report shahira (perundangan)

8

Click here to load reader

Upload: min-maya

Post on 10-Apr-2016

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Report Shahira (Perundangan)

Ulasan

Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat penting kerana kepada merekalah

segala harapan dan cita-cita negara disandarkan selaku pemimpin di masa hadapan. Kanak-

kanak juga adalah golongan yang perlu diberi perlindungan kerana di dalam keadaan-keadaan

tertentu, mereka mungkin terdedah kepada pelbagai bahaya sama ada mereka menjadi

mangsa atau terlibat dengan perlakuan jenayah. Menyedari hakikat ini, maka pertimbangan

utama di dalam segala tindakan yang menyentuh hal ehwal kanak-kanak adalah kebajikan

dan kesejahteraan kanak-kanak yang berkenaan. Hal ini boleh di lihat di dalam pelbagai

undang-undang yang ditetapkan di negara ini.

Walau bagaimanapun, permasalahan mengenai kanak-kanak masih terus berlaku di

merata tempat sama ada di dalam atau luar negara. Kita sering mendengar atau membaca

bahawa terdapat kanak-kanak yang menjadi pengemis, kanak-kanak yang berusia muda

menjadi atau dipaksa mengemis di perhentian bas, di bawah pokok, dan ada yang mengemis

di lorong-lorong tanpa penjagaan sewajarnya. Persoalannya sekarang, siapakah yang harus

dipersalahkan jika perkara ini berlaku kepada kanak-kanak di negara ini. Seharusnya yang

pasti ialah kanak-kanak ini tidak harus dipersalahkan seratus peratus kerana apa yang berlaku

mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor yang diluar kawalan mereka.

Penggunaan kanak-kanak sebagai pengemis bukanlah satu fenomena yang baharu

kerana sudah banyak tempat yang giat berlakunya kawasan untuk kanak-kanak duduk

mengemis terutamanya di kawasan bandar. Kanak-kanak juga digunakan untuk mengemis

atau menjaja. Perkara yang sama juga berlaku di negara jiran di mana kanak-kanak digunakan

untuk menjaja di tepi-tepi jalan tanpa menghiraukan bahaya yang datang. Terdapat keadaan

di mana kanak-kanak telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi memungut derma atas

pelbagai tujuan.

Menyedari hakikat bahawa perlakuan ini adalah sangat berbahaya kepada

keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak maka satu peruntukan yang khusus telah

dimasukkan di dalam Akta 611. Seksyen 32 Akta 611 memperuntukkan bahawa sesiapa

sahaja termasuk ibu bapa atau penjaga yang menyebabkan atau mengakibatkan mana-mana

kanak-kanak itu mengemis atau meminta sedekah dengan cara menyanyi, bermain, membuat

persembahan atau menawarkan apa-apa untuk jualan atau menjalankan perniagaan yang

menyalahi undang-undang seperti loteri haram, perjudian atau lain-lain aktiviti yang

Page 2: Report Shahira (Perundangan)

memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu adalah melakukan kesalahan dan jika

disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak

melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, sebagaimana yang diketahui umum pihak yang terlibat secara

langsung dengan pembesaran dan pembangunan diri kanak-kanak adalah ibu bapa atau

penjaga mereka. Ibu bapa atau penjaga telah diberi tugas dan tanggungjawab utama untuk

membentuk keperibadian anak-anak kerana mereka mempunyai impak yang besar terhadap

perkembangan anak-anak di dalam penjagaan mereka. Ibu bapa atau penjaga perlulah

mengambil berat dan sentiasa berada di sisi anak-anak. Oleh itu, pasti banyak perkara yang

dipelajari oleh anak-anak itu daripada orang yang menjaga atau mendidiknya.

Faktor

Berdasarkan penyelidikan terdapat beberapa faktor atau penyebab terjadinya gelandangan atau dikenali sebagai pengemis.. Terjadinya kanak-kanak pengemis ini dapat didedahkan dengan dua bahagian faktor penyebab iaitu faktor internal dan faktor eksternal. Faktor internal meliputi sifat-sifat malas, tidak mahu bekerja, mental yang tidak kuat, atau mungkin juga seseorang itu cacat dari segi fizikal. Bagi faktor eksternal pula meliputi faktor sosial, ekonomi, pendidikan yang kurang tinggi, lingkungan dan didikan atau penghayatan tentang agama yang sangat kurang.

