refleksi seminar

Upload: azmiaina

Post on 01-Mar-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Alhamdulillah, Program Bina Insan Guru (BIG) telah berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya. BIG merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Skop tugasan pada semester lima kali ini mengkehendaki kami melaksanakan satu seminar dan Program Lawatan Penanda Aras ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib yang perlu dijalani oleh semua guru pelatih PISMP Semester 6 untuk Fasa 6 yang merupakan fasa terakhir bagi pelatih guru PISMP Ambilan Januari 2011. Oleh itu, kami telah menubuhkan dua jawatankuasa bagi menguruskan program tersebut. Beberapa mesyuarat telah diadakan bagi melancarkan program ini. Encik Elias Bin Abdul Kadir dari Unit Kokurikulum iaitu pegawai BIG telah membimbing dan menjadi rujukan ahli jawatankuasa sepanjang program ini dijalankan. Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 Siri 2 iaitu seminar telah memberikan impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal guru dalam senantiasa berdepan dengan pelbagai cabaran yang semakin mencabar dalam banyak aspek. Pertama sekali, saya sedar bahawa dalam hidup ini manusia perlu membuat suatu perubahan untuk menjadi yang lebih baik. Hal ini demikian kerana ia akan menentukan siapa diri kita pada masa hadapan. Menurut Tnj. HJ. Ishak bin Ali Shah, beliau mendefinisikan perubahan sebagai satu penukaran atau satu pelakuan yang tidak stabil kepada yang lebih stabil. Perubahan juga merupakan suatu yang kekal dan ia bukannya sementara. Perubahan ini merupakan suatu proses yang panjang dan secara umumnya perubahan biasanya untuk ke arah yang lebih baik.Hal ini bermakna kita perlu mencari kelemahan yang perlu dilakukan perubahan agar kita menjadi lebih baik. Jadi, sekiranya seorang guru dapat memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak murid, seperti membantu mereka membanding beza antara kebaikan dan keburukan, cara yang sopan dan beretika dalam melakukan semua perkara, maka adalah tidak menjadi masalah bagi mereka apabila mereka pergi ke kumpulan masyarakat yang lebih besar dan ketika bersosial dengan orang ramai.Menghadiri seminar ceramah ini juga telah memberikan kesan positif yang amat mendalam terhadap kerjaya saya. Hal ini demikian kerana daripada ceramah ini, saya sedar bahawa sebagai seorang bakal guru yang mempunyai etika sosial yang sempurna, kita haruslah sentiasa mengamalkan sifat tawaduk, atau sikap merendah diri tidak kira di mana sahaja. Sememangnya semua orang harus bersikap merendah diri dan tidak sombong, terutamanya terhadap orang yang lebih tua, berpengalaman dan veteren daripada kita. Jika tidak, kita akan sentiasa dilebelkan dengan istilah angkuh, sombong dan banyak lagi perkataan yang tidak sedap didengar dan negatif. Yang lebih teruk lagi, sekiranya kita dilebelkan dengan istilah-istilah yang disebutkan di atas, adalah sangat susah bagi individu tersebut untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya bukan seperti orang yang dilabelkan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengawal tingkah laku, pertuturan dan pemikiran kita pada kadar yang boleh bersamaan dengan rendah diri agar kita dapat bergaul dengan orang lain dengan harmoni, tenteram dan sejahtera tanpa sebarang prejudis dan bias terhadap orang itu.Malah, sebagai seorang guru yang beretika sosial, kita haruslah sentiasa berpenampilan sempurna, yang selesa dan disenangi oleh semua pihak, sama ada rakan sejawat, ibu bapa, murid, ataupun masyarakat awam. Berpenampilan sempurna ini sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita mahu mempamerkan dan menonjolkan kepada orang lain. Dalam konteks ini, ia merangkumi banyak aspek dan memerlukan ilmu dan pengetahuan yang khusus, tidak kira cara berpakaian, cara pertuturan, cara perhubungan dan komunikasi dengan orang lain. Dengan mengambil contoh tentang cara berpakaian dalam kalangan guru pelatih, selepas mendengar ceramah tersebut, saya sedar bahawa kita haruslah berpakaian mengikut norma-norma yang disetujui ramai dan peraturan yang ditetapkan. Seminar ceramah ini juga turut memberikan impak positif yang amat mendalam terhadap masyarakat dan komuniti di sekeliling saya. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada aspek pertuturan dan komunikasi dengan orang lain. Selepas mendengar penerangan En. Khairi bin Zakaria yang merupakan pensyarah di Unit Kaunseling IPG Kampus Pendidikan Islam, beliau telah memberikan seminar yang bertajuk Guru Berjiwa Pendidik. Setelah menjalaniseminar ini, saya dapat menyedari bahawa seorang guru tugasnya bukan hanya sekadar mengajar, malah turut mendidik anak-anak di sekolah agar menjadi modal insan yang berguna selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Mengajar dapat didefinisikan sebagai memberitahu, memahamkan dan menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Namun, mendidik bermaksud merentasi masa atau sempadan masa atau jawatan dan memastikan maklumat difahami, dihayati dan diamalkan oleh orang yang menerima. Di sini, dapat dilihat bahawa, tugas seorang guru lebih baik apabila seseorang guru itu mendidik murid-murid agar mereka dapat dahami hayati dan seterusnya mengamalkan nilai-nilai serta ilmu yang disampaikan kepada mereka. Guru juga perlu membimbing mereka dari semasa ke semasa agar mereka tidak terkeluar dari landasan dalam menjadi insan yang berguna.Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 6 siri 2 ini telah berjaya dicapai di mana ciri-ciri kualiti peribadi dan profesional seorang guru telah dijelaskan dengan terperinci dengan harapan bakal-bakal guru dapat mengaplikasikannya semasa di sekolah kelak. Besar harapan saya agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana begitu banyak manfaat yang diperoleh. Melalui program ini, pelatih guru dapat mengenal diri serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah membina diri sebagai insan guru yang cemerlang secara berterusan.

Disediakan oleh,Nur Syafiqah binti Noraslin