refleksi perkhemahan

5
Program Perkhemahan Perdana Pasukan Unit Beruniform IPGKTB yang dijalankan pada 12 Oktober 2015 hingga 15 Oktober di Tapak Perkhemahan Selama, Perak telah disempurnakan dengan lancar dengan kerjasama pihak pengurusan dan bimbingan pensyarah. Pasukan kami, iaitu Pasukan Pandu Puteri Kadet telah merancang dan membuat persediaan yang secukupnya untuk menyediakan semua bahan dan barangan yang diperlukan untuk menjayakan perkhemahan ini. Sempena perkhemahan tersebut, kami telah menjalankan aktiviti pemasangan khemah, taklimat dan latihan istiadat Pandu Puteri, Aktiviti Origami dan pembinaan model, aktiviti ikatan patung, aktiviti body rafting, masakan rimba dan aktiviti malam kebudayaan. Sepanjang perkhemahan ini dilaksanakan, saya telah menimba banyak pengalaman yang berharga. Terdapat banyak kekuatan yang dapat diperoleh daripada program perkhemahan ini. Pertama sekali, unsur- unsur seperti bekerjasama, tolong-menolong dan keikhlasan jelas terpamer dan kelihatan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, semasa kerja masakan rimba dijalankan, semua ahli patrol berkerjasama dan bersikap rajin menjalankan tugas masing-masing. Sikap kerjasama amat penting supaya dapat memudahkan kerja dan meningkatkan kualiti hasil kerja. Ini dapat memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara berkumpulan. Sifat kesabaran, bertolak ansur dan tolong menolong dalam melakukan setiap aktiviti juga dapat melahirkan guru yang berwibawa. Seterusnya, program ini

Upload: lihui-goh

Post on 20-Feb-2016

288 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

perkhemahan perdana unit beruniform

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi perkhemahan

Program Perkhemahan Perdana Pasukan Unit Beruniform IPGKTB

yang dijalankan pada 12 Oktober 2015 hingga 15 Oktober di Tapak

Perkhemahan Selama, Perak telah disempurnakan dengan lancar dengan

kerjasama pihak pengurusan dan bimbingan pensyarah. Pasukan kami, iaitu

Pasukan Pandu Puteri Kadet telah merancang dan membuat persediaan

yang secukupnya untuk menyediakan semua bahan dan barangan yang

diperlukan untuk menjayakan perkhemahan ini. Sempena perkhemahan

tersebut, kami telah menjalankan aktiviti pemasangan khemah, taklimat dan

latihan istiadat Pandu Puteri, Aktiviti Origami dan pembinaan model, aktiviti

ikatan patung, aktiviti body rafting, masakan rimba dan aktiviti malam

kebudayaan. Sepanjang perkhemahan ini dilaksanakan, saya telah menimba

banyak pengalaman yang berharga.

Terdapat banyak kekuatan yang dapat diperoleh daripada program

perkhemahan ini. Pertama sekali, unsur-unsur seperti bekerjasama, tolong-

menolong dan keikhlasan jelas terpamer dan kelihatan dalam setiap aktiviti

yang dianjurkan. Contohnya, semasa kerja masakan rimba dijalankan, semua

ahli patrol berkerjasama dan bersikap rajin menjalankan tugas masing-

masing. Sikap kerjasama amat penting supaya dapat memudahkan kerja dan

meningkatkan kualiti hasil kerja. Ini dapat memupuk semangat berpasukan

dalam melaksanakan kerja secara berkumpulan. Sifat kesabaran, bertolak

ansur dan tolong menolong dalam melakukan setiap aktiviti juga dapat

melahirkan guru yang berwibawa. Seterusnya, program ini dapat

menwujudkan perhubungan erat dan dinamis antara guru-guru pelatih.

Contohnya, kami dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa

menjalankan tugas. Hal ini membolehkan kami mempelajari kemahiran

berkomunikasi. Program perkhemahan ini sememangnya menyintil atau

menyelitkan nilai-nilai yang dikehendaki dalam diri setiap peserta. Nilai seperti

kasih sayang, sabar, berdikari dan sebagainya dapat dipelajari oleh setiap

peserta. Sudah tentu nilai-nilai murni ini dapat mematarbatkan profesion

perguruan kami.

