nota pengakap

44
1 PERATURAN PEMAKAIAN SERAGAM PENGAKAP

Upload: lonnie-chai

Post on 19-Jul-2015

2.423 views

Category:

Internet


149 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota pengakap

1

PERATURAN PEMAKAIAN SERAGAM PENGAKAP

Page 2: Nota pengakap

2

2.0 PRINSIP RUKUN NEGARA

Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

Sejarah

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh

Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang

menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Penerangan Prinsip-prinsip Rukun Negara

1. Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui

kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa

dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah

agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan

dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan

membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama

sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan

kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan

keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya

Page 3: Nota pengakap

3

keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini

telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan

Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di

setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka

Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah

menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang

memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang

di-Pertuan Agong.

3. Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau

kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang

tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan

keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki

menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang

sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan

kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu

kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana

individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan

kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang

berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

4. Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi

undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.

Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu

diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak

aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang

Page 4: Nota pengakap

4

bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan

mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan

menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa

sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak

semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta

perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari

kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan

sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

5. Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.

Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras

dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang

bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks

perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap

bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan

masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah

masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan

yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku

sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan

persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku

masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan

nilai-nilai murni.

Format Ujian

1. Budak-budak dapat melafazkan dan menulis dengan lengkap Ikrar Rukun Negara.

2. Budak-budak memahami makna-makna Prinsip Rukun Negara dan lulus soalan-soalan

objektif & subjektif yang berkenaan

3.0 LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA DAN DUNIA

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

Page 5: Nota pengakap

5

Lambang Pengakap Malaysia

Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap

iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut

undang-undang Pengakap.

Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang

sepuluh.

Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"

Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"

Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".

Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan

Pengakap Sedunia".

Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:

Kuning "Pengakap Kanak-Kanak",

Hijau "Pengakap Muda",

Merah "Pengakap Remaja"

Budak-budak memahami makna-makna Lambang Pengakap Sedunia dan Malaysia dan

lulus dalam soalan-soalan subjektif yang berkenaan

Format Ujian :

Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-

Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Page 6: Nota pengakap

6

LAMBANG PENGAKAP DUNIA

Lambang Pengakap Dunia

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada

Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-

melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.

Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.

Warna putih-kesucian dan kebersihan.

5.0 HORMAT PENGAKAP DAN COGAN KATA PENGAKAP MUDA

Hormat Pengakap

Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis diluruskan

sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari digunakan adalah membawa tiga

pengertian:

Page 9: Nota pengakap

9

Hormat bertongkat kedudukan berjalan

Salam Penghormatan

Kepada ketua

Kepada bendera yang dinaikkan

Kaedah member persetiaanKepada lagu kebangsaan dimainkan

Kepada jenazah

Salam Biasa

Kepada pembesar-pembesar negeri atau NegaraKepada pemimpinKepada saudar Pengakap

Salam Persetiaan

Page 10: Nota pengakap

10

Waktu perlantikan Membuat persetiaan (Salam tiga jari diangkat setinggi bahu dan tapak

tangan hadapan)

Kaedah memberi Persetiaan

Cogan Kata Pengakap (Scout Motto)

Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara satu sama

lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut:

Pengakap Kanak-kanak (Cub Scout) - Buat Sehabis Baik

Pengakap Muda (Boy Scout) - Selalu Sedia (Be Prepared / 随时准备)

Pengakap Remaja (Rover Scout) - Pandangan Luas

Pengakap Kelana - Berkhidmat

Pengakap Budika - Berkhidmat

Page 11: Nota pengakap

11

Format Ujian :

Budak-budak mengetahui cara memberi hormat Pengakap secara praktikal (semasa

menaik bendera dan melafazkan Persetiaan Pengakap).

Budak-budak dapat menerangkan, secara tulis, hormat dan cogan kata Pengakap dan

kumpulan.

6.0 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA DAN SEJARAH PENGASAS PENGAKAP, LORD

BADEN POWELL

Sejarah Pengakap Di Malaysia

Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi

pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham,

England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan

Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands

telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai "Father of

Malayan Scouting".

Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan

Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:

1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan

1915 - Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School

1915 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari

1930).

1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield

1926 - Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar

1926 - Melaka, oleh R. Brunstone

1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith

1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar

1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle

1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong

Page 12: Nota pengakap

12

1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu

Bakar).

1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.

Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet

Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada

pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh

pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas

malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku

Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan).

Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-

2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada

Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa)

pada 1hb September 1957.

Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang

mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan

Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap

Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.Persekutuan

Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah,

Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka,

Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan

Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan

rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50

Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah

Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.

Format Ujian :

Budak-budak memahami sejarah Pengakap Malaysia dan lulus dalam soalan-solan subjektif &

objektif yang berkenaan.

Page 13: Nota pengakap

13

Sejarah Pengasas Pengakap (Lord Baden Powell)

Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP.

Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907.

Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang

pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun

1907.

Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857 di

sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah Lord

Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell,

seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang

Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik

beradik.Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil

beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa

tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran

kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah.

Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma

pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19

tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke

Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera.

Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai

dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876.

Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon Guards

di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan

kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk

melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang. Tetapi

bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah

tidur" atau "Impeesa" kerana keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah

dinaikkan pangkat menjadi Kolonel.

Page 14: Nota pengakap

14

Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga

perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas untuk

menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan

bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar

yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900,

sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh.

pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-

kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten

Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau

untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah

dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda.

Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka

rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku "Aids to

Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku tersebut.Pada

tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan

Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang

dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu

perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25

Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan "Scout Master" atau Pemimpin Pengakap dalam

perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong

Baden Powell.

Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan

mengemaskini semula buku "Aids to Scouting" kepada "Scouting for Boys". Buku ini merupakan

pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada

lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru

telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap

sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat

Leftenan Jeneral.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil

Page 15: Nota pengakap

15

bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh

Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak

perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London.

Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di

dunia.

Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori

dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari

dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia,

London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia

atau Chief Scout of the World.

Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia

penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya yang

diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu

Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan

penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi

semperna Gilwell Park.

Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari

pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau

Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau

bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat kepada dunia

Pengakap selama 33 tahun.

Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri

dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir "Robert Baden

Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941." Logo

Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan

batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home".

Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-

kerjamu.

Page 16: Nota pengakap

16

Format Ujian :

Budak-budak memahami sejarah pengasas pergerakan Pengakap dan lulus dalam soalan-

soalan subjektif & objektif yang berkenaan.

Lagu Pengakap

LIRIK LAGU PENGAKAP 1. Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia

Kami Pengakap Malaysia

Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda

Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja

Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita

Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia

Page 17: Nota pengakap

17

2. Tepi Gunung

tepi gunung air terjun tempat orang bermain

tempat tinggal tukang kebun dan anaknya mahani

sungguh cantik paras ani hidung mancung seludang

betis bagai beting padi tak jemu mata memandang

tidur malam mimpi-mimpi ani datang ke rumah

tapi sayang ani pergi hati ani berubah

3. Senaman monyet

satu ekor monyet (2x) gayut atas pokok (2x)

garu2 pinggang goyang2 pinggul

4 Pindahkan tempat

Pindahkan tempat batu kecil ini pindahkan ia kesana kemari

sibetina betina bertelur telur tinggal satu

telur-telur-telur-telur

5.Tarian Gajah

bila bunga kembang berseri seekor gajah keluar menari lenggok ke kanan

lenggok kekiri lalu menjemput seekor gajah lagi

Page 18: Nota pengakap

18

6.Lemak Manis Santan Kelapa

Hai lemak manis ala amboi-amboi Santan kelapa ala amboi-amboi

Cantik manis ala amboi-amboi Anak siapa

Dua tiga sikucing berlari Mana nak sama sikucing belang

Dua lah tiga boleh ku cari Mana nak sama cik adik seorang

7. DI SINI BERKUMPUL

Di sini di sini, kita berkumpul Di sini di sini, kita berkumpul

Salam, salam, salam, salam, salam, ooi Here we are, here we are, here we are again

Here we are, here we are, here we are again Hello, hello, hello, hello, hello, ooi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi

Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi

Porengeh, porengeh, engeh porengeh Porengeh, porengeh, engeh porengeh Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi

8. KE UNGGUN API

(lelaki) Ke manakah sayang tujuan kita pergi

Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini

(perempuan) Terserah padamu ke mana engaku mahu

Bilang dulu sama ibu Bilang dulu sama ibu

(lelaki) Bagaimana kalau kita ke unggun api

Ramai pengakap berkumpul di sana

Page 19: Nota pengakap

19

(perempuan) Dengan hati rela kupergi bersama

Tapi jangan lupa kembali segera

(bersama) Marilah bersama kita ke ungun api Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini

Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini

9. DI SINI SENANG DI SANA SENANG

Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang

Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Lai. lai, lai, lai, lai, lai .

10. IBUNG

Ibung o ibung Tolonglah daku

Ibung o ibung Tolonglah daku Ke mana badan bergantung

hendak bergantung Ke mana badan bergantung

hendak bergantung Oh ibung tinggal gundar Ke mana abang melayang

Ke mana abang mdelayang Mama o mama tolong nasibku

Mama o mama tolong nasibku Ke mana badan bergantung hendak bergantung

Ke mana badan bergantung hendak bergantung

Page 20: Nota pengakap

20

11. UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Dipercayai taat berguna Bersaudara berbudi

kasihkan binatang Menurut perintah Tabah hati, berjima

Suci fikiran Suci perkataan

Suci perbuatan

12. Yei ipoi

Yei poi itai-tai (3X) Eii yakkk Yei poi itai-tai (2X)

Yei poi itu-itu Eii yakkk

13. Kemuka ke belakang

kemuka ke belakang ke samping lalu silang muka belakang

samping lalu samping

14. Lai Ci Kang

lai chi kang semangkuk dua kupang lai chi kang semangkuk dua kupang makan satu tak kenyang

semangkuk dua kupang

Page 21: Nota pengakap

21

15. APA GUNA KELUH KESAH

Apa guna keluh kesah Apa guna keluh kesah

Pengakap tak pernah bersusah Apa guna keluh kesah

There is no reason to be sad There is no reason to be sad

We are always happy together There is no reason to be sad

16. Lagu KFC

Oh pizza hut Oh pizza hut

Kentaki Fried Chicken Pizza Hut Oh McDonald Oh Mcdonald

Kentaki Fried Chicken Pizza Hut Char kuetiaw Char kuetiaw

Roti canai char kuewtiaw teh tarik teh tarik

Roti canai char kuewtiaw

17. Mentari dan Bulan

Ho hoi mentari maharaja siang Hoi hoi rembulan permaisuri malam Di waktu siang mentari menjelang

Di waktu malam bulan pun mengambang Di kala itu pengakap berdendang

Demi cita-cita sampai ke bintan

Page 22: Nota pengakap

22

18. Opek-opek

Opek opek opek opekkkkk Buat sehabis baik

Opek opek opek opekkkkk kami buat sehabis baik

Anak ayam turunlah lima (opek-opek) mati seekor tinggallah empat

.... Anak ayam turun lah satu

lari-lari terlanggar batu.....habis

19. BURUNG BERBUNYI

Dengarlah itu burung berbunyi

Bagai suara orang menyanyi Riang gembira bercampur sayu Sambil terbang ke hilir ke hulu

Terbang kerana mencari makan Selagi ada nyawa di badan

Di waktu petang mencari pokok Untuk tidur menantikan esok

20 TANYA SAMA POKOK

Tanya sama pokok

Apa sebab goyang Nanti jawab pokok

Angin yang goncang Apa sebab goncang Nanti jawab angin

Langit nak hujan Tanya sama langit

Apa sebab hujan? Nanti jawab langit Tanyalah awan

Awan nanti kata Aku kandung air

Sampai tempat sejuk Aku pun cair

Page 23: Nota pengakap

23

Tengok dalam air Nampak bayang-bayang

Campak satubatu Bayangpun hilang

21. BERTEMU DAN BERPISAH

Bertemua dan berpisah Adat manusia biasa Hilang di mata tapi di hati tidak lupa

Berdoalah kita gar aman dan sentosa Semoga dapat kita berjumpa di lain masa

Semoga dapat kita berjumpa di lain masa

22. Apuse

Apuse ko -kon da-oo

ya - rabay soron do vei-vei Of lenso beni de-mo , beni - fa - say

Of lenso beni de-mo , beni - fa - say Ara fa-bay , as-wa rak-wa Ara fa-bay . as-wa rak wa

