resipi · pdf filekuih bingka jagung 200 gram jagung 3 biji telur 2 cawan tepung jagung 3 sudu...

7
Resipi Stevia Kenapa Stevia? Tahniah kerana anda memilih untuk menggunakan Stebiana Stevia sebagai pemanis menggantikan gula. Tahniah sekali lagi kerana anda sedang melangkah kepada gaya hidup sihat dan tidak lagi terdedah kepada bahaya kalori dan pelbagai bahaya kesihatan yang berkaitan dengan gula putih. Stevia merupakan tumbuhan ajaib yang merupakan jawapan kepada masalah peman- isan di dalam makanan kita. Ianya sangat manis, bahkan beratus kali ganda lebih manis dari gula putih, dan ianya tidak mengandungi sebarang kalori. Stevia juga adalah pilihan terbaik untuk pesakit diabetes, selamat untuk kanak-kanak, tidak mendatangkan kaviti gigi dan mempunyai pelbagai kebaikan kesihatan. Ianya semulajadi, datang dari tumbuhan dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia atau bahan pemprosesan. Stevia dalam masakan Kami yakin bahawa anda akan mendapati bahawa kemanisan Stebiana Stevia di dalam masakan adalah bersamaan dengan gula biasa. Stevia adalah pemanis yang stabil, anda boleh menggunakannya di dalam apa jua masakan, pembakaran, pastri ataupun kek. Di dalam buku resipi mini ini, anda akan mendapati pelbagai jenis makanan boleh disediakan menggunakan stevia. Selain dari menjadi pemanis, stevia dapat menambah rasa di dalam masakan anda. Secara semulajadi, ianya menambahkan kelazatan makanan dan minuman anda. Sekiranya kita dapat mengurangkan ataupun mengabaikan terus penggunaan gula didalam masakan seharian kita, sudah tentu penyakit diabetes, obesity, hipertensi dan masalah gigi dan gusi tidak lagi hadir di dalam kehidupan kita. Selamat memasak menggunakan Stebiana Stevia! Resipi Stevia untuk kehidupan yang lebih sihat SteviaSugar Corporation Sdn Bhd www.stevia.com.my

Upload: dinhphuc

Post on 10-Mar-2018

245 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Resipi · PDF fileKuih Bingka Jagung 200 gram jagung 3 biji telur 2 cawan tepung jagung 3 sudu makan mentega 1 cawan santan Secubit garam ... 15 gram susu tepung 1 butir telur 250

Resipi SteviaKenapa Stevia?Tahniah kerana anda memilih untuk menggunakan Stebiana Stevia sebagai pemanis menggantikan gula. Tahniah sekali lagi kerana anda sedang melangkah kepada gaya hidup sihat dan tidak lagi terdedah kepada bahaya kalori dan pelbagai bahaya kesihatan yang berkaitan dengan gula putih.

Stevia merupakan tumbuhan ajaib yang merupakan jawapan kepada masalah peman-isan di dalam makanan kita. Ianya sangat manis, bahkan beratus kali ganda lebih manis dari gula putih, dan ianya tidak mengandungi sebarang kalori.

Stevia juga adalah pilihan terbaik untuk pesakit diabetes, selamat untuk kanak-kanak, tidak mendatangkan kaviti gigi dan mempunyai pelbagai kebaikan kesihatan. Ianya semulajadi, datang dari tumbuhan dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia atau bahan pemprosesan.

Stevia dalam masakanKami yakin bahawa anda akan mendapati bahawa kemanisan Stebiana Stevia di dalam masakan adalah bersamaan dengan gula biasa.

Stevia adalah pemanis yang stabil, anda boleh menggunakannya di dalam apa jua masakan, pembakaran, pastri ataupun kek. Di dalam buku resipi mini ini, anda akan mendapati pelbagai jenis makanan boleh disediakan menggunakan stevia.

Selain dari menjadi pemanis, stevia dapat menambah rasa di dalam masakan anda. Secara semulajadi, ianya menambahkan kelazatan makanan dan minuman anda.

Sekiranya kita dapat mengurangkan ataupun mengabaikan terus penggunaan gula didalam masakan seharian kita, sudah tentu penyakit diabetes, obesity, hipertensi dan masalah gigi dan gusi tidak lagi hadir di dalam kehidupan kita.

