ringkasan 2_11

15
MENINGKATKAN KOMITMEN MURID PRASEKOLAH DALAM TUGASAN MELALUI SISTEM ‘KUPON CEMERLANG’ oleh NOR AIZATI BINTI DAWI ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan penggunaan sistem ‘kupon cemerlang’ dalam meningkatkan komitmen murid untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat keberkesanan sistem ‘kupon cemerlang’ dalam membantu meningkatkan komitmen murid untuk menghantar tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan bagi pengajaran tunjang selama 60 minit. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 5 orang murid prasekolah di salah sebuah sekolah di daerah Tuaran, iaitu 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Pengumpulan data dalam kajian ini adalah melalui pemerhatian dan temubual. Kajian ini dijalankan menggunakan model Kurt Lewin (1948) dan mempunyai satu kitaran sahaja. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa kelima-lima responden menunjukkan peningkatan dari aspek komitmen untuk menyiapkan dan menghantar tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ianya dinilai melalui kejayaan responden mengumpul ‘sticker’ dalam kuantiti yang membolehkan mereka mendapatkan ganjaran berbentuk hadiah seperti yang telah dijanjikan semasa sistem ‘kupon cemerlang’ mula diperkenal dan dilaksanakan. Bagi meningkatkan keberkesanan sistem ini pada masa akan datang, pemberian ‘sticker’ bersyarat boleh dilaksanakan seperti hasil kerja yang dihantar perlu kemas dan betul. Ini akan dapat meningkatkan kualiti hasil kerja murid serta menjadikan murid lebih teliti serta bersungguh semasa melaksanakan tugasan yang diberikan. Secara ringkasnya, diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada guru-guru yang ingin melaksanakan sistem sebegini bagi membantu meningkatkan komitmen dalam menyiapkan dan menghantar tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. PENDAHULUAN 1

Upload: noraizatidawi

Post on 14-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN 2_11

MENINGKATKAN KOMITMEN MURID PRASEKOLAH DALAM TUGASAN MELALUI SISTEM ‘KUPON CEMERLANG’

oleh

NOR AIZATI BINTI DAWI

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan penggunaan sistem ‘kupon cemerlang’ dalam meningkatkan komitmen murid untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat keberkesanan sistem ‘kupon cemerlang’ dalam membantu meningkatkan komitmen murid untuk menghantar tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan bagi pengajaran tunjang selama 60 minit. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 5 orang murid prasekolah di salah sebuah sekolah di daerah Tuaran, iaitu 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Pengumpulan data dalam kajian ini adalah melalui pemerhatian dan temubual. Kajian ini dijalankan menggunakan model Kurt Lewin (1948) dan mempunyai satu kitaran sahaja. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa kelima-lima responden menunjukkan peningkatan dari aspek komitmen untuk menyiapkan dan menghantar tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ianya dinilai melalui kejayaan responden mengumpul ‘sticker’ dalam kuantiti yang membolehkan mereka mendapatkan ganjaran berbentuk hadiah seperti yang telah dijanjikan semasa sistem ‘kupon cemerlang’ mula diperkenal dan dilaksanakan. Bagi meningkatkan keberkesanan sistem ini pada masa akan datang, pemberian ‘sticker’ bersyarat boleh dilaksanakan seperti hasil kerja yang dihantar perlu kemas dan betul. Ini akan dapat meningkatkan kualiti hasil kerja murid serta menjadikan murid lebih teliti serta bersungguh semasa melaksanakan tugasan yang diberikan. Secara ringkasnya, diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada guru-guru yang ingin melaksanakan sistem sebegini bagi membantu meningkatkan komitmen dalam menyiapkan dan menghantar tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

PENDAHULUAN

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang diwujudkan bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Oleh itu, pelaksanaan kajian bagi menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti merupakan salah satu usaha untuk merealisasikan matlamat pendidikan prasekolah ini.

