panduan menanam jagung

45
Panduan Menanam Jagung PANDUAN MENANAM JAGUNG (JAGUNG MANIS "IMPROVED MASMADU" DAN JAGUNG SAYUR) PENDAHULUAN Hibrid telah lama digunakan di dalam tanaman jagung. Terdapat tiga kategori hibrid yang biasa digunakan dalam pengeluaran komersial jagung. Keistimewaan dan kelebihan yang diperolehi dari varieti-varieti hibrid telah lama terbukti, dimana hibrid berupaya memberikan mana-mana varieti pendebungaan terbuka, atau komposit jika diberikan persekitaran yang baik. Diantara kelebihan penggunaan varieti hibrid ialah:- 1. Hasil yang tinggi serta keseragaman sifat pokok yang tinggi terutama pada saiz tongkolnya. 2. Kebanyakan hibrid komersial berbunga serta matang lebih awal dari varieti komposit. 3. Walaupun berhasil tinggi, pada amnya pokoknya adalah elbih kecil dan rendah. Beberapa perkara penting harus difahami dan diteliti jika varieti hibrid digunakan untuk pengeluaran, diantaranya ialah:- Varieti hibrid perlu dibeli biji benihnya untuk setiap kali penanaman. Jangan sekali-kali menggunakan biji benih yang dihasilkan dari penanaman lepas untuk penanaman seterusnya, walaupun telah dipilih. Ini adalah kerana kandungan genetik dalam varieti tersebut berubah akibat dari proses penginbredan, menyebabkan penurunan hasil yang mendadak jika digunakan juga. Harga jualan biji benihnya adalah lebih tinggi sedikit dari varieti pendebungaan terbuka.

Upload: fatimah-zaharah-kadzri

Post on 12-Jan-2017

928 views

Category:

Healthcare


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan menanam jagung

Panduan Menanam Jagung

PANDUAN MENANAM JAGUNG (JAGUNG MANIS "IMPROVED MASMADU" DAN JAGUNG SAYUR)

PENDAHULUAN Hibrid telah lama digunakan di dalam tanaman jagung.  Terdapat tiga kategori hibrid yang biasa digunakan dalam pengeluaran komersial jagung.  Keistimewaan dan kelebihan yang diperolehi dari varieti-varieti hibrid telah lama terbukti, dimana hibrid berupaya memberikan mana-mana varieti pendebungaan terbuka, atau komposit jika diberikan persekitaran yang baik.  Diantara kelebihan penggunaan varieti hibrid ialah:-

1. Hasil yang tinggi serta keseragaman sifat pokok yang tinggi terutama pada saiz tongkolnya.

2. Kebanyakan hibrid komersial berbunga serta matang lebih awal dari varieti komposit.

3. Walaupun berhasil tinggi, pada amnya pokoknya adalah elbih kecil dan rendah.

Beberapa perkara penting harus difahami dan diteliti jika varieti hibrid digunakan untuk pengeluaran, diantaranya ialah:-

Varieti hibrid perlu dibeli biji benihnya untuk setiap kali penanaman.  Jangan sekali-kali menggunakan biji benih yang dihasilkan dari penanaman lepas untuk penanaman seterusnya, walaupun telah dipilih.  Ini adalah kerana kandungan genetik dalam varieti tersebut berubah akibat dari proses penginbredan, menyebabkan penurunan hasil yang mendadak jika digunakan juga. 

Harga jualan biji benihnya adalah lebih tinggi sedikit dari varieti pendebungaan terbuka.  

Beli beji benih dari penjual / pengedar yang berdaftar agar varieti yang digunakan dapat dipastikan ketulenannya. 

Pastikan varieti-varieti dengan gen pengawal kemanisannya berlainan tidak ditanam dalam satu kawasan secara serentak.  Bercampuran dalam pendebungaannya akan mengakibatkan pembentukan bijian yang rendah kemanisannya.  Keadaan ini sama untuk jagung yang ditanam berdekatan (ladang lain yang berhampiran) dan tidak kira samada varieti yang ditanam

Page 2: Panduan menanam jagung

varieti komposit atau hibrid.  

JAGUNG MANIS "IMPROVED MASMADU"Nama Botani      :  Zea maysFamili                 :  GramineaeJagung manis adalah diantara tanaman jangka pendek yang popular di kalangan pekebun kecil.  Beberapa varieti jagung manis telah diperkenal.  Diantaranya ialah Thai Supersweet, Manis Madu dan Masmadu.

VARIETI:         Thai Supersweet

Mempunyai warna tongkol yang berbeza-beza daripada kuning muda hingga jingga.  Warna endosperm kuning ke oren, bilangan barisan 12-16, panjang tongkol 15 sm, tempoh pengeluaran jambak bunga betina (50%) 59 hari, potensi pengeluaran 30,000 tongkol/hektar, rasa manis. 

         Manis MaduWarna endosperm kuning putih ke kuningan, bilangan barisan 12-16, panjang 15 sm.  Tempoh pengeluaran jambak bunga betina (50%) 59 hari, potensi pengeluaran 30,000 tongkol/hektar, rasas manis. 

         Mas MaduMempunyai tongkol yang manis seperti madu serta lebih manis daripada Manis Madu.  Warna ensperm kuning emas ke oren, bilangan barisan setongkol 14, panjang tongkol 14-18 sm, tempoh pengeluaran bunga betina 45-50 hari, potensi pengeluaran 30,000 tongkol/hektar.  Tongkolnya juga lebih besar.  Rasanya manis, bagaimanapun warna tongkol varieti Masmadu yang kuning keemasan kurang digemari.  Pengguna lebih gemar jagung manis yang berwarna kuning muda (pucat).Satu program pembiabakaan telah dijalankan untuk membaiki warna tongkol varieti Masmadu.  Hasilnya, satu varieti baru yang tongkolnya berwarna kuning muda telah ditemui.  Varieti ini dinamakan "Improved Masmadu".

PENANAMAN         Penyediaan Tanah

Jagung manis boleh ditanam di kebanyakan kawasan di negara ini.  Tanah yang tidak terlalu masam (pH 5.5-6.5) dan mempunyai saliran yang baik adalah sesuai untuk tanaman ini.  Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 25 cm.  Tabur dengan kapur sekiranya pH tanah didapati rendah.  Biasanya sebanyak 2.5 tan metrik kapur bagi setiap hektar kawasan adalah memadai.  Kapur hendaklah digaul ke dalam tanah.  Sekiranya penanaman dijalankan berterusan adalah disyorkan supaya kapur ditabur setahun sekali pada kadar 1 tan metrik sehektar setahun.  Bagi tanah-tanah yang mudah terendam air batas perlulah dibuat. 

         Keperluan Biji BenihBiji benih sebanyak 10 kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan.  Seperti menanam jagung manis lain, petani-petani disyorkan supaya mendapat bekalan biji benih jagung Supersweet Kuning daripada pembekal-pembekal yang sah seperti Jabatan Pertanian.  Petani-petani juga dinasihatkan supaya mendapatkan benih-benih baru setiap kali menanam. 

         MenanamRendam biji benih dalam air biasa selama 1 jam untuk memudahkan percambahan.  Biji benih kemudian digaul dengan racun kulat seperti thiram dan terus di tanam ke ladang.  Gunakan tali yang telah ditanda dengan jarak tanaman yang disyorkan untuk memudahkan kerja menanam.  Buat lubang untuk biji benih dengan menggunakan

Page 3: Panduan menanam jagung

tugal.  Masuk 1 atau 2 biji benih dan tambus. 

         PengairanSistem renjis boleh digunakan.  Sekiranya bergantung kepada air hujan, rancangkan supaya masa penanaman adalah bertepatan dengan musim hujan setempat. 

         PembajaanBaja sebatian 15:15:15 sebanyak 400 kg digunakan sebagai baja asas.  Baja tambahan sebanyak 130 kg urea ditabur 30-35 hari selepas menanam. 

         Kawalan RumpaiKawalan rumpai pada peringkat awal pertumbuhan adalah sangat penting.  Racun  pracambah seperti Atrazine digunakan sebaik sahaja baja asas dibubuh.  Rumpai yang tumbuh, kemudiannnya boleh dikawal secara manual.  HASIL DAN PENYESUAIAN Sesuai ditanam dikebanyakan kawasan di negara ini.  Hasil dapat dipungut 68-72 hari selepas ditanam.  Hasil yang boleh dipasarkan ialah sebanyak 26,000 hingga 38,000 tongkol sehektar (bergantung pada kesuburan tanah dan pengurusan tanaman).

PENYIMPANAN Mutu jagung manis akan terjejas jika tidak disimpan dengan betul.  Untuk penyimpanan sementara, sejukkan jagung dengan menyimbah air sejuk (1-3oC), atau 3-5 hari pada suhu 5oC atau 2 hari pada suhu 10oC tidak akan menjejaskan mutu tongkol.

PENYEDIAAN JAGUNG UNTUK DIMAKAN "Improved" Masmadu boleh disediakan dalam beberapa cara.  Diantaranya ialah dengan cara merebus, mengukus (tanpa kulit) dan dimasak di dalam ketuhar gelombong mikro.

PULANGAN Jumlah pokok yang disyorkan bagi sehektar pada jarak tanaman 50 cm antara pokok dan 75 cm antara barisan serta dua pokok ditanam pada setiap lubang adalah (50 cm x 75 cm x 2 pokok) = 53,000 pokok/hektar.  Hasil yang boleh dipasarkan (andaian 50%) = 26,500 tongkol. Dengan kos pengeluaran RM2,025/hektar, pulangan daripada sehektar adalah seperti berikut:-  

  Harga setongkol (RM) 0.15 0.20 0.25  Pendapatan kasar (RM) 3 795 5 300 6 625  Kos Pengeluaran (RM) 2 025 2 025 2 025  Pulangan Bersih (RM) 1 950 3 275 4 600

 

JAGUNG SAYURZea mays L.Famili:  GraminaeDikenali sebagai putik jagung, ketiak jagung, jagung muda ataupun jagung sodek.  Rasanya manis, ranggup dan sedap dimakan secara segar.  Ia merupakan sejenis sayuran yang agak selamat untuk dimakan kerana tiada penggunaan racun kimia di dalam pengeluaran jagung sayur.

