laporan khidmat masyarakat sem 2 2008

3
LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT (BINA INSAN GURU) Pada 9 September 2008 yang lalu, pelajar 2 SNED 1 dan 2 SNED 2 telah bergabung tenaga untuk menjayakan majlis berbuka puasa. Aktiviti ini adalah di bawah khidmat masyarakat untuk Program Bina Insan Guru. Seramai 36 orang pelajar telah bekerjasama untuk menjayakan program ini.Majlis berbuka puasa ini diadakan di surau Al- Falah institut ini.Semua pelajar dikehendaki berkumpul di surau pada pukul 2 petang untuk penyediaan bahan-bahan masakan. Bahan - bahan mentah telah disediakan oleh pihak institut terlebih dahulu. Setelah mengadakan perbincangan, kami semua telah bersetuju untuk menyediakan menu seperti sambal udang berkacang buncis, ikan termenung goreng, buah kurma beserta kuih karipap. Aktiviti memasak dimulakan pada pukul 3 petang dengan memasak nasi terlebih dahulu. Kemudian kami membersihkan pinggan mangkuk dan cawan yang akan digunakan pada majlis itu nanti. Semua pelajar bekerjasama untuk memastikan kelancaran majlis ini. Di samping itu, kami juga berasa amat bertuah kerana telah menerima kunjungan daripada Timbalan Pengarah instutut serta mentor bagi kedua-dua kelas iaitu Puan Zainab dan Puan Haliza. Melalui program ini, kami bukan sahaja berjaya menjalankan aktiviti khidmat masyarakat tetapi kami juga mendapat pengalaman yang berguna.

Upload: nur-atiqah-mohd-mansor

Post on 22-Jul-2015

4.319 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan khidmat masyarakat sem 2 2008

LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT

(BINA INSAN GURU)

Pada 9 September 2008 yang lalu, pelajar 2 SNED 1 dan 2 SNED 2 telah

bergabung tenaga untuk menjayakan majlis berbuka puasa. Aktiviti ini adalah di

bawah khidmat masyarakat untuk Program Bina Insan Guru.

Seramai 36 orang pelajar telah bekerjasama untuk menjayakan

program ini.Majlis berbuka puasa ini diadakan di surau Al- Falah

institut ini.Semua pelajar dikehendaki berkumpul di surau pada pukul

2 petang untuk penyediaan bahan-bahan masakan. Bahan - bahan

mentah telah disediakan oleh pihak institut terlebih dahulu.

Setelah mengadakan perbincangan, kami semua telah bersetuju

untuk menyediakan menu seperti sambal udang berkacang buncis,

ikan termenung goreng, buah kurma beserta kuih karipap. Aktiviti

memasak dimulakan pada pukul 3 petang dengan memasak nasi

terlebih dahulu. Kemudian kami membersihkan pinggan mangkuk

dan cawan yang akan digunakan pada majlis itu nanti. Semua

pelajar bekerjasama untuk memastikan kelancaran majlis ini.

Di samping itu, kami juga berasa amat bertuah kerana

telah menerima kunjungan daripada Timbalan Pengarah instutut

serta mentor bagi kedua-dua kelas iaitu Puan Zainab dan Puan

Haliza.

Melalui program ini, kami bukan sahaja berjaya

menjalankan aktiviti khidmat masyarakat tetapi kami

juga mendapat pengalaman yang berguna.

Page 2: Laporan khidmat masyarakat sem 2 2008

Selain itu kami juga mendapat banyak faedah melalui program

ini.Antaranya kami belajar betapa pentingnya semangat

kerjasama untuk menjayakan program ini. Sebagai

contohnya, setiap pelajar telah diberikan tugas masing-

masing seperti memotong sayur, mengelap lantai,

membersihkan pinggan mangkuk dan memasak.

Selain itu, kami juga telah sedar betapa

pentingnya menepati masa. Kami semua

perlu hadir tepat ke surau pada waktu yang

telah ditetapkan di dalam jadual

program. Hal ini kerana kami ingin memastikan

makanan dapat disediakan sebelum para

muslimin dan muslimat datang untuk berbuka puasa.

Kami juga telah mendapat pengalaman dan

pengetahuan untuk memasak dalam kuantiti yang

banyak. Terdapat beberapa staf institut telah membantu

kami dalam penyediaan makanan. Melalui tunjuk ajar

mereka, sedikit sebanyak telah membantu kami dalam

penyediaan makanan.

Melalui program ini, kami dapat memberi

sumbangan yang berguna kepada masyarakat. Kami

berasa sangat berbangga dan gembira kerana terlibat

dalam aktiviti ini. Program ini berakhir pada pukul 10

malam selepas tamatnya majlis berbuka puasa.

Kesimpulannya, aktiviti ini amat berguna kepada kami sebagai bakal guru

di masa hadapan. Hal ini adalah kerana aktiviti ini mengajar kami untuk

Page 3: Laporan khidmat masyarakat sem 2 2008

menguruskan sesebuah program, pengurusan masa yang baik serta berkhidmat

kepada masyarakat.