refleksi semua

5
Refleksi Individu Mohd Asran Bin Jusoh Saya telah diberi tugasan kerja kursus pendek ilmu pendidikan secara berkumpulan yang bertajuk Teori-Teori Perkembangan kanak- kanak . Secara kasarnya, saya melihat tajuk yang diberikan begitu luas skopnya untuk difahami. Namun, selepas merujuk kepada pensyarah pembimbing, saya telah mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini. Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan oleh En. Khalid, saya telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Saya bersama-sama rakan cuba mencari bahan-bahan rujukan untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut saya telah mengunjungi pusat sumber dan saya juga berjaya dapatkan beberapa buah buku daripada senior-senior yang saya kira amat membantu. Saya dan kawan-kawan telah membahagikan tugasan tersebut bersama-sama dan kami telah mula menjalankan kerja masing-masing. Saya telah mendapat tugas untuk mengkaji teori perkembangan kanak- kanak oleh Arnold Gessel. Saya bukan hanya tertumpu kepada bahan rujukan daripada buku sahaja, tetapi saya juga merujuk kepada maklumat- maklumat yang diperoleh daripada internet di mana banyak membantu. Kami melakukan tugasan ini dengan berhati-hati dan lebih terperinci supaya tidak terkeluar daripada kehendak soalan. Saya akui pelajaran yang memerlukan pemahaman dan pembacaan amat sukar bagi saya. Tambahan lagi, tugasan ini menghendakkan kami untuk berfikir di luar kotak mengkaji apakah teori-teori perkembangan kanak-kanak daripada beberapa orang tokoh ilmuan dunia. Tugasan ini bukan hanya sekadar mengarang semata-mata, tetapi saya. Saya dan kawan-kawan juga mengalami kesukaran kerana, kami dikehendaki untuk menyiapkan tugasan sebanyak 10 helaian sahaja. Saya cuba sedaya upaya mencari bahan-bahan yang penting dan cuba mengambil isi-isi yang dikira berkaitan sahaja. Setelah beberapa hari, akhirnya kami dapat menyiapkan juga tugasan ini sebelum tarikh menghantar tugasan tamat. Walaupun berlaku sedikit salah faham, kami dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kerjasama di antara saya dan kawan-kawan amat penting bagi memastikan kelancaran tugasan. Daripada tugasan ini, saya memperoleh pelbagai pengetahuan baru yang saya kira tidak akan dapat saya peroleh seandainya bukan saya sendiri yang mengkajinya. W. Mohd Talqiff Iman Bin Wan Ahmad Rafidi

Upload: mohd-shafuan-zulkafli

Post on 18-Jun-2015

906 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KKP 3102

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Semua

Refleksi Individu

Mohd Asran Bin Jusoh

Saya telah diberi tugasan kerja kursus pendek ilmu pendidikan secara berkumpulan yang bertajuk ’ Teori-Teori Perkembangan kanak-kanak’. Secara kasarnya, saya melihat tajuk yang diberikan begitu luas skopnya untuk difahami. Namun, selepas merujuk kepada pensyarah pembimbing, saya telah mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini.

Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan oleh En. Khalid, saya telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Saya bersama-sama rakan cuba mencari bahan-bahan rujukan untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut saya telah mengunjungi pusat sumber dan saya juga berjaya dapatkan beberapa buah buku daripada senior-senior yang saya kira amat membantu.

Saya dan kawan-kawan telah membahagikan tugasan tersebut bersama-sama dan kami telah mula menjalankan kerja masing-masing. Saya telah mendapat tugas untuk mengkaji teori perkembangan kanak-kanak oleh Arnold Gessel. Saya bukan hanya tertumpu kepada bahan rujukan daripada buku sahaja, tetapi saya juga merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperoleh daripada internet di mana banyak membantu.

