refleksi pembelajaran mikropengajaran

5
Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran 1. Tema yang saya bawa dalam pengajaran saya ialah Pertanian. i. Buah Naga Buah Istimewa Mengajar subjek Bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang mudah sebagaimana disangkakan. Seseorang yang ingin mengajar bahasa mestilah terlebih dahulu menguasai kemahiran berbahasa. Saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2 yang majoriti murid-muridnya merupakan kumpulan etnik Melayu. Persepsi pertama saya, murid-murid di sekolah ini tentunya boleh membaca dengan baik. Tanggapan saya salah. Beberapa orang murid dalam Tahun 5 Dinamik mempunyai tahap kemahiran bacaan yang rendah. 2. Masalah ini terbukti apabila saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah membaca kuat. Teks diedarkan kepada semua murid dan meminta mereka membacakan teks tersebut secara berpasangan. Pada mulanya, saya membacakan teks dialog tersebut kemudian meminta murid-murid mengikut saya membacanya. Apabila mereka diminta membaca semula teks dialog tersebut secara berpasangan, saya dapati beberapa orang murid lemah dalam kemahiran membaca. Perkara ini jelas berlaku setelah saya dapat mengesan sebilangan murid- murid tersebut lemah dari segi intonasi bacaan serta intonasi untuk sesuatu tanda bacaan. Masalah kedua yang telah dikenal pasti ialah bacaan murid-murid tidak mengikut hukum tanda bacaan yang betul. Ini jelas apabila saya membuat bacaan terhadap teks . Di dalam teks tersebut, terdapat tanda bacaan seperti tanda soal, tanda seru, koma dan titik. Paling ketara sekali ialah murid-murid tidak berhenti apabila bertemu dengan tanda titik pada akhir sesuatu ayat. Ini menyebabkan bacaan murid-murid menjadi tidak tersusun dan mereka sukar untuk mendapatkan maklumat yang tepat dalam teks bermakna. 3. Kekuatan yang saya ada ialah

Upload: permataan-nur

Post on 20-Jul-2015

88 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi pembelajaran mikropengajaran

Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran

1. Tema yang saya bawa dalam pengajaran saya ialah Pertanian.

i. Buah Naga Buah Istimewa

Mengajar subjek Bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang mudah sebagaimana

disangkakan. Seseorang yang ingin mengajar bahasa mestilah terlebih dahulu menguasai

kemahiran berbahasa. Saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya

2 yang majoriti murid-muridnya merupakan kumpulan etnik Melayu. Persepsi pertama

saya, murid-murid di sekolah ini tentunya boleh membaca dengan baik. Tanggapan saya

salah. Beberapa orang murid dalam Tahun 5 Dinamik mempunyai tahap kemahiran

bacaan yang rendah.

2. Masalah ini terbukti apabila saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran

menggunakan kaedah membaca kuat. Teks diedarkan kepada semua murid dan

meminta mereka membacakan teks tersebut secara berpasangan. Pada mulanya,

saya membacakan teks dialog tersebut kemudian meminta murid-murid mengikut

saya membacanya. Apabila mereka diminta membaca semula teks dialog tersebut

secara berpasangan, saya dapati beberapa orang murid lemah dalam kemahiran

membaca. Perkara ini jelas berlaku setelah saya dapat mengesan sebilangan murid-

murid tersebut lemah dari segi intonasi bacaan serta intonasi untuk sesuatu tanda

bacaan.

Masalah kedua yang telah dikenal pasti ialah bacaan murid-murid tidak mengikut

hukum tanda bacaan yang betul. Ini jelas apabila saya membuat bacaan terhadap

teks . Di dalam teks tersebut, terdapat tanda bacaan seperti tanda soal, tanda seru,

koma dan titik. Paling ketara sekali ialah murid-murid tidak berhenti apabila bertemu

dengan tanda titik pada akhir sesuatu ayat. Ini menyebabkan bacaan murid-murid

menjadi tidak tersusun dan mereka sukar untuk mendapatkan maklumat yang tepat

dalam teks bermakna.

3. Kekuatan yang saya ada ialah

Page 2: Refleksi pembelajaran mikropengajaran

i. Murid boleh telah mengusai mengambil wudhuk dan solat tanpa bimbingan

serta mengetahui tanpa wudhuk banyak perkara tidak boleh dilakukan seperti

solat fardhu dan sunat, membawa Al-Quran, memegang Al-Quran dan tawaf

di kaabah.

ii. Murid pernah menghadiri bengkel Wudhuk, Solat dan Tayammum anjuran

sekolah sebelum ini serta didedahkan secara amali perlakuan tersebut.

iii. Murid juga pernah melihat dan menggunakan debu tanah yang dikhaskan

untuk bertayammum.

iv. Keseluruhan murid adalah ada cemerlang dan mudah mendapat tunjuk ajar

serta berminat untuk belajar.

v. Sesi set induksi berkesan kerana teknik soal jawab menimbulkan suasana

yang aktif dikalangan murid, menyebabkan topik/tajuk yang hendak diajar

mudah diperkenalkan.

4. Kekuatan yang ada saya menggunakan teknik sumbang saran untuk mencungkil idea

dan pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan topik/tajuk yang hendak

diajar. Murid dengan mudah mengetahui tajuk yang akan diajar apabila saya

bertanyakan tentang buah-buahan tempatan.