1

Page 2: RINGKASAN 2_11

FOKUS KAJIAN

Kajian ini menjurus kepada strategi penyelesaian masalah untuk pengkaji yang berhadapan dengan situasi murid prasekolah yang menunjukkan komitmen yang kurang baik dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dan menghantarnya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, komitmen yang dimaksudkan oleh pengkaji menjurus kepada sikap bertanggungjawab murid dalam menyiapkan seterusnya menghantar tugasan tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan bagi sesi pengajaran setiap tunjang yang berdurasi 60 minit.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif am

Meningkatkan komitmen murid berkaitan tugasan yang diberi dengan menggunakan sistem ‘kupon cemerlang’.

Objektif khusus

Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:

i. Meningkatkan komitmen murid untuk menyiapkan tugasan yang diberi menggunakan sistem ‘kupon cemerlang’.

ii. Meningkatkan komitmen murid untuk menghantar tugasan mengikut masa yang ditetapkan melalui sistem ‘kupon cemerlang

Soalan kajian:

i. Adakah sistem ‘kupon cemerlang’ dapat meningkatkan komitmen murid untuk menyiapkan tugasan yang diberi?

ii. Adakah sistem ‘kupon cemerlang’ dapat meningkatkan komitmen murid untuk menghantar tugasan mengikut masa yang ditetapkan?

KUMPULAN SASARAN

Dalam kajian ini, 5 daripada 25 orang murid telah dipilih menjadi responden. 5 orang peserta ini terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang perempuan. Kesemua responden yang dipilih berumur 5 tahun. Pemilihan responden dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa melaksanakan tugasan dan analisis penghantaran hasil kerja murid.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA

Pengkaji telah memilih untuk menggunakan dua kaedah iaitu pemerhatian dan temubual untuk memenuhi kedua-dua objektif kajian. Bagi objektif 1 kajian, kaedah

2

Page 3: RINGKASAN 2_11

pemerhatian telah digunakan untuk melihat tingkah laku responden semasa melaksanakan tugasan. Manakala, temubual pula digunakan untuk menilai keberkesanan sistem ‘kupon cemerlang’ ini dalam meningkatkan komitmen responden untuk menyiapkan tugasan.

Dalam objektif 2 kajian, kaedah pemerhatian digunakan untuk melihat kekerapan penghantaran tugasan murid berdasarkan tempoh masa yang telah ditetapkan. Manakala, temubual pula digunakan untuk menilai keberkesanan sistem ‘kupon cemerlang’ dalam meningkatkan komitmen responden untuk menghantar tugasan.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1948)

Proses Pelaksanaan Kajian

Merujuk kepada model kajian tindakan Kurt Lewin (1948), pengkaji telah menyediakan dan melaksanakan perancangan pelaksanaan mengikut langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 5.2. Kajian ini dilaksanakan dalam satu kitaran sahaja.

Bil. Proses Tindakan1 Mengenalpasti masalah Tinjauan isu dan masalah yang dikaji iaitu

berkaitan ketepatan masa murid menghantar tugasan yang diberikan.

2 Merancang Merancang kajian yang sesuai.3 Bertindak Melaksanakan tindakan yang telah dirancang.4 Memerhati Pemerhatian kemajuan tindakan yang telah

dilaksanakan.5 Mereflek Refleksi dan penilaian keputusan kajian.

Jadual 1: Proses Pelaksanaan Kajian 3

Tindakan

Pemerhatian

Refleksi

Perancangan

Page 4: RINGKASAN 2_11

Berikut merupakan cara pelaksanaan sistem ‘kupon cemerlang’:

1. Sistem ‘kupon cemerlang’ diperkenalkan kepada murid prasekolah.2. Penerangan berkaitan cara pemerolehan ‘sticker’. Jadual berikut menerangkan

kriteria pemberian ‘sticker’:

Jadual 2: Kriteria pemberian ‘sticker’

Bil. Jumlah ‘sticker’ Kriteria1 Menghantar sebelum tempoh masa

yang ditetapkan. Tugasan siap.

2 Menghantar tugasan pada tempoh masa yang ditetapkan. (dalam tempoh 5 minit pertama)

Tugasan siap.3 Menghantar tugasan pada tempoh

masa yang ditetapkan. (dalam tempoh 10 minit)

Tugasan siap.