Selamat memasak menggunakan Stebiana Stevia!

Resipi Steviauntuk kehidupan yang lebih sihat

SteviaSugar Corporation Sdn Bhdwww.stevia.com.my

Page 2: Resipi · PDF fileKuih Bingka Jagung 200 gram jagung 3 biji telur 2 cawan tepung jagung 3 sudu makan mentega 1 cawan santan Secubit garam ... 15 gram susu tepung 1 butir telur 250

Asam Pedas Ikan

350 gm cili merah7 biji bawah putih3 biji bawang besar2 cm lengkuas dititik1 batang serai5 helai haun limau purut5 batang daun kesum10 gm belacan1 liter air asam2 sudu kecil garam2 sudu kecil serbuk kunyit atau 2 cm kunyit hidup1 biji bawang utk menumis160 gram minyak utk menumis150 gm asam jawa6 keping ikan merah

Cara-caranya: 1. Mesin bawang putih, bawang besar, belacan dan kunyit hidup. 2. Campurkan dengan cili yang telah dimesin, tuang minyak dan tumis sehingga garing.3. Masukkan satu batang serai, lengkuas dan daun limau purut. Juga masukkan 1 sudu kecil dan 1 sudu kecil daun stevia.4. Masukkan air asam jawa. Setelah menggelegak, masukkan bendi atau terung. 5. Seterusnya masukkan ikan dan angkat setelah masak.

Resipi Stevia

Sambal Tumis Udang

1/4 kg udang harimau2 cawan cili mesin3 cm belacan4 biji bawang besar (2 biji untuk dimesin, 2 biji di potong dadu)6 biji bawang putih1 cawan air asam2 biji bawang besar1 cawan minyak jagung

Cara-caranya: 1. Tumis bawang yang telah dihiris sehingga garing. 2. Kemudian masukkan cili yang telah di campur dengan belacan, bawang putih, bawang merah hingga garing, masukkan air asam jawa dan bawang yang dipotong dadu.3. Masukkan 2 sudu kecil garam, 1 sudu teh daun GreenVia Stevia.4. Tunggu hingga menggelegak, dan masukkan udang.

Resipi Stevia

Page 3: Resipi · PDF fileKuih Bingka Jagung 200 gram jagung 3 biji telur 2 cawan tepung jagung 3 sudu makan mentega 1 cawan santan Secubit garam ... 15 gram susu tepung 1 butir telur 250

Kari Ayam

1.5–1.7 kg ayam, dipotong 12150 gram serbuk kari10 biji bawnah putih1 cawan minyak masak2 cm halia5 biji bawang nesar4cm kulit kayu manis4 biji buah pelaga2 biji bunga lawang1 cawan santan3 biji buah tomato5 biji kentang5 helai daun kari1sudu teh daun Stebiana GreenVia

Cara-caranya:

1. Bawang putih dan halia dimesin2. Dicampur dengan serbuk kari, ditambahkan sedikit air. Bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga, dan bunga lawang di tumis.3. Kemudian masukkan rempah kari yang dicampur dengan halia dan bawang putih tadi, tumis sehingga garing nampaknya, masukan 1 cawan air dan masukkkan kentang.4. Bila setengah empuk, masukkan santan dan ayam tadi, bila ayam dan kentang sudah empuk masukkan tomato dan daun kari .5. Masukkan garam dan 1 sudu kecil daun stevia.

Resipi Stevia

Resipi SteviaRendang Ayam

1 ekor ayam, potong 12 dan digoreng2 cm halia2 cm lengkuas2 batang serai7 helai daun limau purut1 kg santan½ cawan cili mesin (dimesin sendiri)2 cm kunyit hidup1 cawan kerisik kelapa10 biji bawang putih6 biji bawang besar merah2 sudu kecil garam1 sudu kecil daun Greenvia Stevia

Cara-caranya:

1. Goreng ayam separuh masak.2. Masukkan santan dalam kuali. 3. Masukkan serai, lengkuas, daun limau purut, cili dan bawang putih beserta bawang merah dan kunyit (yang semuanya telah dimesin terlebih dahulu).4. Masukkan sekali cili mesin.5. Bubuhkan garam dan daun stevia. Apabila pekat, masukkan kerisik kelapa dan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuah. 6. Boleh juga dimasak sehingga sedikit kering.