Murid memberi perhatian yang sepenuhnya ketika slaid power point ditayangkan.

Selain daripada itu keseluruhan murid menunjukkan minat untuk belajar.

5. Penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam mikropengajaran set induksi saya ialah

i. Guru boleh menggunkan alat atau benda yang wujud untuk memberi impak

yang positif terhadap perhatian murid.

ii. Guru boleh menayangkan gambar atau video tentang pemakanan yang sihat.

Namun saya khuatir penggunaan peralatan elektronik melambatkan proses

pengajaran kerana masa pengajaran dan pembelajaran hanya 30 minit

sahaja. Namun ianya boleh dijalankan sekiranya guru mempunyai masa

terluang sebelum bermulanya kelas tersebut.

iii. Guru boleh membuat penelitian ketika sesi peneraangan dijalankan dan

melakukan aktiviti yang memberi peluang murid melibatkan diri sepenuhnya.

Page 3: Refleksi pembelajaran mikropengajaran

iv. Masa untuk set induksi boleh ditambah sehingga lima minit agar ianya lebih

menyeronokkan.

Refleksi nilai

Membaca merupakan salah satu kemahiran berbahasa yang sangat penting dalam

kalangan murid-murid sekolah rendah. Tabiat membaca yang baik bukan saja dapat

mengisi masanya dengan berfaedah tetapi dapat menambahkan maklumat,

meluaskan pengetahuan, meningkatkan penguasaan ilmu dan memahami sesuatu

peristiwa yang berlaku. Agama Islam menggalakkan manusia membaca. Permulaan

wahyu yang pertama dari Allah yang ditujukan kepada nabi Muhammad S.A.W. dan

umat manusia seluruhnya bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan

adalah kewajipan yang wajib dilaksanakannya. Ayat yang pertama yang diturunkan

oleh Allah ialah “Iqra” atau “Bacalah”. Al-Quran juga mengingatkan manusia tentang

kepentingan akal iaitu “Afala ya'qilun” untuk membolehkan manusia berfikir. (Yahya

Othman, 2004) Jalan mengembangkan pemikiran ialah menerusi membaca.

Masalah murid-murid yang saya jadikan sebagai responden kajian

saya adalah mereka mempunyai tahap kemahiran bacaan yang rendah. Masalah

yang berlaku adalah membuat pembacaan secara berlagu. Masalah ini jelas berlaku

kerana sewaktu membuat pembacaan secara berkumpulan, intonasi bacaan menjadi

naik turun dengan jeda yang berbeza. Masalah ini memberi kesan yang serius

kepada pembacaan murid kerana proses bacaan akan menjadi lambat dan sukar

untuk membuat ringkasan terhadap keseluruhan bacaannya. Secara tidak langsung,

ini akan dapat menjejaskan kefahaman murid-murid terhadap bahan yang dibacanya.

Pernyataan tersebut disokong oleh Barrie Node. (1990) yang menyatakan

bahawamembaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat

dengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan-bahan bercetak

Page 4: Refleksi pembelajaran mikropengajaran

atau media elektronik. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil

pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan.

Selain itu, pembacaan yang turun naik dengan jeda yang berbeza

menyebabkan murid-murid sukar untuk mengesan isi-isi tersurat dan tersirat yang

terdapat dalam sesuatu bahan bacaan. Secara tidak langsung, murid-murid ini tidak

dapat menyenaraikan maklumat yang dikehendaki di samping ilmu pengetahuan

mereka tidak berkembang. Pernyataan ini disokong oleh Henry Guntur Tarigan

(1994) menyatakan bahawa membaca merupakan asas pembentukan diri ke arah

mendapatkan ilmu pengetahuan.

Kemahiran bacaan yang lemah dalam kalangan murid-murid juga

dilihat memberi kesan kepada kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik terhadap

apa yang dibaca. Maksudnya di sini, murid-murid tidak dapat membaca dengan tepat,

memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat sekeliling, membina sikap dan

cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif. Pernyataan ini disokong oleh Pumfrey

(1977) berpendapat bahawa membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik,

iaitu membunyikan huruf-furuf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang

apa yang dibaca, tetapi membaca adalah jauh daripada itu.

Masalah yang dihadapi murid-murid ini juga ialah tidak dapat

membezakan intonasi untuk sesuatu tanda bacaan. Masalah ini dilihat memberi

impak yang besar terhadap kemahiran bacaan murid-murid. Sebagai contoh, apabila

menjalankan sesuatu sesi bacaan, pendengar tidak akan faham dengan apa yang

hendak disampaikan sekiranya struktur ayat yang mempunyai tanda bacaan tidak

dibaca dengan intonasi dengan betul. Sebab itu, kemahiran bacaan adalah sangat

penting untuk dikuasai oleh semua murid-murid sekolah rendah. Pernyataan ini

disokong oleh Zulkifley Hamid (1994), seseorang yang berjaya menguasai kemahiran

membaca bermakna dirinya telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang

besar antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya.

Page 5: Refleksi pembelajaran mikropengajaran

Oleh itu, semua pihak khususnya guru-guru di sekolah perlu

memainkan peranan yang jitu dalam usaha meningkatkan kemahiran bacaan murid-

murid. Kemahiran bacaan adalah tunjang kepada kemahiran-kemahiran yang lain

demi anjakkan paradigma terhadap kecemerlangan murid-murid dalam subjek

Bahasa Melayu amnya.