refleksi pj

10
Refleksi Stail A Stail A merupakan stail arahan. Bentuk stail ini berprinsipkan guru berautokratik dan berpusatkan guru. Maksudnya, guru mempunyai tanggungjawab dalam membuat keputusan manakala murid hanya menerima arahan daripada guru sahaja dan bertindak mengikut kehendak guru. Stail ini kerap digunakan oleh guru-guru di sekolah kerana menerusi stail ini hasil pembelajarannya dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. Selain itu, stail ini juga selamat digunakan bagi murid-murid sekolah rendah agar guru dapat mengawal mereka dengan baik. Murid- murid akan melaksanakan arahan yang diberi oleh guru. Dengan ini, guru dapat memastikan murid melaksanakan aktiviti yang dirancang agar dapat mencapai objektif pembelajaran. Objektif bagi stail arahan ini adalah ketepatan tindak balas, kepatuhan kepada model, pemeliharaan standard estetik, keseragaman para murid, keselamatan para murid, mendapatkan tindak balas yang segera terhadap rangsangan, penonjolan semangat kumpulan, menggunakan masa dengan efisyen, dan meliputi banyak material. Saya telah memahami stail ini dengan lebih mendalam apabila ia dibentangkan oleh kumpulan Atie, Shahirah, dan Waniey. Ciri-ciri stail ini adalah stail ini berpusatkan guru, komunikasi sehala di mana guru sahaja yang akan berkomunikasi dengan para murid. Murid-murid akan melaksanakan arahan yang diberi oleh guru dan proses pembelajaran dan pemudahcaraan berlaku tanpa perbincangan. Guru juga berperanan sebagai model bagi membuat demonstrasi serta tunjuk ajar tentang pengajaran yang hendak diajar. Melalui pembentangan stail A ini, saya telah mendapat input mengenai kekuatan dan kelemahan stail arahan ini. Kekuatannya yang

Upload: yvonne-hew

Post on 17-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi PJ

Refleksi Stail A

Stail A merupakan stail arahan. Bentuk stail ini berprinsipkan guru berautokratik dan

berpusatkan guru. Maksudnya, guru mempunyai tanggungjawab dalam membuat keputusan

manakala murid hanya menerima arahan daripada guru sahaja dan bertindak mengikut

kehendak guru. Stail ini kerap digunakan oleh guru-guru di sekolah kerana menerusi stail ini

hasil pembelajarannya dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. Selain itu, stail ini juga

selamat digunakan bagi murid-murid sekolah rendah agar guru dapat mengawal mereka

dengan baik. Murid-murid akan melaksanakan arahan yang diberi oleh guru. Dengan ini, guru

dapat memastikan murid melaksanakan aktiviti yang dirancang agar dapat mencapai objektif

pembelajaran.

Objektif bagi stail arahan ini adalah ketepatan tindak balas, kepatuhan kepada model,

pemeliharaan standard estetik, keseragaman para murid, keselamatan para murid,

mendapatkan tindak balas yang segera terhadap rangsangan, penonjolan semangat kumpulan,

menggunakan masa dengan efisyen, dan meliputi banyak material.

Saya telah memahami stail ini dengan lebih mendalam apabila ia dibentangkan oleh

kumpulan Atie, Shahirah, dan Waniey. Ciri-ciri stail ini adalah stail ini berpusatkan guru,

komunikasi sehala di mana guru sahaja yang akan berkomunikasi dengan para murid. Murid-

murid akan melaksanakan arahan yang diberi oleh guru dan proses pembelajaran dan

pemudahcaraan berlaku tanpa perbincangan. Guru juga berperanan sebagai model bagi

membuat demonstrasi serta tunjuk ajar tentang pengajaran yang hendak diajar.

Melalui pembentangan stail A ini, saya telah mendapat input mengenai kekuatan dan

kelemahan stail arahan ini. Kekuatannya yang akan diperolehi jika guru mengamalkan stail ini

adalah guru dapat mengelakkan berlakunya kepesongan kandungan pelajaran yang hendak

disampaikan dan tidak akan berlaku sebarang perubahan kalau murid-murid mengikutinya

dengan betul. Guru dapat mengawal kelas secara berkesan dan juga melakukan persembahan

fizikal dengan baik. Guru dapat memastikan murid-murid memahami maklumat yang ingin

disampaikan olehnya. Selain itu, guru dapat menghasilkan keseragaman di antara pelajar,

memudahkan pembelajaran pelajar tentang isi kandungan pembelajaran dan pemudahcaraan

dan memadatkan kandungan pelajaran seperti membahagikan kemahiran kepada unit-unit yang

lebih kecil.

