ritma final

13
NAMA KAD PENGENALAN NO MATRIK / TELEFON NURHAFIZAH BINTI AJLAN 801204-14-5448 D20102040807 019-7166070 QGJ 3033 – PERGERAKAN DAN RITMA GROUP UPSI 02 PENSYARAH PN NUR HAZIYANTI BINTI MOHAMAD KHALID TAJUK TUGASAN PERGERAKAN KREATIF

Upload: nurhafizah-ajlan

Post on 28-Oct-2014

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Ritma final

NAMA KAD PENGENALAN NO MATRIK / TELEFON

NURHAFIZAH BINTI AJLAN 801204-14-5448 D20102040807019-7166070

QGJ 3033 – PERGERAKAN DAN RITMAQGJ 3033 – PERGERAKAN DAN RITMA

GROUP

UPSI 02

PENSYARAH

PN NUR HAZIYANTI BINTI MOHAMAD KHALID

TAJUK TUGASAN

PERGERAKAN KREATIF

TAJUK TUGASAN

PERGERAKAN KREATIF

Page 2: Ritma final

PENDAHULUAN

Pergerakan Kreatif merupakan salah satu aktiviti penghasilan atau ekspresi kognitif,

afektif yang dilahirkan melalui pergerakan. Ia merangkumi 4 elemen asas iaitu tubuh

badan, ruang, masa dan daya yang merupakan asas pergerakan untuk membolehkan

kanak-kanak atau remaja berkomunikasi serta meningkat dan memperkembangkan

potensi murid-murid dalam menyuarakan perasaan melalui pergerakan. Secara amnya,

pergerakan kreatif menggabungkan unsur pergerakan tubuh badan, irama serta daya

kreativiti bagi tujuan melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi

( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997 ).

RASIONAL

Ianya dihasilkan mengikut lapan tema yang terdapat di dalam pergerakan kreatif yang

disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Tema kesedaran tubuh badan,

kesedaran rintangan kepada beban dan ruang masa, kesedaran ruang, aliran beban

badan dalam ruang dan masa, penyesuaian terhadap kawan, penggunaan tubuh badan

sebagai alat, lapan lakuan daya asas dan ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.

OBJEKTIF

1) Melahirkan insan yang sentiasa patuh kepada peraturan dengan melaksanakan

pergerakan yang lebih terarah kepada tema yang diberikan serta fokus kepada sesuatu

perkara yang dilakukan.

2) Memberi kebebasan dan kesedaran serta memupuk pengawalan dalam penggunaan

tubuh badan sebagai alat pencurahan perasaan dan idea.

KERTAS KERJA PERGERAKAN KREATIF

SK HAJI MAT DAHAN PENDANG

2013

Page 3: Ritma final

3) Memperkembangkan bakat dan imaginasi pergerakan.

4) Memperkembangkan perasaan untuk perkaitan pergerakan kreatif dengan

rangsangan bunyi ( muzik, suara dan visual ).

5) Menanam ciri-ciri pencurahan idea atau perasaan individu serta semangat

berkumpulan dalam pergerakan kreatif yang dihasilkan.

SASARAN / JUMLAH MURID

Semua murid Tahun 2 dan 3 SK Haji Mat Dahan ( 24 ORANG )

TAJUK PERSEMBAHAN

Suka Duka di Taman

MASA PERSEMBAHAN

15 minit

ALATAN / PROPS / COSTUME

1) Topeng burung, rama-rama.

2) Latar belakang / suasana di dalam taman.

3) Costume burung, dan rama-rama.

Page 4: Ritma final

LATAR BUNYI / IRAMA / LAGU YANG DIGUNAKAN

Bunyi kicauan burung, Lagu Aku Burung, lagu Bebas ( Kumpulan KOOL ), muzik

instrumental Ombak Rindu, muzik Hoorey Hoorey, dan Gembira Rasa Di Hati.

ASPEK KESELAMATAN YANG DIUTAMAKAN

Membuat pergerakan dengan berhati-hati seperti mengambil langkah untuk melakukan

pemanasan badan sebelum melakukan pergerakan kreatif bagi mengelakkan

kecederaan otot mahu pun tubuh badan.