Page 4: Resipi · PDF fileKuih Bingka Jagung 200 gram jagung 3 biji telur 2 cawan tepung jagung 3 sudu makan mentega 1 cawan santan Secubit garam ... 15 gram susu tepung 1 butir telur 250

Jem Strawberry (Mulberry/BlueBerry, etc)

200 gm fresh strawberry½ biji perahan lemon10 ~ 15 sachet Surevia stevia (mengikut kesukaan kemanisan)30 ml air

Cara-caranya:1. Masukkan strawberry ke dalam periuk bersama 30 ml air. Api hendaklah sentiasa kecil.2. Masak sehingga buah tersebut hancur dan likat. 3. Masukkkan perahan lemon dan stevia. Biarkan sejuk selama 10 minit dan boleh dipindah ke dalam botol.

Resipi Stevia

Kuih Bingka Jagung

200 gram jagung3 biji telur2 cawan tepung jagung3 sudu makan mentega1 cawan santanSecubit garam Cara-caranya:1. Mesinkan telur, santan dan tepung gandum sehingga sebati. Masukkan secubit garam dan 10 paket SureVia Stevia.2. Panaskan ketuhar. Sapukan mentega pada bekas bakar (minyak jagung juga boleh).3. Bakar dengan suhu 180c selama 40 minit.

Kek Cawan Pisang SureVia

Bahan A250 gm Butter10 sachet SureVia1 tsp Oren ‘paste’1 tsp Esen Pisang7 biji Kuning telur200 gm Pisang manis (dihancur)230 gm Tepung ‘self-raising’ }¼ tsp Baking Soda } digaul ½ tsp Baking Powder }

Cara-caranya:A.1. Pukul butter, SureVia, oren ‘paste’ dan esen pisang hingga kembang.2. Masukkan kuning telur, sebiji demi sebiji dan kacau hingga sebati.3. Masukkan pisang dan ketepikan.

B.1. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur, cream of tartar, SureVia hingga kembang.2. Masukkan bahan (A) dan gaul sebati.3. Masukkan adunan ke dalam cawan kek.4. Bakar 25-30 minit dalam oven, suhu 180C.5. Setelah sejuk taburkan SureVia.

Resipi Stevia

Bahan B280 gm Putih telur¼ tsp Cream of Tartar6 sachet SureVia (atau ikut citarasa)

Page 5: Resipi · PDF fileKuih Bingka Jagung 200 gram jagung 3 biji telur 2 cawan tepung jagung 3 sudu makan mentega 1 cawan santan Secubit garam ... 15 gram susu tepung 1 butir telur 250

Jus Lemon SureVia

1 liter air400 ml perahan lemon segar3 sachet SureVia Stevia Cara-caranya:1. Masukkan jus lemon dan SureVia Stevia dalam periuk.2. Didihkan dengan api sederhana, aduk sesekali selama 8-10 minit. 3. Tuang air dan kacaukan. 4. Masak untuk 5-6 minit lagi atau sampai sirap mendidih lagi.5. Sesuaikan rasa manis menggunakan SureVia Stevia dengan selera.6. Pindahkan ke bekas minuman, tambah ais batu ke ketika menghidang.

Resipi Stevia

Pengat Pisang Stevia

500 ml air200 gram pisang (jenis nangka), kupas dan hiris200 ml santan 1 / 2 sudu teh GreenVia StebianA daun Stevia50 gram sagu mutiaraGaram secukupnya2 helai daun pandan

Cara-caranya:1. Rebus air dan tambah sagu mutiara dan daun pandan. Didihkan selama 10 minit, kacau sentiasa untuk mengelak sagu melekat di bahagian bawah kuali.2. Tambah pisang ke dalam periuk.3. Kemudian, masukkan 1 / 2 sudu teh daun Stevia GreenVia StebianA dan secubit garam.4. Tambah santan. Aduk di atas api sedang hingga campuran mendidih. Matikan api.5. Sajikan semasa sedang hangat.

