istimewanya sistem perundangan islam

27
Istimewanya Sistem Perundangan Islam Susunan: Zuridan Mohd Daud Antara ciri-ciri keistimewaan syariat Islam ialah kesyumulannya yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Dalam situasi pergolakan sesama manusia yang menjadi lumrah kehidupan, Allah SWT telah menyediakan jalan penyelesaian bagi meleraikan sebarang pergolakan dan sengketa yang berlaku. Maka wujudlah satu sistem perundangan yang merupakan kaedah terbaik penyelesaian sengketa manusia yang bersifat adil dan saksama. Sistem perundangan ini dibentuk melalui pensyariatan hukum yang begitu adil dan realistik dengan tempat dan masa bagi memastikan ia sentiasa memenuhi keperluan

Upload: khosenulhan-ab-rahman

Post on 29-Jun-2015

519 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Istimewanya sistem perundangan islam

Istimewanya Sistem Perundangan Islam

Susunan: Zuridan Mohd Daud

Antara ciri-ciri keistimewaan syariat Islam ialah

kesyumulannya yang merangkumi semua aspek

kehidupan manusia. Dalam situasi pergolakan sesama

manusia yang menjadi lumrah kehidupan, Allah SWT

telah menyediakan jalan penyelesaian bagi meleraikan

sebarang pergolakan dan sengketa yang berlaku. Maka

wujudlah satu sistem perundangan yang merupakan

kaedah terbaik penyelesaian sengketa manusia yang

bersifat adil dan saksama.

Sistem perundangan ini dibentuk melalui pensyariatan

hukum yang begitu adil dan realistik dengan tempat dan

masa bagi memastikan ia sentiasa memenuhi keperluan

manusia dalam memelihara nyawa daripada

penganiayaan , memelihara harta daripada

pencerobohan dan memelihara maruah diri daripada

fitnah. Sistem perundangan ini adalah bersumberkan

ilahi dan berbeza dengan perundangan manusia yang

bersifat lemah dan terhad.

Page 2: Istimewanya sistem perundangan islam

Peranan Qadhi

Bagi memastikan perundangan ini dilaksanakan para

fuqaha telah memutuskan bahawa perlantikan seorang

qadhi adalah merupakan fardhu kifayah kerana

perlaksanaanya tidak akan sempurna tanpanya. Hidup

manusia tidak akan tenteram tanpa adanya peleraian

terhadap sengketa yang berlaku dan qadhilah yang

menjadi pemandunya.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 49:

Maksudnya: Dan hendaklah kamu memutuskan perkara

di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah,

dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dan

berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka

tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang

telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling

(dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka

ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki

akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan

Page 3: Istimewanya sistem perundangan islam

sebahagian dosa-dosa mereka dan sesungguhnya

kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Nisa ayat 105:

Maksud: Sesungguhnya kami telah menurunkan Kitab

kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu

mengadili antara manusia dengan apa yang Telah Allah

wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi

penantang (orang yang tidak bersalah), Karena

(membela) orang-orang yang khianat.

Allah SWT berfirman dalam surah Shaad ayat 26:

Maksudnya: Hai Daud! Sesungguhnya Kami

menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi,

maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia

dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu,

kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah

akan mendapat azab yang berat, kerana mereka

melupakan hari perhitungan.

Page 4: Istimewanya sistem perundangan islam

Allah SWT berfirman dalam surah al-Nisa ayat 135:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah

kamu orang yang benar-benar penegak keadilan,

menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu

sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia

kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu

kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti

hawa nafsu Kerana ingin menyimpang dari kebenaran

dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau

enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah

adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu

kerjakan.

Menurut Imam al-Qurtubi kesemua ayat di atas adalah

menjadi asas kepada perlaksanaan sistem perundangan

Islam.

Mengenai tanggungjawab qadhi, Nabi SAW telah

memuji mereka yang terlibat dalam urusan menegakkan

keadilan dengan menjanjikan mereka ganjaran pahala,

Page 5: Istimewanya sistem perundangan islam

tetapi dengan syarat hukuman yang ditetapkan dan

keputusan yang dibuat adalah berpaksikan kepada

keadilan.

Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis yang

diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

اه� ل آت��� ج��� د� إ ال� ف ي اث�ن�ت�ي�ن ر� س� "ال� ح�ه ف ي ل�ك�ت�� ل�ط�ه� ع�ل�ى ه� اال% ف�س��� الل�ه� م�و� ه��� ة% ف� ك�م��� ه� ح ل آت�اه� الل��� ج� ق- و�ر� ال�ح�

ا" ه� ي�ع�ل-م� ا و� ض ي ب ه� ي�ق�

Maksudnya: “Janganlah berdengki kecuali dalam dua

perkara: (Iaitu terhadap) seorang yang dikurniakan Allah

harta lalu dibelanjakan kepada kebenaran dan seorang

yang dikurniakan hikmah (pengetahuan) lalu dia

menghukum dengannya dan dia mengajarkannya .”

Ibnu Hajar al-Asqallani berkata: “Dalam hadis tersebut di

atas ada galakan kepada mereka yang memenuhi

syarat untuk menjadi qadhi atau hakim, juga memiliki

kekuatan dalam menegakkan kebenaran dan

mempunyai penolong-penolong, kerana ia adalah kerja

Page 6: Istimewanya sistem perundangan islam

amar makruf, membantu orang yang dizalimi,

mengembalikan hak kepada yang berhak, menghalang

tangan yang zalim dan mendamaikan antara manusia.

Semua itu adalah sebahagian dari amal kebaikan

taqorrub kepada Allah. Kerja ini telah dilaksanakan oleh

para Nabi, kemudian diikuti oleh para khulafa al-

Rasyidin, kemudian (para fuqaha) sepakat bahawa ia

adalah fardhu kifayah, kerana urusan hidup manusia

tidak akan sempurna tanpanya….”. (Maktabah

Syamilah:Juz 20 hal 158) .

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa

Nabi SAW bersabda :

ه� ل��� اب� ف� ص���د� ث�م� أ� ت�ه� اج� اك م� ف� ك�م� ال�ح� ذ�ا ح� "إ

ه� ل��� أ� ف� د� ث�م� أ�خ�ط��� ت�ه��� اج� ك�م� ف� ذ�ا ح� إ ان و� ر� أ�ج�" ر? أ�ج�

Maksudnya: “Apabila hakim menetapkan hukuman lalu

berijtihad kemudian ijtihadnya betul maka baginya dua

ganjaran pahala, dan apabila dia menghukum lalu

berijtihad kemudian salah, maka baginya satu ganjaran

pahala.”

Page 7: Istimewanya sistem perundangan islam

Dalam pada itu tugas qadhi atau hakim juga adalah

terdedah kepada ancaman daripada Allah SWT

sekiranya tidak melaksanakan hukuman berdasarkan

hukuma Allah Taala. Di dalam surah al-Maidah ayat 47,

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Barangsiapa tidak memutuskan perkara

menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu

adalah orang-orang yang fasik.

Oleh itu adalah wajib bagi seorang qadhi melengkapkan

diri dengan persiapan ilmu dan kemahiran berijtihad

agar keputusan yang dibuat adalah tepat, benar dan

adil. Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwiyatkan

oleh Ibnu Majah (Maktabah Syamilah:7/104):

ة ن��� د? ف ي ال�ج� ار و�و�اح�� ان ف ي الن��� ث�ة? اث�ن��� اة� ث�ال� ض� ال�ق�ل? ج� ن�ة و�ر� و� ف ي ال�ج� ه� ض�ى ب ه ف� ق� ق� ف� ل? ع�ل م� ال�ح� ج� ر�ل? ج��� ار و�ر� و� ف ي الن��� ه��� ل ف� ه��� ق�ض�ى ل لن�اس ع�ل�ى ج� ار و� ف ي الن���������� ه���������� ك�م ف� ار� ف ي ال�ح� ج����������

Maksudnya: “Qadhi itu ada tiga jenis: Dua (dimasukkan)

dalam neraka dan satu dalam syurga. Qadhi yang

mengetahui tentang kebenaran dan berhukum

Page 8: Istimewanya sistem perundangan islam

dengannya maka dia (dimasukkan) dalam syurga, qadhi

yang menghukum di kalangan manusia di atas kejahilan

adalah dalam neraka dan qadhi yang zalim pada

hukuman maka dia juga dalam neraka”.