Selamat tinggal kawan, kita kan berjumpa lagi,

Selamat-ku doakan engkau pergi, Selamat-ku doakan engkau pergi, Selamat jalan......jumpa lagi,

Selamat jalan.......jumpa lagi.

23. Selamat Jumpa

Selamat Jumpa, Selamat Jumpa,

Selamat Jumpa Kawanku, Apa Khabar, Apa Khabar, Apa Khabar Kawanku, Senang Hey, Riang Hey,

Hura, Hure, Hiro, Enak, Enak, Enak Hey, Enak, Enak, Enak Hey,

Hura, Hure, Hiro.

Page 24: Nota pengakap

24

24. Kalau rasa gembira

Kalau rasa gembira, tepuk tangan, Kalau rasa gembira, tepuk tangan, Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, tepuk tangan. Kalau rasa gembira, petik jari,

Kalau rasa gembira, petik jari, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, petik jari.

Kalau rasa gembira, cubit peha, Kalau rasa gembira, cubit peha,

Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, cubit peha. Kalau rasa gembira, hentak kaki,

Kalau rasa gembira, hentak kaki, Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, hentak kaki. Kalau rasa gembira, kata horey, Kalau rasa gembira, kata horey,

Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, kata horey.

25. Anak itik

Anak itik tok wi mandi dalam kolam Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang Ubat aper tok wi, ubat limau lelah

Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang

26. Mandolo

Mandolo mandolo de pa pa le Mandolo mandolo de pa pa le

Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang tendang!! Mandolo mandolo de pa pa le Mandolo mandolo de pa pa le

Ala hujan, ala hujan, ala hujan, Bocor!!! Mandolo mandolo de pa pa le

Mandolo mandolo de pa pa le Ala hujan, ala hujan, ala hujan, basah!!!

Page 25: Nota pengakap

25

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA

Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing

golongan secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui

pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah kepada aktiviti pratikal di luar rumah agar

remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini diasaskan

pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang merupakan "Bapa

Pengakap Sedunia".

Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral . Selepas

penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl Guides")

pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell .

Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia. Sekumpulan kecil Kumpulan

Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai

penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis.

Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan

Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri.

Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang

pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika

Selatan ,di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang

Boer 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers, yang

berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia

membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut

dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut

dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar

tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana,

gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis , yang diambil

Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.

Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya

mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan

tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada

1899 menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.

Page 26: Nota pengakap

26

Pada 1906 , Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell

berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai Seni

Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di Amerika Syarikat,

kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan

remaja.

Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada

1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama, untuk

menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari

latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu,

bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour, Dorset , England . Kaedah

organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci

kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka

dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas

menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan

lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk

mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan pertamanya muncul

sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan.

Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for

Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi

pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell

bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys'

Brigade . Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan

membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan

Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri.

Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap

Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat

menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa,

latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk mengiktiraf latihan

kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan

tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin

yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).

Page 27: Nota pengakap

27

F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang

Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of Britain.

Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang

Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan

memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang

Perang Dunia

Lord Robert Baden-Powell

Page 28: Nota pengakap

28

Sejarah Pergerakan Pengakap Malaysia

Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka

pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu

menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada

tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap untuk

budak-budak melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura.

Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di Pekan,

yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia, maka pergerakan

paengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P.

Hertslet yang kemudiannya di asas pula oleh Wheeler dan Frisber dari Pejabat Pelajaran

Pahang.

Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik yanh

masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman telah

berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong

Persuruhjaya Pengakap Malaya.

Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsa

oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakap.

Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahu 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah

E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield.

Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan kedatangan Cheesman dari

Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan

Abu Bakar) Johor Bharu.

Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone.

Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan pengakap dan orang yang

bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akhbar. Ini di ikuti oleh pergerakan pengakap

Page 29: Nota pengakap

29

di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M.

Tengku Temenggong.

Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada

tahun 1931.

Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun 1915.

Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti pergerakan pengakap

sehingga tahun 1930.

Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri

dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua,

Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan

Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi

persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan

pengakapnya.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak

Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap

dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan

Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi

anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan

Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia.

Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat

Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan dengan belanja $150 ribu dan telah

dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang

tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh

Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan

Pengakap Malaysia

Page 30: Nota pengakap

30

Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM

(The Scouts Association of Malaysia)

merupakan sebuah organisasi yang

bertanggungjawab diatas semua aktiviti

berpengakap di Malaysia.

PPM merupakan sebahagian

daripada pergerakan

pengakap dunia dan juga merupakan a

hli kepada World Organization of the

Scout Movement (WOSM).

Di Malaysia, Pengakap mula diperkenalkan

dalam tahun 1908 dan secara rasminya

ditubuhkan pada 2hb Julai 1910 dan

merupakan salah satu badan beruniform

yang berada dibawah Akta Parlimen Malaysia.

PPM berdaftar sebagai ahli dengan

WOSM pada tahun 1957.

Matlamat penubuhan PPM adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan yang berasaskan

kepada prinsip dan

undang-undang pengakap dengan matlamat mempertingkatkan kesedaran dan semangat

tolong menolong tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Penubuhan PPM juga

bermatlamat membina keseimbangan individu dari segi intelektual, kerohanian dan fizikal

bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

Bagi mencapat matlamat ini, pelbagai aktiviti dan langkah diambil bagi membentuk disiplin dan

jati diri, kesopanan di samping rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan

masyarakat dalam usaha merealisasikan matlamat pergerakan pengakap dalam melahirkan

masyarakat atau individu yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Persekutuan Pengakap Malaysia beribupejabat di Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

Secara umumnya organisasi pergerakan pengakap dibahagikan kepada beberapa badan.

Page 31: Nota pengakap

31

Setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya negeri (state commissioner) dan kemudiannya

dipecahkan kepada peringkat daerah bagi setiap negeri dimana setiap daerah ketuai oleh

pesuruhjaya daerah (district commissioner). Setiap trop dipecahkan kepada beberapa sistem

patrol yang mempunyai ketua patrol dan pembantu ketua patrol. Sebuah badan yang

dinamakan Majlis ketua Patrol (Patrol Leader Council) akan merancang dan melaksanakan

aktiviti trop dengan bantuan dan selenggaraan dari pemimpin trop (troop's scoutmaster). Majlis

Ketua Patrol disertai oleh ketua patrol dan pembantu sekiranya bilangan ketua patrol terlalu

kecil. Melalui Majlis Ketua Patrol, Ketua Patrol akan dipilih dan dilantik kejawatan Ketua Trop,

Pembantu Ketua Trop, Setiausaha, Bendahari dan juga quatermaster.Badan ini dikenali

sebagai 'Court of Honour' dan merupakan badan paling ekslusif didalam sesuatu Trop.

MATLAMAT BERPENGAKAP

Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fiz ikal,

intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan

masyarakat antarabangsa.

MISI PENGAKAP MALAYSIA

Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai

berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia yang

lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang

berguna untuk masyarakat dengan :

·Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan Tidak formal

·Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab

dan komited

·Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti Yang

ternyata dalam Persetiaan dan Undang-undang Pengakap

Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan skim latihan kepimpinan

berasaskan kepada Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan bermatlamatkan berbuat

baik dan mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, agama dan

kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi intelek, kerohanian dan

fizikal diatas landasan kepercayaan kepada Tuhan.

Page 32: Nota pengakap

32

Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai

kesopanan serta mewujudkan sifat bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan juga

masyarakat didalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat pergerakan pengakap membentuk

warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

a

Page 33: Nota pengakap

33

LOGO PERSATUAN PENGAKAP

Logo Persekutuan Pengakap Malaysia

Page 34: Nota pengakap

34

SIMPULAN DAN IKATAN

BUKU SILA

Kegunaannya : - Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali

tersebut senang dibuka semula

BUNGA KETI Kegunaannya : -Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal

SIMPUL MANUK (Clove Hitch)

Kegunaannya : - Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.