Kelemahan yang dapat saya fahami bagi stail arahan ini ialah, stail ini mementingkan

komunikasi sehala sahaja dan guru tidak memberi peluang kepada murid untuk menyuarakan

Page 2: Refleksi PJ

pendapat mereka. Dengan ini, murid akan berasa kurang berminat dan tidak dihargai di dalam

kelas. Guru juga tidak mengambil kira atas perbezaan individu dengan mengeluarkan perintah

atau arahan terus. Ini kerana setiap murid mempunyai tahap perkembangan fizikal, kognitif dan

sosial yang berbeza. Murid-murid yang menghadapi kesukaran untuk mengikuti arahan guru

akan berasa ketinggalan dan murid-murid yang perkembangannya melebihi aktiviti yang

dijalankan akan berasa bosan. Bukan begitu sahaja, stail ini juga memberi peluang untuk guru

menyalahgunakan kuasa. Stail ini juga murid-murid untuk mengeluarkan idea mereka secara

kreatif dan guru juga kurang memotivasikan pelajar dalam pertukaran buah fikiran antara satu

sama lain. Guru harus bijak dalam menggunakan stail ini agar semua murid dapat menyerap

input yang ingin disampaikan.

Bagi pengajaran mikro yang dijalankan untuk stail ini, kumpulan Atie, Shahirah, dan

Waniey telah memulakan dengan aktiviti pertama iaitu pergerakan lokomotor yang pelbagai.

Mereka telah memberikan arahan kepada murid untuk berjalan seperti monyet, melompat

seperti mayat, dan sebagainya. Murid-murid telah melaksanakan pergerakan-pergerakan

tersebut mengikut arahan guru dan berhenti apabila mendapat arahan.

Aktiviti kedua yang dijalankan adalah aktiviti mengenal anggota tubuh badan. Setelah

membahagikan murid kepada beberapa kumpulan, guru telah memberikan arahan kepada

murid untuk melekatkan anggota badan mereka mengikut arahan guru. Contohnya, ‘Gam’ lutut.

Murid-murid akan melekatkan lutut-lutut mereka sekali.

Bagi aktiviti kemuncak, guru telah mengadakan permainan ‘Gam Badan’. Guru

memberikan arahan kepada murid-murid untuk berjalan seperti gorilla, bergalop seperti kuda,

dan lain-lain. Selepas itu, guru akan memberi arahan gam lutut empat orang pula. Murid-murid

akan mencari pasangan empat orang untuk melakukan aktiviti tersebut. Murid yang tidak

sempat mencari pasangan akan disingkirkan. Aktiviti ini diteruskan dengan pelbagai arahan

sehingga kumpulan yang tinggal diisytiharkan sebagai pemenang.

Kesimpulannya, selepas melihat pembentangan dan pengajaran mikro bagi stail A iaiitu

stail arahan ini, saya telah mendapat konklusi bahawa stail ini merupakan stail yang senang

untuk guru aplikasikan di dalam kelas kerana guru mempunyai kawal penuh terhadap aktiviti-

aktiviti yang dijalankan. Namun begitu, guru harus bijak dalam melaksanakan stail ini agar tiada

murid yang ketinggalan dan guru dapat menarik minat murid untuk mengambil bahagian aktif.

Page 3: Refleksi PJ

Refleksi Stail B

Stail B dikenali sebagai stail latihan. Stail latihan merupakan satu kaedah di mana guru

memberi latihan tubi dan latihan ansur kepada murid-murid agar mereka dapat menguasi

kemahiran yang ingin diajarkan dengan baik. Sepanjang latihan dijalanakn, guru akan

memerhatikan prestasi murid-murid dan memberikan maklum balas kepada mereka.

Objektif stail latihan adalah untuk mewujudkan hubungan baru antara guru dengan

murid, murid dengan tugasan, dan di antara murid-murid sendiri. Murid-murid juga

mempraktikkan tugasan seperti yang didemonstrasikan atau yang telah diterangkan. Stail ini

juga bertujuan untuk membantu murid menyedari melalui pengalaman mereka sendiri bahawa

prestasi adalah berkaitan dengan masa dan juga menyedari bahawa prestasi yang baik dan

cekap boleh dicapai dengan pengulangan tugasan dan pengetahuan keputusan. Stail ini juga

mendorong murid-murid untuk menyedari melalui pengalaman bahawa pengetahuan keputusan

diperolehi melalui berbagai bentuk maklumbalas yang diberikan oleh guru.

