refleksi pjm3112

11
PJM3112 : Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL ISI KANDUNGAN PERKARA 1.0 LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL 2.0 KEKURANGAN DAN KELEBIHAN DALAM MASA MERANGKA DAN MENGELOLA PERTANDINGAN 3.0 CADANGAN ATASI KELEMAHAN 4.0 ISU-ISU DALAM SUKAN YANG BERKAITAN DENGAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL 5.0 RUJUKAN 1.0 LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dikelolakan oleh Unit PISMP Pendidikan Jasmani Semester Lima berjalan dengan lancar dan berjaya. Karnival ini telah berlangsung pada hari Khamis yang bersamaan

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 22-Nov-2014

275 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi pjm3112

PJM3112 : Pengurusan dan Pentadbiran

Pendidikan Jasmani dan Sukan

LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA

DAN PERMAINAN TRADISIONAL

ISI KANDUNGAN

PERKARA

1.0 LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL

2.0 KEKURANGAN DAN KELEBIHAN DALAM MASA MERANGKA DAN

MENGELOLA

PERTANDINGAN

3.0 CADANGAN ATASI KELEMAHAN

4.0 ISU-ISU DALAM SUKAN YANG BERKAITAN DENGAN KARNIVAL SUKANEKA

DAN

PERMAINAN TRADISIONAL

5.0 RUJUKAN

Page 2: Refleksi pjm3112

1.0 LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL

Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dikelolakan oleh Unit PISMP

Pendidikan Jasmani Semester Lima berjalan dengan lancar dan berjaya. Karnival ini

telah berlangsung pada hari Khamis yang bersamaan dengan 30 April 2009.

Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini diadakan kerana mengikuti dan

melengkapkan Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan Dan Pentadbiran

Pendidikan Jasmani Dan Sukan.

Bermula seawal jam lapan pagi, semua peserta telah berkumpul di dalam rumah

sukan masing-masing. Sepanjang karnival ini berlangsung, peserta yang berjumlah

seramai 21 orang telah dibahagi kepada tiga rumah sukan yang sama banyak

jumlahnya. Setiap rumah sukan mempunyai tiga orang peserta perempuan dan

empat peserta lelaki yang menjadikan sebanyak tujuh orang setiap rumah sukan.

Rumah sukan tersebut adalah Rumah Merah, Rumah Kuning, dan Rumah Biru.

Pada majlis pembukaan Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini setiap

rumah berkumpul di rumah masing-masing sebelum ke acara perarakan masuk.

Perarakan masuk pada pagi tersebut dimulai dengan peserta dari Rumah Kuning,

Rumah Biru, dan diakhiri dengan Rumah Merah.

Pada majlis pembukaan tersebut, Abdul Hadi bersama dengan Muhamad Ridzuan

telah menjadi pengerusi majlis secara bersama. Selepas menyanyikan lagu

Kebangsaan dan lagu institut, majlis diteruskan dengan bacaan ikral oleh Azwan Bin

Ismail. Bacaan ikral ini sebagai satu simbolik kepada setiap peserta agar mengabil

bahagian dalam acara yang dipertandingkan dengan bersungguh-sungguh dan

bersaing secara sihat.

Selesai bacaan ikral tersebut, setiap rumah sukan menunjukan tepukan masing-

masing. Setiap peserta menunjukan tepukan rumah sukan mereka dengan baik dan

mencabar rumah sukan yang lain. Sungguhpun kadangkala ada rumah sukan yang

melakukannya tidak serentak, namun ia dapat diatasi dengan pengalaman yang

sedia ada.

Page 3: Refleksi pjm3112

Permainan tradisional adalah satu aspak pada kehidupan manusia. Permainan ini

dikenlai juga sebagai permainan masa lapang ataupun sukan rakyat. Kebiasaan

permainan tardisional ini dimainkan oleh masyarakat dahulu pada mas lapang seperi

lepas bekerja di sawah padi ataupun semasa tidak turun ke laut. Sebaliknya

sukaneka pula permainan yang dimainkan dalam bentuk pertandingan dan

mempunyai beberapa peraturan-peraturan ringkas.

Sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang dipertandiangkan mengikut

peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah persetujui. Sukan akan lebih

menarik jika terdapat unsur-unsur pertandingan, perancangan, kemahiran motor dan

juga startegi.

Pada hari karnival tersebut, permaian pertama yang dijalankan ialah Isi Air Dalam

Botol, diikuti dengan Lari Kepit Bola Celah Peha. Ketiga, permaian yang

dipertandingan ialah Lari Bawa Bola Dalam Sudu, dan seterusnya ialah permainan

tradisional iaiti Tarik Upih dan diakhiri dengan Baling Kasut.

Pada permainan pertama, iaitu Isi Air dalam Botol, Rumah Kuning telah memenangi

acara tersebut. Mungkin disebabkan oleh startegi yang meraka gunakan, maka

permaina tersebut dapat digenggam mereka. Namun, pada permainan kedua,

persaingan lebih banyak ditunjukkan oleh setiap peserta yang mengambil bahagian.

Permainan Lari Kepit Bola Celah Peha ini telah dimenangi oleh Rumah Biru.

Mungkin Rumah Merah masih belum menunjukan kehebatan mereka yan sebenar.

Secara amnya, teknikal yang digunakan semasa permainan ini memberikan

kelebihan kepada peserta. Cara dan kaedah yang betul hendaklah digunakan oleh

peserta agar bola yang dikepit tidak jatuh, dan peserta dapat belari dengan laju dan

baik.

Lari Bawa Bola Dalam Sudu merupakan permainan yang banyak menimbulkan

kontraversi. Pesert banyak yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan

menyebabkan pihak pengadil membatalkan pemenang yang pertama. Olahitu,

pertandingan ini telah dijalankan semula dan tenyata Rumah Kuningmasih mampu

menguasaipermainantersebut.

Page 4: Refleksi pjm3112

Antara kesalahan yang dapat dikesan oleh pihak pengadil semasa permainan ini

dijalankan ialah perserta tidak meletakkan bola betul-betul pada sudu. Sebaliknya

peseta melatakkan bola diantara sudu dan hidung menyebabkan bola melekat dan

mudah dibawa lari oleh para peserta.

Selepas rehat, permainan tradisonal mendapat tempat oleh semua para peserta.

Permainan Tarik Upih yang sering dimainkan pada masa kecil dimainkan semula.

Semasa permainan ini berlangsung, saya dapat melihat semua peserta

menggunakan kudrat mereka yang ada untuk memenangi acara ini. Malang bagi

pasukan Rumah Mereka kerana mendapat upih yang sudah tidak elok.

Ini terbukti apabila upih tersebut telah putus semasa proses menarik. Namun, atas

semangat kesukanan, maka permainan ini tetap diteruskan. Pada peringkat awal,

sepatutnya Rumah Merah layak memenanginya, tetapi disebabkan oleh kekurangan

yang dinyatakan tadi, maka kemengan Rumah Merah telah dirampas oleh rumah

lain.

Permainan terakhir yang dipertandingkan ialah Baling Kasut. Sungguhpun terdapat

beberapa peraturan tambahan dikenakan, namun permainan Baling Kasut ini tetap

mendapat tempat dihati setiap peserta. Kemenangan diberikan pada semua rumah

kerana markah mereka menjatuhkan segi tiga kasut adalah sama.

Secara keseluruhannya, Rumah Kuning telah menjuarai Karnival Sukaneka Dan

permainan Tradisional ini. Mereka mendapat sebanyak 15 mata. Rumah Merah dan

Biru menduduki tempat yang kerana mereka terikat dengan markah yang sama.

Pada majlis penyampaian hadiah tersebut, ia telah disempurnakan oleh En. Tan Kait

Keong selaku penyarah pembimbing kami dan En. Razak Bin Sulung selaku tutor

kami.

Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini telah berjalan lancar seperti mana

yang dirancangkan. Sungguhpun terdapat beberapa masalah yang timbul pada

awalnya, namun ia dapat diselesaikan dengan pengalaman dan bantuan daripada

pensyarah dan juga kesungguhan yang ditunjukan oleh semua ahli jawatankuasa.

Page 5: Refleksi pjm3112

2.0 KEKURANGAN DAN KELEBIHAN DALAM MASA MERANGKA

DAN MENGELOLA PERTANDINGAN

Pendidikan Jasmani adalah sangat penting dalam kehidupan sebagai seorang murid

sekolah. Ini jelas dapat dibuktikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

juga menekankan aspek jasmani, emosi, intelek dan juga sosial. Pendidikan

Jasmani begitu menekankan aspek-aspek tersebut, ini dapat dijelaskan pergerakan

dalam Pendidikan Jasmani, interaksi antara murid, kreatif dalam membuat

pergerakan, dan mendidik murid supaya lebih bijak mengawal emosi semasa aktiviti

jasmani.

Pengurusan dan pentadbiran adalah sangat berkait rapat dengan Pendidikan

Jasmani dan juga sukan. Apabila sesuatu subjek itu dapat diuruskan dan ditadbir

dengan baik, maka ia akan memberi impak yang positif kepada pihak pengurusan

tersebut.

Seperti contoh, pada semester ini, Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan

dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan menyatakan bahawa kami perlu

membuat satu lawatan ilmiah ke mana-mana atau beberapa agensi-agensi pusat

sukan seperti majlis sukan negara, institut sukan, persatuan permainan, majlis sukan

negeri, ataupun lain-lain badan yang berkait rapat dengan sukan dan Pendidikan

Jasmani.

Selepas daripada lawatan tersebut, kami juga perlu menjayakan satu karnival

sukaneka dan permainan tradisional. Karnival inilah yang amat berkait rapat dengan

apa yang telah kami perolehi daripada lawatan yang kami jayakan selain daripada

merancang bagaimana kami menguruskan karnival tersebut.

Sesuatu program itu dapat dijayakan dengan bebapa aspek yang sangat perlu dititik

beratkan. Antaranya, ia bergantung kepada bagaimana merangka/merancang dan

pengendalian/pelaksanaan/pengelolaan yang dilakukan. Perancangan atau

merangka disini dapat didefinisikan bagaimana untuk merancang, merangka,

menyusun aktiviti dan juga menyelaras tugas bagi melaksnakan sesuatu program.

Mengelola pula bermaksud mentadbir, mengurus, dan mengawal atau melaksana

Page 6: Refleksi pjm3112

sesuatu program yang telah dirancang.Lawatan ini sangat berguna kerana dengan

adanya input-input yang diberikan, maka karnival yang dijalankan dapat dijayakan

dengan baik, sungguhpun pada awalnya ada beberapa kekurangan yang dikenal

pasti.

Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisonal yang dijalankan ini perlulah mengikuti

beberapa urutan dan prosedur-prosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana

perancangan sesuatu program agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik.

Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini bermula daripada perlantikan ahli

jawatankuasa. Setiap peserta kursus ini, iaitu PISMP Unit Pendidikan Jasmani telah

dilantik menjadi ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasa juga terbahagi kepada dua,

iaitu ahli jawatankuasa pelaksana, dan ahli jawatankuasa kerja.

Setiap ahli jawatankuasa ini mempunyai ketua mereka tersendiri. Pangkat dalam

sesuatu jawatankuasa ialah pengerusi, dimana pengerusi akan bertindak sebagai

ketua, selain daripada mempengerusikan mesyuarat, membuat keputusan, dan

merancang aktiviti.

