the final report

10
1.0 PENGENALAN Gelongsor Guli adalah satu binaan yang direka bentuk untuk membolehkan tiga biji guli iaitu guli A, B dan C dilepaskan secara serentak di tempat permulaan dan mengelongsor di atas landasan masing - masing menuju ke garisan penamat dimana penamatnya guli C akan sampai dahulu diikuti guli B dan guli A. Masa yang diperlukan untuk guli pertama melepasi garisan penamat adalah dalam julat 25 saat hingga 35 saat. Masa terbaik ialah 30 saat. 2.0 KONSEP BINAAN ( TEORI) Konsep yang digunapakai didalam merekabentuk Gelongsor Guli ini adalah menggunakan Hukum Graviti dan Kecerunan. 2.1 Hukum Graviti Graviti ialah daya tarikan di antara zarah-zarah yang besar. Graviti menentukan berat sesuatu objek daripada jisimnya. Setakat ini, hukum graviti yang paling "berjaya" (tepat) ialah teori relativiti am (general relativity) oleh Albert Einstein. Walaubagaimanapun, Hukum Graviti Newton lebih popular kerana lebih mudah dan cukup tepat untuk kebanyakan perkara. i) Hukum Graviti Newton Pada tahun 1687 , Isaac Newton menerbitkan Hukum Graviti Newton (Law of Gravitation). Menurut beliau:-

Upload: mohdyanie

Post on 06-Jul-2015

262 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

final report

TRANSCRIPT

Page 1: The final report

1.0 PENGENALAN

Gelongsor Guli adalah satu binaan yang direka bentuk untuk membolehkan tiga biji guli

iaitu guli A, B dan C dilepaskan secara serentak di tempat permulaan dan mengelongsor

di atas landasan masing - masing menuju ke garisan penamat dimana penamatnya guli C

akan sampai dahulu diikuti guli B dan guli A. Masa yang diperlukan untuk guli pertama

melepasi garisan penamat adalah dalam julat 25 saat hingga 35 saat. Masa terbaik ialah

30 saat.

2.0 KONSEP BINAAN ( TEORI)

Konsep yang digunapakai didalam merekabentuk Gelongsor Guli ini adalah

menggunakan Hukum Graviti dan Kecerunan.

2.1 Hukum Graviti

Graviti ialah daya tarikan di antara zarah-zarah yang besar. Graviti menentukan berat

sesuatu objek daripada jisimnya. Setakat ini, hukum graviti yang paling "berjaya" (tepat)

ialah teori relativiti am (general relativity) oleh Albert Einstein. Walaubagaimanapun,

Hukum Graviti Newton lebih popular kerana lebih mudah dan cukup tepat untuk

kebanyakan perkara.

i) Hukum Graviti Newton

Pada tahun 1687, Isaac Newton menerbitkan Hukum Graviti Newton (Law of

Gravitation). Menurut beliau:-

Page 2: The final report

“Semua jisim di alam semesta ini menarik antara sama satu lain dan daya yang bertindak

adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim-jisim itu dan berkadar songsang dengan

kuasa dua jarak antara jisim-jisim itu”.

Maka formula untuk daya graviti, ialah:

Dimana ;

= ialah jisim objek = ialah jarak antara jisim-jisim= ialah pemalar graviti bersamaan dengan

Menentukan Pemalar Graviti

Untuk menentukan pemalar graviti, , daya graviti diantara dua objek. Pada tahun 1798,

Sir Henry Cavendish menggunakan neraca kilas untuk menentukan nilai pemalar graviti.

Maka, dari eksperimen beliau, nilai pemalar graviti ialah:

Berat

Berat, ialah jumlah daya graviti yang bertindak ke atas sesuatu objek oleh objek-objek

lain. Maka, berat sesuatu objek di permukaan bumi ialah

Dimana;

Page 3: The final report

= ialah jisim bumi = ialah jejari bumi = ialah jisim objek

Mengikut Hukum Newton Kedua,

Maka;

adalah pecutan disebabkan oleh graviti

Tenaga Keupayaan Graviti

Kerja yang dilakukan graviti ialah

Dimana;

Maka;

maka tenaga keupayaan graviti ialah

Page 4: The final report

Kerja yang dilakukan oleh graviti juga boleh ditulis

maka jika sesuatu objek menghampiri permukaan bumi dan dari persamaan pecutan

graviti di atas

2.2 Kecerunan

Kecerunan ialah darjah kecerunan cerun antara dua poin di sepanjang jarak yang diberi

untuk memberi maklumat pandang darat fizikal sesuatu kawasan. Contohnya ialah cerun sebuah

bukit, cerun di sepanjang jalan raya atau cerun di sepanjang sungai.