Page 4: Panduan menanam jagung

Kultivar yang sesuai untuk pengeluaran jagung sayur mestilah memenuhi dua ciri penting iaitu hasil yang tinggi dan rasa yang manis.  Ia boleh dihasilkan dari jagung jenis bijirin, pulut atau manis.    Kultivar yang sesuai dan senang diperolehi ialah Suwan 1, Suwan 2, Suwan 3, Manis Madu, Thai Supersweet dan Mas Madu.  Bagi pengeluaran sampingan dengan jagung tongkol, kultivar jagung manis seperti Manis Madu, Mas Madu dan Thai Supersweet digunakan.  Bagi pengeluaran komersil atau bersepadu dengan perusahaan ternakan, varieti Suwan 1 dan Suwan 3 digunakan kerana bahan sisanya tinggi, tahan penyakit dan harga benihnya lebih murah.

Kesesuaian tanah dan iklimMineral, gambut, bris dan tanah bekas lombong .  pH tanah 5.5 - 6.5, suhu 22-33oC, taburan hujan 500-800 mm/semusim dan kelembapan 40-80%.   PENJAGAAN TANAMAN JAGUNG SECARA UMUM:

         Penyediaan benih:

Biji benih yang bermutu hendaklah digunakan untuk penanaman jagung sayur dimana percambahannya hendaklah melebihi 70%.  Biji benih yang rosak, dijangkiti penyakit, kecil atau nipis hendaklah dibuang.  Sebelum menanam, biji benih perlulah dirawat untuk mengawal penyakit dan serangga perosak.  Racun kulat seperti thiram atau captan pada kadar 3 g/kg. biji benih dan racun serangga seperti carbaryl pada kadar 2.5g/kg. biji benih digunakan.  Untuk mendapatkan kesaan rawatan yang lebih baik, rawatan bancuhan pekat hendaklah digunakan.  Sebagai contoh, untuk rawatan 10 kg. biji benih jagung, bancuh 30 gm thiram dan 25 gm carbaryl di dalam 140 ml. air.  Bancuhan pekat yang diperolehi ini digaulkan dengan 10 kg. biji benih tersebut sehingga semua biji benih disaluti dengan bancuhan racun.  Biji benih yang telah dirawat hendaklah ditanam dalam tempoh 2 hari. 

         Menanam:

Lubang penanaman sedalam 2-3 cm boleh dibuat dengan menggunakan cangkul atau jentera.  Sejumlah 15-17 biji benih digunakan bagi semeter penanaman menggunakan jentera iaitu berjarak 6 cm di dalam barisan manakala 7 cm antara barisan penanaman.  Kadar percambahan 70-80% akan memberikan kepadatan 160,000 pokok/ha seperti yang disyorkan.  Keperluan biji benih adalah 65 kg/ha. bagi Suwan I dan Suwan II manakala 36 kg./ha bagi jagung Thai Super Sweet dan Manis Madu.Bagi penanaman menggunakan batas bersaiz 1.5 m (batas dan alur), 2 baris penanaman sesuai digunakan.  Jarak penanaman antara baris di atas batas adalah 30 cm dan 11 cm di dalam baris di atas batas adalah 30 cm dan 11 cm di dalam baris penanaman. 

         Mengawal Rumpai

Dilakukan dua kali dengan cara biasa atau menggunakan racun rumput rampai.  Merumput yang pertama dilakukan 3 minggu selepas menanam manakala yang kedua 3-4 minggu selepas merumput kali pertama.  Panduan merumput dengan menggunakan racun dan kadar baja yang diperlukan untuk tanaman jagung adalah seperti berikut:-                              

Panduan Mengawal Rumpai Menggunakan Racun Kimia 

Jenis Rumpai

Cara Mengawa

l

Takaran(kg

bahan aktif/ha)

Cara Penggunaan Ulasan

  Atrazine (serbuk bancuh 

(WP)1.0 - 3.0

 Digunakan sebagai racun rumpai pracampah

 Tidak boleh digunakan jika tanaman berikutnya ialah kekacang atau sayur-

Page 5: Panduan menanam jagung

 selepas menyemai biji benih jagung.

 sayuran.  Boleh juga dicampurkan  dengan Paraquat (0.25-05 kg.bahan  aktif) atau MSMA (1.0-1.5 kg bahan aktif) untuk membunuh rumpai yang tumbuh lebih awal.

  Rumpai  semusim

Alachlor (cecair) 1.0 - 3.0

 Digunakan sebagai racun rumpai pracambah selepas menyemai biji benih jagung.

-

Paraquat (cecair) 0.25 - 0.5

 Sebagai semburan tepat diantara barisan jagung. Guna penahan (shield)  pada hujung nozzle.

 Sembur dengan berhati-hati dan elakkan tempias semburan daripada terkena daun-daun tanaman. Gunakan kadar yang rendah untuk rumpai muda dan kadar yang tinggi untuk rumpai tua. Gunakan sukatan air  yang lebih untuk rumpai yang tebal. Boleh mti jika termakan racun ini. Jangan menggunakan alat penyembur berjentera (motor-blower).

  Rumpai  daun  lebar

2, 4-D Amine (cecair)

0.8 - 1.1

 Racun rumpai lepas cambah. Digunakan sebagai semburan tepat diantara barisan jagung.

 Gunakan kadar yang rendah bagi jagung setinggi 7-10 cm.  Tambahkan sukatan bagi jagung yang tingginya 10 cm ke atas

         Membaja

Nitorgen (N) yang paling penting.  Pastikan bekalan mencukupi terutamanya pada peringkat pertumbuhan awal sehingga peringkat berbunga.  Nitrogen digunakan dalam proses fotosintesis dan perlu dibekalkan untuk meningkatkan hasil. Fosforus (P) menggalakkan pertumbuhan akar jagung, pembentukan benih dan mempercepatkan kematangan  manakala kekurangan kalium memperlahankan tumbesaran pokok dan akar.  Kadar penggunaan baja NPK yang disyorkan untuk penanaman jagung ialah 120:60:60 hingga 120:60:120 kg/ha.  Penentuan kadar yang paling sesuai harus mengambilkira faktor-faktor seperti keadaan tanah, iklim, varieti jagung, densiti penanaman, jenis baja yang digunakan dan peringkat tumbuhan.  Penggunaan baja sebatian digalakkan kerana menyenangkan proses pembajaan, terutamanya jikalau pembajaan dilakukan dengan jentera.

Page 6: Panduan menanam jagung

Kadar Baja Yang Diperlukan

Siri TanahBerat

N P2O5 K20Kg/ha  

(lb/ekar) Kg/ha   (lb/ekar) Kg/ha (lb/ekar)

 Siri Selangor 67-90   (60-80) 34-51   (30-45) -           - Siri Telaga & Telemong 67-90  (60-80) 45-67   (40-60) 22        20

 Siri Akob 112-135  (100-120) 67-102  (60-90) 22        20

 Siri Rompin 112-135  (100-120) 51-67   (45-60) 34-51  (30-45)

 TANAH KAPUR & TANAH GAMBUT CETEK

135-168  (120-150) 34        (30) 67-101  (60-

90)

Separuh baja Nitrogen, separuh baja Kaliam dan kesemua baja Fostat diguna waktu menanam.  Baki baja diberikan 3-4 minggu selepas menanam.Penggunaan bahan organik digalakkan di tanah berpasir dan kurang subur.  Pembajaan untuk tanah mineral adalah seperti berikut:- 

Jenis BajaKadar Baja

(Kg/Ha)

Masa Membaja

(1 hari sebelum ditanam)

Cara Baja

NPK (12:12:17:2) 500 1 Dibajak ke dalam tanah.

Urea 130 15Ditabur 15 cm dari barisan jagung dan digaulkan ke dalam tanah.

Urea 130 35Ditabur 20 cm dari barisan jagung dan digaulkan ke dalam tanah.

         Pengairan dan Saliran: Memandangkan keaadaan cuaca yang tidak menentu dan untuk menjamin pengeluaran yang tinggi dan berterusan, pengairan hendaklah diberi keutamaan dari masa menanam hingga 20 hari lepas tanam dan selepas 45 hari pembentukan bunga jantan.  Sistem perenjis hendaklah digunakan bagi menampung kekurangan air di ladang.  Pengairan dijalankan 2-3 hari sekali pada musim kering sehingga mencapai kelembapan di paras field capacity.  Tanda-tanda kekurangan air pada jagung sayur di peringkat tumbesaran ialah daun kelihatan bergulung walaupun pada awal pagi.  Daun akan kelihatan layu sekiranya kekurangan air selepas peringkat jagung berbunga.  Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.  Parit ladang boleh dibina untuk menyalirkan air yang bertakung ke parit utama.

Kesan kekurangan air:Peringkat percambahan - melambatkan percambahan, menyebabkan percambahan tidak seragam dan kadangkala kematian biji benih.

Page 7: Panduan menanam jagung

Peringkat tumbesaran tampang - mengakibatkan kebantutan pokok, pengeluaran bunga jantan yang lambat dan seterusnya melambatkan kematangan bijiiran.Peringkat pembungaan - peringkat yang paling kritikal.  Menyebabkan pertumbuhan bunga terbantut atau terus gugur dan hasil terjejas.Peringat tumbesaran bijiran - mengurangkan isi dan keberatan tongkol.  Hasil terjejas.Kesan ketakungan air atau banjir yang berpanjangan:Pada amnya, mengakibatkan pokok kelihatan kuning dan terbantut.  Hasil terjejas.  Kalau berlaku pada peringkat tampang, ketiadaan hasil langsung. 

Mengawal Penyakit dan Serangga pada tanaman jagung         Bintik perang (dreschslera maydis)

Bintik berwarna perang muda pada daun berbentuk bujur memanjang.  Musnah sisa-sisa tanaman.  Guna biji benih dari pokok yang sihat.  Sembur racun serangga seperti Maneb atau Zineb seminggu sekali jika perlu.  Rawatan basah (wet-seed treatment) bagi biji benih menggunakan Captan/Zineb. 

         Bintik daun (Curvularia lunata)Bintik-bintik bulat 1-2 mm berwarrna perang kekuningan dengan pinggir berwarna coklat dan terdapat lingkaran berwarna kuning mengelilingi bintik.  Penyakit ini kurang serius. 

         Karat daun (Puccinia polysora)Bintik-bintik halus berwarna oren/karat besi pada permukaan daun mengakibatkan daun kering.  Juga kurang serius. Sembur dengan Oxycarboxin atau Copper oxychloride pada kafar 0.1% bahan aktif. 

         Kulapok downy (Sclerophthora rayssiae)Jalur kekuningan pada daun diikuti dengan pembentukan kulapok, tanda-tanda reput dan keperangan.  Guna biji benih bebas penyakit dan musnahkan pokok berpenyakit. 

         Hawa upeh (Rhizoctonia solani)Bintik kelabu bujur memanjang.  Bintik dikelilingi selapis jalur berwarna coklat keperangan.  Buat giliran tanaman dan musnah pokok berpenyakit. 

