refleksi waj 3107 (m2)

Upload: boniface-jane

Post on 14-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Refleksi WAJ 3107 (M2)

    1/3

    Refleksi (Minggu 2)

    Kumpulan kami merupakan kumpulan pertama yang melakukan pembentangan

    bagi kursus Seni Dalam Pendidikan WAJ3107. Anggota kumpulan kami terdiri daripada

    saya sendiri, Amy Tabol, Boniface Jane dan Felix William. Skop pembentangan

    kumpulan kami ialah penyampaian maklumat dan idea melalui aktiviti kreatif.

    Kami telah menyediakan tiga aktiviti. Aktiviti pertama ialah Draw Your

    Imagination. Dalam aktiviti ini, kami telah menyuruh semua pelajar untuk menutup mata

    masing-masing dan membayangkan mereka berada di tepi pantai. Sementara pelajar

    sedang membayangkan situasi tersebut, kami telah memasukkan elemen penceritaan

    bagi membimbing pelajar membayangkan apa yang sepatutnya mereka lihat di tepi

    pantai tersebut. Setelah proses imaginasi tersebut, kami telah meminta pelajar untuk

    menterjemahkan perkara yang telah mereka bayangkan sebentar tadi dalam bentuk

    lukisan. Hasil daripada lukisan yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar tersebut, kami dapat

    membuat kesimpulan bahawa setiap individu mempunyai daya imaginasi yang berbeza

    antara satu sama lain. Walaupun situasi yang diberikan adalah sama, iaitu situasi di tepi

    pantai, namun setiap orang mempunyai imaginasi tersendiri terhadap situasi di tepi

    pantai yang telah kami berikan. Aktiviti ini telah membantu pelajar untuk berimaginasi

    dan menterjemahkan imaginasi mereka dalam bentuk lukisan. Setelah itu, kami telah

    menyuruh mereka mewarnakan lukisan yang telah mereka lukis tersebut. Melalui aktiviti

    mewarna ini, pelajar dapat bereksperimentasi dengan pelbagai gabungan warna bagi

    menghasilkan campuran warna yang menarik.

    Aktiviti kedua yang telah kami laksanakan ialah Action Song. Dalam aktiviti ini,

    setiap pelajar dikehendaki untuk menyanyi sambil melakukan gerakan dalam nyanyian

    tersebut. Misalnya, jika lagu tersebut menyebut kepala, para pelajar akan membuat

    gerakan pada bahagian kepala mereka. Semasa melakukan aktiviti ini, kami dapatisemua pelajar berasa gembira dan seronok. Hampir semua orang dapat melakukan

    gerakan mengikut nyanyian yang mereka nyanyikan. Namun begitu, terdapat segelintir

    pelajar yang masih malu-malu untuk melakukan aktiviti ini. Oleh hal yang demikian, bagi

    mewujudkan keyakinan dalam diri mereka, kami telah meminta pelajar-pelajar tersebut

    untuk melakukan Action Song tersebut di hadapan kelas bersama-sama dengan

  • 7/29/2019 Refleksi WAJ 3107 (M2)

    2/3

    rakan-rakan mereka yang lain. Pelajar-pelajar yang lain pula akan memberikan galakan

    kepada mereka dengan menyanyikan lagu Action Song, sementara mereka

    melakukan gerakan tarian lagu tersebut. Melalui kaedah ini, rasa malu pelajar telah

    dapat dihilangkan dan akhirnya, semua pelajar dapat melakukan gerakan tarian bagi

    Action Song tersebut dengan baik sekali. Dalam aktiviti ini, mesej yang ingin

    disampaikan ialah keupayaan pelajar untuk mengekspresikan emosi dan idea dalam

    bentuk nyanyian dan tarian. Berdasarkan aktiviti yang telah dilaksanakan, kami dapati

    bahawa semua pelajar berjaya mengekspresikan diri mereka dalam bentuk tarian dan

    nyanyian.

    Aktiviti kami yang ketiga ialah Silent Song. Dalam aktiviti ini, pelajar

    dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pelajar lelaki dan kumpulan pelajar

    perempuan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyediakan beberapa buah lagu dan

    lagu tersebut hanya boleh diketahui oleh ahli dalam kumpulan itu sahaja. Setelah itu,

    semua ahli dalam kumpulan tersebut akan mempersembahkan lagu mereka secara tiga

    peringkat. Pada peringkat pertama, kumpulan tersebut akan melakukan gerakan yang

    membayangkan lirik bagi lagu mereka. Pada peringakat inilah kumpulan yang lainnya

    akan meneka tajuk lagu tersebut. Jawapan bagi tekaan tersebut hanya akan diketahui

    setelah kumpulan yang membuat persembahan selesai melakukan ketiga-tiga peringkat

    nyanyian tersebut. Pada peringkat kedua pula, kumpulan yang membuat persembahan

    tersebut akan menyanyikan lagu mereka secara humming sambil melakukan gerakan.

    Pada peringkat terakhir, mereka akan menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan

    gerakan. Kedua-dua kumpulan lelaki dan perempuan akan bertanding antara satu sama

    lain dalam meneka lagu yang cuba disampaikan oleh pasukan lawan. Kumpulan yang

    paling banyak meneka lagu dengan betul dikira sebagai pemenang. Melalui aktiviti ini,

    kami bukan sahaja dapat melihat kreativiti pelajar dalam menterjemahkan idea dan

    maklumat malah, kami dapat melihat semangat kerjasama dalam setiap ahli kumpulan.Setiap orang perlu melakukan gerakan yang sama agar maklumat yang ingin

    disampaikan dapat diterima oleh penonton. Aktiviti ini juga telah membolehkan pelajar

    yang berbakat dalam bidang nyanyian untuk menunjukkannya kepada kelas.

  • 7/29/2019 Refleksi WAJ 3107 (M2)

    3/3

    Kesimpulannya, pembentangan yang telah kumpulan kami jalankan telah berjaya

    mencapai objektif pembelajaran yang digariskan dalam pra forma kursus. Walaupun

    keadaan pelajar agak berbeza dengan pelajar sebenar yang mungkin jauh lebih nakal

    dan aktif di dalam kelas, namun sekurang-kurangnya, ahli kumpulan kami telah berjaya

    mendapat gambaran awal tugas sebagai seorang guru ketika mengajar di hadapan

    kelas. Bagi kami, pengalaman mengendalikan aktiviti bersama rakan-rakan di dalam

    kelas sangat menyeronokkan.