SIMPUL PULIH Kegunaannya : -

Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh

LILIT BALAK Kegunaannya : -

Untuk mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak

Page 35: Nota pengakap

35

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya,

Saya berjanji dan bersetia,

Yang saya dengan seberapa daya upaya,

Saya akan;

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,

Menolong orang pada setiap masa dan;

Menurut Undang-undang Pengakap

Undang-Undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya,

Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan

orang-orang yang dibawahnya.

3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau

apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya,

kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa

soalan.

8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

9. Pengakap itu jimat dan cermat

10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Makna Undang-undang Pengakap

1. Dipercayai Kehormatan Diri Seorang Pengakap Itu Boleh Dipercayai Untuk

Menjalankan Tugas-Tugas Yang Diberikanya Dengan Sehabis Daya-

Upayanya.

2. Taat Pengakap Adalah Seorang Yang Taat Kepada Tuhan, Raja, Negara,

Pemimpin-Pemimpin Pengakap, Ibu Bapa, Majikan Dan Orang-

Orang Di Bawahnya.

3. Berguna Tugas Seorang Pengakap Ialah Menjadikan Dirinya Berguna Dan

Menolong Orang Pada Setiap Masa

4. Bersaudara Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Orang Dan Saudara

Kepada Lain-Lain Pengakap, Tidak Kira Dari Apa Negara, Bangsa,

Pangkat Atau Agama Sekalipun. 5. Berbudi Pengakap Adalah Seorang Yang Baik Budi Pekertinya Yakni Dia

Page 36: Nota pengakap

36

Hormat Kepada Semua Orang Terutamanya Orang Perempuan,

Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Sakit, Orang Cacat Dan

Sebagainya.

6. Kasihkan

binatang

Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Binatang Iaitu

Kasihkannya Serta Menyelamatkan Binatang Daripada Menderita

Kesakitan Dan Jangan Membunuhnya Tanpa Sebab Kecuali

Binatang Yang Merbahaya.

7. Menurut perintah Pengakap Menurut Perintah Ibu Bapa, Ketua Patrol Atau

Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya Tanpa Sebarang Bantahan

Walaupun Menerima Perintah Yang Tidak Disukainya.

8. Tabah hati Pengakap Mestilah Sentiasa Senang Hatinya Dan Bersabar Selalu

Walaupun Dalam Kesusahan.

9. Berjimat Pengakap Mestilah Sentiasa Berjimat Cermat Dalam Semua Hal

Perbelanjaannya.

10. Suci fikiran,

perkataan dan

perbuatan

Pengakap Sentiasa Bersih Fikiran, Perkataanya Dan Perbuatannya

Dari Melakukan Perkara-Perkara Yang Kotor Dan Tidak Mengalah

Kepada Nafsu Untuk Bercakap, Berfikir Atau Berbuat Sesuatu Yang

Keji

Hormat Pengakap

Hormat pengakap diberikan selepas penerimaan hadiah

kurniaan dan istiadat mengibarkan bendera. Dalam

keadaan sedia, angkat tangan kanan ke penjuru kening.

Tiga jari ini bermaksud tiga perkara penting dalam

persetiaan pengakap, iaitu: Taat kepada tuhan, raja dan

negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-

undang pengakap Semua pengakap di dunia memberi

hormat tiga jari seperti rajah di sebelah.

Cogan Kata Pengakap

Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik

Pengakap Muda - Selalu Bersedia

Page 37: Nota pengakap

37

Pengakap Remaja - Pandang Luas

Pengakap Kelana - Berkhidmat

Lencana Keahlian

1) Peraturan pakaian seragam

2) Prinsip Rukun Negara

3) Lambang pengakap Malaysia dan pengakap dunia

4) Persetiaan & undang-undang pengakap

5) Hormat dan cogan kata pengakap

6) Sejarah pengakap Malaysia dan pengakap dunia

7) Simpulan

Peraturan Pakaian Seragam

Page 38: Nota pengakap

38

. . . . . . . . . . . .