Selepas merancang karnival ini, maka tindakan selanjutnya ialah mengadakan

mesyuarat. Mengadakan mesyuarat adalah sangat penting. Begitu juga menghadiri

mesyuarat yang diadakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan sesuatu

perkara, menyelesaikan masalah yang timbul, juga membuat perbicangan untuk

sesuatu perkara.Untuk program Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang

jalankan ini, mesyuarat telah pun dijalankan sebanyak lima kali. Setiap mesyuarat

membincangkan perkara-perkara penting, contohnya perubahan tarikh karnival,

masalah-masalah yang timbul pada setiap jawatankuasa, dan cara penyelesaian

yang baik.

Daripada mesyuarat yang dijalankan, jawatankuasa pelaksana telah bersetuju untuk

menjalankan karnival ini pada 30 Mei 2009. Karnival ini akan dijalankan bermula

daripada jam lapan pagi dan dijangka tamat pada jam 10.45 pagi. Ini bermakna,

setiap jawatankuasa kerja perlulah bersiap sedia sebelum hari karnival agar dapat

menjalankan aktiviti tersebut dengan lancar dan sempurna.

Page 7: Refleksi pjm3112

Walaupun pada peringkat awal jawatankuasa telah bersetuju untuk menjadikan KPLI

Pj sebagai peserta, namun beberapa pindaan menyebabkan PISMP Unit Pendidika

Jasmani akan menjadi perserta pada karnival tersebut.

Pada Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dijalankan tersebut,

sukaneka yang akan dijalankan ialah Isi Air Dalam Botol, Lari Bawa Bola Dalam

Sudu dan juga Lari Kepit Bola Celah Peha. Permainan tradisional yang dimainkan

pada hari tersebut pula adalah Tarik Upih dan juga Baling Kasut.

Sepanajng karnival ini berlangsung, para perserta dapat memahami apa yang cuba

disampaikan oleh pihak pengajur. Permaian yang dijalankan juga adalah

bersesuaian dengan peringkat para peserta kerana mereka kelihatan ceria dan

semtisa menunjukan semangat bersaing dan bersungguh-sungguh untuk

memenangi setiap acara.Secara keseluruhannya, setiap fasa dlam mengelolakan

sesuatu program itu adalah sangat penting dan perlu diambil perhatian. Seperti

contoh, pada fasa sebelum hari kernival, setiap jawatankuasa perlulah mengetahui

bidang tugas mereka agar mereka dapat menjalankan tugas yan telah diamanahkan

dengan lancar dan baik. Mesyuarat perlulah diadakan untuk membuat keputusan

dan menyekesaikan masalah yang tibul dan merangka beberapa cara yang

kemungkinan perkara yang tidak diingini berlaku

.

Pada fasa semasa hari kernival, jawatankuasa sangat penting untuk menjalankan

tugas mereka agar tentatif program dapat diikut dan karnival berjalan lancar tanpa

ada sebarang masalah. Pembahagian tugas yang spesifik pada hari kejadian akan

melancarkan perjalanan karnival. Mereka juga tidak akan masuk ke bidang

jawatankuasa lain. Tanggungjawab yang diberikan mereka dapat diselesaikan

dengan baik dan sempurna.

Pada fasa selepas hari tersebut juga penting. Fasa ini akan membincangkan

kekurangan yang ada pada hari karnival dan mencari jalan penyelesaian yang baik.

Apabila kekurangan dan kelebihan dapat dikenal pasti, maka pengalaman tersebut

dapat digunakan untuk mengelola sebarang program pada masa akan datang.

Page 8: Refleksi pjm3112

3.0 CADANGAN ATASI KELEMAHAN

Terdapat pelbagai cadangan yang ada untuk mengatasi kelemahan atau masalah

yang timbul. Cadangan yang relevan membantu melaksanakan dan mengelolakan

program dengan lebih baik pada masa akan dantang. Belajar melaui pengalaman.

Untuk mengelola Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini memerlukan

perancangan awal dan sempurna. Ia bermula daripada peringkat perancangan itu

sendiri, dimana ia memerlukan ketua yang sentiasa dapat menjalankan tugas yang

diamanahkan dengan baik dan beretika.

