ringkasan asia.pengenalan

3
ASIA INDIA,CHINA & JEPUN PENDAHULUAN Tamadun India merupakan antara tamadun terawal dan terbesar dunia yang turut memberi sumbangan dari segi pembinaan tamadun-tamadun baru di dunia ini. Pembinaan Tamadun India dimulakan melalui pembinaan peradaban Lembah Indus sehinggalah ianya berterusan melalui zaman-zaman kegemilangan Hindu dan juga Islam pada zaman pemerintahan Kerajaan Mogul dan akhirnya terus berubah apabila masuknya pengaruh Barat. Pada masa awalnya,tamadun India telah di bentuk oleh 2 buah kaum utama India iaitu bangsa Aryan dan juga Dravidia. Dalam esei ini,akan dikupas tentang perubahan-perubahan terhadap pemikiran India setelah kemasukan budaya Barat. Namun,tetap juga akan diceritakan bentuk pemikiran masyaakat India sebelum kedatangan pengaruh barat. PEMIKIRAN INDIA SEBELUM BARAT HINDUISME Secara amnya,istilah Hindu dirujuk untuk menerangkan tentang bangsa Hindu tetapi istilah ini kini lebih digunakan untuk merujuk tentang pengikut agama Hindu atau fahaman-fahaman orang India. Fahaman Hinduisme dipercayai terbentuk apabila berlakunya perpindahan masuk Kaum Aryan pada 1500 SM ke kawasan utara India yang pada asalnya merupakan tempat asal kaum Dravidia.

Upload: kkwei93

Post on 21-Nov-2015

247 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SEJARAH

TRANSCRIPT

ASIA INDIA,CHINA & JEPUNPENDAHULUAN Tamadun India merupakan antara tamadun terawal dan terbesar dunia yang turut memberi sumbangan dari segi pembinaan tamadun-tamadun baru di dunia ini. Pembinaan Tamadun India dimulakan melalui pembinaan peradaban Lembah Indus sehinggalah ianya berterusan melalui zaman-zaman kegemilangan Hindu dan juga Islam pada zaman pemerintahan Kerajaan Mogul dan akhirnya terus berubah apabila masuknya pengaruh Barat. Pada masa awalnya,tamadun India telah di bentuk oleh 2 buah kaum utama India iaitu bangsa Aryan dan juga Dravidia. Dalam esei ini,akan dikupas tentang perubahan-perubahan terhadap pemikiran India setelah kemasukan budaya Barat. Namun,tetap juga akan diceritakan bentuk pemikiran masyaakat India sebelum kedatangan pengaruh barat.PEMIKIRAN INDIA SEBELUM BARATHINDUISME Secara amnya,istilah Hindu dirujuk untuk menerangkan tentang bangsa Hindu tetapi istilah ini kini lebih digunakan untuk merujuk tentang pengikut agama Hindu atau fahaman-fahaman orang India. Fahaman Hinduisme dipercayai terbentuk apabila berlakunya perpindahan masuk Kaum Aryan pada 1500 SM ke kawasan utara India yang pada asalnya merupakan tempat asal kaum Dravidia. Perpindahan Kaum Aryan turut membawa budaya & cara hidup mereka.CIRI-CIRI KEPERCAYAAN DAN BUDAYA1)Mula Terbentuknya Sistem Kasta. Disebabkan perbezaan yang ketara terhadap ciri fizikal dan budaya Kaum Aryan dengan Dravidia. Istilah Aryan sendiri membawa maksud Noble People @ orang bangsawan. Orang Aryan mempunyai cirri fizikal seperti tinggi,berkulit cerah@ putihdan bertutur dalam bahasa Indo-Eropah. Berbeza dengan penduduk tetap asal India iaitu orang Dravidia.Mempunyai ciri fizikal seperti kulit gelap dan rambut kerinting. Disebabkan itu,wujud diskriminasi yang menyebabkan golongan Dravidia dipandang rendah dan orang Aryan mempunyai martabat yang tinggi. Orang Dravidia juga turut bangga dengan kelebihan bangsa mereka sendiri.2)Perkembangan Kitab-Kitab Awal di India 4 Kitab Veda - Ring Veda,Sama Veda,Atharva Veda dan Yajur Veda. Perkembangan ini merupakan tahap penting dalam penyebaran falsafah Hinduisme yang turut dikenali sebagai Era Vedik (1500-600 SM). Ia lebih tertumpu kepada falsafah yang bersifat Abstrak. Wujud pula era Epik yang telah memperlihatkan muncul epic terpenting India seperti Epik Mahabharata dan Ramayana dan juga falsafah-falsafah lain. Setelah itu,wujud pula Era Sutra yang membawa falsafah melalui 6 School of Thought