Kami melakukan tugasan ini dengan berhati-hati dan lebih terperinci supaya tidak terkeluar daripada kehendak soalan. Saya akui pelajaran yang memerlukan pemahaman dan pembacaan amat sukar bagi saya. Tambahan lagi, tugasan ini menghendakkan kami untuk berfikir di luar kotak mengkaji apakah teori-teori perkembangan kanak-kanak daripada beberapa orang tokoh ilmuan dunia.

Tugasan ini bukan hanya sekadar mengarang semata-mata, tetapi saya. Saya dan kawan-kawan juga mengalami kesukaran kerana, kami dikehendaki untuk menyiapkan tugasan sebanyak 10 helaian sahaja. Saya cuba sedaya upaya mencari bahan-bahan yang penting dan cuba mengambil isi-isi yang dikira berkaitan sahaja.

Setelah beberapa hari, akhirnya kami dapat menyiapkan juga tugasan ini sebelum tarikh menghantar tugasan tamat. Walaupun berlaku sedikit salah faham, kami dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kerjasama di antara saya dan kawan-kawan amat penting bagi memastikan kelancaran tugasan. Daripada tugasan ini, saya memperoleh pelbagai pengetahuan baru yang saya kira tidak akan dapat saya peroleh seandainya bukan saya sendiri yang mengkajinya.

Page 2: Refleksi Semua

W. Mohd Talqiff Iman Bin Wan Ahmad Rafidi

Selepas diberi taklimat kerja kursus oleh Encik Khalid, kami sekelas telah

membuat cabut undi tajuk untuk kumpulan yang ada. Saya dan ahli kumpulan saya

telah mendapat tajuk Teori Perkembangan Kanak-kanak. Kami seterusnya

membahagikan tugas untuk mengumpul maklumat mengenai 5 tokoh yang berkaitan

dengan tajuk ini.

Saya telah mendapat tokoh Robert Havighurst. Syukur alhamdulillah kerana

saya tidak mempunyai banyak masalah untuk mencari dan mendapatkan maklumat

berkaitan teori perkembangan kanak-kanak oleh Robert Havighurst. Sumber-sumber

yang saya dapat adalah daripada internet dan juga rakan-rakan yang sudi berkongsi

bahan dengan saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan

yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada

pensyarah pembimbing bagi subjek Perkembangan Kanak-Kanak EDU 3102 iaitu

Encik Khalid kerana banyak memberi idea untuk kumpulan saya mendapatkan

gambaran bagaimana harus kami laksanakan tugasan ini.

Dan akhirnya, kami telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan kepada

kami dalam masa yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, syukur kepada Yang Esa

kerana sepanjang melaksanakan tugasan ini tidak berlaku sebarang konflik antara

ahli kumpulan saya dan kami mampu bekerjasama dengan baik sekali.

Page 3: Refleksi Semua

Muhamad Asyraf Bin Muhamad Ludin

Alhamdulillah, rasa syukur dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan

izin-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan oleh

pensyarah bagi matapelajaran Perkembangan Kanak-kanak iaitu Encik Khalid.

Pelbagai input bermanfaat dan pengetahuan baharu telah saya peroleh sepanjang

proses mencari bahan dan maklumat berkaitan tajuk terutamanya berkaitan dengan

perkembangan kognitif kanak-kanak.

Walaupun saya terpaksa menghadapi masalah dalam memperoleh maklumat

bagi menyiapkan tugasan ini namun berkat daripada bantuan rakan-rakan serta

pensyarah pembimbing akhirnya saya berjaya juga memperoleh bahan yang

bersesuaian bagi tugasan ini. Selain itu juga, saya dan rakan-rakan juga selalu

berkolaborasi bagi memastikan tugasan ini dilakukan dengan betul serta mengikut

kehendak soalan.

Tugasan ini sememangnya memberikan manfaat serta faedah kepada saya

kerana melalui tugasan ini saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah

hidup saya sebagi seorang kanak-kanak sebelum masuk ke alam dewasa. Tugasan

ini juga membuatkan saya lebih banyak berfikir serta meneroka dunia kanak-kanak

yang telah lama saya tinggalkan. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat

memperoleh pelbagai ilmu dan maklumat setelah mempelajari matapelajaran

perkembangan kanak-kanak dan setelah menyiapkan tugasan ini. Saya amat

berharap agar matapelajaran ini sentiasa dikekalkan dalam proses P&P.

