\maklumat pengakap

Click here to load reader

Post on 29-Sep-2015

402 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

scout

TRANSCRIPT

Perjumpaan Pek Bertema : Pengurusan Dan PentadbiranPerjumpaan kali ke : ke-5Tarikh: 11 Februari 2015Tempat : Hadapan Dewan Utama IPBM, Bilik kuliah 3.14, Aras 3, kawasan tempat letak kereta Aras B2Sekawan Bertugas : MerahKehadiran: 21/21 orangMASAPERKARAALATANPEM.BERTUGAS

15 minitPermulaan Perjumpaan PEKSebagai permulaan perjumpaan PEK, istiadat laung agung pengakap telah diadakan sambil diperhatikan oleh pensyarah pembimbing. Pensyarah pembimbing telah memberikan tunjuk ajar atau teguran yang membina apabila AKELA salah memberikan arahan mengikut susunan langkah yang tepat. Oleh hal yang demikian, pengetahuan kesemua ahli pengakap terhadap istiadat laung agung semakin bertambah kukuh. Setelah selesai menyemprnakan istiadat laung agung pengakap, semua ahli pengakap telah diminta oleh pensyarah pembimbing untuk masuk ke dalam bilik kuliah. 1. Tiang bendera1. Bendera Malaysia atau Negeri AKELA

En. Suhasni bin Dollah

30 minit

Interaksi kuliah:1. Pensyarah pembimbing telah menerangkan mengenai tujuan, kedudukan akela serta istiadat bendera dan istiadat bacaan doa semasa pelaksanaan Istiadat Laung Agung Pengakap. 1. Pensyarah pembimbing menjelaskan tentang definisi, konsep, kedudukan dan kaedah pelaksanaan Istiadat Melantik1. Pensyarah pembimbing menerangkan tentang jenis-jenis pakaian seragam persekutuan pengakap Malaysia yang merangkumi pakaian istiadat, pakaian rasmi pengawai dan pakaian kerja1. Pensyarah pembimbing menjelaskan tentang jenis-jenis pakaian seragam yang dipakai oleh ketua pesuruhjaya negara, ketua pesuruhjaya negeri, pemimpin pesuruhjaya lelaki dan perempuan, pemimpin pesuruhjaya pengakap laut, pemimpin pengakap kanak-kanak serta jurulatih lelaki dan perempuan1. Pensyarah pembimbing menyenaraikan kelengkapan-kelengkapan pakaian seragam seperti topi Forage, topi Bowler, songkok, skaf pengakap, skaf Gilwell, wogel, wogel Gilwell, tanda kumpulan dan no. kumpulan, lencana pengakap, tali pinggang pengakap, tanda anugerah dan jenis-jenis kasut untuk pemimpin pengakap lelaki dan perempuan1. Pensyarah pembimbing juga menjelaskan sedikit sebanyak tentang Manikayu 2 biji, Manikayu 3 biji dan Manikayu 4 biji1. Pensyarah pembimbing juga menerangkan secara mendalam mengenai jenis-jenis epolet pengakap yang merangkumi pelbagai jawatan seperti epolet peringkat pesuruhjaya ibu pejabat dan penolong peringkat pesuruhjaya ibu pejabat, epolet pesuruhjaya dan penolong pesuruhjaya negeri, epolet pesuruhjaya dan penolong daerah, epolet pemimpin dan penolong pemimpin serta epolet jurulatih dan penolong jurulatih1. LCD1. Komputer ribaEn. Suhasni bin Dollah

60 minitSesi latihan kawad kaki1. Komander telah menyusun dan mengatur barisan melalui kaedah penyusunan mengikut ketinggian iaitu daripada tinggi kepada rendah1. Ahli pengakap telah berlatih cara senang diri, rehatkan diri, baris sedia, baris luruskan barisan ke kanan lurus dan teknik berpusing dalam kawad kaki pengakap1. Ahli pengakap juga berlatih berjalan lurus ke hadapan dan berjalan belok ke arah kanan atau kiriEn. Suhasni bin Dollah

15 minitPenutup1. Pensyarah pembimbing memberikan pandangan atau nasihat yang membina terhadap latihan kawad kaki1. Pensyarah pembimbing telah membuat kesmpulan mengenai isi pelajaran pada hari iniEn. Suhasni bin Dollah