3. Penerangan berkaitan sebab pemberian bilangan ‘sticker’ yang berbeza akan dinyatakan kepada murid pada setiap kali sesi pemberian ‘sticker’.

4. Penerangan berkaitan kegunaan ‘sticker’ iaitu murid boleh menuntut hadiah yang pelbagai jenis mengikut jumlah ‘sticker’ yang berjaya dikumpul. Hadiah yang disediakan mempunyai jumlah tukaran ‘sticker’ yang berbeza.

DAPATAN KAJIAN DAN INTERPRETASI DATA

Objektif 1: Meningkatkan komitmen murid untuk menyiapkan tugasan yang diberi menggunakan sistem ‘kupon cemerlang’.

Dapatan Pemerhatian

Jadual 3: Kod Bagi Setiap Items (Kategori) Senarai Semak Tingkah Laku Responden

Bil. Items (kategori) Kod1 Murid mengacau rakan semasa

melaksanakan tugasan.KR

2 Murid berbual-bual bersama rakan semasa melaksanakan tugasan.

BB

3 Murid berpindah tempat duduk semasa melaksanakan tugasan.

PT

4 Pandangan murid melilau semasa melaksanakan tugasan.

PM

5 Murid tidak membuat tugasan. TB

4

Page 5: RINGKASAN 2_11

Jadual 4: Perbandingan Tingkah Laku Responden Sebelum dan Selepas Intervensi

Bil. Items Penilaian Kekerapan (Jumlah dan Peratus)Sebelum Selepas

1 KR 11 (44%) 1 (4%)

2 BB 9 (36%) 7 (28%)

3 PT 9 (36%)) 2 (8%)

4 PM 13 (52%) 8 (32%)

5 TB 0 0

Jumlah 42/125 18/125

Rajah 2: Perbandingan Tingkah Laku Responden Sebelum dan Selepas Intervensi

5

KR BB PT PM TB0

10

20

30

40

50

60

44

36 36

52

04

28

8

32

0

Sebelum Selepas

Items

Per

atus

Kek

erap

an (

%)

Page 6: RINGKASAN 2_11

Dapatan Temubual

Jadual 5: Analisis Temubual Bersama Responden

Soalan Responden Jawapan Refleksi PenyelidikSoalan 1: Apakah yang kamu perlu

buat supaya boleh mendapat banyak ‘sticker’?

A Buat kerja rumah. Responden memahami bahawa

mereka perlu membuat tugasan bagi mendapatkan

‘sticker’.

B Kerja rumah.C Buat kerja rumah.D Buat kerja rumah.E Kerja.

Soalan 2: Apakah yang murid dapat sekiranya dapat

mengumpul banyak ‘sticker’?

A (Bertepuk tangan sambil tersenyum apabila responden lain menyebut tentang hadiah.

Responden menunjukkan minat dan perasaan teruja terhadap ganjaran

hasil daripada pengumpulan

‘sticker’ sekiranya mereka menyiapkan

tugasan dan seterusnya

menghantarnya

B Hadiah! (Senyum)C Dapat….hadiah!

(Senyum)D Hadiah. Hadiah besar!

(menggawangkan tangan membayangkan saiz yang besar)

E Hadiah!Soalan 3: Adakah kamu mahu mendapat hadiah?

A Mahu! (Senyum) Menunjukkan responden

bersemangat untuk mendapatkan

ganjaran yang telah dijanjikan dalam pelaksananaan sistem ‘kupon cemerlang’.

B Mahu! Mahu! Mahu! (Berdiri dan menepuk meja)

C Mahu! (Senyum)D Mahu! (Senyum)E Mahu! (Menjerit kuat)

Jadual 6: Analisis Temubual Bersama Guru Prasekolah

Soalan Jawapan Refleksi PenyelidikSoalan 1: Apakah perubahan yang dapat cikgu lihat berkaitan komitmen murid untuk menyiapkan tugasan yang diberi setelah sistem ‘kupon cemerlang’ ini dilaksanakan?