PENERAPAN NILAI YANG DITEKANKAN

1) Semangat berpasukan di kalangan murid-murid dalam penghasilan pergerkan kreatif

tersebut.

2) Perasaan kasih sayang terhadap hidupan alam.

3) Bekerjasama.

4) Yakin dalam melakukan sesuatu pergerakan.

5) Gembira dan seronok.

JENIS PERGERAKAN

1) Pergerakan serentak

2) Pergerakan berturut-turut

3) Pergerakan berselang seli

Page 5: Ritma final

TEMA / UNSUR PERGERAKAN

TEMA 3 – Kesedaran ruang

TEMA 5 – Penyesuaian terhadap rakan

TEMA 15 – Formasi gerakan dalam kumpulan

TEMA 16 – Kualiti Ekspresif dalam Pergerakan

HURAIAN MENGIKUT SEGMEN

SEGMEN 1 ( 5 MINIT PERTAMA ) – INTRO – mode sedih

Sepuluh orang murid perempuan akan bergerak ke belakang pentas membentuk

satu barisan yang berselang seli.

Membuat gerakan seperti kelopak bunga-bunga yang bergerak apabila ditiup

angin.

Diiringi dengan muzik instrumental Ombak Rindu beserta ekspresi wajah yang

menunjukkan mood kesedihan mereka apabila melihat pencemaran atau

kekotoran yang dilakukan di taman.

Sepuluh orang murid lelaki memasuki pentas dengan melakukan gerakan seperti

burung-burung dan rama-rama yang berterbangan. ( formasi tidak sebentuk –

spontan ) – dilakukan sebanyak dua pusingan pentas

Terbang mengikut formasi zigzag ( tidak sebentuk ) sebanyak dua pusingan dan

kemudian berhenti di tengah pentas.

Dilakukan berulang-ulang sebanyak 3 kali/pusingan.

Diselang seli dengan berhenti sejenak selama 5 saat dan bersambung semula.

Page 6: Ritma final

Formasi tidak sebentuk dapat membenarkan bergerak secara spontan ( burung

dan rama-rama berterbangan ).Mereka dapat bergerak dengan respon sendiri di

samping mengikut alunan muzik yang selari denagn gerakan yang dilakukan

sehingga mendapat satu formasi.

Lagu Aku Burung diputarkan – 5 orang murid lelaki ( burung ) terbang ke kanan

dan ke kiri dan berhenti sambil menangis diselangi oleh 5 orang murid lelaki

( rama-rama ) yang turut terbang seperti rama-rama dan turut terbang ke kiri dan

ke kanan sebanyak dua pusingan dan kemudian berhenti di kiri dan kanan

murid-murid perempuan ( bunga ).

Page 7: Ritma final

Di peringkat ini, tema Kesedaran Ruang diaplikasikan iaitu pergerakan ke kiri

dan ke kanan menunjukkan perasaan tidak seronok, tidak gembira oleh burung-

burung dan rama-rama tersebut.

SEGMEN 2 ( FLASHBACK ) – 5 MINIT KEDUA

Murid-murid lelaki ( 10 orang – burung dan rama-rama ) berterbangan ke kiri dan

ke kanan, ke hadapan dan kebelakang dalam formasi berkumpulan.

Terbang dengan riang dan berkicau dengan penuh kegembiraan seakan

merasakan diri mereka bebas di awangan tanpa ada sebarang ancaman.

Diiringi dengan lagu Bebas yang melambangkan kehidupan bebas yang pernah

dialami oleh mereka ( burung dan rama-rama ) pada suatu ketika dahulu.

( flashback ) – Tema Kesedaran Ruang.

5 orang murid lelaki ( burung ) duduk di atas batu manakala 5 orang murid lelaki

lain terus berterbangan sambil berkicau kesedihan. ( kicauan menggunakan

vokal )

4 orang murid perempuan berlari di taman ( jogging ) dalam formasi sebentuk

( satu barisan ).- lurus

10 orang murid perempuan tadi berjalan perlahan dalam dua barisan dan

menghampiri ke 4 orang murid perempuan itu tadi yang sedang duduk berehat

setelah selesai berlari. 5 bunga berada di kiri dan 5 lagi berada di sebelah kanan

sambil menggerakkan kelopak masing-masing dengan perlahan mengikut alunan

muzik Kitaro yang diperdengarkan. Alunan muzik yang perlahan, menimbulkan

mood sedih setelah melihat ke 4 orang murid perempuan yang berehat itu tadi

membuang sampah sarap di merata tempat.