Akhir kata, semoga pensyarah yang menilai berpuas hati dengan hasil yang

telah saya sediakan ini. Sesungguhnya apa yang baik itu adalah kurniaan Allah dan

buruk itu kerana kelemahan diri ini sebagai hambanya yang sering melakukan

kesilapan dan kerosakan.

Sekian, terima kasih.

Page 4: Refleksi Semua

Mohd Shafuan Bin Zulkafli

Selepas taklimat kerja kursus diberikan oelh encik khalid, kelas kami telah

mengadakan cabutan undi untuk menentukan tajuk yang akan dibuat oleh kami.

Kemudian tugas telah dibahagkan diantara kami untuk mengumpul maklumat untuk

tugasan ini.

Saya telah mengkaji tentang teori Erik Erikson. Kandungan dan maklumat

tentang teori ini agak sukar untuk diperoleh kerana kebanyakkan adalah berbahasa

Indonesia. Ini agak menyukarkan kerana saya terpaksa menterjemah kembali ayat

berbahasa Indonesia ke bahasa Melayu. Sumber yang tekah saya perolehi adalah

daripada sumber internet dan sedikit daripada buku. Tugasan ini telah disiapkan

bersama rakan-rakan saya bagi memastikan tiada diantara kami terpesong daripada

tajuk yang telah diberikan. Tidak lupa kepada pensyarah pembimbing kami iaitu

Encik Khalid kerana banyak memberi idea untuk kumpulan saya dalam bagaimana

untuk menyelesaikan tugasan ini dengan sebaik mungkin.

Akhirnya kami telah berjaya menyelesaikan tugasan ini dalam masa yang

telah diberikan. Terima kasih kepada pensyarah dan pensyarah yang telah banyak

membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Page 5: Refleksi Semua

Mohamad Hafiz Bin Zainal Abidin

Pelbagai halangan dan dugaan telah saya tempuhi dalam proses menyiapkan

kerja kursus pendek ini.Pada permulaannya,saya menerima tugasan tersebut dari

pensyarah kami iaitu Encik Khalid dan saya dan rakan-rakan lelaki lain bersetuju

untuk diletakkan dalam satu kumpulan yang sama.Undian mengenai tajuk kerja

kursus dilakukan dan alhamdulillah kami telah mendapat tajuk yang agak mudah dan

saya berasa sangat gembira kerana bahan dan maklumat mengenai tajuk tersebut

telahpun berjaya kami peroleh melalui buku rujukan yang sedia ada.

Saya dan rakan kumpulan juga berasa gembira dan bersyukur kerana

diberikan tugasan ini kerana jika dilihat daripada tajuk tugasan,ianya adalah semata-

mata tugasan mengenai perkembangan kanak-kanak tetapi hakikatnya tugasan ini

memberikan saya pelbagai pengalaman dan info yang berguna yang mana

maklumat ini boleh saya aplikasikan sewaktu mengajar dan mendidkanak

murid.Saya juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh yang banyak terlibat dalam

menyumbangkan idea dan buah fikiran dalam membentuk teori-teori yang sangat

berguna mengenai perkembangan kanak-kanak tersebut.Hasil usaha mereka dalam

mengkaji kanak-kanak membuktikan pada saya bahawa kanak-kanak merupakan

individu yang berbeza dari segi fizikal,mental,rohani dan sebagainya.Tahap

pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh dari tokoh tersebut turut diiplementasi

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah.

Sememangnya tokoh-tokoh ini sedikit sebanyak mempengaruhi corak

pendidikan di negara Malaysia dan kita seharusnya menghayati setiap hasil karya

tokoh tersebut dan berusaha dan bersama-sama mencari jalan dalam meningkatkan

kualiti pendidikan negara kita.