Cerun juga boleh dinyatakan sebagai satu nisbah yang membandingkan jarak menegak

antara dua poin dengan jarak mendatar antara dua poin itu. Kecerunan boleh dinyatakan dalam

nisbah atau peratus. Kecerunan boleh dikira dengan menggunakan formula yang berikut :

3.0 TATACARA BINAAN

Page 5: The final report

• Tiga biji guli iaitu guli A, B Dan C dilepaskan secara serentak dari garisan

permulaan melalui landasan masing – masing yang telah ditetapkan dengan

halangan – halangan tersendiri

• Masa akan diambil menggunakan jam randik sebaik sahaja guli mula bergerak

atau dilepaskan secara serentak mengikut landasan – landasan yang telah

disediakan

• Ketiga – tiga guli tersebut akan mengelongsor dan melalaui halangannya

tersendiri di atas landasan masing – masing menuju ke garisan penamat yang

telah ditentukan

• Semasa di dalam perjalanan masing – masing selepas dilepaskan secara serentak,

guli-guli tersebut akan bertukar kedudukan iaitu dimana guli C iaitu dilandasan C

akan mendahului guli B yang berada di landasan B dan di ikuti guli A yang

berada dilandasan A menuju ke garisan penamat diatas landasan tersendiri

• Apabila guli C sampai sahaja ke garisan penamat, masa akan direkodkan dan

dicatatkan

• Masa yang diperlukan untuk guli pertama melepasi garisan penamat adalah dalam

julat 25 saat hingga 35 saat. Masa terbaik ialah 30 saat

Gambar Rekabentuk Yang Telah Siap Dihasilkan

4.0 RADAS BINAAN

Page 6: The final report

Radas – radas yang diperlukan untuk merekabentuk Gelongsor Guli adalah seperti berikut:-

5.0 KOS – KOS BINAAN

Kos – kos yang diperlukan bagi mereka bentuk Gelongsor Guli adalah seperti berikut :-

i) 2 X Papan Lapis (40cm x 85cm) - Bahan

Terpakai

= RM -

ii) 2 x Kayu (30mm x 10mm) - Bahan

Terpakai

= RM -

iii) 6 X Kayu Spin = RM 3.60iv) Sebungkus Paku = RM 0.40V) Sekotak Paku Penemu = RM 1.00vi) Sehelai Kertas Pasir = RM 0.60

JUMLAH KESELURUHAN RM 5.60

Pita Pelekat

Papan Lapis

Kayu Tulang

Gergaji

Penukul 3 Biji Guli

Page 7: The final report

Proses Penghasilan RekaBentuk Guli Gelongsor

6.0 HASIL BINAAN

Idea dalam pembentukkan ujikaji ini adalah berdasarkan kepada permainan “pin ball”

dimana sesuatu objek melalaui halangan – halangan untuk sampai ke satu destinasi. Binaan

Page 8: The final report

Gelongsor Guli ini adalah berasaskan papan lapis (bahan terpakai) dan kayu bersaiz (30 mm x 10

mm) dan (10 mm x 10mm). Manakala guli yang digunakan adalah guli (terpakai) yang bersaiz 10

mm. Alatan – alatan yang diperlukan dalam menghasilkan ujikaji ini adalah seperti penukul, paku,

paku penemu, gergaji dan pelekat dua permukaan.