Peranan guru dalam dalam stail ini adalah guru bersedia menjawab soalan murid dan

membuat maklumat tentang persembahan murid dan memberi maklum balas secara individu.

Manakala peranan murid ialah untuk menjalankan tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu,

peranan murid ialah untuk membuat 9 keputusan berdasarkan kedudukan, tempat, susunan

tugasan, kadar kemajuan, masa permulaan setiap tugasan, masa tamat setiap tugasan, masa

rehat, penonjolan dan mengajukan soalan untuk penjelasan.

Kekuatan yang dapat saya fahami bagi Stail B ini ialah isi pelajaran yang diajar adalah

tetap dan tidak berubah. Oleh itu, isi pelajaran mudah untuk dipelajari oleh murid. Guru

memberi masa dan peluang kepada murid-murid untuk melakukan sendiri aktiviti dengan tetap

dan mengikut panduan. Selain itu, guru dapat menegur dan menunujuk cara jika ada kesilapan

dan secara langsung dapat mendampingi pelajar di dalam kelas. Dalam stail ini juga wujud

komunikasi secara dua hala iaitu antara guru dengan murid, murid dengan murid. Menerusi stail

ini juga guru memberi peluang pelajar membuat keputusan sendiri. Ini dapat

memperkembangkan daya kreativiti pelajar secara maksimum.

Bagi aspek kelemahan pula, stail ini menyebabkan murid cepat meyelesaikan masalah

sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran sebenar tamat. Ini kerana guru memebrikan

kebebasan masa kepada mereka. Dalam stail ini juga, perkembangan minda atau kognitif murid

kurang digunakan dan segelintir murid akan merasa terkongkong kerana terkongkong dengan

Page 4: Refleksi PJ

aktiviti yang dijalankan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan tertumpu kepada maklum balas guru

dan murid tidak dapat motivasi dari guru akibat menjalankan aktiviti sendiri.

Selepas melihat perbentangan stail latihan ini di dalam kelas, saya mendapat tahu

bahawa stail latihan ini dapat memberikan peluang kepada murid membuat aktiviti dengan

bebas dan menentukan keputusan mereka sendiri. Guru juga lebih percaya kepada murid.

Menerusi stail ini, murid dapat memahami yang mereka akan dapat menguasai sesuatu

kemahiran itu menerusi latihan tubi.

Dalam kelas pengajaran mikro, stail ini dibentangkan oleh Asyraf dan Putra. Dalam

pengajaran mikro mereka, mereka telah mengajar kemahiran membaling bola. Bagi aktiviti

pertama mereka, mereka telah menjalankan latihan melambung bola dalam kumpulan. Aktiviti

ini bertujuan sebagai latihan untuk murid menguasai kemahiran melambung bola. Aktiviti

dijalankan di dalam peringkat di mana jarak antara murid semakin jauh dan murid harus

melambung bola dengan lebih kuat dan tepat.

Bagi aktiviti kemuncak pula, mereka telah mengajar permainan bola beracun.

Kemahiran melambung bola telah diaplikasikan apabila pembaling cuba membaling bola pada

kaki pihak lawan. Murid-murid bertukar-tukar peranan untuk menjadi pembaling. Ini memberi

peluang kepada semua murid untuk mengaplikasikan kemahiran yang telah mereka kuasai.

Kesimpulannya, stail B iaitu stail latihan ini sesuai untuk digunakan untuk memupuk

kesedaran yang latihan berterusan adalah perlu untuk menguasai sesuatu kemahiran itu.

Bagaimanapun, guru harus sentiasa bersedia untuk membimbing murid dalam melakukan

aktiviti latihan mereka. Sebagai guru yang baik, kita harus melengkapkan diri dengan

pengetahuan yang banyak dan sentiasa mengalakkan murid-murid untuk melakukan latihan

agar dapat menguasai kemahiran dengan baik.