         Reput batang (Erwinia caratovora)Pokok reput dan basah.  Musnah pokok yang diserang dan dapatkan saliran yang baik. 

         Semut (Ustilago maydis)Bonggol pada tongkol berwarna hijau muda keputihan.  Spora berwarna coklat kehitaman dan disebar angin atau air. Bakar tunggul selepas mengambil hasil.  Musnahkan dengan membakar buah yang berpenyakit.  Ianya beracun pada ternakan jika dimakan.  

         Hawar seludang (Thanatephorus, Cucumeris (Frank) Donk, Rhizoctonia solani Kuhn A. Strain Park & Bertus)Semburkan Benomyl pada kadar 0.1% bahan aktif. 

         Lecuh anak benih (Phythium spp.,  Fusarium spp.,  Rhizoctonia spp.)Sembur dengan Captan atau Thiram pada kadar 0.2% bahan aktif.  Rawatan basah bagi biji benih (wet seed treatment).

Panduan Mengawal Musuh-musuh Serangga Tanaman Jagung Dengan Racun Kimia

Page 8: Panduan menanam jagung

         Ulat pengorek batang (Ostrinia salientalis)Larva mengorek dan memakan bahagian dalam batang serta meninggalkan sisa najis. Sembur racun serangga seperti bacillus thuringiensis, methidiathion, quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan. 

         Ulat ratus (Spodoptera litura)Ulat makan daun, pucuk dan kadangkala rerambut dan hujung tongkol. Sembur dengan profenofos, quinalphos atau cypermethrin. 

         Kutu daun (Rhopalosiphum maydis)Bena menghisap cecair dari daun muda, tongkol dan bung jantan.  Sembur racun serangga seperti quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan. 

         Ulat tongkol (Helicoverpa armigera)Ulat menyerang dan memakan tongkol muda. Sembur racun serangga seperti Bacillus thuringiensis, chlorpyrifos, verfenuron, profenofos, betacyfluthrin atau abamectin benzoate mengikut kadar yang disyorkan. 

         Kepinding hijau (Nezara viridula)Kepinding menghisap cecair biji jagung yang sedang berisi menjadikannya hitam dan berpenyakit.  Sembur racun serangga seperti quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan. 

Perangkap lampu untuk mengawal ulat pengorek tongkol jagung.Dalam satu pemerhatian yang dijalankan, didapati perangkap lampu boleh mengawal ulat pengorek tongkol jagung dengan baik. Penggunaan perangkap lampu berjaya mengawal kerosakan ke tahap 16% sahaja. Walau bagaimanapun, kawalan ke atas ulat ini lebih berkesan sekiranya pengguna perangkap lampu ini bertambah daripada 2 semburan racun perosak seperti chlopyrifos,fibronil atau diazinon di peringkat 50% tasselling dan seminggu selepas itu.

KEMATANGAN, KUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL Jagung sayur mula dipungut kira-kira 50 hari selepas tanam.  Ianya boleh dipungut sebelum rerambut bunga betina melebihi 6 cm panjang.  Sekiranya telah melebihi 6 cm panjang, jagung perlulah dipungut setiap hari kerana tongkol jagung akan membesar melebihi 10 cm panjang dan menjejaskan kualitinya di pasaran.  Jagung sayur digredkan mengikut kualitinya dengan mengambil kira kriteria-kiriteria berikut:-

1. jagung hendaklah berwarna kuning 2. barisan biji tersusun elok di sepanjang sodek 3. panjang sodek diantara 5-8 cm dan diameter 1-1.5 cm 4. tiada kecacatan pada sodek disebabkan perosak atau mekanikal. 5. berbentuk seragam dan berkeadaan segar.                                                   

Page 9: Panduan menanam jagung

PANDUAN PENANAMAN TEMBIKAIPosted on November 6, 2007 by harizamrry

Buah tembikai berbentuk bulat atau lonjong (oblong). Berkulit licin dan warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya berwarna putih, kuning krim, merah pucat, merah atau merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90% air. Biji biasanya berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga varieti yang tiada biji.

Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan mempunyai sulur paut untuk memanjat. Daunnya bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu.

Page 10: Panduan menanam jagung

Tembikai tumbuh dengan subur dalam iklim panas dan kering dan menerima banyak cahaya matahari. Tanah yang paling sesuai untuk tembikai ialah tanah yang tidak menakung air dengan pH 5.8-7.2.

Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia.

Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.

Bentuk buah tembikai berjulat daripada yang bulat hingga bulat yang membujur. Warna kulit dari hijau muda hingga hijau tua dengan atau tanpa jalur. Warna isi boleh jadi merah tua, merah atau kuning.

Varieti buah tembikai terbahagi kepada tiga kelas yang besar berasaskan bagaimana biji benih terbentuk: pendebungaan bebas, hibrid F 1 dan triploid (tanpa biji).

Varieti pendebungaan bebas terbentuk melalui beberapa generasi pemilihan. Pemilihan berdasarkan hasil, ciri-ciri kualiti dan kerintangan terhadap penyakit. Varieti pendebungaan bebas mempunyai sifat sebenar akan jenisnya (biji benih daripada satu generasi ke generasi seterusnya akan mengekalkan ciri-ciri yang sama) dan lebih murah daripada varieti hibrid F 1

Hibrid F 1 dibentuk daripada dua titisan seturunan yang telah menjalani pendebungaan sendiri untuk beberapa generasi dan kemudian dikacuk, biji benih yang dihasilkan dijual kepada penanam tembikai. Biji benih hibrid F 1 akan menunjukkan keseragaman dan masa menuai yang lebih baik berbanding dengan biji benih pendebungaan bebas. Ia juga menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran hasil sebanyak 20-40% berbanding dengan varieti pendebungaan bebas yang ditanam dalam keadaan yang sama. Kelemahan di pihak hibrid F 1 ialah harganya yang 5-10 kali lebih tinggi berbanding dengan biji benih pendebungaan bebas dan kesediaadaan varieti hibrid F 1 berubah dar setahun ke setahun.

Jenis yang ketiga ialah triploid atau tembikai tanpa biji. Jenis ini dibangunkan dengan mencipta tembikai yang mempunyai bilangan nombor kromosom dua kali ganda daripada tembikai biasa dan mengacukkannya dengan tembikai yang biasa. Tanaman yang dihasilkan mempunyai bilangan kromosom sebanyak 1½ kali ganda daripada bilangan nombor kromosom biasa. Oleh sebab nombor kromosomnya yang ganjil, biji benih yang berdaya hidup tidak dapat dihasilkan. Tambahan pula pokok tembikai begini hanya dapat menghasilkan debunga yang sedikit. Dengan itu, pokok tembikai biasa mestilah ditanam dengan tembikai triploid sebagai sumber debunga. Sungguhpun tembikai triploid tiada biji, ia sebenarnya bukanlah tiada biji tetapi bijinya tidak terbentuk dengan sempurna, lembut dan boleh dimakan. Biji benih triploid lebih mahal daripada biji benih hibrid F 1 dan buahnya seharusnya mendapat harga premium di pasaran.

Varieti popular

Page 11: Panduan menanam jagung

Berikut ialah senarai varieti tembikai dan ciri-cirinya yang dibekalkan oleh pembekal biji benih. Pemilihan yang berhati-hati terhadap varieti yang boleh diharapkan dan menyerlah ialah kunci kepada kejayaan dalam pasaran.

Jadual 1. Senarai hibrid F 1 .varieti tembikai yang mempunyai biji

Varieti / kultivar Ciri-ciri

New Dragon

Buah bulat membujur (oblong) agak seragam, sederhana hingga agak besar dan berat lebih kurang 9 kg. Isi merah, bertekstur halus, sangat manis dan biji perang tua. Kulit mempunyai jalur hijau muda dan tua yang nyata, tahan lama dan sesuai untuk eksport melalui jalan laut.

Dark Belle or Hitam manis

Subur, buah oblong, hijau gelap dengan jalur gelap. Kulit nipis tetapi kuat, sesuai untuk diangkut melalui jalan laut. Isi merah gelap, lembut dan berair, kandungan gula 12-14%. Berat antara 2.5-3.5 kg. Matang selepas 102 hari ditanam.

Little Boy

Jenis kecil atau tembikai ‘icebox’dengan rasa yang sangat enak. Buah oblong pendek dengan kulit hijau gelap dan jalur hijau yang lebih gelap yang nyata. Kulit nipis tetapi keras, sesuai untuk diangkut melalui jalan laut. Beratnya 3-4 kg. Isi merah tua , berjus, lembut mempunyai kandungan gula 12%. Matang selepas 102 hari ditanam.

China Dragon

Varieti yang sama dengan New Dragon. Daun kecil dengan cuping tajam yang beropol dan dalam. Amat produktif dan berputik dengan baik. Matang agak awal iaitu 80 hari selepas menanam (95 hari selepas menyemai). Bentuk sedikit oblong. Mempunyai kulit berjalur yang

Page 12: Panduan menanam jagung

nyata. Berat lebih kurang 12 kg. Isi merah, pejal dan sangat manis. Biji kecil dan hitam.

Early Klondike

Mempunyai kualiti isi dan kemanisan yang lebih baik. Sesuai untuk penghantaran jarak jauh menggunakan kapal laut. Berat lebih kurang 12 kg, berbentuk oblong dengan kulit hitam-hijau. Isi merah tua. Matang selepas 97 hari disemai.

Red Delicious

Buah kecil dan oblong, lebih kurang 2 kg. Rupa menarik dengan warna hijau yang seragam. Isi merah terang, lembut berjus, amat manis dan biji nya berwarna perang. Kulit nipis tetai keras. Matang selepas 90 hari disemai.

Golden Crown

Buah seragam, oblong saiz ‘icebox’, berat lebih kurang 2.5 kg dengan isi merah yang sangat cerah. Kemanisan lebih kurang 12% kandungan gula. Kulit sangat nipis tetapi kuat yang membolehkan ia diangkut melalui jalan laut.

Funbell

Tembikai ‘icebox’ yang sesuai pada pelbagai jenis tanah. Isi merah jambu, manis dan berjus. Buah bulat dan berat di sekitar 2 kg. Mudah mengenali kematangannya kerana jalur buah berubah daripada hijau kepada kuning. Buah matang selepas 80 hari disemai. Kulit kuning dengan jalur yang lebih cerah. Biji warna hitam perang yang sederhana.

