pengakap kanak2

Download pengakap kanak2

Post on 07-Apr-2018

463 views

Category:

Documents

12 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 pengakap kanak2

    1/50

    Persetiaan Pengakap

    Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya denganseberapa daya upaya, saya akan:-

    Taat kepada Tuhan, Raja dan NegaraMenolong orang pada setiap masaMenurut undang-undang pengakap

    Undang - Undang Pengakap

    Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dankehormatan dirinya.

    Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong,

    kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya,orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

    Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang padasetiap masa.

    Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lainpengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

    Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

    Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

    Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiadaapa-apa soalan.

    Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalamkesusahan.

    Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat

    Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya.

  • 8/6/2019 pengakap kanak2

    2/50

    Hormat Pengakap

    1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitumenandakan persaudaraan dan penghormatan.

    2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.

    3. Selapas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan benderapengakap.

    4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.

    5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.

    Lambang Pengakap Malaysia

    Logo Warna

    Pecahan tiga kelopak

    Melambangkan PersetiaanPengakap yang tiga, iaitu:taat kepada Tuhan, taatkepada Raja dan taatkepada Negara.

    Warna kuning, hijau danmerah

    melambangkan unit-unitpengakap: kuning bagiPengakap Muda dan merahbagi Pengakap Remaja.

    Dua buah bintang pecah limaberwarna hijau pada kelopak

    melambangkan Undang-undang Pengakap yang

  • 8/6/2019 pengakap kanak2

    3/50

    kiri dan kelopak kanan sepuluh itu.

    Ikatan hijaumenunjukkan ikatanpersaudaraan pengakap.

    Lingkaran tali berwarnakuning

    melambangkan perpaduanrakyat Malaysia, iaituagama Islam.

    Warna kuning pada anakbulan dan bintang

    menunjukkan warna dirajabagi Duli-duli Yang MahaMulia Raja-raja.

    Bintang pecah 14(warnakuning)

    melambangkan 14 buahnegeri(termasuk WilayahPersekutuan) terkandungdalam Malaysia.

    Kebenaran penggunaan Lambang Persekutuan

    Seksyen 13; semakan Akta Parlimen, Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan

    Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 menetapkan:

    1. Tiadalah sesiapa jua, yang bukan seorang Pengakap, boleh memakai,membawa atau menunjukkan di tempat awam secara yang akanmenyebabkan orang itu disangkakan sebagai seorang Pengakap mana-manalencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk diguna olehseorang Pengakap di bawah Kaedah-Kaedah Perbadanan.

    (2) Tiadalah sesiapa jua boleh memiliki dengan tiada kebenaran atau sebabyang sah di sisi undang-undang:

    a. apa-apa tanda yang hampir-hampir serupa dengan mana-manalencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untukdiguna oleh seorang Pengakap di bawah Kaedah-Kaedah Perbadananhingga menyebabkan bahawa tanda tersebut dipercayai sebagailencana, tanda atau lambang itu; atau

    b. apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi apa-apaperkataan atau tulisan yang hampir-hampir serupa dengan mana-

  • 8/6/2019 pengakap kanak2

    4/50

    mana perkataan atau tulisan yang biasanya diguna bagi.memperihalkan mana-mana Pengakap hingga menjadi boleh tertipuatau terkeliru olehnya; atau

    c. apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi perkataan-

    perkataan "Budak Pengakap" atau "Budak-Budak Pengakap".

  • 8/6/2019 pengakap kanak2

    5/50

    Sejarah Pengakap Dunia

    Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama RobertStephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powellatau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857,dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama ReverendH.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England.Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.

    Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallahbeliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahanBaden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya sepertiberlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powellbersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kakiberkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BPtelah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera diIndia dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Maltasebagai penolong Setiausaha Tentera.

    Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untukmenamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYEyang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hatiterhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksudSerigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadiKolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telahmemberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baikdengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).

    Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yangdikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungikisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar keAfrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untukmempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunanpendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu

    sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besaryang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanyamempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer.Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYAsehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.

    Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. AkhirnyaBaden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau

  • 8/6/2019 pengakap kanak2

    6/50

    telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yangtermuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkanmenubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral TenteraBerkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50tahun.

    Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telahmenganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperanganMafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empatpatrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati,mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnyadiadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminatioleh budak-budak yang menyertainya.

    Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul"Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliausemasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di PulauBrowsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlahPergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakapberkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan AfrikaSelatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile,Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

    Biodata BP

    Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

    Nama Singkatan : BP

    Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

    Tempat Lahir : London, England

    Pendidikan Awal : Charter House, London

    Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

    Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

    Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

    Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

  • 8/6/2019 pengakap kanak2

    7/50

    Sejarah Pengakap Malaysia

    Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia(Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) diSingapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini diEngland).

    Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,jugadi Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan PergerakanPengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow .Namun begitu, pergerakanini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

    Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet,Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R.Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakanPengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.

    Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya PengakapMalaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula