reumatik arthritis

Upload: suryani-chu

Post on 06-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

health

TRANSCRIPT

Topik Kesihatan: Arthritis

on 2012/2/14 11:20:00(21012 reads)

Pengenalan

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :

Kerosakan SendiJangkitan kumanPenyakit yang diwarisiatau sebab-sebab lainArthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :

Osteoarthritis (OA)Arthritis rheumatoidArthritis yang disebabkan oleh jangkitan kumanGout

OSTEOARTHRITIS(OA)

Jenis yang paling lazim dihidapiDisebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaanLebih kerap berlaku di kalangan warga tuaMenjadi lebih sakit bila melakukan pergerakanMenjadi lebih sakit di penghujung hariRHEUMATOID ARTHRITIS (RA)

Lebih kerap dihidapi kaum wanitaDisebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiriMenyebabkan kekejangan sendi di waktu pagiKekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagiSendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.ARTHRITIS YANG DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN

Arthritis jenis ini disebabkan oleh kumanAnda selalunya demam dan menggigilSelalunya menyerang satu sendi sahajaGOUT

Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendiLazim menyerang kaum lelaki di pertengahan umurLazim menyerang pangkal ibu jari kakiTanda-Tanda Arthritis

Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah)Sendi bengkakKekejangan sendiSusah untuk bergerak seperti biasaSakit apabila bergerakPerubahan kepada sendiLutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lututOtot betis menjadi kecut bagi penyakit osteoarthritis lututSakit bila sekeliling sendi ditekanBerikut mungkin menambahkan risiko arthritis

Peningkatan usiaBadan terlalu gemuk:bagi penyakit osteoarthritis lututJika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis:terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout familialSendi yang terlebih fleksibel (hypermobile joints)Kecederaan berat contoh bersukanMencangkung bagi osteoarthritis lututPekerjaan:Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruhOsteoarthritis punggung bagi peladangRawatan

Boleh di ubati secara ubatan dan bukan ubatan untuk melegakan dan memulihkan fungsi sendi.Di sesetengah kes, pembedahan diperlukan.Langkah-langkah mudah untuk kesihatan sendi

Pengidap arthritis harus peka tentang penyakit mereka dan menambah pengetahuan mengenai penyakit tersebutKurangkan berat badanSenaman sendiMenjalani program senaman yang membolehkan sendi mereka bergerak dengan lebih lancar dan otot mereka menjadi lebih kuat.Selain dari senaman sendi, anda juga harus bersenam untuk kesihatan am contohnya berjalan, berbasikal atau berenang.Perlindungan Sendi

Anda harus melindungi sendi anda dari kerosakan selanjutnyaElakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendiGuna alat pembantu untuk mengurangkan tekanan pada sendi contohnya penarik zip dan alat bantu bagi bangun dari kerusi, tandas dan katilBagi osteoathritis lutut, elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai. Apabila duduk di atas kerusi, pastikan kerusi itu di paras lutut dan tidak terlalu rendah. Gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu anda bangun dari kerusiGuna kasut yang boleh menyerap hentakan.Penahan Sakit

Rawatan haba boleh melegakan sakit contohnya pek panas tetapi ini tidak boleh digunakan semasa sendi sedang mengalami radang. Ubat-ubatan boleh diberi untuk disapu atau dimakan:

Ubat sapu contoh salicylatePenahan sakit contoh paracetamolUbat anti- radang kerap diberi bagi meredakan sakit dan keradangan contoh bagi penyakit arthritis rheumatoid dan osteoarthritisBagi kes yang teruk, ubat boleh disuntik terus ke sendi yang sakitBagi arthritis rheumatoid, ubat-ubatan yang dipanggil ubat pengubah penyakit (disease-modifying anti- rheumatic drugs) juga diberi awal untuk mengelakkan kecacatan.Menangani Tekanan

Sakit sendi selalunya menyebabkan kekejangan otot dan tanda-tanda lain tekanan. Tekanan juga menentukan tahap kesakitan seseorang itu.

Kerap rehat dan bertenang boleh membantu.Mengubah aktiviti anda untuk menyesuaikan diri dengan waktu sakit.Seimbangkan rehat dan aktivitiPembedahan

Jika rawatan perubatan gagal dan sakit berterusan, pembedahan adalah salah satu penyelesaian.Pembedahan yang sering dilakukan ialah pembedahan gantian sendi.Pencegahan

Kurangkan berat badan- ini mengurangkan tekanan pada sendiKerap bersenam- senaman membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi. Seimbangkan rehat dan senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami kesakitanMakan makanan yang seimbang mustahak untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup zat. Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut, daging jika anda mengidap goutPelihara sendi anda- kurangkan tekanan pada sendi, gunakan mekanisma badan dan postur yang betul . Ambil berat tentang kesakitan dan rehat jika penat.Bagaimana ubat alternatif selamat?