Kanak-kanak yang menjadi mangsa mengemis adalah sudah menjadi satu masalah sosial yang tak asing lagi di negara ini. Faktor yang paling utama adalah pengabaian daripada ibu bapa dan penjaga. Kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa menyebabkan kanak-kanak terbiar dan tidak terurus. Maka, jalan pintas yang paling mudah bagi mereka untuk memperoleh wang perbelanjaan bagi mendapatkan keperluan dan kehendak seharian mereka, mengemis merupakan pilihan mereka. Hal ini dapat dikategorikan sebagai pengemis sukarela kerana tiada didikan agama yang mencukupi daripada keluarga khususnya ibu bapa kepada mereka. Oleh yang demikian, pengabaian daripada ibu bapa merupakan faktor berlakunya kes mengemis bagi kanak-kanak.

Seterusnya, faktor lain yang menyebabkan berlakunya kes seperti ini adalah kerana sindiket oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Media massa pada hari ini sering melaporkan tentang sekumpulan kanak-kanak yang dibawa menaiki van dan diturunkan dibeberapa tempat bagi tujuan untuk mengemis. Terdapat juga sindiket yang memaksa kanak-kanak menjual barang dengan mengunakan kata-kata seperti ‘membeli sambil

Page 3: Report Shahira (Perundangan)

menderma’ bagi mengaut hasil yang lebih lumayan.  Kumpulan atau individu yang menjalankan sindiket seperti ini sudah hilang rasa kasihan dan memberikan beban moral terhadap kanak-kanak kerana sudah merasa enak dengan memiliki penghasilan besar dari kanak-kanak yang mengemis tersebut. Oleh yang demikian, isu atau kes kanak-kanak mengemis ini semakin berleluasa kerana adanya faktor seperti ini dan hal ini sekaligus akan menyebabkan kanak-kanak semakin ketinggalan dan ditindas oleh individu yang sepatutnya menjadi contoh kepada mereka.

Faktor lain yang menyebabkan berlakunya kes seperti ini adalah ketidakupayaan seseorang inidividu. Hal ini boleh dikaitkan dengan faktor kecacatan dan kemiskinan yang dihadapi oleh seseorang. Keadaan ekonomi yang semakin membebankan telah mendesak kehidupan seseorang supaya memiliki wang bagi menampung perbelanjaan seharian mereka. Kecacatan dari segi fizikal dan kurangnya ilmu tentang dunia luar menyebabkan mereka memaksa anak-anak mereka untuk mengemis yang merupakan jalan pintas bagi mereka memperolehi wang. Oleh yang demikian, desakan hidup seseorang telah menyebabkan kanak-kanak dipaksa untuk mengemis dan hal ini sekaligus mengesahkan bahawa ketidakupayaan seseorang individu menyebabkan antara faktor berlakunya kes kanak-kanak mengemis.

KESAN

 

Negara yang kini sedang berkembang maju, namun tidak dapat melarikan diri

daripada masalah kanak-kanak yang mengemis, kutu rayau, dan gejala lepak di kalangan

anak-anak muda. Penyakit sosial seperti ini bukan sahaja menyusahkan masyarakat

sekitarnya malah juga, pihak berkuasa perlulah bertanggungjawab membanteras mereka.

  Kesan yang akan berlaku sekiranya isu mengemis ini tidak dicegah adalah akan

menyebabkan jatuhnya imej negara. Pusat-pusat bandar yang semakin pesat dengan

kemajuannya adalah tempat yang paling gemar kanak-kanak megemis. Keadaan yang sama

berlaku di mana golongan ini boleh ditemui berkeliaran terutama di kaki lima jalan, di pusat

beli-belah dan kawasan menunggu bas mahupun tempat yang terang benderang dan

agak bising kerana berdekatan dengan jalan raya. Pemandangan seumpama ini sudah

tentunya tidak elok dilihat tetamu dari negara luar yang mengunjungi Negara ini. Hal ini

seolah-olah menunjukkan belia masa kini tiada hala tuju dalam kehidupan mereka. Jika kita

lihat, kebanyakan kutu rayau dan kaki mengemis ini sudah menjadi tabiat mereka dan ini

Page 4: Report Shahira (Perundangan)

menjadi tanda tanya adakah kehidupan seperti ini sudah menjadi sebati dalam hidup mereka

atau kanak-kanak yang mengemis ini sudah suka untuk menagih simpati orang ramai dengan

terus meminta sedekah tanpa segan silu. Oleh yang demikian, dapat di nyatakan bahawa

kanak-kanak mengemis ini jelas memberi kesan dalam menjatuhkan imej negara.

