refleksi permainan bola tampar

Upload: ryan-boolala

Post on 03-Apr-2018

382 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Refleksi Permainan Bola Tampar

    1/1

    REFLEKSI PERMAINAN BOLA TAMPAR

    MOHD SHAH REZA B ABD RAZAK

    820727-01-5857

    Alhamdulillah, setelah beberapa bulan mempelajari permainan bola tampar di

    semester ini, saya berjaya mengikuti kelas yang diadakan dengan jayanya.

    Permainan bola tampar ini merupakan permainan kegemaran saya ketika dibangku

    sekolah lagi. Oleh sebab itu, saya cukup teruja untuk meneruskan kembali

    permainan yang telah saya tinggalkan lama dahulu. Bola tampar ialah permainan

    berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukandibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Disini saya telah

    mempelajari bagaimana berkerjasama dengan rakan sepasukan.

    Sepanjang proses P&P berlangsung, banyak input baru yang diperoleh.

    Pensyarah juga banyak menegur dan memperbaiki kelemahan yang dilakukan

    sepanjang pengajaran. Antara kemahiran-kemahiran yang telah diajar dalam

    permainan bola tampar ini ialah menyangga, merejam ,membuat servis, dan

    membuat halangan. Kemahiran yang diajar juga agak mencabar kerana tidak semua

    kemahiran telah saya pelajari dahulu. Yang pasti, kesukaran itulah yang

    membuatkan saya lebih komited untuk mempelajari teknik- teknik yang betul dan

    sempurna. Setakat ini, saya merasakan bahawa saya masih perlu banyak berlatih

    bagi mempertajamkan skil dan kemahiran yang diberikan. Saya cukup gembira dan

    berpuas hati dengan subjek permainan kali ini. Oleh kerana itu, saya ingin

    mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan rakan- rakan yang

    banyak membantu sepanjang proses pembelajaran ini. Setiap ilmu yang diperoleh

    akan saya gunakan untuk kebaikan di masa akan datang