Page 13: Panduan menanam jagung

New Orchid

Subur dan membiak dengan baik. Buah oblong. Berat lebih kurang 3 – 4 kg. Kulit hijau dengan jalur hijau gelap. Isi oren kuning, bertekstur halus dengan kandungan gula 12%. Amat sesuai diangkut melalui jalan laut.

Full Orchid

Subur dan membiak dengan baik. Berat lebih kurang 3 –5 kg. Kandungan gula 12%. Kulit kuat dengan jalur cerah yang nyata. Varieti yang berbuah awal, isi kuning. Buah seragam, jarang retak walaupun ditanam dalam keadaan suhu yang tinggi.

Yellow Baby

Berbuah awal, rasa manis, sedikit biji berbanding dengan tembikai ‘icebox’ yang lain. Warna isi kuning nanas. Diameter buah 15 cm, berat 4 kg. Kulit hijau muda dengan jalur hijau gelap, nipis tetapi kuat.

Jadual 2. Senarai tembikai triploid, varieti tiada biji

Varieti / kultivar Ciri-ciri

Favorite Ball

Mencapai kematangan awal pada 95 hari selepas disemai. Tumbuh subur. Buah berbentuk glob. Kulit hijau dengan jalur hijau tua yang lebar. Berat lebih kurang 6-12 kg dan tahan lama. Isi merah, berjus dan enak dan boleh disimpan dengan baik.

Page 14: Panduan menanam jagung

All Lucky No 2

Mencapai kematangan awal pada 95 hari selepas disemai. Tumbuh subur. Buah berbentuk glob Berat lebih kurang 7-8 kg. Kulit hijau muda dengan jalur hijau tua. Kandungan gula 12%. Isi merah terang, berjus dan enak dan jarang yang ada ‘hollow heart’.

Prosperity

Matang 95 hari selepas disemai. Buah bulat seperti glob dengan kulit hijau tua, berat lebih kurang 6 kg. Kulit nipis dan mempunyai kualiti penghantaran melalui jalan laut yang baik. Isi merah terang dan kurang mengalami ‘hollow heart’. Amat berjus dengan kandungan gula 12-15%. Kualiti yang amat memuaskan.

Quality

Kulit biru hijau dengan jalur hijau gelap dan tahan lama. Isi lembut, berjus dan rasa yang lebih baik. Baik dari segi pengangkutan dengan kapal laut dan penyimpanan. Berat lebih kurang 7.5 kg. Amat subur dan produktif. Matang 97 hari selepas disemai.

Mindful (triploid)

Subur dan berputik dengan baik. Buah bulat, bentuk seragam dan berat lebih kurang 5-7 kg. Kulit hijau kebiru-biruan yang cantik dengan jalur hijau gelap yang halus. Isi merah terang dengan kandungan gula 12%. Isi pejal, rasa sedap dan jarang mengalami ‘hollow heart’. Amat baik untuk penghantaran melalui laut dan penyimpanan. Matang selepas 97 hari disemai.

Keterangan botani

Pokok

Page 15: Panduan menanam jagung

Pokok tembikai ialah pokok menjalar yang batangnya berdaun serta mempunyai sulur paut. Akarnya cetek (40-50 cm) dan (60-90 cm) lebar. Batang jalarnya berbulu, berbentuk sama ada bulat atau bersegi. Sulur paut, daun dan bunga muncul daripada satu titik di bahagian batang.

DaunDaun tembikai berbentuk oval, bercuping yang dalam dan lebih kurang 10-20 cm panjang.

Bunga

Bunga tembikai daripada jenis monosius, i.e. bunga jantan dan bunga betina terdapat pada satu pokok yang sama. Setiap kuntum bunga lebarnya 1.5-2.0 cm dan berwarna kuning sulfur. Kadang-kadang ada juga bunga hermafrodit. Bunga keluar di antara daun dan didebungakan oleh serangga.

Buah

Buah tembikai berbentuk bulat atau oblong. Kulitnya licin. Berat yang standard ialah antara 7 dan 15 kg. Varieti baru dari Taiwan saiznya kecil (4-6 kg/biji). Warnanya pelbagai daripada hijau muda hingga hijau tua dan berjalur. Isinya boleh jadi putih, kuning krim, merah pucat, merah atau merah pekat. Bijinya kecil dan tertanam di dalam isi. Panjangnya lebih kurang 5-15 cm dan boleh berwarna putih, hitam, perang, kekuning-kuningan dan merah jambu.

Pertumbuhan dan pembentukan

Panjangnya tempoh pertumbuhan berjulat dari 80 hingga 110 hari, bergantung pada iklim. Tempoh pembesaran lebih pendek dalam iklim tropika iaitu 70-95 hari bergantung pada varieti.

Peringkat pembentukan

Peringkat pertumbuhan

Pertumbuhan vegetatif permulaan (penubuhan)

Pertumbuhan vegetatif akhir (Merayap atau peringkat menjalar)

Pertumbuhan pembiakan permulaan (Pembungaan dan pengeluaran putik)

Pertumbuhan pembiakan akhir (Pembentukan buah dan kematangan)

Jumlah

Tempoh peringkat

(hari)

10-20 20-30 10-15 30 70-95

Penuaian biasanya bermula 30 hari selepas berbunga sepenuhnya dan boleh berterusan selama beberapa minggu.

Ekologi

Tembikai tumbuh dengan baiknya dalam cuaca yang panas, kering dengan suhu harian 22-30 °C dan cahaya matahari yang cukup. Suhu maksimum dan minimum untuk pertumbuhan

Page 16: Panduan menanam jagung

masing-masingnya ialah 35 °C dan 18 °C. Suhu tanah yang optimum untuk pertumbuhan akar ialah dalam julat 20-35 °C. Buah yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu 11% berbanding dengan 8% pada buah yang membesar dalam keadaan sejuk dan lembap. Jumlah hujan yang optimum ialah 250 mm atau kurang. Kebanyakan tanah yang bersaliran baik , sama ada tanah liat atau berpasir, boleh diurus untuk menghasilkan pengeluaran tembikai yang baik. Tanah yang terbaik ialah tanah lom berpasir yang tidak menakung air dengan pH 5.8 hingga 7.2.

Asal dan sejarah

Sudah berabad lamanya manusia di seluruh dunia menggemari tembikai. Orang Mesir telah menanam tembikai 5,000 tahun yang lalu, mereka menghiasi lukisan dinding dengan buah tembikai. Dari Mesir kepopularan tembikai berkembang. Pedagang mula menjual biji tembikai di sepanjang laluan dagangan Mediterranean. Pada abad ke 10 tembikai telah sampai ke negara China dan pada abad ke 13 pedagang Moor memperkenalkan tembikai ke Selatan Eropah. Kolonis Eropah dan hamba abdi Afrika perlu diberi pujian kerana membawa tembikai ke Amerika Utara. Varieti tembikai moden datangnya daripada tembikai semula jadi Afrika Citrullus lanatus. Ia ditanam beratus tahun di Lembah Nil. Spesies ini masih hidup liar di kawasan pendalaman yang kering untuk membekalkan air kepada orang asli semasa musim kemarau. Tembikai liar atau ‘citron’ di Afrika berbentuk sfera, berjalur dan isinya putih, sedikit pahit atau tawar. Isinya yang putih rasanya seperti kulit tembikai biasa. ‘Citron’ juga disebut ‘tembikai jeruk’ kerana kulit buah digunakan dalam pengawet, jeli dan dibuat jeruk atau jem. Oleh sebab kandungan pektinnya yang tinggi ia ditambah ke dalam jus buah-buahan untuk menjadikan ia seperti jel lebih cepat. Sebatang pokok tembikai boleh menghasilkan sehingga 100 biji buah, dan biasanya diberi makan kepada ternakan.

Di Malaysia tembikai pertama kalinya ditanam di Kelantan dalam tahun 1940. Daripada situ, ia mula berkembang hinggalah pengenalan tembikai hibrid dari Taiwan dan Jepun pada tahun 70-an.

Tembikai biasanya ditanam di Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan. Kini penanamannya berkembang hingga ke negeri Pahang, Melaka dan Perak.

Dalam tahun 1994 keluasan penanaman tembikai meliputi 5,100 hektar dengan pengeluaran sebanyak 214,000 tan metrik. Dalam tahun 2000 keluasan penanaman meningkat kepada 6,500 hektar.

Di Semenanjung Malaysia tembikai di tanam di Alor Gajah, Bachok, Besut, Gua Musang, Jasin, Jeli, Johor Bahru, Kluang, Kota Bharu, Kota Star, Kota Tinggi, Kuala Kerai, Kuala Terengganu, Kubang Pasu, Langkawi, Macang, Marang, Melaka Tengah, Mersing, Padang Terap, Pasir Mas, Pasir Putih, Pendang, Perlis, Pokok Sena, Port Dickson, Rembau, Rompin, Setiu, Tanah Merah dan Tumpat.

Keluasan penanaman tembikai di Semenanjung Malaysia (hektar)

Negeri Ha

Kelantan 810

Page 17: Panduan menanam jagung

N. Sembilan 36

Pulau Pinang 13

Perlis 101

Terengganu 744

Di Sabah tembikai ditanam di Tawau, Sandakan, Tuaran dan Papar.

Pembiakan

Biji tembikai boleh ditabur terus di ladang atau disemai di dalam beg plastik sebelum diubah ke ladang. Biasanya, kaedah tabur terus diamalkan semasa musim kering dan biji untuk diubah ke ladang ditanam dalam musim hujan.

Tabur terus

Biji benih direndam semalaman sebelum ditanam. Dua hingga 3 biji benih ditanam dalam setiap lubang sedalam lebih kurang 2.5 cm. Jumlah biji benih yang diperlukan (biasanya 1.2-2.5 kg/ha) bergantung pada saiz biji, percambahan dan jarak tanaman. Biji yang sah berlabel, seragam, bebas daripada penyakit dan biji benih diperakukan 85-90% percambahan menjadi pilihan. Selepas hampir 14 hari atau apabila anak pokok mempunyai 3-4 helai daun, anak benih ini dijarangkan iaitu meninggalkan satu batang pokok yang sihat di dalam satu lubang penanaman.

 

Gambar 1: Anak pokok yang sihat daripada tanam terus

Pengubahan

Kelebihan pengubahan anak pokok tembikai:

* Kecekapan penggunaan biji benih meningkat, sangat penting dengan biji benih hibrid dan triploid kerana harganya sangat mahal

* Tanah berkerak atau terlalu kering dan tanah yang lembap menjejaskan pertumbuhan anak pokok, boleh dihilangkan atau dikurangkan.

* Kedalaman penanaman lebih seragam.