Pergerakan guli bermula daripada landasan masing – masing dimana tiga biji guli iaitu guli

A, B dan C dilepaskan secara serentak dari garisan permulaan. Guli – guli tersebut akan melalui

halangan yang tersendiri mengikut landasan yang telah disediakan. Halangan – halangan ini yang

akan memainkan peranan dalam menentukan guli mana yang akan mendahului ke garisan

penamat. Halangan – halangan ini ditentukan dengan keadaan kecerunan halangan tersebut

dimana landasan guli C mengalami kecerunan yang tinggi berbanding dengan landasan guli B dan

landasan guli B pula mengalami kecerunan yang tinggi berbanding landasan guli A. Guli – guli ini

akan mengalami tarikan graviti yang akan membawanya ke takungan bawah iaitu garisan penamat

dimana masa akan diambil. Kelajuan guli – guli tersebut bergantung kepada kecerunan landasan

dan halangan yang dilaluinya.

Hasil daripada ujikaji yang telah dilakukan pada 8hb. Ogos, 2009 (Sabtu), binaan

Gelongsor Guli telah berjaya mencapai objektif iaitu guli C mendahului guli B dan diikuti guli A

pada tempat penamat mengikut landasan tersendiri iaitu landasan A adalah untuk Guli A, landasan

B adalah untuk Guli B dan landasan C adalah untuk guli C. Masa yang telah dicatatkan adalah

30.7 saat. Masa yang diburukan iaitu 30saat tidak dapat dikecapi kerana terdapat ralat – ralat yang

telah dikenalpasti

Antara ralat yang dikenalpasti ialah kemungkinan kayu halangan yang disediakan terdapat

kecacatan semulajadi menyebabkan gangguan kepada kegelongsoran guli tersebut. Binaan

rekabentuk ini adalah salah satu dari konsep kecerunan. Kegagalan dalam mencari ketepatan

kecerunan akan menghasilkan kelembapan kegelongsoran guli tersebut. Kegelongsoran

memerlukan objek yang bulat untuk melakukannya. Sekiranya kecacatan berlaku pada fizikal

bulatan akan menyebabkan kegagalan dalam pelinciran kegelongsoran tesebut. Ini mungkin terjadi

kepada guli terpakai yang digunakan dalam penghasilan projek ini.

7.0 Penutup Dan Kesimpulan

Masa yang telah dicatatkan (Tempoh Percubaan)

• Percubaan Pertama – 33 saat pada guli C (bukan masa ambilan)

Page 9: The final report

• Percubaan Kedua - 33 saat pada guli C ( bukan masa ambilan)

Masa yang telah dicatatkan (Tempoh Pementasan Catatan Diambil)

• Catatan Pertama – 32 saat pada guli C

• Catatan Kedua - gagal kerana guli B tersangkut (modifikasi pada halangan

landasan C iaitu dikurangkan satu halangan bagi mencapai masa yang diiginkan)

• Catatan Ketiga – gagal kerana guli B masih lagi tersangkut.

• Catatan Keempat – gagal kerana guli A tersangkut.

• Catatan Kelima – 30.7 saat pada Guli C ( Masa Ambilan)

Pada masa percubaan pertama dan kedua menunjukkan bacaan 32 & 33 saat. Masa ini

tidak direkodkan kerana hanya percubaan. Catatan sebenar kali pertama diambil, Guli

C merekodkan bacaan 32 saat. Kami bercadang untuk membuat modifikasi pada

papan gelongsor bahagian guli C dengan kebenaran pensyarah. Catatan kedua hingga

keempat merekodkan kegagalan apabila guli A & B mengalami masalah kerana

tersangkut. Ini disebabkan oleh faktor – faktor permukaan serta guli tersebut. Catatan

kelima diambil dan catatan yang cemerlang diporolehi iaitu 30.7 saat.

Hasil daripada penghasilan projek ini dapat memberikan

• Kerjasama antara kumpulan. Ini dapat memupukkan semangat berkumpulan dan

perbincangan dalam menyelesaikan masalah.

• Hasil daripada perkara tersebut juga dapat menghasilkan kawalan budget yang

minima.

• Ini juga dapat memberikan semangat kepada kumpulan iaitu sokongan moral bagi

mencapai impian yang diinginkan iaitu untuk mencapai masa yang terbaik.

7.0 RUJUKAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Graviti

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_Newton_Pertama

Page 10: The final report

http://ms.wikipedia.org/wiki/Fizik

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_kegravitian_semesta