refleksi pengakap
DESCRIPTION
refleksiTRANSCRIPT
MUHAMAD LUQMANUL HAKIM BIN AHMAD NOH920825-06-59793 PISMP TESL 4
REFLEKSI
Alhamdulillah, dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus bagi
unit beruniform pengakap kali ini. Tugasan yang saya terima kali ini amat mencabar bagi saya
kerana ini merupakan kali pertama saya melakukanya dan tidak pernah melibatkan diri dalam
unit beruniform pada semester-semester sebelum ini. Ini begitu mencabar bagi saya kerana
saya perlu memahami dengan mendalam berkaitan dengan unit beruniform terutamanya
pengakap ini. Alhamdulillah juga kerana saya berjaya untuk menyiapkan tugasan ini kerana
saya percaya dan yakin ini akan membantu saya di masa hadapan kelak. Melalui ini, saya juga
dapat memperkasakan lagi pengetahuan saya terhadap persatuan pengakap di Malaysia.
Di dalam tugasan ini, kami perlu melakukanya secara berkumpulan dan saya bersama-
sama Haziq dan kami bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan ini. Secara umumnya,
tugasan kali ini adalah berkaitan dengan mencari maklumat unit beruniform pengakap di
sekolah yang akan kami jalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah. Memandangkan kami
melakukan PBS di sekolah yang sama, ianya amat memudahkan saya dalam proses pencarian
maklumat dan juga penggabungan maklumat nanti.
Walaubagaimanapun, semasa melakukan tugasan ini, terdapat beberapa halangan dan
rintangan yang terpaksa saya hadapi antaranya ialah ketika saya melakukan PBS di sekolah
tersebut, sekolah tersebut sedang menjalani peperiksaan. Ini menyebabkan tiadanya sebarang
aktiviti unit beruniform dan ini amat menyulitkan kami kerana tidak dapat mengambil gambar-
gambar unit beruniform di sana. Ini juga menyebabkan saya mendapat kesukaran untuk
mencari maklumat mengenai penngakap di sekolah tersebut. Walaubagaimanapun, masalah ini
akhirnya dapat diatasi setelah saya berjumpa dengan guru-guru yang terlibat dengan pengakap
dan juga GPK KOKO untuk maklumat yang kami perlukan. Manfaat ini saya sesama rakan tidak
sia-siakan dan saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi.
Meskipun terdapat kesukaran dalam melakukan tugasan ini, saya mendapat begitu
banyak manafaat daripadanya. Antaranya, Kerja kursus ini telah menambah pengetahuan saya
terhadap persatuan pengakap. Saya dapat melihat dengan lebih jelas dan dekat bagaimana
persatuan pengakap di jalankan di sekolah dan ini amat penting bagi saya untuk menyediakan
saya untuk menjadi pengakap pemimpin pada masa hadapan kelak. Selain itu, saya juga
menjadi lebih berdisiplin dengan adanya tugasan ini kerana saya belajar bagaimana untuk
membahagikan masa dan membuat tugasan mengikut masa yang ditetapkan selain daripada
MUHAMAD LUQMANUL HAKIM BIN AHMAD NOH920825-06-59793 PISMP TESL 4
menghantar tugasan ini tepat pada masanya.Secara tuntas, terdapat pelbagai impak positif
yang saya dapat sepanjang menyiapkan tugasan ini. Segala masalah yang hadir adalah ujian
dan dugaan kepada saya untuk menyediakan saya di masa hadapan kelak terutamanya di
sekolah.