Oleh itu bagi memastikan amanah melaksanakan

keadilan dalam undang-undang dan menentukan

hukuman dapat dilaksanakan dengan betul dan adil,

para ulama telah menetapkan beberapa syarat kepada

seorang qadhi, iaitu seperti berikut:

1)    Beragama Islam.

2)    Hendaklah dia seorang lelaki, baligh dan berakal.

3)    Memiliki kebijaksanaan.

4)    Merdeka, bukan hamba.

5)    Berlaku Adil.

6)    Baik pendengaran, penglihatan dan percakapan.

7)    Mempunyai pengetahuan mengenai hukum syarak.

Di samping itu seorang qadhi hendaklah bersikap

saksama dalam muamalahnya dengan kedua-dua belah

pihak yang bersengketa. Dia hendaklah memberikan

peluang yang sama kepada keduanya untuk bertemu

dengannya, mendengar penjelasan secara adil dari

Page 9: Istimewanya sistem perundangan islam

kedua belah pihak dan hendaklah melayan kedua-

duanya secara adil tanpa pilih kasih, meskipun dia

mengenali salah seorang darinya. Jika sebaliknya

berlaku ia akan meruntuhkan kepercayaan sebelah

pihak terhadap qadhi dan mengikis keyakinan kepada

keadilan perundangan Islam. Justeru Allah SWT sangat

menekankan soal keadilan dalam setiap urusan

sepertimana firmanNya dalam surah al-Nisa ayat 135:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah

kamu orang yang benar-benar penegak keadilan,

menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu

sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu, jika ia kaya

ataupun miskin, Maka Allah lebih tahu

kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti

hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran,

dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan

menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha

Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

Seorang qadhi juga harus berada dalam keadaan

terbaik ketika melakukan sesuatu penghakiman iaitu dia

Page 10: Istimewanya sistem perundangan islam

tidak terganggu fikiran dengan urusan lain, tidak terlalu

lapar dan dahaga dan tidak dalam keadaan emosi atau

marah yang boleh mengganggunya dalam memahami

situasi sebenar sesuatu kes dan mempengaruhinya

dalam membuat keputusan.

Keistimewaan Perundangan Islam.

Islam telah menetapkan bahawa hukuman ke atas

manusia berlaku di dunia dan juga di akhirat. Di dunia

bagi menjamin ketenteraman hidup manusia manakala

di akhirat sebagai balasan abadi kerana engkar kepada

peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Meskipun

secara umumnya semua manusia mengakui keperluan

wujudnya peraturan dalam hidup, namun masih ramai

juga yang tidak berpuas hati dengan perundangan yang

ada .

Manusia secara umumnya boleh diketegorikan kepada

dua kelompok dari sudut kepatuhan kepada undang-

undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam.

Pertama mereka yang percaya dan taat kepada undang-

Page 11: Istimewanya sistem perundangan islam

undang Islam kerana yakin ia adalah satu kewajipan

dan membawa kebaikan. Kedua mereka engkar dan

melanggar undang-undang samada kerana jahil atau

tahu tetapi enggan patuh. Bagi golongan kedua, tiada

cara lain untuk memberikan kesedaran kepada mereka

melainkan dengan dikenakan hukuman dan hukuman

tersebut pula mestilah setimpal dan benar-benar mampu

memberi bekas kepada mereka.

