reflektif khidmat masyarakat

Upload: nur-farah-anis

Post on 04-Mar-2016

230 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

big 3

TRANSCRIPT

Laporan reflektif Pada permulaannya kami telah diberitahu bahawa aktiviti khidmat masyarakat telah dibatalkan. Tetapi selepas aktiviti ceramah kami telah diberitahu bahawa aktiviti khidmat masyarakat perlu diadakan juga dan aktiviti tersebut perlu dilakukan pada keesokan harinya. Amat meyedihkan apabila mengetahui aktiviti khidmat masyarakat hanyalah dijalankan di dalam IPDA sahaja. Hal ini kerana sebelum ini kami telah diberitahu bahawa aktiviti khidmat masyarakat akan diadakan di luar IPDA. Akibat daripada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kami hanya menjalankannya di dalam ipda sahaja.Tepat jam 8.00 kami kami semua dikehendaki berkumpul di Dewan Sri Banai untuk mendengar taklimat tentang tugasan yang akan kami jalankan. Tetapi akibat hujan turun dengan lebatnya kami memulakan aktiviti kami pada pukul 9.00 pagi selepas hujan berhenti. Kami telah diberitahu bahawa kami peru mengasingkan bata yang terdapat dalam longgokan pasir. Setelah mengasingkan bata tersebut kami mula menyusun bata tersebut di sebelah rumah putih dengan cara memberikan bata tersebut secara bergilir-gilir. Semasa aktiviti ini dijalankan kumpulan PJK tidak menyertainya pada sesi pertama kerana mereka perlu menjalankan ujian amali mereka.Tepat jam 10.00 pagi kami telah diberikan rehat dan makan pagi selama jam dan selepas itu kami perlu menyusun semuala bata-bata tersebut. Semasa sesi kedua ini kumpulan PJK telah mula menyertai kami dan membuat kerja bersama-sama dengan kami. Tetapi cara kami tidak sistematik dan lambat kerana bata yang perlu disusun tersebut amatlah berat menyebabkan ttangan kami amat sakit. Pada pukul 12.00 tengah hari kami diberikan rehat sehingga pukul 2.15 petang. Tetapi pasukan Bulan Sabit Merah dan juga kumpulan PJK perlu meneruskan kerja tersebut kerana pada petangnya BSMM tidak boleh menyertai kerana terdapat pertandingan kawad yang perlu mereka sertai manakala kumpulan PJK pula mereka perlu menyelesaikan tugas tersebut kerana mereka datang lewat pada sesi pagi.Pada jam 2.15 petang kami memulakan sesi ketiga dengan menyusun bata diatas pasir di blakang rumah putih untuk dijadikan laluan. Tetapi amat menyedihkan apabila terdapat beberapa orang pelajar yang tidak hadir pada petang itu. Sepatutnya AJK Pendaftaran perlu menyemak nama supaya dapat mengenal pasti pelajaryang tidak hadir. Akibat daripada kekurangan pelajar aktiviti tersebut tidak dapat dihabiskan pada hari itu.