Seterusnya kertas kerja yang dihantar hendaklah menepati aspek-aspek yang

diperlukan di dalamnya. Jika tidak, maka kertas kerja tersebut tidak boleh diluluskan

dan hendaklah disunting semula agar pihak yang meluluskan kertas kerja tersebut

kelak tidak dipersalahkan jika terdapat sebarang insiden yang tidak dingini berlaku

terutamanya memberikan kesan yang buruk kepada semua.

Mesyuarat hendaklah dijalankan dengan baik dan betul. Pengerusi mesyuarat

hendaklah sentiasa mempengerusikan dengan baik. Perbincangan yang diadakan

semasa mesyuarat hendaklah dibincangkan dengan adil. Tiada karenah birokrasi

yan diperlukan. Setiap masalah yang ditimbulkan didalam mesyuaat hendaklah

diselesaikan dengan sempurna dan memuaskan hati setiap pihak.

Persiapan awal adalah sangat peting agar semasa program yang dirancang dapat

berjalan dengan baik dan mengikut perancangan. Pengagihan tugas adalah sangat

penting supaya setiap jawatan kuasa memberikan komitmen yang diperlukan untuk

menjalankan program yang dirancang. Ia juga memastikan setiap individu atau

jawatankuasa menjalankan tugasan yang diberikan. Ringan sama dijinjing, berat

sama dijunjung.Juga terdapat beberapa perkara yan gperlu diberi perhatian pada

masa mencari permaian yang sesuai. Antaranya ialah jenis permainan yang

dipertandingkan adakah sesuai atau tidak dengan matlamat dan isi yang ingin

disampaikan pada peserta.

Page 9: Refleksi pjm3112

Permainan yang dijalankan adalah mengikut masa. Masa yang diperlukan adakah

sesuai dan tidak memberikan masalah kepada waktu lain. Alatan dan kemudahan

yang ada juga memainkan peranan penting. Ini membuktikan bahawa jika alatan dan

kemudahan yang digunakan tidak sesuai, maka ai akan menimbulkan masalah.

Sistem pertandingan juga memainkan peranan penting. Barapa kategori yang

dipertandingkan dan bagaimanakah menentukan pemenang. Seperti mana yang

diketahui, terdapat pelbagai jenis pertandiangan. Contohnya ialah temasya,

pertandingan berlapis, kumpulan, dan piramid.

Peserta yang mengambil bahagian juga perlu dipastikan. Ini supaya tidak timbul

sebarang masalah kelak. Contohnya jika sudah ditetapkan berapa jumlah peserta,

dan rancang jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Jika tidak, pembaziran boleh

berlaku yang menyebabkan kemungkinan kos yang perlu dibelanjakan lebih

daripada jumlah wang yang diperoleh.Untuk yang demikian, borang penyertaan

boleh digunakan. Ini bermaksud, perserta yang telah bersetuju untuk mengambil

bahagian perlulah memberikan borang penyertaan. Pihak pengelola akan dapat

membuat jangkaan awal berapa jumlah peserta kelak. Selain itu, surat sokongan

juga boleh digunakan untuk memastikan mereka yang terlibat mengambil bahagian

tanpa dan sebarang alasan untuk tidak menghadirkan diri.

Page 10: Refleksi pjm3112

4.0 ISU-ISU DALAM SUKAN YANG BERKAITAN DENGAN KARNIVAL SUKANEKA

DAN PERMAINAN TRADISIONAL

Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dijalankan ini sedikit sebanyak

mempunyai kaitan dengan program Malaysia Cergas. Malaysia Cergas adalah satu

idea dan konsep yang lahir untuk memberikan penekanan ke arah meluaskan

kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa banyak rakyat

Malaysia.

Ini dapat dicapai jika pada perancangan awal dapat dilaksanakan, iaitu memastikan

KPLI Unit PJK ini mengambil bahagian, maka banyaklah individu-individu yang akan

menjayakan karnival ini. Sebaliknya, apabila PISMP Unit Pendidikan Jasmani yang

mengambil bahagian sendiri, maka ia akan mengurang jumlah peserta. Perbezaan

ketara ini jelas dapat dilihat apabila dijumlah KPLI unit PJK ialah seramai 38 orang

sebaliknya PISMP unit Pendidikan Jasmani pula hanya 21 orang.

