refleksi-pj.docx

Upload: vimala-visha

Post on 03-Mar-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

RefleksiTerima kasih pensyarah yang banyak memberi panduan kepada saya sepanjang menyediakan tugasan ini. Beliau memberi penerangan yang cukup baik kepada kami untuk membuat tugasan dengan sempurna. Beliau juga memotivasikan kami untuk menghadapi pelbagai cabaran yang menghadapi semasa membuat tugasan PJ. Tidak lupa juga rakan sekelas saya yang sanggup berkongsi maklumat dengan saya. Saya juga bertanya tentang sebarang persoalan yang mengelirukan saya. Tanpa berasa sebarang keberatan mereka sanggup menolong saya untuk menghabiskan tugasan ini.

Sebelum penyediaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) saya menghadapai masalah dalam mencari dan memilih tajuk yang sesuai untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi murid-murid di mana saya telah diberikan satu format yang telah ditetapkan iaitu penyediaan RPH KSSR Tahun 2 dan RPH KBSR Tahun 4. Justeru, bagi mengatasi masalah ini saya telah berusaha dengan usaha saya sendiri mencari dan mengakses maklumat yang berkaitan melalui laman web Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan (KBSR) yang telah disediakan khusus untuk murid-murid sekolah rendah. Hasilnya, saya berjaya mendapatkan bahan-bahan atau dokumen-dokumen yang diperlukan bagi penyediaan RPH ini. Melalui dokumen standard dan modul pengajaran yang telah saya perolehi saya memilih dan menentukan tajuk yang bersesuaian dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan dokumen tersebut. Kesimpulannya, dokumen-dokumen dan modul ini telah membantu saya dalam merancang sekaligus berjaya menyediakan RPH yang lengkap berpandukan dokumen dan modul yang diperolehi itu. Setelah menyediakan RPH yang lengkap saya melakukan amali PJ yang dipantau oleh pensyarah saya. Walaupun RPH yang saya buat mengandungi beberapa kesalahan pensyarah saya tegur dengan cara yang baik. Saya juga berbincang bersama kawan-kawan saya tentang kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengajar murid-murid. Kesimpulannya, adalah menjadi harapan saya agar setiap kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan yang dinyatakan mampu membantu meningkatkan kompetensi saya sebagai seorang bakal guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dengan lebih baik dan mampu mengajar dan mendidik murid-murid agar tidak ketinggalan atau tersisih daripada menguasai kemahiran-kemahiran yang patut mereka kuasai untuk menjadikan mereka sebagai insan yang mampu berdikari. Akhirnya saya dapat menghabiskan kerja kursus dengan berjaya. Sekian terima kasih.

KERTAS SOALAN

TUGASAN 1(RPH KBSR)

TUGASAN 1(RPH KSSR)

REFLEKSI

RUJUKAN