Yang saya perhatikan selepas dilaksanakan ‘kupon cemerlang’, murid lebih cepat membuat tugasan. Selain daripada itu, dia lebih fokus untuk menjawab soalan lebih tepat sebab dia tahu ada ganjaran.

Sistem ‘kupon cemerlang’ telah berjaya

meningkatkan komitmen murid untuk menyiapkan tugasan yang diberikan

melalui perubahan tingkah laku ke arah yang lebih

positif semasa melaksanakan tugasan.

Soalan 2: Apakah faktor yang menyebabkan murid lambat menyiapkan tugasan

Untuk faktor tu, saya perasan tiga perkara yang biasa mengganggu murid. Yang pertama dia cepat

Penyataan guru membuktikan tingkah laku

responden semasa melaksanakan tugasan

6

Page 7: RINGKASAN 2_11

mereka? terganggu dengan rakan yang ada di sekeliling, tidak kisahlah apa yang mereka buat. Yang kedua, dia leka dengan apa yang dia pegang seperti alat. Yang ketiga, berkaitan dengan ‘kupon cemerlang’, mungkin kurang jaminan ganjaran daripada cikgu kalau sudah siap kerja.

turut menjadi punca mereka lambat

menyiapkan tugasan yang diberikan.

Soalan 3: Bagaimanakah perubahan sikap (tingkah laku) murid setelah sistem ‘kupon cemerlang’ ini dilaksanakan?

Selepas ‘kupon cemerlang’ ini dilaksanakan, murid lebih peka dan segera menyelesaikan tugasan sebab mereka mahukan ganjaran.

Responden menunjukkan komitmen yang tinggi

untuk menyiapkan tugasan yang diberi kerana

menginginkan ganjaran.

Soalan 4: Pada pendapat cikgu, adakah pelaksanaan sistem ‘kupon cemerlang’ ini berjaya meningkatkan komitmen murid untuk menyiapkan tugasan yang diberikan?

Pada pendapat saya, saya setuju dan memang berjaya lah mengikut tahap murid dan perlu diteruskan.

Pelaksanaan sistem ‘kupon cemerlang’ telah berjaya meningkatkan komitmen murid untuk menyiapkan tugasan.

Objektif 2: Meningkatkan komitmen murid untuk menghantar tugasan yang diberi menggunakan sistem ‘kupon cemerlang’.

Dapatan Pemerhatian

Jadual 7: Kod bagi setiap items (kategori) senarai semak penghantaran hasil kerja responden

Bil. Items (kategori) Kod1 Murid menghantar tugasan

sebelum tempoh masa yang telah ditetapkan.

HSTM

2 Murid menghantar pada tempoh masa yang ditetapkan. (5 minit)

HPTM 1

3 Murid menghantar pada tempoh masa yang ditetapkan. (10 minit)

HPTM 2

4 Murid menghantar tugasan selepas tempoh yang ditetapkan. (5 minit)

HS 1

5 Murid menghantar tugasan selepas tempoh yang ditetapkan.

HS 2

7

Page 8: RINGKASAN 2_11

(10 minit)

Jadual 8: Perbandingan Penghantaran Hasil Kerja Responden Sebelum dan Selepas Intervensi

Bil. Items Penilaian Kekerapan (Jumlah dan Peratus)Sebelum Selepas

1 HSTM 0 8 (32%)

2 HPTM 1 0 11 (44%)

3 HPTM 2 1 (4%) 5 (20%)

4 HS 1 14 (56%) 1 (4%)

5 HS 2 10 (40%) 0

Jumlah 25/125 25/125

Rajah 3: Perbandingan Penghantaran Hasil Kerja Responden Sebelum dan Selepas Intervensi

8

HSTM HPTM 1 HPTM 2 HS 1 HS 20

10

20

30

40

50

60

0 04

56

40

16

44

20

40

Sebelum Selepas

Items

Per

atus

Kek

erap

an (

%)

Page 9: RINGKASAN 2_11

Dapatan Temubual

Jadual 9: Analisis Temubual Bersama Responden

Soalan Responden

Jawapan Refleksi Penyelidik

Soalan 1: Apakah yang kamu perlu

buat supaya boleh mendapat banyak ‘sticker’?