Page 18: Panduan menanam jagung

* Hasilnya dilihat pada penuaian awal.

* Hanya cara yang berkesan kos untuk menanam tembikai tanpa biji

Kelemahan pengubahan termasuklah:

* kos berubah lebih tinggi,* kos buruh meningkat,* anak pokok tembikai yang rapuh mudah patah semasa pengubahan.

Biji benih disemai di dalam beg plastik yang berisi tanah yang sudah dicampur dengan tahi ayam. Beg ini ditutup dengan helaian politena jernih dan diletakkan di bawah teduhan. Ia akan bercambah dalam masa3-4 hari dan sedia untuk diubah dalam masa lebih kurang 11-12 hari. Jarak penanaman ialah 2.5-6 m antara baris dan 1m antara anak pokok.

Gambar 2. Dulang plastik boleh digunakan untuk mencambahkan pokok

Kerosakan pengendalian semasa pengubahan boleh berlaku pada anak pokok aras tanah. Bahagian atas anak pokok akan mudah melentur dan menjadi layu. Sebagai tambahan warna perang atau tisu kalus akan muncul pada aras tanah. Bagi mengatasi masalah ini daripada kerosakan yang lebih teruk, anak pokok hendaklah ditanam lebih dalam ke dalam tanah.

Penanaman

Tembikai hendaklah ditanam di ladang yang tanahnya rata dan sedikit beralun yang tidak cenderung kepada air bertakung atau banjir. Ia tidak boleh ditanam secara berterusan di tanah yang sama bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah. Kesediaadaan sumber air untuk pengairan amat genting Kebanyakan tanah yang baik salirannya , sama ada tanah liat atau tanah berpasir, boleh diurus untuk menghasilkan tanaman tembikai yang baik.

Penanaman di atas batas amat disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh banjir kilat. Sistem saliran yang baik diperlukan

Penyediaan tanah melibatkan satu atau lebih pelaksanaan operasi peningkatan kualiti tanah dan penyuburan anak pokok:

Page 19: Panduan menanam jagung

1. menjadikan tanah lebih sesuai untuk pertumbuhan biji benih dan anak pokok (atau pengubahan)

2. meningkatkan produktiviti dengan membekalkan struktur tanah yang terbaik untuk pertumbuhan dan pembesaran akar berikutnya, dan

3. membantu mengawal masalah penyakit.

Beberapa operasi diperlukan dalam penyediaan tanah untuk penanaman. Ini sebahagiannya ditentukan oleh sejarah penanaman sebelumnya. Tanah yang sudah digunakan untuk penanaman selama beberapa tahun mungkin menjadi lapisan keras beberapa inci di bawah permukaan tanah. Keadaan ini menjadi masalah pada tanah liat.

Pertumbuhan akar menjadi terbantut oleh tanah yang mampat. Penyediaan tanah yang betul perlu menghapuskan atau mengurangkan keadaan tanah yang mampat. Kajian baru-baru ini telah mendapati bahawa pertumbuhan akar tembikai terhad kepada tanah yang tidak mampat sahaja

Amalan penanaman

Merumpai

Kejayaan pengurusan rumpai amat penting bagi pengeluaran tembikai yang berkualiti. Rumpai bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya, ruang, nutrien dan air. Pertumbuhan rumpai menimbulkan masalah penyakit dan boleh menjadi perumah kepada serangga perosak dan penyakit. Seperti tanaman lain, tembikai memerlukan kawalan rumpai lebih awal bagi memastikan tanaman yang berkualiti. Sebagai tambahan, tabiat pokok ini yang merebak menyebabkan rumpai sukar dikawal terutamanya apabila batangnya mula menjalar.

Gambar 1. ladang tembikai yang bersih

Pengenalpastian rumpai, terutamanya pada peringkat anak benih amat penting. Anak benih ini biasanya mudah dikawal dan dalam banyak kes kawalan dapat dilakukan semasa peringkat anak benih lagi.

Satu lagi faktor penting ialah pertumbuhan tanaman. Pada amnya, tanaman yang tumbuh agresif dan sihat dapat mengalahkan dan menghapuskan banyak jenis rumpai. Pembajaan yang betul dengan pengurusan penyakit, nematod dan serangga yang baik akan meningkatkan pertumbuhan dan membantu menghapuskan rumpai.

Beberapa orang penyelidik telah mendapati bahawa rumpai memainkan peranan penting dalam penyebaran dan epidemiologi virus tanaman. Rumpai boleh menjadi sumber virus tersembunyi di dalam biji benihnya.

Page 20: Panduan menanam jagung

Dalam kajian yang dilakukan untuk meninjau kehadiran secara semula jadi virus mozek timun (cucumber mosaic virus, CMV) pada rumpai di Malaysia, virus tersebut dapat dikesan pada banyak spesies rumpai e.g. Ageratum conyzoides dan Crotalaria spp. Dalam satu kajian yang lain virus mozek ‘squash’ (SqMV) telah dapat dikesan pada A. conyzoides, Cleome rutidosperma, Croton hirtus, Euphorbia hirta, Euphorbia prunifolia, Eupatorium odoratum, Hyptis brevipes dan Mikania micrantha, manakala virus mozek zucchini kuning (ZYMV) telah dapat dikesan pada A. conyzoides dan Wedelia trilobata. Dalam satu sampel A. conyzoides , SqMV dan ZYMV telah dikesan serentak, manakala SqMV dan CMV ditemui dalam sampel E. hirta dan E. odoratum .

Kaedah pengawalan

Beberapa kaedah pengawalan rumpai untuk tembikai telah pun ada. Memilih kaedah yang terbaik dan sesuai oleh penanam bergantung pada beberapa faktor: spesies rumpai, peringkat pertumbuhan tanaman dan rumpai dan kos buruh dan kesediaadaannya.

Merumpai menggunakan tangan merupakan kaedah yang sangat berkesan dan selamat kepada tanaman. Merumpai dilakukan semasa tanaman dan rumpai masih kecil bagi mengurangkan kerosakan terhadap tanaman dan cangkul boleh digunakan. Membuang rumpai yang sudah besar dan mempunyai sistem akar yang ekstensif boleh merosakkan akar atau batang tanaman. Merumpai dengan tangan kosnya tinggi dari segi penggunaan tenaga buruh.

Penanaman menggunakan jentera sangat berkesan terhadap pengawalan rumpai tetapi terhad kepada rumpai yang kecil yang mudah tercabut atau ditutup. Yang paling penting, penanaman menggunakan jentera tidak boleh digunakan apabila tanaman mula menjalar. Batang tembikai yang menjalar sangat lembut dan mudah dirosakkan oleh tayar traktor atau penggembur. Kawalan secara mekanikal perlu ditambah dengan merumpai menggunakan bahan kimia atau menggunakan tangan bagi membuang rumpai dalam barisan atau selepas tanaman mengeluarkan batang jalar.

Kawalan rumpai menggunakan teknik batas semaian ‘stale’ melibatkan pengawalan rumpai yang bercambah menggunakan bahan kimia sebelum tanaman yang ditanam bercambah. Bahan sentuh tidak selektif digunakan e.g. ‘alachlor’ (sembur pada kadar 4 L/ha). Kaedah batas semaian ‘stale’ biasanya berganding dengan rawatan racun herba yang disembur sebelum menanam. Jika pokok diubah, kaedah ini digunakan untuk mematikan rumpai yang tumbuh sebelum mengubah. Dalam kaedah biji benih disemai terus , racun herba digunakan terhadap rumpai yang tumbuh selepas penanaman tetapi sebelum tanaman itu tumbuh.

Gambar 2. Sungkupan plastik dengan pengairan titis ialah kaedah yang sangat berkesan untuk mengawal rumpai.

Sungkupan plastik dengan pengairan titis ialah kaedah yang sangat berkesan untuk mengawal rumpai. Plastik hitam atau plastik yang tidak mengeluarkan cahaya baik digunakan bagi

Page 21: Panduan menanam jagung

menghapuskan cahaya yang diperlukan oleh rumpai bercambah dan tumbuh. Plastik yang menyungkup batas tanaman seharusnya sesuai dengan batas tersebut dan tepinya dikemaskan bagi menghalang gangguan angin.

Apabila batas sudah disungkup, lubang kecil dibuat pada plastik dan anak benih atau biji benih ditanam melalui lubang ini. Lubang yang kecil lebih baik bagi menghalang pertumbuhan rumpai. Kawasan antara batas hanya dirawat dengan racun herba yang didaftarkan untuk tembikai sahaja kerana akar tembikai boleh menjalar hingga ke tengah baris dan menyentuh tanah yang dirawat.

Pencantasan

Mencantas batang jalar tembikai akan menghasilkan saiz buah yang seragam. Ini mempunyai kelebihan dalam memendekkan tempoh penuaian kerana buahnya masak seragam. Batang jalar utama dipotong pada buku keenam atau ketujuh apabila tanaman berumur 15-20 hari.

Pengairan

Air ialah komponen yang kritikal dalam pengeluaran buah tembikai. Buah tembikai yang masak mengandungi lebih 90% air. Dengan itu, bekalan air yang mencukupi adalah kritikal bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil dan kualiti tanaman ini.

Kekurangan air pada peringkat tembikai baru tumbuh, melewatkan kematangan dan boleh menyebabkan terdapatnya ruang dalam pengeluaran. Tegasan air pada peringkat awal pertumbuhan vegetatif akan menyebabkan kekurangan kawasan keluasan daun dan mengurangkan hasil. Pengurangan hasil yang paling serius hasil daripada tegasan air semasa pembungaan dan pembentukan buah.

Beberapa jenis sistem pengairan boleh digunakan dengan jayanya pada tanaman tembikai. Pemilihan terhadap jenis apa yang perlu dipilih akan berasaskan pada satu atau lebih faktor berikut:

* Kesediaadaan peralatan* Bentuk dan saiz ladang* Jumlah dan kualiti air yang ada* Keperluan buruh* Keperluan bahan bakar* Kos

Pengairan renjis

Sistem ini termasuklah pangsi tengah, ‘linear move’, ‘travelling big gun’, set paip aluminium yang kekal dan mudah alih dengan perenjis. Semua sistem ini jika digunakan dengan betul amatlah memuaskan. Namun perbezaan bererti wujud pada kos permulaan dan keperluan buruh.

Sebarang sistem perenjis yang digunakan pada tanaman tembikai seharusnya berupaya merenjiskan 2.5 cm air setiap 4 hari. Sebagai tambahan sistem ini mestilah mengeluarkan renjisan secara perlahan-lahan bagi menghalang larian permukaan tanah.

