isnin, 24 disember 2012 reviu tidak pernah ‘terlalu lewat

1
Oleh NENIE KAIRUMAN JIKA saya tiada esok, ba- gaimanakah saya akan di- ingati?” Itulah soalan yang telah merubah haluan hidup Encik Omar Basri. Soalan itu tercetus ketika beliau berhadapan dengan situasi-situasi yang berkaitan dengan kematian ke- tika bertugas sebagai pelatih peruba- tan sewaktu menjalani Perkhidma- tan Negara (NS). “Setelah berhadapan dengan si- tuasi sebegitu, saya semakin sedar hidup ini terlalu rapuh. Saya mula bertanya selama hidup saya apakah yang telah saya capai? Sudahkah saya penuhi potensi saya?” terang Encik Omar, 26 tahun, tentang titik permulaan beliau berazam menjadi lebih daripada hanya seorang pela- jar sederhana. Beliau kemudian menetapkan ci- ta-citanya mahu menjadi seorang guru setelah merasakan keserasian sebagai seorang pelatih dan pendid- ik. Dengan azam baru, beliau mula mengorak langkah sebagai pelajar cemerlang di Institut Pendidikan Na- sional (NIE) bagi meraih Ijazah Sar- jana Muda Sastera dalam bidang pendidikan. Beliau berjaya lulus dengan ke- pujian kelas pertama lalu menerima Anugerah Cemerlang Mendaki ba- ru-baru ini. Walaupun berjaya dalam bidang akademik, Encik Omar yakin pent- ing untuk melibatkan diri dalam bidang yang tidak berkaitan dengan akademik seperti sukarelawan dan sukan. “Saya rasa bidang akademik ada- lah satu platform untuk pelbagai pe- luang. Tetapi aktiviti-aktiviti bukan akademik sama pentingnya kerana ianya membina keperibadian dan memupuk nilai-nilai kita. “Ia mengajar saya tentang kerja berpasukan dan kepimpinan. Ada- kala pengajaran yang saya dapat daripada aktiviti bukan akademik lebih penting daripada di dalam ke- las,” jelas anak seorang ibu tunggal ini. Encik Omar melibatkan diri da- lam kerja sukarela di NIE dan juga di Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West. Beliau pernah menerima bantu- an daripada para sukarelawan dahu- lu kerana datang dari keluarga ber- pendapatan rendah. Justeru, beliau sedar pentingnya membantu orang lain. Padanya, ker- ja sukarelawan ini mengajarnya ten- tang dirinya sendiri dan mengingat- kan beliau bahawa ada mereka yang kurang bernasib baik daripada dirin- ya. Selain daripada kerja sukarela, En- cik Omar juga aktif bersukan. Beliau merupakan pengurus pasu- kan bola lantai ketika di NIE. Beliau menggunakan aktiviti bola lantai ini sebagai cara mengurangkan tekanan. “Ia membuat saya lupakan segala kebimbangan yang ada ketika di dalam kelas,” tambahnya. Dengan kesibukan beliau ini, ti- dak hairanlah beliau turut meraih Anugerah Cendekiawan Koh Boon Hwee yang sememangnya dianuger- ahkan kepada pelajar-pelajar yang serba boleh. Anugerah-anugerah lain yang be- liau terima pada tahun ini terma- suklah Hadih Jurong Shipyard untuk pelajar terbaik dalam subjek Sejarah serta anugerah emas daripada Rotary International untuk penglibatannya dalam kerja sosial. Salah satu rahsia kejayaannya ia- lah beliau tidak suka melakukan ker- ja pada saat-saat akhir. Aktiviti-aktiviti sukarelawan dan sukannya telah mengajarnya untuk mengurus masa dengan baik. “Saya juga latih diri saya untuk ti- dak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau mudah me- ngalih tumpuan. Ada orang yang 5 minit belajar tetapi setelah itu 10 minit bermain Facebook,” ujar Encik Omar mengongsi rahsia kejayaannya lagi. Beliau juga tidak datang lewat ke kelas kerana adakala pensyarah akan memberikan tip-tip penting pada 10 minit pertama. Kini Encik Omar merupakan seor- ang guru di Sekolah Tinggi Matema- tiks dan Sains NUS. Bukan itu sahaja, beliau juga se- dang mengambil kursus sarjana dalam kajian Asia Tenggara (South- east Asian Studies) di Universiti Na- sional Singapura (NUS) secara sambi- lan. “Dengan menyambung pelajaran, saya dapat menajamkan fikiran dan daya analisis saya. Saya dapat lari da- ripada terperangkap dari sebarang ru- tin. Saya rasa penting untuk otak kita sentiasa bekerja. Tidak kiralah de- ngan belajar ataupun dengan mem- pelari sesuatu kemahiran atau hobi baru,” kongsi Encik Omar, seorang yang mengaku dirinya sebagai late bloomer. Nota: Nenie seorang penulis bebas. - a a g - - p a - t - - - - - - n - - n k - - - - - p a - Tidak Pernah ‘Terlalu Lewat’ Berubah Omar Basri mula serius dalam bidang akademik selepas Perkhidmatan Negara TIDAK BUANG MASA: Omar mendisiplinkan diri dengan amalan-amalan baik seperti memastikan tiap saat masanya diisi dengan perkara bermanfaat. – Foto TUKIMAN WARJI Siri Anugerah Cemerlang Mendaki YOUR MUST-HAVE PRESCHOOL GUIDE! How to choose the best preschool for your child digital Berita Harian 9 Isnin, 24 Disember 2012 9