Page 5: Refleksi PJ

Refleksi Stail C

Stail C merupakan stail gandingan (reciprocal). Stail bergandingan ini adalah satu

teknik pengajaran yang mewujudkan tiga hubungan penting iaitu antara pelaku dan pemerhati

serta guru. Peranan guru adalah untuk menjadikan semua subjek menjadi subjek utama,

mewujudkan kriteria dan membuat keputusan yang logik dan bagi mewujudkan maklum balas

kepada pemerhati. Pelaku dan pemerhati akan berkomunikasi dan berinteraksi melalui maklum

balas yang mereka peroleh sepanjang tempoh melakukan tugasan tersebut. Manakala guru

akan melihat dan pemerhati sahaja yang boleh berinteraksi dengan guru.

Dua objektif stail C ini adalah berasaskan kepada kandungan isi pembelajaran dan

objektif instrinstik (tingkahlaku pelajar). Objektif berasaskan kepada kandungan isi

pembelajaran ialah pelajar dapat mengulangi peluang-peluang untuk melakukan tugasan

secara spesifik dengan pemerhatian secara peribadi, berlatih dengan pengawasan, dapat

membolehkan mengenal pasti persamaan dan perbezaan sesuatu langkah dan mengenal pasti

kesalahan dan membetulkannya. Objektif intrinsik iaitu tingkah laku murid adalah

mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi, murid dapat melatih kemahiran komunikasi

untuk mengembangkan hubungan reciprocal, belajar untuk mengkritik dan menerima pendapat

daripada rakan dan mengembangkan sikap sabar, toleransi dan menerima kekurangan orang

lain dalam perlakuan, mengembangkan empati, mempelajari perilaku sosial belajar

mempercayai orang lain dan merasai perasaan melihat rakan yang lain berjaya.

Dalam pembentangan stail ini oleh kumpulan Izzat, Komalan, dan Nik, saya telah

mendapati bahawa stail C ini merupakan stail berpasangan yang melibatkan pemerhati dan

pelaku, pemerhati dapat menegur dan membaiki kesilapan pelaku. Stail ini berpusatkan kepada

murid berdasarkan tugasan yang diberi oleh guru. Dalam stail ini, guru berperanan sebagai

fasilitator dan murid akan memainkan peranan sebagai pelaku dan pemerhati dalam aktiviti.

Peranan guru dalam stail gandingan ini adalah untuk memantau pemerhati, menjawab

soalan pemerhati, mengawal konflik yang wujud diantara pemerhati dan pelaku, dan

menerangkan tentang kad kriteria. Manakala peranan pelaku adalah sebagai pelaku yang

melakukan aktiviti yan diberikan oleh guru. Pelaku akan mengikut arahan dalam kad kriteria,

menerima maklum balas daripada pemerhati serta boleh mengemukakan soalan dan

berkomunikasi dengan pemerhati sahaja. Pemerhati pula, berperanan untuk menilai prestasi

pelaku dan buat kesimpulan mengenai prestasi pelaku, memberi pendapat kepada pelaku. Jika

perlu, pemerhati perlu berkomunikasi dengan guru.

Page 6: Refleksi PJ

Kekuatan yang terdapat dalam stail C ini adalah wujudnya hubungan sosial antara

pemerhati dan pelaku. Guru yang mengamalkan stail ini juga sedar akan kepentingan mengajar

murid untuk memberi maklum balas antara satu sama lain serta mencapai objektifnya. Dalam

stail ini, guru dapat mengembangkan perlakuan dan menggunakan masa yang mencukupi

terhadap murid dalam mengambil keputusan tambahan. Murid juga boleh mengembangkan nilai

aktif mereka dalam proses pembelajaran dan di samping itu, murid juga boleh meluangkan

masa belajar dengan penggunaan kertas kriteria dalam hubungan reciprocal tanpa kehadiran

guru.

Kelemahan-kelemahan yang saya fahami daripada stail C ialah kesukaran untuk

memilih pasangan yang sesuai. Jika pasangan yang dipilih tidak dapat bekerjasama dengan

baik, kemungkinan terjadinya konflik antara pasangan. Selain itu, stail ini juga hanya sesuai

untuk mereka yang memerlukan bimbingan rakan sebaya. Stail ini adalah berasaskan maklum

balas antara pemerhati dan pelaku. Oleh itu, berkemungkinan akan wujud ketidakselesaan jika

terdapat pelajar yang tidak suka apabila ditegur semasa aktiviti. Disebabkan ini stail ini tidak

begitu digalakkan dalam kaedah pengajaran di dalam kelas.