Page 22: Panduan menanam jagung

Sistem renjisan dengan penggunaan keseragaman yang tinggi (pangsi tengah dan ‘linear move’) boleh digunakan untuk membaja. Ini akan meningkatkan keberkesanan baja yang digunakan iaitu dengan menjadikannya sedia ada untuk tanaman dan mengurangkan larut lesap.

Walaupun pengairan atas tidak digalakkan apabila menggunakan sungkupan plastik, tetapi jika ia digunakan juga, batas yang lebih kecil (30-60 cm) lebih baik kerana air boleh sampai ke akar dengan lebih mudah. Batas yang lebar (melebihi 60 cm) akan lebih bermasalah, terutamanya pada tanah berpasir yang pergerakan air sisinya terhad.

Pengairan titis

Pengairan titis amat popular dalam pengeluaran buah tembikai. Ia boleh digunakan dengan atau tanpa sungkupan plastik. Kelebihan utama dalam penggunaan pengairan titis ini ialah air digunakan dengan berkesan jika diuruskan dengan betul. Kajian yang telah dijalankan di Florida, USA telah menunjukkan bahawa air yang diperlukan berkurangan sebanyak 40% pada musim pokok membesar bagi sayuran berpengairan titis berbanding dengan sayuran berpengairan renjis. Masalah rumpai juga berkurangan kerana batas sahaja diberi air sedangkan baris tengah antara batas dalam keadaan kering. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengairan titis juga menggalakkan penghasilan awal dan meningkatkan saiz buah.

Gambar 3. Pemasangan dan percubaan line pengairan titis pada batas tanaman dilakukan sebelum plastik sungkupan dibentangkan.

Tiub yang menitis (atau ‘tape’) boleh dipasang di atas permukaan tanah atau ditanam di bawah permukaan tanah. Apabila digunakan bersama sungkupan plastik, ‘tape’ boleh dipasang serentak semasa membentang sungkupan plastik. Biasanya ‘tape’ diimbangi iaitu ke tepi sedikit daripada tengah batas. Ini akan menghalang ‘tape’ daripada rosak semasa membuat lubang dan operasi menanam anak pokok. Biasanya satu ‘tape’ titisan dipasangkan di sisi setiap baris.

Sistem titisan mudah disesuaikan untuk penyuntikan baja. Ini membolehkan nutrien dibekalkan kepada tanaman di ladang sebagaimana diperlukan. Kaedah ini juga menghapuskan keperluan membaja yang banyak di awal musim menanam yang akan menyebabkan larut lesap di kawasan yang tidak boleh di capai akar atau akan menyebabkan ketoksikan garam. Hanya rumusan larut air boleh disuntik melalui sistem titis. Sistem perlu dibilas selepas setiap suntikan.

Air yang digunakan dalam sistem titis perlu ditapis bagi membuang sebarang bahan yang boleh menyebabkan ‘tape’ tersumbat. Air perlu diuji kandungan mineralnya kerana ia juga boleh menyebabkan ‘tape’ tersumbat.

Menjadualkan pengairan

Page 23: Panduan menanam jagung

Air yang digunakan oleh tanaman dan menyejat dari tanah dinamakan penyejatpeluhan (ET). Kadar ET bagi tembikai telah dilaporkan setinggi ¾ cm sehari. Peringkat pertumbuhan tanaman, suhu, kelembapan bandingan, radiasi solar, angin dan jarak tanaman menjejaskan ET.

Berikut ialah pengesyoran umum untuk kadar pengairan bagi tembikai yang menggunakan sistem pengairan renjis:

* Daripada menanam hingga tanaman mula menjalar, guna 1¼ cm apabila tanah di atas 5 cm menjadi kering (lebih kurang setiap 5 atau 6 hari jika cuaca kering)

* Daripada pokok mula menjalar hingga pembungaan pertama, guna 2 cm setiap 5 hari semasa cuaca kering. Jika layu sebelum tengah hari tingkatkan kekerapan pengairan.

* Daripada mula berbunga hingga dituai, guna 2.5 cm setiap 4 hari semasa cuaca kering. Semasa cuaca yang amat panas (melebihi 35 °C ), kekerapan pengairan ditingkatkan kepada setiap 3 hari bagi mengelakkan tegasan.

Tanah berpasir memerlukan pengairan lebih kerap bagi menghalang tegasan lembapan.

Sistem pengairan titis perlu dikendali lebih kerap daripada sistem renjis. Biasanya ia dikendali setiap hari atau setiap dua hari. Jangan beri air berlebihan terutamanya apabila menggunakan sungkupan plastik kerana plastik akan mengawal tanah daripada menjadi kering.

Pembajaan

Gangguan fisiologi

Buah cacat rupa atau buah pahit (buah cacat)

Buah yang cacat rupa atau buah pahit disebabkan oleh kemarau (tanah kering atau suhu tinggi), pendebungaan tidak sempurna, tanah tidak subur atau masalah pembentukan yang lain. Batang tembikai perlu diperiksa setiap minggu bagi membuang buah yang berpenyakit dan buah cacat. Buah yang rosak perlu dibuang di tengah baris bagi mengelakkannya diperiksa semula. Bergantung pada varieti, biasanya antara 2-5 biji buah akan matang daripada satu pokok. Kekalkan bilangan buah sebagaimana yang disyorkan oleh pembekal biji benih.

Buah berongga

Tembikai tanpa biji lebih rentan terhadap masalah ini. Pendebungaan yang baik amat penting bagi mengawal gangguan ini.

Rasa tidak enak dan kurang manis

Rasa tidak enak dan kurang manis mungkin disebabkan oleh tanah yang tidak subur dan kandungan kalium, magnesium atau boronnya rendah.

Kekurangan nutrien

Page 24: Panduan menanam jagung

Kekurangan nutrien bukan masalah biasa bagi penanam tembikai di Malaysia. Sebagai amalan biasa bagi mengawal berlakunya kekurangan nutrien, penanam tembikai menggunakan baja organik dalam bentuk tahi ayam atau kompos bioorganik. Pemakanan yang baik mungkin disebabkan penggunaan baja foliar seperti Grofas Yellow dan Grofas Red.

Penggunaan batu kapur magnesium kisar (Ground Magnesium Limestone, GML) sebanyak 4-5 t/ha semasa penyediaan tanah merupakan amalan yang standard yang diamalkan oleh penanam tembikai. Ini mungkin menjadi sebab tiadanya masalah kekurangan Ca pada tembikai yang ditanam di Malaysia.

Namun, sebarang bentuk kekurangan nutrien yang berlaku pada pertengahan musim menanam akan mengurangkan pengeluaran buah. Penggunaan baja yang cukup sangat penting bagi mengelakkan kekurangan baja. Jadual 1 menerangkan tentang simptom kekurangan nutrien pada buah tembikai dan bagaimana cara mengelakkannya.

Jadual 1. Diagnosis masalah kekurangan nutrien pada buah tembikai

Tanda-tanda kekurangan

Kekurangan nutrien yang mungkin

Tanah yang paling diperlukan

Bagaimana mengelakkan kekurangan

Pertumbuhan terbantut

Nitrogen (N)Tanah berpasir

Pembajaan asas daripada baja organik sebelum menyemai/menanam

Daun kecil dan berwarna hijau pucat

(petunjuk daun)

Kawasan hujan

sembur baja foliar yang mempunyai kandungan N yang tinggi

Batang lemah

Tepi daun menjadi kuning kemudian perang

Kalium (K2O)Tanah berpasir

Baja asas dan baja foliar yang tinggi kandungan kaliumnya

Hasil buah yang rendah

(petunjuk bunga dan buah)

sembur baja yang mengandungi kalium yang tinggi

Warna buah dan bunga kurang menarik

Kerintangan terhadap

Page 25: Panduan menanam jagung

penyakit yang rendah

Jenis-jenis baja

Hanya satu cara mengurus kesuburan dan pH tanah dengan tepat iaitu dengan menjalankan ujian terhadap tanah. Pensampelan tanah dijalankan begitu rupa seperti ia mewakili keseluruhan tanah ladang. Ini amat penting bagi memastikan keputusan yang tepat dan pengesyoran pembajaan yang betul. Program pembajaan yang baik untuk pengeluaran buah tembikai dapat menjawab empat soalan asas:

1. Apakah bahan baja (termasuk kapur) yang perlu digunakan?2. Berapa banyakkan perlu digunakan?3. Berapa kerapkah baja ini digunakan?4. Kaedah bagaimanakah ia digunakan (cara tabur, cara jalur dll.)?

Sebagai tambahan program pengurusan paling berjaya termasuklah penilaian dan pengubahsuaian yang kerap, jika perlu hadapi masalah di luar jangkaan seperti banjir, kemarau dan faktor-faktor lain yang menjejaskan keupayaan pokok menggunakan nutrien.

Ukuran pH tanah menandakan keasidan atau kealkalian tanah. Tanah yang mempunyai pH 7 dianggap neutral, nilai lebih daripada 7 tanah dianggap beralkali dan nilai kurang daripada 7 tanah dianggap berasid. pH tanah mempunyai kesan yang besar terhadap pertumbuhan pokok, pembentukan dan akhirnya pengeluaran. pH tanah juga menjejaskan kesediaadaan nutrien untuk pokok membesar. Tanah yang sedikit berasid dengan pH 6-6.5 ideal untuk pokok tembikai.

Hanya satu cara yang tepat untuk menentukan pH tanah iaitu dengan pengujian tanah. Analisis ini dapat menentukan sama ada kapur diperlukan atau tidak untuk meningkatkan pH. Kapur bertindak agak lambat dalam meningkatkan pH tanah dan secara relatifnya ia tidak bergerak di dalam tanah. Oleh sebab itu, kapur perlu ditambah 2-3 bulan sebelum menanam dan dicampurkan dengan 5-20 cm tanah bahagian atas. Tanah yang kekurangan magnesium perlu diberikan kapur dolomite bukan kapur kalsium.

Untuk pengeluaran tembikai, jumlah nitrogen (N), fosforus (P 2 O 5 ) dan kalium (K 2 O) yang disyorkan ialah 136 kg/ha. Tembikai ialah tanaman yang mempunyai musim yang panjang. Dengan itu, penggunaan baja sedikit demi sedikit untuk beberapa kali, sepanjang musim akan memaksimumkan pengeluaran. Hujan dan pengairan atas boleh melarutkan nutrien daripada tanah, terutamanya N dan K jika sungkupan plastik tidak digunakan. Semua fosforus yang diperlukan boleh digunakan sebelum penanaman dan perlu dikekalkan di sepanjang musim membesar kerana secara relatifnya ia tidak bergerak di dalam tanah.

