refleksi permainan bola tamar

Upload: wan-amir-iskandar-ismadi

Post on 14-Apr-2018

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Refleksi Permainan Bola Tamar

    1/1

    REFLEKSI PERMAINAN BOLA TAMARAlhamdulillah, setelah beberapa bulan mempelajari permainan bola tampar di

    semester ini. Saya berjaya mengikuti kelas yang diadakan dengan jayanya. Permainan

    bola tampar ini merupakan permainan kegemaran saya ketika dibangku sekolah lagi.

    Oleh sebab itu, saya cukup teruja untuk meneruskan kembali permainan yang telah

    saya tinggalkan lama dahulu.

    Sepanjang proses P&P berlangsung, banyak input baru yang diperoleh.

    Pensyarah juga banyak menegur dan memperbaiki kelemahan yang dilakukan

    sepanjang pengajaran mikro. Kemahiran yang diajar juga agak mencabar kerana tidak

    semua kemahiran telah saya pelajari dahulu. Yang pasti, kesukaran itulah yang

    membuatkan saya lebih komited untuk mempelajari teknik- teknik yang betul dan

    sempurna terutamanya dalam gaya menyanggah. Setakat ini, saya merasakan bahawa

    saya masih perlu banyak berlatih bagi mempertajamkan skil dan kemahiran yang

    diberikan.

    Saya cukup gembira dan berpuas hati dengan subjek permainan kali ini. Oleh

    kerana itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan

    rakan- rakan yang banyak membantu sepanjang proses pembelajaran ini. Setiap ilmu

    yang diperoleh akan saya gunakan untuk kebaikan di masa akan datang.