Sepanjang program ini dijalankan, saya mendapati terdapat beberapa

kelemahan yang wujud. Pertama sekali adalah kekurangan kepekaan

terhadap penyelesaian situasi kecemasan. Contohnya, apabila pasukan kami

Page 2: refleksi perkhemahan

ingin memulakan aktiviti masakan rimba, hujan telah turun dengan lebat. Hal

ini telah menyukarkan pelaksanaan aktiviti ini kerana kami tidak mempunyai

persiapan yang awal seperti menyediakan payung atau sebarang barang

yang boleh digunakan untuk melindungi bahan dan alatan masak daripada

hujan. Hal ini telah membazirkan banyak masa untuk aktiviti tersebut, kerana

hujan telah membasahkan kayu dan mancis yang diperlukan untuk

menghasilkan api. Akibatnya, kami terpaksa mencarikan kayu yang kering

untuk meneruskan aktiviti tersebut. Selain itu, kelemahan yang seterusnya

adalah kekurangan kepekaan terhadapt tanggungjawab sendiri dalam tugas

pembersihan. Disebabkan tiga pasukan Unit Beruniform mempunyai aktiviti

yang berlainan, maka Ketua kebersihan induk tidak dapat mengingati setiap

orang untuk bertugas. Oleh demikian, terdapat sesetengah ahli yang tidak

menjalankan tanggungjawab sendiri untuk membersihkan tapak

perkhemahan.

Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan yang dinyatakan di atas,

saya mengariskan beberapa cadangan penambahbaikan bagi program ini.

Pada pendapat saya, persediaan yang kedua untuk masalah hujan amat

penting bagi memastikan setiap aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Oleh

itu, semua ahli patut ada kesedaran tentang perkara ini dan dapat membuat

persediaan sekiranya menghadapi masalah hujan bukan sahaja untuk aktiviti

masakan rimba malahan semua aktiviti terutama aktiviti luar. Selain itu, bagi

menjalankan tugas mengikut jadual, saya mencadangkan setiap sesi perlu

melantik seorang ketua sesi untuk mengumpulkan semua ahli yang bertugas.

Hal ini dapat membantu Ketua AJK yang terlibat dengan aktiviti tertentu.

Seterusnya, program perkhemahan ini telah memberi peluang kepada

para peserta untuk mempraktikkan pengetahuan yang diperoleh dalam Unit

Beruniform masing-masing. Dalam pasukan saya, kami telah mempelajari

dan melatih pelbagai istisdat-istiadat penting dalam Pasukan Pandu Puteri

Tunas. Ilmu ini penting apabila kami bertugas di sekolah pada masa depan.

Selain itu, perkhemahan ini turut memberi peluang kepada para pserta untuk

mengalami aktiviiti lasak. Antara yang paling menarik adalah body rafting.

Aktiviti ini bukan sahaja melatih keberanian seseorang peserta, malahan turut

Page 3: refleksi perkhemahan

menanam sikap kesabaran dan keprihatinan. Saya amat bersyukur kerana

mempunyai peluang untuk mengalami aktiviti yang bermakna ini.

Sempena perkhemahan ini, ancaman yang dapat dikesan adalah

masalah cuaca. Oleh disebabkan sekarang musim hujan, maka masalah

hujan sentiasa membantutkan aktiviti yang telah dirancang. Pada hari

pertama setelah pemasangan khemah, hujan telah pun menurun. Hujan

bukan sahaja menyekat pelaksanaan aktiviti luar malahan membasahkan

sesetengah khemah peserta. Begitu juga semasa aktiviti masakan rimba,

hujan telah menyebakan aktiviti memasak sukar dijalankan. Dalam aktiviti

body rafting, terdapat juga ancaman yang mungkin mengugat keselamatan

para peserta. Terdapat peserta yang lebih lemah badannya tidak dapat

menahan air sungai yang sejuk dan deras. Air sungai yang deras turut

menghayutkan kasut getah sesetengah peserta. Hal ini amat bahaya bagi

peserta yang tidak mempunyai kasut untuk melindungi kaki daripada batu

bata yang tajam. Walau bagaimanapun, amat bersyukur kerana setiap

peserta dapat menyempurnakan program perkhemahan dengan selamat.

Secara tuntasnya, program perkhemahan ini memang memberikan

manfaat yang tidak terkira nilainya kepada setiap peserta yang mengambil

bahagian. Saya berasa bangga kerana mempunyai rakan sekumpulan yang

sanggup bertolak ansur dan saling membantu untuk menjayakan program ini.

Tidak lupa juga bantuan dan bimbingan yang diberi oleh pensyarah pengiring,

Puan Rohaya dan Puan Asmahani sepanjang perancangan program ini. Saya

merakamkan setinggi-tingginya penghargaan kepada pensyarah dan para

rakan yang dikasihi. Saya berharap pada masa yang akan datang, saya

berpeluang untuk menyertai lagi program perkhemahan untuk menimba

pengalaman yang baharu.