Banyak kaedah yang berbeza wujud dalam penggunaan baja. Satu kaedah mudah ialah dengan menabur dan mencampurkan semua P dan K dan gunakan ½ jumlah N sebelum penanaman dan ½ lagi, 4-6 minggu selepas menyemai.

Kaedah penggunaan yang lebih rumit biasanya untuk mengekalkan aras nutrien yang optimum di sepanjang musim membesar. Dalam kaedah seperti ini cara menabur yang diubahsuai iaitu dengan menumpukan baja di dalam kawasan akar berbanding dengan kaedah

Page 26: Panduan menanam jagung

penaburan yang biasa. Dalam kaedah penaburan yang diubahsuai, baja ditabur seperti jalur 60-100 cm lebar di dalam baris sebelum menanam. Kaedah ini juga menghapuskan pembakaran tumbuhan lain yang muncul jika baja ditabur dalam jalur hampir dengan anak pokok yang baru hendak hidup. Dalam kaedah ini semua P digunakan sebelum menanam dengan sebarang mikro nutrien. Satu pertiga hingga ½ N dan K yang disyorkan juga digunakan dalam kaedah penaburan terubah suai ini. Selepas 3 minggu anak pokok muncul, gunakan ¼ N dan K yang tinggal lagi di bahagian sisi batas berdekatan dengan hujung batang yang bercambah. Selepas 6 minggu bercambah gunakan/habiskan N dan K yang masih ada.

Bagi tanaman di bawah sungkupan plastik, kehilangan nutrien melalui larutan berkurangan. Dengan itu, semua N, P dan K yang diperlukan oleh tanaman boleh digunakan sebelum batas tanaman ditutup dengan plastik. Tambahan lagi, penggunaan baja berikutnya melalui tanah tidak dapat dilakukan tanpa merosakkan sungkupan plastik tersebut. Sebarang baja tambahan hanya boleh digunakan secara foliar atau titisan .

Penanam tembikai kadang-kadang mengalami pengeluaran putik yang amat tidak memuaskan walaupun dengan aktiviti lebah yang mencukupi. Penyemburan foliar boron larut air (lebih kurang 25 g berat sebenar boron bagi setiap penyemburan) 2-3 kali pada sela seminggu yang berbetulan dengan mekarnya bunga betina yang pertama boleh menambahkan pendebungaan dan pembentukan putik dapat ditingkatkan. Program pengurusan pembajaan yang baik termasuklah pencerapan yang kerap pada tanaman bagi memerhatikan simptom kekurangan nutrien.

Kandungan nutrien baja komersial yang ada di Malaysia

Jenis bajaNitrogen(%)

Fosfat (%)Kalium(%)

Magnesium (%)

Tahi ayam terproses (Avanti) Baja sebatian** 3.5 4.5 2.5 1.0

NPK Green 15:15:15 15 15 15 –

Grofas yellow 22:22:10:1 + TE*** 13 26 26 –

* Baja organik yang biasanya lambat bertindak, membekalkan pokok dengan baja dalam tempoh yang lama** Baja bukan organik, sebatian dan foliar pada amnya cepat bertindak, penggalak pada pokok apabila digunakan sebagai pembajaan tambah.***TE = Unsur pekit

Penggunaan Baja

Baja hilang melalui larut lesap merupakan masalah utama pada tembikai yang ditanam tanpa sungkupan plastik, terutamanya pada tanah berpasir. Kehilangan nutrien akibat rumpai juga tidak dapat dielakkan kerana sukar untuk merumpai apabila pokok mula menjalar. Masalah ini ada dinyatakan dalam program pembajaan dengan meningkatkan jumlah baja yang digunakan dan diberikan secara berperingkat-peringkat. Jumlah baja yang digunakan bagi tembikai sehektar ialah 5-10 tan baja organik, 400 kg NPK 15:15:15 dan 1,000 kg NPK 12:12:17:2. Baja ini digunakan secara berperingkat-peringkat sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1.

Page 27: Panduan menanam jagung

Jumlah baja yang hilang akibat larut lesap dalam iklim tropika sangat banyak terutamanya di tanah berpasir. Dengan itu, sungkupan plastik bersadur perak sangat-sangat digalakkan. Penyelidikan di tanah berpasir yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan bahawa jumlah baja yang diperlukan ialah ½ daripada yang diperlukan oleh tembikai yang tidak diberikan sungkupan. Jadual penggunaan baja bagi tembikai yang menggunakan sungkupan plastik ditunjukkan dalam Jadual 2. Semua baja organik dan NPK 15:15:15:2 diberi sebelum sungkupan plastik dipasangkan. Baja tambahan diberikan sebagai baja cecair yang disemburkan ke daun bersama-sama dengan racun serangga atau racun kulat yang diperlukan.

Jadual 1. Jadual penggunaan baja bagi tembikai yang ditanam tanpa sungkupan plastik*

Masa Jenis Baja Jumlah Kaedah

Baja asas

0-2 hari sebelum menyemai atau mengubah

NPK 15:15:15

50 g per tapak penanaman (200 kg/ha)

Tabur dengan baik dan gaulkan dalam lubang penanaman

Pembajaan tambah kedua

Peringkat berbunga

40 hari selepas menyemai

30 hari selepas mengubah

NPK 12:12:17:2

200 g per pokok (800 kg/ha)

Bubuh dalam 2-3 poket lebih kurang 15-20 cm dari pokok

* Kaedah menyemai terus biasanya digunakan untuk tembikai hibrid F1, manakala pengubahan digunakan untuk tembikai triploid tanpa biji.

Jadual 2. Jadual penggunaan baja untuk tembikai yang ditanam menggunakan sungkupan plastik*

Masa Jenis Baja Jumlah Kaedah

Selepas membentang sungkupan plastik

0–2 hari sebelum menyemai atau mengubah

NPK 15:15:1550 g per tapak penanaman (200 kg/ha)

Tabur rata dan gaulkan ke dalam lubang penanaman

Penggunaan foliar kedua

Permulaan peringkat menjalar:

Baja foliar untuk peringkat vegetatif.i.e. Grofas Yellow

Sembur hingga menitis

Boleh digunakan bersama-sama racun kulat dan racun serangga

Page 28: Panduan menanam jagung

30 hari selepas menyemai

20 hari selepas mengubah

Penggunaan foliar keempat

Peringkat pembentukan buah:

50 hari selepas menyemai

40 hari selepas mengubah

Baja foliar untuk peringkat vegetatif. i.e. Grofas Yellow

Sembur hingga menitis

Boleh digunakan bersama-sama racun kulat dan racun serangga

* Lebar sungkupan plastik yang disyorkan ialah 1.8 m.

Ringkasan Proses Pengeluaran Buah Tembikai

Tindakan Apa tindakan diambil?

Bagaimana tindakan dilakukan?

Bila tindakan dilakukan?

Kenapa tindakan dilakukan?

Bahan tanaman

Biji benih direndam semalaman, 2-3 biji/lubang tanaman. Benih disemai dalam beg politena di tapak semaian

11-12 hari sebelum mengubah

Untuk penuaian awal, satu-satunya cara menanam varieti tanpa biji.

Penggunaan baja

(lihat bahagian penggunaan baja)

Secara manual

3 kali pembajaan berperingkat setiap musim

Memerlukan input baja yang tinggi

Kawalan perosak dan penyakit

Pantau kehadiran perosak dan penyakit.

Pemeriksaan tanaman yang tetap

Seperti yang diperlukan

Mengekalkan hasil dan rupa kosmetik

Page 29: Panduan menanam jagung

Kawal sewajarnya

Pendebungaan

Pelihara lebah madu bagi meningkatkan pendebungaan

1 sarang lebah per ekar

Pendebungaan berterusan

Memastikan pengeluaran putik yang maksimum dan mengurangkan kejadian buah pelbagai bentuk

Penuaian Buah dipetik dengan tangan

Dipotong secara manual dari batang

30 hari selepas berbunga sepenuhnya

Kematangan dan penuaian

Tempoh kematangan buah tembikai berbeza-beza antara varieti, keadaan cuaca dan kedah penanaman. Pada amnya penuaian bermula 30-45 hari selepas berbunga sepenuhnya apabila kandungan gula tertinggi dengan jumlah pepejal larut sekitar 10%. Penuaian dilakukan dalam masa beberapa minggu dengan 3-4 kali menuai pada sela 3-5 hari. Kematangan sukar ditentukan tetapi pada amnya ditunjukkan oleh:

* Hujung batang yang berbuah dan sulur paut menjadi kuning.

* Bahagian buah yang terletak di atas tanah bertukar warna daripada warna putih menjadi warna krim atau kuning pucat.

* Perubahan warna buah menyerupai ciri-ciri varieti.

* Apabila buah diketuk dengan jari, bunyi berongga dihasilkan.

Gambar 1. Apabila buah matang bahagian buah yang terletak di atas tanah bertukar warna daripada warna putih menjadi warna krim atau kuning pucat

Page 30: Panduan menanam jagung

Di bahagian dalam buah yang matang, isinya berubah warna kepada warna merah atau kuning. Bagi kultivar berbiji, peringkat kematangan yang optimum dicapai apabila lapisan bergelatin (aril) di sekeliling biji sudah tidak kelihatan dan bijinya keras. Dinasihatkan supaya membelah beberapa biji tembikai pada peringkat permulaan penuaian bagi memastikan penilaian kematangan luaran adalah tepat.

Terdapat beberapa masalah dengan penuaian buah tembikai. Jika ladang menerima terlalu banyak air, buah yang banyak air (bengkak) akan retak dan pecah, terutamanya apabila menuai pada sebelah pagi. Penuaian dalam keadaan basah akan meningkatkan kecederaan mekanikal disebabkan lelasan oleh pasir atau tanah pada permukaan tembikai semasa menuai. Penuaian pada sebelah tengah hari, dengan memotong batang tembikai (tidak merentap buah dari batangnya) dapat mengurangkan risiko buah retak. Menyusun buah tembikai pada bahagian sisi (bukan ditegakkan) juga dapat mengurangkan risiko keretakan. Penuaian selepas hujan perlu dielakkan kerana buah lebih rentan terhadap penyakit lepas tuai.

Semasa menuai, buah tembikai hendaklah dipotong, bukan ditarik, diputar atau direntap. Apabila buah ditarik,. terdapat ruang masuk untuk bakteria dan kulat yang boleh menyebabkan buah jadi masam dan boleh menyebabkan isi buah menjadi busuk. Oleh sebab buah dipotong dari batang, bahagian bawah buah yang mudah melecur perlu diterbalikkan.

