reviu jurnal

5
1.0 PENGENALAN Jurnal ini membincangkan kajian yang dilakukan oleh Mohammed Shariff Mustaffa, Jamaludin Ramli dan Zainudin Hassan yang berkaitan tentang Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien Dalam Menangani Masalah Emosi Remaja Di Sekolah. Kajian ini menghuraikan latar belakang klien, senario masalah klien serta proses aplikasi teori Pemusatan Klien. Penganalisis tajuk kajian ini akan lebih menumpukan kepada peringkat-peringkat perkembangan sesi dan teknik-teknik yang sesuai digunakan. Oleh hal yang sedemikian, Mohammed Shariff Mustaffa, Jamaludin Ramli dan Zainudin Hassan telah memilih seorang klien yang bermasalah daripada murid tingkatan lima sebagai responden. 2.0 ULASAN Penulis telah melakukan sesi temubual dengan klien yang dipilih untuk mendapatkan maklumat latar belakang dan masalah yang dihadapi. Hasil dapatan temu bual, masalah klien dapat dikenalpasti iaitu menghadapi masalah gangguan emosi terutamanya apabila berhadapan dengan masalah keluarga. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh klien, penulis telah menggunakan pendekatan afektif melalui Teori Pemusatan Klien. Hal ini kerana teori Pemusatan Klien yang diasaskan oleh Carl Ransom Rogers

Upload: ieka-adila

Post on 10-Nov-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CONTOH MEMBUAT ULASAN JURNAL

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Jurnal ini membincangkan kajian yang dilakukan oleh Mohammed Shariff Mustaffa, Jamaludin Ramli dan Zainudin Hassan yang berkaitan tentang Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien Dalam Menangani Masalah Emosi Remaja Di Sekolah. Kajian ini menghuraikan latar belakang klien, senario masalah klien serta proses aplikasi teori Pemusatan Klien. Penganalisis tajuk kajian ini akan lebih menumpukan kepada peringkat-peringkat perkembangan sesi dan teknik-teknik yang sesuai digunakan. Oleh hal yang sedemikian, Mohammed Shariff Mustaffa, Jamaludin Ramli dan Zainudin Hassan telah memilih seorang klien yang bermasalah daripada murid tingkatan lima sebagai responden.

2.0 ULASAN

Penulis telah melakukan sesi temubual dengan klien yang dipilih untuk mendapatkan maklumat latar belakang dan masalah yang dihadapi. Hasil dapatan temu bual, masalah klien dapat dikenalpasti iaitu menghadapi masalah gangguan emosi terutamanya apabila berhadapan dengan masalah keluarga. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh klien, penulis telah menggunakan pendekatan afektif melalui Teori Pemusatan Klien. Hal ini kerana teori Pemusatan Klien yang diasaskan oleh Carl Ransom Rogers amat sesuai digunakan dalam menangani masalah emosi remaja di sekolah.

Penulis menyatakan teori ini sesuai digunakan kerana diberi penekanan kepada beberapa aspek iaitu i. Klien bertanggungjawab untuk mendapatkan kesedaran diri serta bertindak.ii. Fokus ditumpukan kepada fenomena dan dunia dalaman klien.iii. Klien digalak memahami persepsi sebenar.iv. Perhubungan terapeutik antara kaunselor dan klien.v. Konsep utama, penerimaan dengan empati, reda, ketulinan dan kongruen.Penulis telah mengamalkan empat langkah dalam pengendalian sesi kaunseling dengan klien mengunakan teori Pemusatan Klien. Melalui langkah yang telah dirancang dapat memudahkan kaunselor menjalankan sesi kaunseling dan mendapat hasil matlamat yang lebih baik.

Langkah pertama iaitu penstrukturan. Kaunselor perlu menerangkan proses serta ekspektasi kepada klien dan menyediakan peluang melalui perbualan. Seterusnya, langkah kedua ialah membina hubungan, menyatakan masalah melalui penerokaan dan meneroka masalah. Langkah ketiga iaitu alternatif dan pemilihan alternatif. Langkah ini memerlukan kaunselor memberikan kekuatan dan sokongan kepada klien. Ini kerana apabila perasaan negatif yang dialami selesai dalam sesi kaunseling, penyataan dan tindakan yang positif perlu dibuat. Akhir sekali, langkah keempat iaitu penilaian dan penamat. Pada peringkat ini, kaunselor membuat rumusan dan maklum balas dan bagaimana nak menamatkan dengan membuat pengukuhan kepada klien.

3.0PENDAPAT

Setelah membaca dan memahami jurnal kajian iaitu Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien Dalam Menangani Masalah Emosi Remaja Di Sekolah yang dibuat oleh Mohammed Shariff Mustaffa, Jamiludin Ramli dan Zainudin Hasan. Menurut pandangan saya, aplikasi teori Pemusatan Klien dalam proses kaunseling amat sesuai digunakan bagi mengatasi masalah emosi yang dialami oleh klien. Hal ini kerana teori Pemusatan Klien yang diperkenalkan oleh Carl R. Rogers memberikan perkhidmatan kaunseling kepada orang atau disebut sebagai client centered. Rogers melihat ahli-ahli terapi hanya bertindak sebagai penyedia kepada perkembangan peribadi seseorang. Beliau menekankan kepada individu sebagai klien yang dianggap mempunyai banyak pengalaman sendiri dan berguna untuk diketahui bersama. Mengikut Rogers, pengalaman sejak bayi dianggap sebagai kebenaran dan kenyataan. Bayi dikatakan menilai pengalamnnya sebagai memenuhi keperluan untuk kesempurnaan kendiri, apabila manusia berinteraksi dengan alam persekitaran dan belajar tentang dirinya maka konsep kendiri semakin berkembang. Kemahuan terhadap penerimaan dan kendiri yang positif akan membina suatu keadaan dan tingkah laku yang baik. Tambahan pula, pendekatan teori Pemusatan Klien dapat membantu hubungan antara kaunselor dengan klien lebih mesra dan membolehkan proses kaunseling dapat dijalankan lancar dalam keadaan teraputik.

Langkah-langkah yang diamalkan oleh penulis menggunakan teori Pemusatan Klien dalam proses kaunselor dapat membantu klien mengatasi masalah emosi yang dialami. Klien dapat menunjukkan kekuatan kendiri dan memberi ruang dan peluang untuk dia berubah kearah lebih baik hasil daripada langkah yang digunakan oleh penulis. Menurut pendapat saya, langkah yang digunakan oleh penulis adalah berkesan kerana ia menerapkan kemahiran mendengar, sifat empati, maklum balas, kongruen dan penerimaaan yang mesra antara kaunselor dan klien dalam proses kaunseling. Hal ini kerana perhubungan antara kaunselor dan klien yang selamat dan saling mempercayai adalah diperlukan dalam kaunseling.

3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, aplikasi pendekatan kaunseling pemusatan klien amat sesuai digunakan dalam menangani masalah emosi remaja di sekolah.