Resipi SteviaDonut Stevia 500 gram tepung protein tinggi10 sachet SureVia10 gram garam7 gram ragi15 gram susu tepung1 butir telur250 ml air50 gram ‘shortening’ / mentega Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan kering ke dalam ‘mixer’. Aduk rata perlahan. Kemudian, tambah telur dan air.2. Selepas adunan telah sebati, tambahkan ‘shortening’.3. Adun lagi dengan perlahan selama beberapa minit hingga adunan kelihatan bersinar.4. Keluarkan adunan dan tutup dengan tuala basah dan biarkan untuk 60 hingga 90 minit atau hingga ia membesar dua kali ganda saiznya.5. Ulikan adunan di atas papan yang ditabur tepung selama seminit. Gulungkan adunan hingga mencapai ketebalan 3 / 4 cm. Gunakan pemotong acuan donat untuk ukuran donat yang dikehendaki.6. Biarkan adunan yang telah dipotong naik gebu selama 25 hingga 30 minit.7. Panaskan minyak (160C) dan goreng donat sehingga warna coklat keemasan.8. Biarkan donat sejuk dan kemudian taburkan dengan SureVia.

Page 6: Resipi · PDF fileKuih Bingka Jagung 200 gram jagung 3 biji telur 2 cawan tepung jagung 3 sudu makan mentega 1 cawan santan Secubit garam ... 15 gram susu tepung 1 butir telur 250

Resipi SteviaNasi Ayam Stevia

Bahan Utk Nasi:4 mug beras4 1/2 mug air rebusan ayam2 inci halia*3 biji bawang putih*3 batang daun bawang1 sudu besar minyak bijan2 sudu besar sos tiram2 helai daun pandan4 sudu mentega

Bahan Untuk Ayam:1 ekor ayam3 biji bawang putih*1 inci halia*3 sudu besar kicap pekat2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar Stevia GreenVia

Bahan Untuk Sup:Air secukupnya4 biji bawang putih 3 inci halia dihiris3 batang daun bawang1 biji sengkuang dipotong dadu1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Sos Cili:10/15 biji cili padi6 biji cili merahSedikit halia5/6 biji bawang putih1 biji limau kasturiSedikit air rebusan ayamGaram dan Stevia GreenVia secukupnya

Bahan Untuk Sos Kicap:5 biji cili padiSedikit halia4/5 biji bawang putihKicap secukupnyaAir rebusan ayam secukupnyaTepung jagung dicampur dgn air

Cara Memasak Nasi:1. Panaskan periuk nasi dan masukkan mentega. Kemudian masukkan bahan* yg telah dikisar dan masak sehingga naik bau. Kemudian masukkan daun bawang dan daun pandan. Masukkan sos tiram dan minyak bijan. Kacau sebentar, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. Biarkan hingga nasi masak. Cara Memasak Ayam:1. Ayam yg telah dibersihkan dimasukkan ke dalam satu bekas besar. Masukkan bahan* yg telah dikisar dan semua bahan-bahan lain. Gaul rata dan biarkan selama 1/2 jam. Selepas diperap, goreng ayam tadi. Goreng sehingga ayam tersebut berwarna kehitam hitaman.

Cara Memasak Sup:1. Panaskan baki air rebusan tadi dan masukkan sengkuang dan serbuk lada sulah. Untuk menambah rasa sup, masukkan kiub ayam, sedikit garam dan serbuk perasa.

Cara Membuat Sos Cili:1. Masukkan semua bahan yang telah dikisar dan masak sehingga mendidih.

Cara Membuat Sos Kicap:1. Kisar semua bahan kecuali tepung jagung. Kemudian panaskan periuk dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Masak sehingga mendidih dan masukkan campuran tepung jagung dan air untuk memekatkan sos kicap.

Page 7: Resipi · PDF fileKuih Bingka Jagung 200 gram jagung 3 biji telur 2 cawan tepung jagung 3 sudu makan mentega 1 cawan santan Secubit garam ... 15 gram susu tepung 1 butir telur 250

Buku Resipi Stevia Mini ini adalah dihasilkan oleh:SteviaSugar Corporation Sdn Bhd

03-2166 0445 / 03-2166 0446www.stevia.com.my

Semua resipi di dalam buku ini telah pun dicuba dan diperakuirasanya. Resipi-resipi ini adalah sumbangan Agen-agen SteviaSugar:

- Puan Roha Ismail, Seremban- Puan Jamiah Mohd Salleh, Wangsa Maju