.

.

.

.

.

. . . . . . . . . . . .

Prinsip Rukun Negara

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan,

Kesetiaan kepada raja dan negara,

Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang,

kesopanan dan kesusilaan.

Lambang Pangakap Malaysia Dan Dunia

Lambang Pengakap Malaysia

a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud "Persetiaan Pengakap" iaitu:-" taat kepada Tuhan,Raja dan Negara" , "Menolong

Page 39: Nota pengakap

39

orang setiap masa" , "menurut undang-undang Pengakap".

b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"

d) Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"

d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".

e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan

Persaudaraan Pengakap Sedunia".

f) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", hijau "Pengakap Muda", merah "Pengakap Remaja"

g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli

Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Lambang Pengakap Dunia

a) Lambang Pengakap Dunia terletak di tengah lingkaran tali dengan hujungnya

dimatikan dengan ikatan buku sila. Lingkaran tali membawa maksud ' persaudaraan Pengakap seluruh dunia.'

b) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai tiga kelopak yang

membawa maksud Persetiaan Pengakap.

c) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima pecahan bintang itu,membawa maksud sepuluh Undang-Undang Pengakap.

d) Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali.Ikatan itu membawa erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia.

e) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia.

f) Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan.

Persetiaan Pengakap Dan Undang-undang

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan :

Page 40: Nota pengakap

40

Taat kepada Tuhan, raja dan negara,

Menolong orang pada setiap masa,

Menurut undang-undang pengakap.

Undang-undang Pengakap

1) dipercayai

2) taat

3) berguna

4) bersaudara

5) berbudi

6) kasihkan binatang

7) menurut perintah

8) tabah hati

9) berjimat

10) suci fikiran, perkataan, perbuatan

Hormat dan Cogan Kata Pengakap

Hormat Pengakap

- diberikan semasa :

a) berjumpa dengan pemimpin pengakap dan pegawai-pegawai pengakap atau

orang kenamaan.

b) Menerima anuerah, sijil atau hadiah

c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera.

Cogan Kata Pengakap

Pengakap Kanak-kanak : Buat Sehabis Baik

Pengakap Muda : Selalu Sedia

Page 41: Nota pengakap

41

Pengakap Remaja : Pandang Luas

Pengakap Kelana : Berkhidmat

Sejarah Pengakap Malaysia Dan Dunia

Sejarah Pengakap Malaysia

Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands

seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor

( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah

Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah

senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan

Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun

1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Ma laysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Sejarah Pengakap Dunia

Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini

telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula

sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui

peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia

ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di

Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara

pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada

Page 42: Nota pengakap

42

tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Febuari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan Bekas : Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sumber :

http://www.geocities.com/kelanakajanga/sejarahpengakap.html

Simpulan

Simpul Buka Sila ( Reef Knot )

- mengikat kain pembalut luka dan menyambung tali yang sama

besar saiznya.

Simpul Bunga Geti ( Sheet Bend )

- menyambung 2 utas tali yang sama besar dengan tali yang tidak

sama besar.

Simpul Manuk ( Clove Hitch )

Page 43: Nota pengakap

43

- mengikat tali pada tiang atau balak.

- memula & mematikan sesuatu ikatan.

Simpul Tindih Kasih ( Bowline )

- membuat tajul yang tidak boleh menjerut.

- digunakan semasa kerja-kerja menyelamat.

Lilit Dua Simpul ( round turn and two half hitches )

- mengikat hujung tali pada tiang, pokok, dll.

- mengikat hujung tali khemah.

Lilit Pemati Biasa ( Common Whipping )

- mematikan hujung tali

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/

* Plagiarism is not allowed.

Page 44: Nota pengakap

44

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya,

Saya berjanji dan bersetia,

Yang saya dengan seberapa daya upaya,

Saya akan;

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,

Menolong orang pada setiap masa dan;

Menurut Undang-undang Pengakap

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Dipercayai taat berguna

Bersaudara berbudi

kasihkan binatang

Menurut perintah

Tabah hati, berjima

Suci fikiran

Suci perkataan

Suci perbuatan