Page 8: Ritma final

SEGMEN 3 ( 5 MINIT AKHIR ) – MODE GEMBIRA

Pergerakan mengikut formasi lurus di mana kesemua murid tersebut berlari-lari

anak sambil bertepuk tangan. Berlari dalam satu barisan dan kemudian membentuk

formasi bulat di sekeliling 4 orang murid perempuan yang duduk berehat setelah

berlari ( jogging ).

Keempat murid perempuan tersebut kemudian turut serta membuat formasi bulatan

tadi. Kesemua murid berlari keriangan dalam satu barisan ( formasi lurus )

mengelilingi pentas.

> Tema 16 – Kualiti Ekspresif dalam Pergerakan

Ia memfokuskan satu komposisi pergerakan di mana pada peringkat ini, setiap

pergerakan yang dihasilkan mempunyai kualiti ekspresif tersendiri. Sebagai contoh :

Penghasilan idea atau perasaan yang disampaikan ialah ekspresi mode gembira

setelah salah seorang daripada 4 orang perempuan itu tadi membantu mengutip

sampah sarap yang berada di sekeliling mereka bagi mengelakkan kekotoran di

taman.

Pergerakan yang dihasilkan ialah, berlari-lari anak sambil bertepuk tangan dan

mengelilingi pentas, mengikut alunan muzik yang riang iaitu muzik Hoorey Hoorey

dan Gembira Rasa di Hati ( muzik tanpa vokal ).

Di selang seli dengan pergerakan melompat di atas sebelah kaki ( seperti ketinting )

mengikut kiraan 2. Kemudian dituruti dengan sebelah kaki yang beikutnya. Ianya

dilakukan sebanyak 10 pusingan.

Di peringkat ini, Tema 5 iaitu Penyesuaian Terhadap Rakan turut diaplikasikan

kerana ianya merupakan sebuah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau

komunikasi dengan pasangan atau kumpulan melalui pergerakan bagi

menghasilkan formasi yang seragam.

Page 9: Ritma final

Ia melibatkan satu sub tema iaitu kerja berpasukan di mana ianya merupakan

penyesuaian terhadap rakan sepasukan. Dilakukan dengan cara pertukaran

tempat . Sebagai contoh, pergerakan berlari-lari anak sambil bertepuk tangan dan

mengelilingi pentas mengikut alunan muzik Hoorey Hoorey memerlukan mereka

selari dan seragam iaitu 5 daripada murid lelaki ( burung ) tersebut akan berlari-lari

anak dari kiri ke tengah pentas manakala 5 lagi murid lelaki akan berlari-lari anak

dari kanan ke tengah pentas.

Persembahan Pergerakan Kreatif Suka dan Duka diakhiri dengan pergerakan kaki

ke kiri dan ke kanan sambil melambaikan tangan mengikut alunan muzik tanpa

vokal yang bertajuk Hoorey Hoorey. Pergerakan kaki ke kiri dan ke kanan ini

merupakan pergerakan yang bertemakan kesedaran ruang dan dihasilkan dalam

bentuk formasi sebentuk iaitu lurus ( satu barisan di tengah pentas ). Formasi ini

juga menunjukkan bahawa burung-burung dan rama-rama berasa gembira kerana

taman yang merupakan habitat mereka kini telah bersih dan tidak lagi kotor atau

tercemar. ( mood gembira ).

KESIMPULAN / PENUTUP

Pergerakan kreatif merupakan satu bahagian dalam pergerakan yang menekankan

elemen kreativiti dalam penghasilan pergerakan tersebut. Ianya mampu

menghasilkan pelajar yang berdaya inovasi tinggi, berfikiran kreatif serta bergerak

cergas dan selari mengikut kesesuaian dan keserasian muzik yang digunakan di

dalam setiap pergerakan yang dihasilkan.

Page 10: Ritma final