Seterusnya, kesan yang paling serius mengenai kes kutu rayau dan pengemis kanak-

kanak ini  adalah boleh menimbulkan perasaan takut kepada masyarakat di Malaysia ini.

Hal ini kerana, kebanyakan kanak-kanak yang mengemis akan berpakaian compang-camping,

berbau busuk, tidak terurus dan ada juga yang berpakaian koyak rabak. Masyarakat sekeliling

yang melihat kanak-kanak seperti ini akan mula berasa takut dan segera menjauhkan diri

daripada mereka. Kanak-kanak lain yang melihat situasi ini juga akan tertanya-tanya dan

dikhuatiri akan menyebabkan kanak-kanak meniru untuk mengemis bagi memperoleh wang.

Oleh yang demikian, kes kanak-kanak mengemis ini jelas memberi kesan yang negatif

kepada masyarakat iaitu menimbulkan perasaan takut kepada masyarakat di Negara ini.

LANGKAH MENGATASI

Terdapat pelbagai cara yang dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Antara langkah

yang boleh diambil ialah dengan penguatkuasaan undang-undang. Kerjasama daripada

seluruh masyarakat bersama-sama dengan pihak berkuasa seperti melaporkan kes-kes kanak-

kanak mengemis ini akan dapat membantu mengurangkan gejala yang tidak sihat ini. Pihak

berkuasa juga boleh memantau atau meronda kawasan-kawasan yang sering kelihatan kanak-

kanak mengemis agar perjalanan aktiviti mereka terbantut. Sekiranya, kanak-kanak ini dapat

ditangkap, tindakan tegas akan dikenakan kepada kanak-kanak dan penjaga mereka. Oleh

yang demikian, tindakan tegas daripada pihak berkuasa amat penting dan utama bagi

mengatasi gejala ini daripada berleluasa.

Selain itu, langkah lain yang boleh dijalankan bagi mengurangkan isu kanak-kanak

mengemis ini memperbanyakkan program-program yang berfaedah untuk kanak-

kanak. Pihak sekolah boleh merancang segala aktiviti khususnya sewaktu cuti sekolah

supaya masa kanak-kanak ini lebih terisi sekaligus dapat menambah ilmu-ilmu baharu di

dalam diri mereka. Pihak luar juga boleh menganjurkan aktiviti secara terbuka bagi menarik

minat kanak-kanak untuk menyertai aktivit tersebut. Hal ini juga dapat memupuk semangat

sosial yang positif di kalangan kanak-kanak sepanjang aktiviti dijalankan. Perkenalan dengan

Page 5: Report Shahira (Perundangan)

rakan-rakan baharu juga akan membantu kanak-kanak untuk bersikap lebih terbuka untuk

menerima idea-idea yang memberi impak positif dalam kehidupan mereka.

KESIMPULAN

Konklusinya dapat dinyatakan bahawa isu kanak-kanak mengemis semakin

meruncing di negara ini. Kesedaran daripada pihak ibu bapa dan penjaga khususnya amat

penting supaya kanak-kanak ini tidak terus terbiar sekaligus ditindas dengan melakukan

aktiviti yang tidak sihat ini. Hal ini kerana kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak akan

berpanjangan dan dikhuatiri akan merosakkan minda kanak-kanak. Oleh yang demikian,

kerjasama semua pihak amat diperlukan supaya sama-sama dapat memberikan perlindungan

yang terbaik terhadap insan yang bernama kanak-kanak.

LAMPIRAN

Laman sesawang, 13/11 : Digital news, dnaberita.com

Sumber buku, 13/11 : akta kanak-kanak 2001

Laman sesawang 22/11 : wira Malaysia, wiramalaysia.blogspot.my