Pengajaran mikro yang dijalankan berdasarkan stail ini dimulakan dengan aktiviti

memanipulasi bola dengan melantun bola dan membuat hantaran. Guru mendemonstrasikan

dahulu aktiviti tersebut dan seterusnya dilakukan oleh murid. Bagi bahagian kemuncak, guru

melakukan aktiviti permainan ‘Siapa Cepat Dia Dapat’. Murid dikehendaki mengelecek bola

dalam garisan zig zag dengan cepat.

Melalui pemerhatian saya, aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran mikro ini tidak

menepati stail C. Ini kerana tidak wujud pihak guru, pemerhati, dan pelaku. Tidak berlaku juga

maklum balas antara guru dan pemerhati serta pemerhati dengan pelaku. Pengajaran mikro

tersebut lebih menjurus kepada stail arahan atau latihan. Bagi menjalankan pengajaran mikro

yang betul, guru harus mewujudkan peranan pemerhati dan pelaku serta memastikan

berlakunya maklum balas antara kedua pihak ini.

Kesimpulannya, pada pendapat saya stail ini tidaklah begitu sesuai digunakan di dalam

kelas kerana tidak semua murid dapat menerima pendapat dan maklum balas daripada murid

lain. Jika guru menggunakan stail in, guru harus bijak dalam mengendalikan kelas agar maklum

balas yang diberi dapat disampaikan dan objektif pembelajaran tercapai.

Page 7: Refleksi PJ

Refleksi Stail K

Sebelum konsep stail K dijelaskan dengan lebih terperinci, Mosston dan Ashworth dalam buku

mereka, “Teaching Physical Education” menekankan bahawa stail ini tidak wujud dalam bilik

darjah (Mosston & Ashworth, 2002). Ini bermaksud bahawa stail ini hanya berlaku apabila murid

telah menguasai kemahiran asas sesuatu yang telah dipelajari dan mempunyai inisiatif sendiri

untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam.

Pembelajaran arahan-kendiri ialah kaedah pembelajaran yang memberikan kebebasan

kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran tanpa kawalan berterusan daripada guru. Guru

akan bertindak sebagai pemerhati sahaja. Murid akan memainkan peranan sebagai guru dan

sebagai murid dan membuat keputusan dalam 3 fasa iaitu pra-impak, impak dan pasca-impak.

Murid akan menetapkan sendiri apa yang akan dipelajari dan menetapkan pendekatan sendiri

untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Murid diberikan hak untuk membuat keputusan

sendiri. Contoh aktiviti yang sesuai ialah melakukan kemahiran servis bola tampar yang

pelbagai. Murid akan menetapkan sendiri objektif yang ingin dicapainya dalam melakukan

servis yang pelbagai. Misalnya murid ingin melakukan 2 daripada 3 kemahiran servis bola

tampar dengan betul.

Dalam stail ini, murid mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan dalam

pembelajaran yang diikutinya dan melaksanakan keputusan tersebut (Dikson,1987). Menurut

beliau lagi, bahan-bahan pembelajaran arahan-kendiri merangkumi bahan-bahan bercetak,

audio, video, permainan dan bahan-bahan berasaskan komputer. Bahan-bahan tersebut boleh

didapati dari tiga sumber, iaitu bahan-bahan autentik, bahan yang boleh didapati di pasaran dan

bahan yang disediakan oleh guru. Setiap bahan mestilah memenuhi syarat iaitu, memberi

kebebasan kepada pelajar untuk membuat pilihan terhadap tugasan yang dikehendaki dan

seterusnya menerima maklum balas terhadap tugasan yang dilakukan oleh mereka

(Sheerin,1991). Situasi pembelajaran arahan-kendiri ini bermakna pelajar boleh menggunakan

sendiri bahan tersebut tanpa memerlukan bantuan guru. Beberapa kajian telah membuktikan

bahawa pembelajaran arahan-kendiri adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran

konvensional. Menurut kajian Gray (1987) didapati bahawa pelajar yang diberi peluang

mengawal pelajarannya sendiri mendapat skor yang lebih baik dalam ujian serta-merta, jika

dibandingkan dengan pelajar yang mengikuti pelajaran yang dikawal oleh perisian komputer, ini

adalah kerana pelajar memainkan peranan yang aktif semasa pembelajaran sedang berlaku.