Upload: others

Post on 22-Nov-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isnin, 24 Disember 2012 Reviu Tidak Pernah ‘Terlalu Lewat

Oleh NENIE KAIRUMAN

“JIKA saya tiada esok, ba-gaimanakah saya akan di-ingati?”

Itulah soalan yang telahmerubah haluan hidup Encik OmarBasri.

Soalan itu tercetus ketika beliauberhadapan dengan situasi-situasiyang berkaitan dengan kematian ke-tika bertugas sebagai pelatih peruba-tan sewaktu menjalani Perkhidma-tan Negara (NS).

“Setelah berhadapan dengan si-tuasi sebegitu, saya semakin sedarhidup ini terlalu rapuh. Saya mulabertanya selama hidup saya apakahyang telah saya capai? Sudahkahsaya penuhi potensi saya?” terangEncik Omar, 26 tahun, tentang titikpermulaan beliau berazam menjadilebih daripada hanya seorang pela-jar sederhana.

Beliau kemudian menetapkan ci-ta-citanya mahu menjadi seorangguru setelah merasakan keserasiansebagai seorang pelatih dan pendid-ik.

Dengan azam baru, beliau mulamengorak langkah sebagai pelajarcemerlang di Institut Pendidikan Na-sional (NIE) bagi meraih Ijazah Sar-jana Muda Sastera dalam bidangpendidikan.

Beliau berjaya lulus dengan ke-pujian kelas pertama lalu menerimaAnugerah Cemerlang Mendaki ba-ru-baru ini.

Walaupun berjaya dalam bidangakademik, Encik Omar yakin pent-ing untuk melibatkan diri dalambidang yang tidak berkaitan denganakademik seperti sukarelawan dansukan.

“Saya rasa bidang akademik ada-lah satu platform untuk pelbagai pe-luang. Tetapi aktiviti-aktiviti bukanakademik sama pentingnya keranaianya membina keperibadian danmemupuk nilai-nilai kita.

“Ia mengajar saya tentang kerjaberpasukan dan kepimpinan. Ada-kala pengajaran yang saya dapatdaripada aktiviti bukan akademiklebih penting daripada di dalam ke-las,” jelas anak seorang ibu tunggalini.

Encik Omar melibatkan diri da-lam kerja sukarela di NIE dan jugadi Majlis Pembangunan Masyarakat(CDC) South West.

Beliau pernah menerima bantu-an daripada para sukarelawan dahu-lu kerana datang dari keluarga ber-pendapatan rendah.

Justeru, beliau sedar pentingnyamembantu orang lain. Padanya, ker-ja sukarelawan ini mengajarnya ten-tang dirinya sendiri dan mengingat-

kan beliau bahawa ada mereka yangkurang bernasib baik daripada dirin-ya.

Selain daripada kerja sukarela, En-cik Omar juga aktif bersukan.

Beliau merupakan pengurus pasu-kan bola lantai ketika di NIE. Beliaumenggunakan aktiviti bola lantai inisebagai cara mengurangkan tekanan.

“Ia membuat saya lupakan segala

kebimbangan yang ada ketika didalam kelas,” tambahnya.

Dengan kesibukan beliau ini, ti-dak hairanlah beliau turut meraihAnugerah Cendekiawan Koh BoonHwee yang sememangnya dianuger-ahkan kepada pelajar-pelajar yangserba boleh.

Anugerah-anugerah lain yang be-liau terima pada tahun ini terma-suklah Hadih Jurong Shipyard untukpelajar terbaik dalam subjek Sejarahserta anugerah emas daripada RotaryInternational untuk penglibatannyadalam kerja sosial.

Salah satu rahsia kejayaannya ia-lah beliau tidak suka melakukan ker-ja pada saat-saat akhir.

Aktiviti-aktiviti sukarelawan dansukannya telah mengajarnya untukmengurus masa dengan baik.

