refleksi pembentangan

3
PEMBENTANGAN Pertama sekali, saya berasa sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini walaupun saya menghadapi beberapa kekangan dan masalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Saya berasa bahawa inilah hasil kerja saya yang terbaik pada masa ini. Pada peringkat PISMP semester 1 ini, subjek Perkembangan Kanak-Kanak (EDU3023) telah dipelajari dan pembentangan kerja kursus yang diberikan saya ialah teori perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Namun begitu, saya dikehendaki membuat refleksi berdasarkan pembentangan kumpulan lain. Justeru, saya memilih kumpulan yang membentangkan tajuk kanak-kanak berkeperluan khas. Melalui pembentangan tersebut, pelbagai pengetahuan yang dapat saya pelajari. Kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan pendidikan khas boleh digolongkan dalam tujuh kategori iaitu kerencatan akal, bermasalah pembelajaran, kecelaruan tingkah laku, cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi, cacat penglihatan, cacat fizikal dan, pintar-cerdas serta berbakat istimewa. Program pendidikan khas dilaksanakan dengan dua model iaitu, program pendidikan khas diintegrasikan dengan program pendidikan biasa dalam institusi pendidikan yang sama dan, program pendidikan khas dilaksanakan dalam institusi khas misalnya sekolah kanak-kanak buta dan sekolah kanak-kanak bisu dan tuli. Sebagai seorang guru, perlu untuk mengetahui tentang kanak- kanak berkeperluan khas ini meskipun guru tersebut tidak 14

Upload: zawanah-izzati

Post on 05-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI PEMBENTANGAN

PEMBENTANGAN

Pertama sekali, saya berasa sangat bersyukur kepada Allah S.W.T

kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini walaupun saya menghadapi

beberapa kekangan dan masalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Saya berasa bahawa inilah hasil kerja saya yang terbaik pada masa ini.

Pada peringkat PISMP semester 1 ini, subjek Perkembangan Kanak-

Kanak (EDU3023) telah dipelajari dan pembentangan kerja kursus yang

diberikan saya ialah teori perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Namun

begitu, saya dikehendaki membuat refleksi berdasarkan pembentangan

kumpulan lain. Justeru, saya memilih kumpulan yang membentangkan tajuk

kanak-kanak berkeperluan khas.

Melalui pembentangan tersebut, pelbagai pengetahuan yang dapat

saya pelajari. Kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan pendidikan

khas boleh digolongkan dalam tujuh kategori iaitu kerencatan akal,

bermasalah pembelajaran, kecelaruan tingkah laku, cacat pendengaran dan

bermasalah komunikasi, cacat penglihatan, cacat fizikal dan, pintar-cerdas

serta berbakat istimewa. Program pendidikan khas dilaksanakan dengan dua

model iaitu, program pendidikan khas diintegrasikan dengan program

pendidikan biasa dalam institusi pendidikan yang sama dan, program

pendidikan khas dilaksanakan dalam institusi khas misalnya sekolah kanak-

kanak buta dan sekolah kanak-kanak bisu dan tuli.

14

Page 2: REFLEKSI PEMBENTANGAN

Sebagai seorang guru, perlu untuk mengetahui tentang kanak-kanak

berkeperluan khas ini meskipun guru tersebut tidak mengambil bidang ini

semasa menuntut di institusi pengajian sebelum ini. Guru perlu mahir dalam

mengenalpasti ciri-ciri murid yang berkeperluan khas agar kaedah pengajaran

dapat diselaraskan mengikut keperluan murid. Bagi mengenalpasti murid

kerencatan akal, Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan boleh digunakan. Ujian

ini mengaitkan umur akal murid dengan umur semasa. Murid yang

bermasalah pembelajaran pula dapat dikenalpasti dengan ciri-ciri yang

dirumuskan iaitu pencapaian akademik pada tahap tidak memuaskan, sering

mengantuk dalam kelas, tidak menunjukkan minat dalam pelajaran, sentiasa

bersendirian, ingatan lemah, bersifat introvert, pendiam, tidak bergaul dengan

orang lain, sering ponteng sekolah dan lain-lain lagi. Bagi murid yang

mempunyai kecelaruan tingkah laku, dapat dilihat bahawa murid tersebut

bersifat hiperaktif, hiperkinetik dan hiperagresif. Selain itu, murid tersebut

menunjukkan sifat pemalu dan pendiam, suka berbohong dan sering

berkhayal, suka mengambil barang orang lain, nilai kendiri yang sangat

negatif dan sebagainya. Begitu juga kanak-kanak berkeperluan khas yang

lain. Ciri-ciri yang ditonjolkan oleh murid seperti ini adalah lebih kurang sama.

Bagi sekolah yang melaksanakan program Pendidikan Khas dengan

diperuntukkan guru pendidikan khas serta kemudahan sesuai dan lengkap,

sebagai guru biasa, perlu untuk bekerjasama dengan guru pendidikan khas

tersebut dengan menjalankan aktiviti pengajaran khas untuk kanak-kanak

berkeperluan khas mereka. Selain itu, guru biasa juga hendaklah mengajar

15

Page 3: REFLEKSI PEMBENTANGAN

secara kolaboratif dan koperatif dengan guru pendidikan khas, berusaha

bersama-sama menyediakan inventori untuk mengenalpasti kanak-kanak

berkeperluan khas, merancang program pengajaran, menyediakan alat bantu

mengajar, menentukan strategi, kaedah dan teknik mengajar, serta isi

pelajaran dan penilaian. Kesemua ini memerlukan pengetahuan dan

pengalaman yang mendalam. Oleh itu, guru perlu proaktif dalam melakukan

pekerjaan ini.

Ringkasnya, pembentangan mengenai kanak-kanak berkeperluan

khas ini memberi impak kepada saya sebagai bakal guru. Persediaan sebagai

bakal guru adalah sangat dititikberatkan. Dengan adanya pengetahuan

tentang kanak-kanak berkeperluan khas ini, saya dapat menjadi guru yang

sabar, penyayang dan proaktif dalam menangani dan menghadapi murid

yang berkeperluan khas. Hal ini kerana mereka adalah individu yang perlu

dibantu dan mereka juga layak memiliki masa depan yang baik.

16