Disyariatkan hukuman di dunia pada hakikatnya dalah

satu rahmat kepada manusia, ini bertepatan dengan

sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan

oleh al-Tirmizi (Maktabah Syamilah:8/414) :

ه� ل� ل��� ر� ع�ج��� ي��� د ه ال�خ� ه� ب ع�ب��� اد� الل��� ر� ذ�ا أ� إ

ه� اد� الل���� ر� ذ�ا أ� إ ة� ف ي ال���دIن�ي�ا و� وب���� ال�ع�ق�

ت�ى ه ح� ه� ب ذ�ن�ب�� ك� ع�ن��� م�س���ر� أ� ب ع�ب�د ه الش���

ة ي�ام� ي�و�اف ي� ب ه ي�و�م� ال�ق

Maksudnya: “Apabila Allah menghendaki kebaikan

kepada seorang hamba akan disegerakan hukuman ke

atasnya di dunia dan apabila Allah menghendaki

keburukan kepada seorang hamba akan ditangguhkan

Page 12: Istimewanya sistem perundangan islam

baginya hukuman atas dosanya hingga disempurnakan

pada hari Kiamat kelak.”

Hukuman terhadap mereka yang melanggar hukum

syarak adalah umpama ubat yang diberikan buat

anggota tubuh badan yang sakit bagi menyekatnya dari

merebak kepada anggota tubuh yang lain. Begitulah

hukuman kepada pelaku jenayah dalam Islam, ia bukan

sahaja bertujuan menghukum tetapi ia lebih kepada

memelihara maslahah masyarakat umum.

Sistem hukuman dalam Islam juga dibentuk tanpa

membezakan setiap individu dalam masyarakat, kerana

manusia adalah sama berdepan dengan undang-

undang Islam, malah Islam menganggap bahawa

membezakan golongan tertentu dalam perlaksanaan

undang-undang adalah penyebab utama kehancuran

kepada sesebuah Negara Islam. Nabi SAW bersabda

dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari

(Maktabah Syamilah:11/294):

ذ�ا ان�وا إ م� ك��� �ن�ه� ب�ل�ك�م� أ ذ ين� ق� ل�ك� ال��� ا أ�ه� ن�م� "إق� ر� ذ�ا س��� إ وه� و� ك��� ر يف� ت�ر� م� الش� يه ق� ف ر� س�

Page 13: Istimewanya sistem perundangan islam

اي�م� د� و� ه ال�ح��� ام�وا ع�ل�ي��� ع يف� أ�ق��� م� الض��� يه فق�ت� ر� د س��� م��� ة� ب ن�ت� م�ح� اط م��� و� أ�ن� ف� ه ل��� الل���

ا". ط�ع�ت� ي�د�ه� ل�ق�

Maksudnya: “Sesungguhnya telah binasa umat sebelum

kamu, bahawa apabila ada di kalangan orang ternama

di kalangan mereka mencuri mereka biarkan, manakala

jika ada orang yang lemah mencuri, mereka kenakan

hudud ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti

Rasulullah mencuri nescaya ku potong tangannya.”

Para pemerintah Negara Islam pula tidak seharusnya

mencipta seribu alasan untuk tidak melaksanakan

undang-undang jenayah Islam seperti hudud, kerana

keengganan melaksanakan hukum Allah SWT adalah

penyebab kepada berkurangnya rezeki dan tercabutnya

nikmat keamanan dalam sesebuah Negara Islam.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang

diriwayatkan oleh Ibnu Majah (Maktabah

syamilah:7/431) :

ل �ه��� ر? أل ي��� ض خ� ر�� ه ف ي األ� ل� ب�� دV ي�ع�م��� ح���

ا ب�اح% ب�ع ين� ص� ر�� وا أ ض م ن� أ�ن� ي�م�ط�ر� ر�

� األ�

Page 14: Istimewanya sistem perundangan islam

Maksudnya: “Hukum had (hudud) dilaksanakan di muka

bumi lebih baik bagi penghuni bumi daripada diturunkan

hujan kepada mereka selama 40 pagi”.

Dari aspek perlaksanaannya, undang-undang Islam

menjadikan dua perkara utama sebagai terasnya iaitu

keadilan dan menakutkan:

Apa yang dimaksudkan dengan teras pertama iaitu

‘keadilan’ ialah setiap hukuman yang dikenakan adalah

melihat kepada ukuran jenayah yang dilakukan tanpa

sebarang unsure melampau atau terlalu ringan. Ini

kerana ia datang dari Allah SWT yang menciptakan

manusia dan Maha Mengetahui apa yang sesuai untuk

manusia, berbeza dengan hukuman yang dikenakan di

bawah undang-undang manusia yang lemah dan

terbatas.