Undang-undang dan peraturan-peraturan dalam sesuatu permaian sukaneka

ataupun permainan tradisional yang dijalankan adalah sangat penting. Ia berfungsi

untuk mengawal dan menjadikan kejohanan itu dapat dijalankan dengan adil dan

tersusun. Undang-undang dan peraturan-peranturan yang digunakan pada karnival

ini adalah dicipta oleh pihak pengnjur atau jawatankuasa permainan sendriri. Ini

dibuat supaya dapat melicinkan lagi perjalanan permainan tersebut.

Seperti contoh, jika tidak terdapat undang-undang atau peraturan, maka

kemungkinan besar akan berlaku kekasara dan kekechan seperti rasa tidak berpuas

hati. Ini juga dapat dikait rapat dengan permainan bersih, atau lebih dikenali dengan

istilah “Fair Play”.Semasa permainan Lari Bawa Bola Dalam Sudu dijalankan,

terdapat beberapa kesalahan yang dikenalpasti oleh jawatankuasa pengadilan.

Maka, jawatankuasa tersebut telah membuat perbincangan kecil untuk membuat

keputusan supaya permainan ini dapat dimainkan secara adil dan mengikut undang-

undang dan peraturan-peraturan yang telah dibuat. Begitu juga dengan permainan

Lari Kepit Bola Celah Peha.

Page 11: Refleksi pjm3112

Permainan yang dijalankan, tidak kira sukaneka ataupun permainan tradisional ini

memberi impak yang positif kepada peserta. Selain daripada peserta yang

mengambil bahagian dalam sukan ini sentiasa gembira, mereka juga bersungguh-

sungguh memberikan persaingan yang sihat dan memberikan sorakan kepada

kawan yang sedang bertanding.Ini dapat dijelaskan lagi dari segi afektif sukan yang

beretika akan memberi ruang kepada peserta untuk berinteraksi dan bergembira.

Bersukan dapat menjadikan hubungan sosial yang baik dan membina masyarakat

Malaysia yang cergas selain daripada membenteras kegiatan-kegiatan tidak sihat.

Rekreasi juga berkait rapat dengan karnival ini. Rekreasi perlu dilihat sebagai satu

aktiviti yang terancang dan mampu memenuhi masa lapang. Pemilihan permainan

yang sesuai bertujuan untuk mendapatan keseronokan, ketenangan minda, dan

merehatkan badan. Ia akan memberikan kesan dan impak yang positif terhadap

aspek jasmani terumanya, selain daripada rohani dan intelektual.

Permainan tradisional yang mendapat pilihan ini kerana permainan tradisional juga

sebagai satu cara untuk berekreasi.

Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu.

Permainan ini diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Bahan dan sumber

yang digunakan juga adalah kebiasaanya berada dalam persekitaran kita. Seperti

contoh kita tidak memerlukan kos untuk membeli upih pinang, sebaliknya hanya

perlu meminta daripada mereka yang mempunyai poko pinang yang mempunyai

upih yang sesuai.

Secara keseluruhannya, Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini dapat

dijalankan dengan lancar dan mengikut apa yang telah dirancang. Sepanjang

karnival tersebut berlangsung, tiada masalah besar yang timbul seperti pergaduhan

atau penyalah gunaan bahan, sungguhpun mereka, iaitu peserta mahukan

kemenangan berpihak kepada mereka. Peralatan yang ada pada alam sekeliling kita

yang digunakan dapat menjimatkan kos dan memberikan banyak kelebihan.

Page 12: Refleksi pjm3112

5.0 RUJUKAN

HBPE3403 Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Omardin Ashaari (1998) Siri Pengurusan Dan Pentadbiran Utusan, Pengurusan

Sukan. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

Wee Eng Hoe (1994) Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan

Jasmani. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti.