleh guru pada papan putih.

Pemulihan

Murid menyebut semula ayat-ayat yang telah dipelajari.

Pengayaan

Murid mendengar dan menutur semula ayat-ayat yang didengar daripada rakaman yang lain,

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Kemasyarakatan

Nilai : Berbudi bahasa

EMK : TMK, Keusahawanan

Page 2: Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR

Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM

KB : Menjana Idea, Menganalisis

BCB : Interpersonal

BAHAN BANTU BELAJAR

LCD, rakaman video, lirik lagu “Pergi Pasar Malam”

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid mendengar dan menyebut semula ayat penyata yang dilafazkan oleh guru dengan struktur ayat yang betul dan tepat.

PENTAKSIRAN B1DL1E1

REFLEKSI

Page 3: Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR

Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM

CONTOH LEMBARAN

PERGI PASAR MALAM (Air Pasang Dalam)

Pergi pasar malam beli ayam goreng, Beli juga sayur, buah dan ikan kering, Harga sangat murah semua orang suka, Suasana meriah penjual senyum mesra. Kamu datang dengan siapa? Saya datang dengan ibu. Bagaimana kamu ke sini? Kami naik teksi. Awak hendak beli apa? Saya mahu ayam goreng. Berapa harga ayam ini? Harganya dua ringgit sahaja.

Pergi pasar malam beli ayam goreng, Beli juga sayur, buah dan ikan kering, Harga sangat murah semua orang suka, Suasana meriah penjual senyum mesra.