Sebagai contoh hukuman potong tangan terhadap

pencuri. Ada yang mendakwa ia kejam kerana pencuri

akan hilang tangannya selama-lamanya, tetapi jika

Page 15: Istimewanya sistem perundangan islam

diukur dengan jenayah yang dilakukan iaitu mencuri

harta orang, memecahkan rumah, membuat ugutan,

menimbulkan kekacauan awam malah mengancam jiwa

manusia dengan tangannya, maka hukum potong

tangan adalah wajar . Ia bukan sahaja boleh memberi

pengajaran berguna kepada pencuri malah masyarakat

umum mendapat pendidikan bahawa perbuatan mencuri

perlu dijauhi kerana hukumannya terlalu berat.

Sebaliknya dengan menolak hukum potong tanganlah

telah menyebabkan jenayah mencuri tidak dapat

dibendung malah semakin menjadi-jadi waktu ini.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 38:

Maksudnya: “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang

mencuri, potonglah tangan keduanya .”..

Ada juga yang mendakwa bahawa perlaksanaan

undang-undang Islam menyebabkan hak individu

terhalang seperti zina dan minum arak. Dakwaan ini

secara tidak lansung terjawab apabila kita melihat kesan

zina dan minum arak itu sendiri. Zina meskipun ia

melibatkan individu, namun penyakit yang merebak

akibat perzinaan sudah tidak dapat dibendung lagi.

Page 16: Istimewanya sistem perundangan islam

Perbuatan zina bukan sahaja menyebabkan penyakit

berjangkit di kalangan pelakunya malah masyarakat

umum terdedah dengan penyakit yang tiada

penawarnya iaitu Aids. Begitu juga dengan minum arak,

memanglah peminumnya adalah individu tetapi

kesannya amat besar kepada mereka yang berada di

sekeliling seperti anak dan isteri, jiran tetangga dan

masyarakat umum. Jenayah, kemalangan jalanraya,

kecurian dan pembunuhan yang berlaku hari ini adalah

berpunca dari ketagihan arak. Tidak dapat disangkal lagi

bahawa zina dan arak sebenarnya menjadi punca

keruntuhan nilai dalam semua masyarakat dunia pada

hari ini. Justeru pengharamannya bukan menyekat

kebebasan tetapi sebaliknya mahu membebaskan

manusia dari perbuatan terkutuk yang memusnahkan

kerukunan dan keharmonian hidup.

Teras yang kedua pula ialah ‘menakutkan’ iaitu

hukuman yang dikenakan di bawah undang-undang

Islam seperti potong tangan, sebatan dan rejam adalah

bersifat sangat keras. Ini bertujuan menakutkan jiwa

penjenayah yang akan mempermainkan undang-undang

Page 17: Istimewanya sistem perundangan islam

jika ia tidak keras dan menakutkan. Allah SWT

berfirman dalam surah al-Maidah ayat 38:

Maksudnya: “….(sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Kesimpulan

Bagi menjamin keberkesanan undang-undang dalam

mengekang jenayah yang semakin berleluasa, dua

faktor utama yang perlu diberikan keutamaan iaitu

pertama faktor qadhi atau hakim yang benar-benar adil

dan takutkan Allah SWT, dan kedua ialah faktor undang-

undang itu sendiri mestilah bersumberkan wahyu Allah

SWT. Ini adalah kerana bagi membetulkan tingkah laku

manusia hanya Allah SWT sahaja sebagai Tuan dan

Pencipta manusia yang Maha Mengetahui apa yang

terbaik untuk mereka. Jika kedua-dua faktor ini tiada

atau hanya salah satu sahaja yang wujud maka selama

itulah keadilan untuk manusia tidak akan dapat

ditegakkan.

Page 18: Istimewanya sistem perundangan islam