Pengendalian di ladang

Buah tembikai yang sudah dituai hendaklah diberi teduhan bagi meminimumkan pengeluaran haba kerana pancaran cahaya matahari secara langsung akan menurunkan kualiti buah. Suhu melebihi 32 °C akan menyebabkan bahagian dalam buah rosak dan cepat busuk. Kesannya memerlukan masa selama beberapa hari untuk menjadi nyata. Jika pokok tembikai tidak terlalu basah, penuaian di sebelah pagi akan mengurangkan pengeluaran haba. Buah tembikai mesti kering semasa dipunggah.

Pengendalian yang kasar akan menyebabkan kerugian yang besar. Buah tidak boleh jatuh, dibaling atau dipijak kerana akan berlaku kerosakan dalaman dan isi buah akan hancur. Pekerja yang memunggah buah di bawah seharusnya menghulurkan buah kepada penyusun buah di atas lori dengan menggunakan tangan, dan penyusun buah dengan berhati-hati meletakkan buah dalam timbunan di atas lori. Buah ‘pitching’ biasanya berlaku akibat daripada buah terjatuh atau digolekkan ke timbunan. Jangan sekali-kali menyusun buah dengan hujung buahnya ke bawah, kerana hujungnya yang nipis (bekas bunga) ialah kawasan yang paling rentan mengalami lebam. Buah jatuh daripada ketinggian 20 cm akan menyebabkan kerosakan dalaman, manakala jatuh daripada ketinggian 30 cm pula, bahagian dalam buah akan hancur atau buah akan pecah. Kartun yang berisi 3-5 biji tembikai dan bekas pukal dengan palet jika digunakan boleh melicinkan pengendalian dan mengurangkan kerosakan.

Buah lebam dan cedera hasil daripada pemunggah membaling buah ke dalam trak di atas buah-buah yang lain. Penuai perlu berhati-hati supaya tidak terpotong atau terkupas kulit buah dengan pisau mereka. Kawasan seperti ini merupakan ruang masuk bagi patogen yang menyebabkan buah busuk. Tuai hanya apabila buah kering kerana ini akan mengurangkan lelasan disebabkan pasir yang bergesel dengan permukaan buah.

Menuai atau memunggah semasa buah masih basah tidak digalakkan kerana meningkatkan risiko buah busuk. Buah tembikai terdedah kepada kerosakan mampat dan kecederaan lelasan

Page 31: Panduan menanam jagung

daripada permukaan yang kasar semasa dituai di ladang dan semasa diangkut ke tempat pengumpulan. Oleh sebab itu, dinding sisi, dinding depan dan belakang trak di ladang atau ‘wagon’ untuk mengangkut buah perlu dilapik.

Lepas tuai

Kerosakan akibat penyakit boleh menyebabkan kerugian yang serius pada peringkat lepas tuai tembikai.. Penyakit lepas tuai yang paling biasa ialah antraknos dan reput pangkal buah. Rawatan lepas tuai diperlukan untuk mengawal penyakit ini.

Antraknos disebabkan oleh Colletotrichum orbiculare, yang boleh menembusi kutikel dan epidermis daun, batang dan buah. Ciri yang ditunjukkan ialah bulatan warna hijau gelap atau lesi memanjang yang menjejaskan permukaan buah. Lesi ini semakin membesar , menjadi perang dan tenggelam. Penyakit ini mungkin jangkitan pendam dari ladang yang menjadi nyata selepas dituai terutamanya dalam keadaan panas dan lembap. Penyakit ini mungkin menjangkiti buah lain melalui pencemaran silang dengan buah berpenyakit dan penggunaan bekas yang kotor. Antraknos boleh dikawal dengan melaksanakan langkah-langkah pengawalan sebelum tuai, termasuklah penggunaan mancozeb pada 8-10 g/4.5 L atau maneb pada 9-18 g/4.5 L.

Reput pangkal buah disebabkan oleh Lasiodiplodia theobromae, yang menyebabkan kawasan pangkal buah menjadi perang, lembik dan bonyor. Patogen masuk ke dalam buah melalui permukaan tangkai buah yang terluka atau luka terbuka atau lebam. Ia boleh dikawal dengan membiarkan beberapa sentimeter tangkai buah melekat pada buah.

Ringkasnya, faktor penting yang menentukan kualiti buah tembikai semasa menuai dan pengendalian ialah:

* Tuai buah pada peringkat kematangan yang sesuai bagi tujuan pemasaran* Elakkan kecederaan semasa menuai, pengendalian, pembungkusan dan penghantaran.* Kekalkan suhu penyimpanan yang betul pada 10-15 °C

Pembungkusan

Buah tembikai diangkut sama ada secara penghantaran pukal atau dimuatkan di dalam bekas dan karton dan dipunggah ke atas trak pengangkutan. Penghantaran pukal dilakukan berdekatan dengan ladang yang menanam tembikai. Dalam proses ini buah tembikai perlu dielakkan daripada gegaran dan kecederaan pemindahan muatan semasa dalam perjalanan. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan lapisan jerami di lantai treler, di antara buah, dan di bahagian depan dan dinding sisi treler. Jumlah jerami yang banyak diperlukan di bahagian belakang iaitu antara buah tembikai dengan pintu belakang bagi mengelakkan kerosakan akibat treler berhenti dengan tiba-tiba. Semasa operasi pemunggahan, secara fizikalnya buah tembikai tidak dilindungi oleh apa-apa bungkusan. Dengan itu, pekerja tidak boleh duduk, berdiri atau berjalan di atas buah tembikai semasa pemunggahan kerana ini akan menyebabkan kecederaan mampat. Satu lapisan busa dapat mengelakkan buah daripada tercedera.

Karton penghantaran boleh memuatkan tiga, empat atau lima biji tembikai bergantung pada saiz. Bekas papan gentian pula boleh mengisi purata 50 biji tembikai untuk penghantaran secara pukal. Kebaikan menggunakan bekas ini ialah kejadian buah lebam berkurangan

Page 32: Panduan menanam jagung

kerana pengendalian buah individu yang sedikit. Pekerja di bahagian pembungkusan yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan kerosakan bahagian dalam buah semasa mengisi buah ke dalam bekas atau karton. Mencampakkan buah ke dalam bekas akan menyebabkan gegaran hentaman dan berdiri atau duduk di atas buah tembikai yang sudah disusun di dalam bekas akan menyebabkan kecederaan mampatan. Semua pekerja yang mengendali buah perlu belajar bahawa walaupun tiada kecederaan luaran, ini tidak bermakna pengendalian telah sempurna, kerana kecederaan akan berlaku di bahagian dalam (isi buah) dahulu.

Penghantaran

Buah tembikai yang dihantar secara pukal mestilah dialas menggunakan jerami secukupnya bagi mengelakkan buah tersebut daripada tercedera dalam perjalanan.

Sebagai tambahan, treler yang digunakan mestilah mempunyai sistem pengudaraan yang cukup. Treler yang tertutup mestilah mempunyai pintu berlubang, dua di bahagian hadapan dan dua di bahagian belakang bagi membolehkan laluan udara di antara timbunan buah di dalam treler. Jika tidak, haba berlebihan akan meningkatkan bilangan buah yang busuk dan kehilangan kualiti.

Perkara seperti berikut boleh dilakukan bagi meminimumkan kecederaan buah di dalam bekas atau karton semasa penghantaran:

* Gunakan palet yang saiznya sesuai dengan keluasan bekas bagi menghalang bekas yang disusun di bahagian atas daripada terjatuh ke bekas di bahagian bawah dan merosakkan buah tembikai.

* Gunakan palet yang masih dalam keadaan baik bagi mengelakkannya daripada patah semasa dalam perjalanan dan serpihannya akan merosakkan buah tembikai di dalam bekas di bahagian bawah.

* Pastikan palet bahagian atas diletakkan dengan betul di atas bekas bagi mengelakkan ia bergerak semasa dalam perjalanan.

* Kukuhkan muatan di bahagian belakang treler dengan betul supaya karton tidak bergerak dan buah tidak rosak semasa dalam perjalanan.

* Elakkan mengisi buah ke dalam bekas secara berlebihan supaya buah di dalamnya tidak rosak apabila bekas disusun di atasnya.

* Ikatkan bekas yang paling atas dalam susunan pada palet bagi menghalang gegaran semasa dalam perjalanan yang boleh menyebabkan bekas ternaik ke atas bekas yang lain dan buah tergolek ke bawah.

* Pastikan semua bekas, karton dan treler mempunyai pengudaraan yang cukup.

Penyimpanan

Pengurusan suhu amat penting untuk memastikan kualiti buah tembikai yang optimum. Pra pendinginan buah sebelum penyimpanan disyorkan bagi mencapai tempoh penyimpanan yang maksimum. Pra pendinginan boleh dilakukan dengan cara pendinginan bilik atau

Page 33: Panduan menanam jagung

pendinginan udara paksa bagi mengurangkan suhu buah hampir kepada suhu optimum secepat mungkin.

Suhu penyimpanan yang optimum bagi buah tembikai ialah 10-15 °C, dengan kelembapan relatif 85-90%. Tembikai yang disimpan pada suhu ini tahan selama 2-3 minggu.

Kecederaan dingin boleh berlaku apabila buah disimpan pada suhu kurang daripada 10 °C. Kemerahan isi berkurangan dan jus dari isi buah akan meleleh dan permukaan buah akan melekuk. Kecederaan dingin juga boleh meningkatkan kerentanan terhadap kejadian busuk dan reput terutamanya selepas dikembalikan ke suhu ambien yang hangat selepas penyimpanan sejuk.

Apabila buah tembikai dipotong/dibelah, ia hendaklah dibungkus menggunakan filem regang dan disimpan pada suhu 2-4 °C bagi mengelakkan rasa masam dan kekeringan permukaan.

Buah tembikai biasanya diangkut di dalam trak yang terbuka atau tertutup dan treler tanpa penyejukan. Buah tembikai tidak boleh diangkut di dalam trak tertutup tanpa penyejukan. Buah tembikai tidak boleh disimpan bersama-sama dengan buah-buahan lain (e.g. pisang) dan sayur-sayuran (e.g. tomato) yang membebaskan etilena. Etilena ialah gas yang tidak berwarna yang dianggap sebagai hormon ketuaan atau kematangan semula jadi. Apabila terdedah kepada etilena, isi buah tembikai akan rosak dan bonyor. Keadaan ini akan mengakibatkan isi menjadi lembik dan kehilangan rasa.