Disediakan oleh:

_______________________(HANSON ANG PING TING)Tanggungjawab Pemimpin Pengakap

Pemimpin Pengakap Kanak-kanak1. Tugas-tugas pemimpin Pengakap Kanak-kanBertanggungjawab kepada Pemimpin Kumpulan dan Pesuruhjaya Daerah1.1 Program Pengakap Kanak-kanaka. Menyediakan satu taraf yang tinggi tentang tingkahlalu melalui contoh peribadi dan galakanb. Menubuhkan dan mengekalkan operasi sistem enam sekawan dalam pek.c. Menggalakkan, mengarah dan memandu Sixers dan Seconds dalam tanggungjawab-tanggungjawab mereka. d. Pastikan Majlis Pek berfungsi secara berkesan. e. Menyediakan atau mengatur untuk arahan, bantuan dan ujian kemahiran Pengakap Kanak-Kanak (PKK) bersesuaian dengan Program Pek terutamanya dalam topik-topik dan kemahiran-kemahiran bersesuaian kepada Skim Anugerah. f. Dalam kerjasama dengan semua Pemimpin-pemimpin Pek (termasuk pengajar Pengakap) mengendalikan Program Pek termasuk Perjumpaan Pek, hujung minggu dan aktiviti-aktiviti lain. g. Pastikan penyeliaan dewasa unutk semua aktiviti-aktiviti mencukupi. h. Menubuh dan mengekal perhubungan yang ramah dengan ibubapa, libatkan mereka, di mana sesuai dalam aktiviti-aktiviti Pek dan terangkan prinsip-prinsip pertubuhan dan sebab-sebab di sebalik program. i. Pastikan bahawa semua Pemimpin-pemimpin PKK dan Pengajar-pengajar PKK mempunyai dan melaksanakan tanggungjawab yang spesifik dalam pelbagai aspek Program Pek dan melibatkan diri mereka sebagai ahli yang penting dalam Kumpulan Kepimpinan. j. Mempertingkatkan pertumbuhan dan kemajuan peribadi secara fizikal, mental, sosial dan rohani dalam PKK dengan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar, kemajuan mereka dalam Skim Anugerah dan mengambil peluang dalam Kepimpinan. k. Pastikan tahap kerjasama yang tinggi dengan bahagian-bahagian Pengakap dan menggalakkan kemajuan individu melalui semua bahagian. l. Memperkembangkan persefahaman dan pengetahuan dalam semua bahagian. m. Menyokong semua Daerah / Negeri mengendalikan aktiviti-aktiviti. 1.2 Perjumpaan-perjumpaan Pengakapa. Perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Pek termasuk Majlis Pek.b. Perjumpaan-perjumpaan Rancangan Program Pek. c. Perjumpaan-perjumpaan Majlis Kumpulan. d. Perjumpaan-perjumpaan Latihan Daerah. e. Perjumpaan-perjumpaan rancangan lain seperti untuk rancangan Kumpulan / Daerah / Negeri. 1.3 Pengurusana. Pastikan bahawa rekod yang cukup dan betul disimpan berkaitan dengan Keahlian Pek (butiran peribadi dan kemajuan Skim Anugerah), kewangan dan kelengkapan. b. Pastikan butiran Keahlian Belia dimajukan kepada bahagian Pengakap. c. Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program,kemajuan Skim Anugerah dan keahlian Pek. d. Pastikan pengurusan yang betul tentang aktiviti-aktiviti Pek termasuk penyimpanan borang-borang permohonan berkaitan dengan polisi pertubuhan, dan memperolehi kebenaran yang berkaitan untuk aktiviti-aktiviti dan perkhemahan. e. Pastikan pengendalian kelengkapan Pek.

Pemimpin Pengakap Muda1. Tugas-tugas Pemimpin Pengakap Muda Bertanggungjawab kepada Pemimpin Kumpulan dan Pesuruhjaya Daerah1.1. Program Trup Troop a. Menetapkan taraf tingkahlaku yang tinggi melalui contoh dan galakan peribadi. b. Menubuh dan mengekalkan pelaksaan sistem berpatrol dalam Trup. c. Menggalakkan, mengarah dan membantu Ketua2 Patrol dalam tanggungjawab mereka. d. Memastikan Majlis Trup berfungsi secara efektif. e. Mengadakan atau menyiapkan untuk arahan, bantuan dan peperiksaan PM dalam kemahiran-kemahiran sesuai kepada Program Trup dan Patrolnya. Terutamanya dalam topik kemahiran bersesuaian dengan Skim Latihan PM. f. Dalam kerjasama dengan Ketua2 Patrol untuk merancang, menganjur dan mengadakan Program Trup termasuk perjumpaan-perjumpaan Trup pada hujung minggu dan aktiviti-aktiviti lain seperti Perkhemahan Trup dan Patrol, mengembara dan lawatan. g. Memastikan penyeliaaan dan peyertaan dewasa dalam perkhemahan Patrol dan aktiviti Patrol adalah mencukupi. h. Mengeratkan hubungan yang ramah dengan ibubapa dengan penglibatan yang sesuai dalam aktiviti-aktiviti Trup dan menerangkan prinsip-prinsip pertubuhan dan sebab-sebab di sebalik program yang dijalankan. i. Memastikan Pen. Pemimpin PM mempunyai dan melaksanakan tanggungjawab yang spesifik dalam pelbagai aspek program Trup dan melibatkan mereka sebagai ahli yang penting di Pasukan Kepimpinan. j. Mempertingkatkan pertumbuhan dan kemajuan peribadi secara fizikal, mental, sosial dan rohani PM dengan menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar, kemajuan mereka dalam Skim Latihan PM, dan menceburi dalam peluang-peluang kepimpinan. k. Memupuk kerjasama yang bertaraf tinggi dengan Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Remaja dan menggalak kemajuan individu melalui bahagian ini. 1.2 Perjumpaan-perjuampaan a. Perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Trup dan patrol termasuk Majlis Trup. b. Perjumpaan-perjumpaan Majlis Kumpulan. c. Perjumpaan-perjumpaan Latihan Daerah. d. Perjumpaan-perjumpaan tergempar seperti untuk merancang program atau aktiviti-aktiviti. 1.3 Pengurusana. Mengemaskini rekod dengan tepat dan lengkap untuk disimpan termasuk yang berkaitan dengan keahlian Trup ( butiran peribadi dan kemajuan Skim Latihan PM ), kewangan dan kelengkapan. b. Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program, kemajuan Skim Latihan PM dan keahlian Patrol. c. Memastikan pengurusan yang betul bagi aktiviti-aktiviti Patrol termasuk pengisian borang-borang yang sesuai mengikut polisi pertubuhan, serta memperolehi kebenaran tertentu untuk aktiviti-aktiviti dan perkhemahan. d. Memastikan kelengkapan Trup dan Patrol dikekalkan. e. Menyelaraskan hubungan antara bahagian-bahagian dengan Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak, Pemimpin Pengakap Remaja dan Pemimpin Kumpulan.

Pemimpin Pengakap Remaja1. Tugas-tugas pemimpin Pengakap RemajaBertanggungjawab kepada Pemimpin Kumpulan dan Pesuruhjaya Daerah1.2. Program Unita. Mengekalkan tingkahlaku pada tahap yang tinggi menerusi contoh dan penampilan imej peribadi. b. Menubuh, menggalakkan dan mengekalkan fungsi Majlis Kumpulan. c. Menggalakkan, mengarah dan membantu Majlis Kumpulan dalam menjalankan tanggungjawab mereka. d. Memastikan Majlis Kumpulan berfungsi secara efektif. e. Membantu Majlis Kumpulan dalam melaksanakan ujian Lencana Tertinggi PR. f. Mengendali dan mengadakan program unit seperti yang dirancangkan dalam Majlis Kumpulan. g. Memastikan penyeliaan keselamatan yang sesuai sesuatu aktiviti. h. Membentuk hubungan yang ramah dengan ibubapa, serta libatkan mereka dalam mana-mana aktiviti yang sesuai dan terangkan prinsip-prinsip pertubuhan serta tujuan program dijalankan. i. Memastika