A Buat kerja rumah. Responden memahami bahawa

mereka perlu membuat tugasan yang diberi untuk

mendapatkan ‘sticker’.

B Kerja rumah.C Buat kerja rumah.D Buat kerja rumah.E Kerja.

Soalan 2: Adakah yang murid dapat sekiranya dapat

mengumpul banyak ‘sticker’?

A Bertepuk tangan sambil tersenyum apabila responden lain menyebut tentang hadiah.

Responden menunjukkan reaksi

teruja untuk mendapat ganjaran

yang telah dijanjikan.

B Hadiah! (Senyum)C Dapat….hadiah!

(Senyum)D Hadiah. Hadiah besar!

(menggawangkan tangan membayangkan saiz yang besar)

E Hadiah!Soalan 3: Adakah tugasan perlu dihantar cepat atau lambat untuk mendapatkan ‘sticker’?

A Cepat! Responden sedar bahawa mereka

perlu menghantar tugasan dengan

cepat untuk mendapatkan

‘sticker’.

B Cepat!C Cepat!D Cepat!E Cepat!

Soalan 4: Adakah kamu mahu mendapat hadiah?

A Mahu! (Senyum) Kesemua responden

bersemangat untuk mendapatkan

ganjaran yang telah dijanjikan melalui

sistem ‘kupon cemerlang’.

B Mahu! Mahu! Mahu! (Berdiri dan menepuk meja)

C Mahu! (Senyum)D Mahu! (Senyum)E Mahu! (Menjerit kuat)

Jadual 10: Analisis Temubual Bersama Guru Prasekolah

Soalan Jawapan Refleksi PenyelidikSoalan 1: Pada pandangan cikgu, bagaimanakah komitmen murid untuk menghantar

Aaa…berkenaan dengan motivasi murid, saya lebih perasan lah murid lebih fokus, mendengar arahan

Sistem ‘kupon cemerlang’ telah berjaya

meningkatkam kesediaan responden untuk

9

Page 10: RINGKASAN 2_11

tugasan pada fasa sebelum dan selepas sistem ‘kupon cemerlang’ ini dilaksanakan?

dan bersedia untuk melengkapkan tugasan dengan bertanya lebih banyak soalan. Maknanya mereka bersedia untuk membuat tugasan.

melaksanakan tugasan dan menghantarnya.

Soalan 2: Apakah perubahan yang dapat cikgu lihat berkaitan motivasi murid untuk menghantar tugasan yang diberi setelah sistem ‘kupon cemerlang’ ini dilaksanakan?

Yang saya perhatikan selepas dilaksanakan ‘kupon cemerlang’, murid lebih cepat membuat tugasan. Selain daripada itu, dia lebih fokus untuk menjawab soalan lebih tepat sebab dia tahu ada ganjaran.

Sistem ‘kupon cemerlang’ telah berjaya

meningkatkan mengubah tingkah laku responden semasa melaksanakan tugasan yang diberikan.

Responden menjadi lebih fokus kerana berkeinginan untuk menghantar tugasan

secepat mungkin dan mendaatkan ganjaran.

Soalan 3: Pada pendapat cikgu, adakah pelaksanaan sistem ‘kupon cemerlang’ ini berjaya meningkatkan motivasi murid untuk menghantar tugasan yang diberikan?

Pada pendapat saya, saya setuju dan memang berjaya lah mengikut tahap murid dan perlu diteruskan.

Pelaksanaan sistem ‘kupon cemerlang’ terbukti

berjaya meningkatkan komitmen murid untuk

menghantar tugasan yang diberikan.

RUMUSAN DAN REFLEKSI KAJIAN

Hasil dapatan kajian yang diperolehi oleh pengkaji menunjukkan pelaksanaan sistem ‘kupon cemerlang’ dapat meningkatkan komitmen murid untuk menyiapkan dan menghantar tugasan yang diberikan. Secara keseluruhannya, kajian yang dilaksanakan berkaitan sistem ‘kupon cemerlang’ ini memenuhi objektif dan soalan kajian yang telah ditetapkan. Keberkesanan sistem ‘kupon cemerlang’ dalam memenuhi objektif dan soalan kajian ini dibuktikan melalui data yang telah dikumpul serta dianalisa.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Dalam kajian ini, tempoh masa pelaksanaannya adalah sangat singkat iaitu lebih kurang 3 minggu sahaja. Menurut Wan Nor Adila binti Wan Adnan (2010) dalam kajiannya mengenai pendekatan token ekonomi dalam mengurangkan kesediaan belajar kanak-kanak prasekolah, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak hanya berubah tingkah laku untuk mendapatkan token, dan bukan kerana kesedaran kendiri mereka. Berdasarkan pendapat tersebut, pengkaji bersetuju keadaan ini akan berlaku sekiranya pendekatan menggunakan token ekonomi ini hanya dilaksanakan dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, bagi mengekalkan sikap yang diingini dalam diri kanak-kanak ini, pengkaji mencadangkan kajian dilanjutkan tempohnya ke satu tempoh yang lebih panjang. Hal ini kerana, kanak-kanak yang sudah membiasakan diri menyiapkan tugasan dan menghantarnya tepat pada masa yang telah ditetapkan akan menjadikan perkara tersebut sebagai satu disiplin diri walaupun tidak diberikan ganjaran.

10

Page 11: RINGKASAN 2_11

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2004). Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah: Siri Motivasi. Pahang Darul Makmur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ahola, D. & Kovacik, A. (2007). Observing and Understanding Child Development: A Child Study Manual. New York: Thomson Delmar Learning.

Ardoff, D.G. (1975). Token Economy at Classroom Level. Dilayari pada 8 Ogos 2015 dari Education: http//www.eric.ed.gov/.

Baharom Mohamad & Ilyas Hashim. (2009). Bagaimana Memotivasikan Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Beaty, J.J. (2006). Observing Development of Young Child. New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.

Donaldson. M. (1978). Children's minds. London: Fontana Press.

Ghazali Yusri., Nik Mohd Raimi., & Parilah M. Shah. (2009). Kebimbangan Ujian dan Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab Dalam Konteks Kemahiran Lisan. Jurnal Penyelidikan UiTM 2 (2): 50-63.

Hackenberg. T. D. (2009). Token Reinforcement: A Review and Analysis. Journal of the Experimental Analysis of Behavior 91: 257-286.

Khalfa C. (2010). Behaviour Management: A Case Study of a Token System. Diperoleh 16 April 2011. http://www.albusultan.com/

McMillan, J.H. (2008). Educational Research: Fundamentals for The Consumer:fifth Edition. New Jersey: Pearson Education, Inc.

Noor Diyana binti Abdul Rahman (2010). Mengurangkan Tingkah laku Bermasalah Dalam Kalangan Murid Prasekolah Menggunakan Program Token Ekonomi. Prosiding Seminat Kajian Tindakan Prasekolah. 53-62.

Othman Lebar. (2009). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian Secara Portfolio. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Rosinah Edinin Ph.D. (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Shahbudin Hashim. (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Siti Noor Baizura Yahya. (2010). Pemberian Ganjaran Meningkatkan Kualiti Hasil Kerja Murid. Prosiding Seminar Kajian Tindakan Prasekolah. 182-192.

Suppiah N., Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abd Shukor. (2008). Siri Pendidikan Guru: Psikologi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar.

11

Page 12: RINGKASAN 2_11

Wan Nor Adila binti Wan Adnan. (2010). Mengurangkan Kesediaan Belajar Kanak-kanak Sebelum Slot Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Kaedah Token Ekonomi. Prosiding Seminar Kajian Tindakan Prasekolah 193-202.

West. D. (2010). A classroom token economy, chance, a small whiteboard and ownership: building motivation and relationship within the classroom. Level of Interes: Year 1 to Year 7. Dilayari pada 8 Ogos 2015 dari http://www.kings.edu.au/boysed/speakers/documents/WestDeconomy.pdf.

Paul Dix. (2007). Behaviour Management A Practical Approach for Education. Upper Sadle River, New Jersey: Pearson Education. Inc.

12