Berhati-hati dalam penggunaan ubatan alternatif kerana kandungan bahan aktif jarang diketahui. Mungkin ada interaksi dengan ubat-ubatan lain yang diambil dan ubatan alternatif ini juga mungkin dicampur dengan bahan-bahan lain.

Bersikap positif

Amalkan cara hidup sihat dan sentiasa bersikap positif.Walaupun arthritis adalah sebab utama kecacatan bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas, ianya boleh dirawat dan anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan risiko untuk mendapat arthritis.Hidup sejahtera dan bahagikan tugas anda mengikut kepentingannya.Menjadi ahli persatuan sepertiArthritis Foundation Malaysia dan Persatuan SLE Malaysia juga boleh membantu.

Semakan Akhir : 28 April 2008Penulis : Dr. Heselynn HusseinSumber dari portal myhealt

Apakah itu RheumatoidArthritis?7 Votes

HARIini saya ingin berkongsi satu lagi maklumat baru buat semua pembaca. Sudah lama tidak menulis tentang kesihatan. Ya, pernah dengar rheumatoid arthritis? Ha, mungkin ada yang telah biasa mendengarnya. Buat yang pertama kali menerima ungkapan ini, mari kita ambil tahu. Apa itu rheumatoid arthritis?Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit ini.Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.Apa punca penyakit ini? Punca utama penyakit ini masih belum dikenal pasti secara tepat. Namun, kebanyakan teori mengaitkannya dengan tindak balas autoimun. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.Bagaimana mahu mencirikan penyakit ini ya? Terdapat beberapa kriteria dan simptom yang boleh dikenal pasti untuk mengesahkan penyakit rheumatoid arthritis. Tanda-tanda awal ialah di mana berlakunya pembengkakan pada membran sinovial(synovial membrane)dan tisu penyambung.Pesakit biasanya akan mengalami sakit pada tiga atau empat sendi terutamanya pada sendi-sendi tangan, kaki dan pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun dari tidur. Ciri ini akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua belah anggota badan(symmetrical affection). Penyakit akan berlanjutan sekurang-kurangnya kira-kira enam minggu.Diagnosis juga boleh dilakukan dengan melakukan beberapa siri ujian. Ujianrheumatoid factorkebanyakannya didapati positif disamping meningkatnya juga nilaiC-reactive protein(CRP) danerythrocyte sedimentation rate(ESR), Sinaran x(x-ray)yang dijalankan juga mendapati berlakunya hakisan (erosions) pada sendi dan bahagian tulang yang terlibat.

Macam mana pula dengan kesannya penyakit ini terhadap organ-organ lain? Ya, rheumatoid arthritis juga biasanya mengakibatkan kekeringan mata (keratoconjunctivitis sicca) disamping munculnya nodul-nodul pada bahagian anggota yang biasa dikenakan tekanan(extensor surface). Pada sesetengah kes, organ-organ lain seperti paru-paru dan jantung juga akan terlibat sama.Baiklah, bagaimana pula dengan langkah merawatnya. Langkah paling mudah ialah banyakkan berehat. Lakukan latihan fisioterapi. Ubat-ubatan juga boleh diambil mengikut arahan doktor. Kebiasaannya ubat yang diberi ialahanalgesicsdannon-steroidal anti-inflammatory drugs(NSAIDs) bagi melegakan simptom-simptom penyakit. Kaedah pembedahan akan dilakukan selepas langkah lain seperti ubat-ubatan yang diambil tidak berkesan.Mengikut Peter C. Lanyon, Consultant Rheumatologist, University Hospital, Queen Medical Centre Nottingham, UK, sebanyak 40% pesakit akan dikategorikan sebagai mengalami kelumpuhan atau cacat anggota dalam masa 3 tahun. 80% pula akan mengalami kelumpuhan tahap sederhana dan teruk dalam masa 20 tahun.Selamat membaca. Semoga semua beroleh manfaat bersama.https://m.facebook.com/pages/Dr-Ezairy-MSallih/445828535528089?id=445828535528089&viewtype=public&__user=705022174