Page 8: Refleksi PJ

Objektif stail ini adalah untuk menjadikan guru sebagai pemerhati kepada murid sahaja.

Murid diberi peluang untuk menentukan apa yang ingin dipelajari dan bagaimana mereka akan

mempelajari kemahiran tersebut. Murid akan memainkan peranan sebagai guru dan sebagai

murid dan membuat keputusan dalam 3 fasa iaitu pra-impak, impak dan pasca-impak. Murid

juga menetapkan pendekatan sendiri yang mereka rasa sesuai untuk mencapai objektif

pembelajaran mereka.

Selain itu, murid juga diberi peluang untuk merancang program atau aktiviti

pembelajaran yang akan dijalankan. Ini dapat meningkatkan minat murid untuk belajar dan

menguasai kemahiran yang ingin dipelajari. Murid akan menetapkan tugasan serta

penyelesaian. Guru hanya sebagai pemerhati dan murid juga akan menentukan tahap

penglibatan guru dalam proses pembelajaran mereka.

Murid akan memulakan pengalaman belajar mereka sendiri, mereka proses

pembelajaran mereka, mejalankan proses pembelajaran, dan menilai sendiri hasil pembelajaran

mereka. Stail ini dapat menguji kemahiran berfikir murid merangka pembelajaran mereka

sendiri tetapi ia juga terhad dan boleh menyebabkan guru tidak dapat mengawal kelas. Oleh itu,

stail ini tidak sesuai digunakan di dalam kelas untuk jangka masa yang panjang.

Kebaikan dalam stail K ialah stail K tidak sesuai digunakan di dalam bilik darjah tetapi

melalui stail K seorang guru dapat meningkatkan kreativiti murid-muridnya. Ini berlaku kerana

murid diberi peluang untuk merangka sendiri proses pembelajaran mereka. Selain itu, murid

juga akan menjadi lebih berminat untuk belajar di dalam kelas jika mereka diberi peluang sekali

sekala untuk menentukan proses pembelajaran mereka pada hari tersebut.

Kelemahannya pula adalah penggunaan stail K di dalam kelas adalah kurang sesuai

dan terhad. Satu kajian berkaitan kawalan pengguna telah dilaksanakan oleh Avnerimoore dan

Smith (1980). Dalam kajian tersebut pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan mengikuti pelajaran dari satu langkah ke satu langkah dengan dikawal oleh

perisian komputer. Satu kumpulan lagi diberi kebebasan sepenuhnya mengawal bahan

pembelajaran. Hasil dari kajian tersebut didapati perbezaan yang ketara. Kumpulan yang

belajar dengan kawalan perisian komputer mendapat pencapaian yang lebih baik. Implikasi

kajian ini menunjukkan bahawa kebebasan kepada pengguna untuk mengikuti pembelajaran

arahan-kendiri ada hadnya.

Bagi pengajaran mikro, kami telah menjalankan aktiviti daya tahan otot dan memukul

bola menggunakan kayu besbal. Dengan berdasarkan stail ini, murid diberi kebebasan untuk

Page 9: Refleksi PJ

merancang sendiri aktiviti mereka. Guru telah memberitahu aktiviti yang akan dijalankan dan

murid sendiri akan memilih bagaimana dan macam mana mereka akan menjalankannya. Bagi

aktiviti kemuncak iaitu permain ‘Hit and Run’, guru akan memberitahu permainan yang akan

dimainkan dan murid boleh merancang dan memilih kumpulan sendiri untuk menjalankan

permainan tersebut. Murid juga boleh melantik sesorang ketua untuk mengelola permainan

tersebut.

Kesimpulannya, stail K ini kurang sesuai untuk digunakan di dalam kelas dan ia adalah

sukar untuk murid mencapai objektif pembelajaran melalui stail ini. Walaubagaimanapun, dalam

proses menjalankan kerja kursus dan pengajaran mikro ini, saya telah memperoleh

pengalaman yang banyak dan berguna. Saya bukan sahaja dapat memahami pelbagai stail

daripada A ke K malahan juga dapat menjalankan aktiviti pengajaran mikro dengan jayanya.

Ilmu yang telah saya peroleh sememangnya amat berguna untuk masa depan saya di sekolah

kelak. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Encik

Sabri bin Tan atas bimbingan beliau sepanjang kerja kursus ini.