“Saya juga latih diri saya untuk ti-dak melakukan perkara-perkarayang tidak berfaedah atau mudah me-ngalih tumpuan. Ada orang yang 5minit belajar tetapi setelah itu 10minit bermain Facebook,” ujar EncikOmar mengongsi rahsia kejayaannyalagi.

Beliau juga tidak datang lewat kekelas kerana adakala pensyarah akanmemberikan tip-tip penting pada 10minit pertama.

Kini Encik Omar merupakan seor-ang guru di Sekolah Tinggi Matema-tiks dan Sains NUS.

Bukan itu sahaja, beliau juga se-dang mengambil kursus sarjanadalam kajian Asia Tenggara (South-east Asian Studies) di Universiti Na-sional Singapura (NUS) secara sambi-lan.

“Dengan menyambung pelajaran,saya dapat menajamkan fikiran dandaya analisis saya. Saya dapat lari da-ripada terperangkap dari sebarang ru-tin. Saya rasa penting untuk otak kitasentiasa bekerja. Tidak kiralah de-ngan belajar ataupun dengan mem-pelari sesuatu kemahiran atau hobibaru,” kongsi Encik Omar, seorangyang mengaku dirinya sebagai latebloomer.

Nota: Nenie seorang penulis bebas.

Judul:Penakluk Kota UngguPenulis: Kusyi Hirdan

Ulasan oleh:Hussain BachekPustakawanPerkhidmatanPerpustakaan Awam

FAKTA ditemukan oleh Suri-ma, seorang saintis kerajaan, begi-tu memeranjatkan.

Penemuan itu terlalu pentingbuat Surima. Penting kerana iamungkin dapat menyelesaikansatu masalah yang telah lamamenghantui penghuni Kota Ung-gu turun temurun.

Penting kerana Surima jugabakal menempuhi saat gentingmenghadapi permasalahan itu –misteri kematian yang menimpakaum wanita sebaik sahaja mela-hirkan zuriat.

Pihak kerajaan pula melihatkepentingan itu dari sudut yangbercanggah dengan hasrat Suri-ma.

Mereka lebih berminat memas-tikan supaya penemuan itu tidakdidedahkan dan terus tersimpan.

Beban kebenaran yang bakaltimbul terlalu berat untuk dipikuloleh setiap individu yang menghu-ni Kota Unggu.

Ia telah menjadi sebuah rahsiaagung Kota Unggu dan ia perludikekalkan demikian.

Kesungguhan pemerintah un-tuk menutup rahsia ini rupanyamengukuhkan lagi azam Surimamembongkarnya.

Nalurinya sebagai seorangpengkaji tidak mungkin membiar-kan fakta itu tertimbus begitu sa-haja.

Surima, secara senyap, tetapbertegas meneruskan usahanyawalau nyawanya terancam.

Akibatnya, seorang cucu mem-bunuh datuknya, seorang sahabatmengkhianati sahabatnya dan se-buah pertunangan yang telah la-ma terjalin diputuskan.

Kekuatan cerita ini terletak pa-da kemampuan penulis ‘me-nyembunyikan’ rahsia yang terse-mat pada lubuk hati Kota Unggu.

Pembaca dibawa dari satu pen-emuan kepada satu penemuanyang menduga fikiran rasional ki-ta.

Dan setiap apa yang ditemu-kan itu membawa perkembanganbaru yang perlu disingkap untukmendapatkan satu jawapan kepa-da persoalan.

Namun, Surima akhirnya ter-paksa akur dan mengalah walau-pun semua bukti sudah tergeng-gam di dalam tangan.

Dia akhirnya menyebelahi pi-hak pemerintah untuk menutuprahsia agung itu.

Mengapa? Siapakah merekayang sebenar?

Satu kejutan menanti pem-baca pada penghujung cerita.

Tidak Pernah ‘TerlaluLewat’ Berubah

Penemuanmemeranjatkan

KEJUTAN MENANTI PEMBACA: Saintis kerajaan berazam mahu terusmembongkar rahsia yng membelenggu Kota Unggu.

Omar Basri mulaserius dalam

bidang akademikselepas

PerkhidmatanNegara

TIDAK BUANG MASA: Omar mendisiplinkan diri dengan amalan-amalan baik sepertimemastikan tiap saat masanya diisi dengan perkara bermanfaat. – Foto TUKIMANWARJI

Siri Anugerah Cemerlang Mendaki

Reviu

Melegakan Panas Badan& KerengsaanTekak

BESTCOMPANY

AwardS INGAPOR E 2011

TCM (Heritage/Regional)

MA

MAHP1

2HP1

2001

900

1900

DALAM MAHKAMAH RENDAHREPUBLIK SINGAPURA

MC Suit No. 25057 dari 2012/TAntara

SOUTHERN WIND MOTOR CREDIT& TRADING PTE LTD(RC No. 198702880N)

..... PlaintifDan

1. MUHAMMAD FARHAN BINMOHD NOR(No. NRIC S8734658G)

2. MUHAMMAD YUNOS BINMOHD NOR(No. NRIC S7804683Z)

3. MUHAMMAD FAZLY BIN OSMAN(No. NRIC S8441211B)

.....DefendanNOTIS PENGIKLANAN

Kepada: Defendan2. MUHAMMAD YUNOS BIN

MOHD NORalamat terakhir yang diketahui diApt Blok 631, Bedok ReservoirRoad, #03-986 Singapura 470631

AMBIL PERHATIAN bahawa satutindakan telah dimulakan terhadapanda di Mahkamah Rendah RepublikSingapura dalam MC Suit No. 25057dari 2012/T oleh Southern Wind MotorCredit & Trading Pte Ltd (RC No.198702880N) yang mana pihak Plaintifmembuat tuntutan terhadap anda ataspelanggaran Perjanjian Sewa Beli (HirePurchase) bertarikh 10 Julai 2008 bagijumlah $6,074.14, dengan faedah padakadar 5.33% setahun dari tarikh Writ inihingga ke tarikh Kuputusan Akhir; dankosnya.Dan telah diarahkan bahawapenyampaian Writ dalam tindakanini terhadap anda berkuatkuasadengan Iklan ini. Jika anda inginmembela diri dalam tindakan ini, andamesti menghadirkan diri di PejabatPendaftaran Mahkamah RendahRepublik Singapura dalam masa lapan(8) hari mulai tarikh penerbitan iklanini. Jika anda gagal menghadirkan diri,satu Keputusan boleh dibuat terhadapanda.

Bertarikh 24 Disember 2012M/s TAN LH & CO

Peguam Cara bagi Plaintif(Ref: SW. G1476.12)

DALAM MAHKAMAH RENDAHREPUBLIK SINGAPURA

MC Suit No. 21898 dari 2012/RAntara

SOUTHERN WIND MOTOR CREDIT& TRADING PTE LTD(RC No. 198702880N)

..... PlaintifDan

1. MUHAMMAD AFIQ BINMOHAMED SALEH(No. NRIC S8739228G)

2. MUHAMMAD AFZAL BINMOHAMED SALEH(No. NRIC S8206086C)

3. MOHAMED SALEH BIN SAIRI(No. NRIC S1226638C)

.....DefendanNOTIS PENGIKLANAN

Kepada: Defendan2. MUHAMMAD AFZAL BIN

MOHAMED SALEHalamat terakhir yang diketahui diApt Blok 484, Jurong West Avenue 1,#03-111 Singapura 640484

AMBIL PERHATIAN bahawa satutindakan telah dimulakan terhadapanda di Mahkamah Rendah RepublikSingapura dalam MC Suit No. 21898dari 2012/R oleh Southern Wind MotorCredit & Trading Pte Ltd (RC No.198702880N) yang mana pihak Plaintifmembuat tuntutan terhadap anda ataspelanggaran Perjanjian Sewa Beli (HirePurchase) bertarikh 17 September2008 bagi jumlah $11,598.30, denganfaedah pada kadar 5.33% setahundari tarikh Writ ini hingga ke tarikhKuputusan Akhir; dan kosnya.Dan telah diarahkan bahawapenyampaian Writ dalam tindakanini terhadap anda berkuatkuasadengan Iklan ini. Jika anda inginmembela diri dalam tindakan ini, andamesti menghadirkan diri di PejabatPendaftaran Mahkamah RendahRepublik Singapura dalam masa lapan(8) hari mulai tarikh penerbitan iklanini. Jika anda gagal menghadirkan diri,satu Keputusan boleh dibuat terhadapanda.

Bertarikh 24 Disember 2012M/s TAN LH & CO

Peguam Cara bagi Plaintif(Ref: SW. F1631.12)

GET YOURCOPY NOW!

Print edition$6 at major bookstores

Digital edition$2.44* online

Both editions available atyoungparents.com.sg

*Price may vary due toexchange rate differences

YOURMUST-HAVEPRESCHOOL

GUIDE!How to

choose the bestpreschool foryour child

Expertanswers to allyour preschoolproblems, fromseparation anxietyto learning woes

Search forchildcare andkindergartens bydistrict - we’vegot the completelistings!

digital Berita Harian 9

Isnin, 24 Disember 2012 9

chongchj
Rectangle
chongchj
Rectangle