refleksi moral 2013

Upload: zalina-bt-rashid

Post on 02-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Refleksi Moral 2013

    1/3

    NAMA : ZALINA BINTI RASHID

    NO K/P : 740401-08-6460

    NO MATRIKS : ICSN1106076

    REFLEKSI

    Alhamdullilah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan izinNya, saya

    dapat menyiapkan tugasan bagi KKBI ELM 3102 ini dengan jayanya. Ucapan terima

    kasih kepada pensyarah En. Mahdi bin Shuid yang telah banyak membimbing dan

    memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan saya dalam proses menyiapkan tugasan

    ini.

    Untuk tugasan ini, saya telah memilih untuk membuat persediaan mengajar sub jek

    Pendidikan Moral bagi tahun 3 mengikut standard kandungan KSSR. Pada peringkat

    awal tugasan ini diterima, saya fikirkan akan kesusahan kerana saya tiada pengalaman

    mengajar bagi subjek ini di sekolah. Sekolah tempat saya mengajar hanya

    mempunyaiempat orang murid bagi setiap aliran untuk subjek Pendidikan Moral.

    Walaubagaimaa pun, saya lega selepas diberi bimbingan dan tunjuk ajar oleh

    pensyarah bagi kursus ini. Terima kasih saya ucapkan. Langkah pertama yang saya

    lakukan adalah dengan membaca standard kandungan KSSR bagi subjek Pendidikan

    Moral. Antara lain, saya dapat rumuskan peranan guru Pendidikan Moral dalam KSSR

    adalah perlu mengajar tiga domain iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan tingkahlaku moral.

    Langkah seterusnya, saya membina rancangan pengajaran harian dengan merujuk

    huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral bagi tahun 3. Setelah ini saya sediakan

  • 7/27/2019 Refleksi Moral 2013

    2/3

    bahan yang digunakan dalam subjek ini dalam bentuk power point. Daripada

    persembahan pengajaran saya ini saya dapat senarai kekuatan dan kelemahan

    Dari segi kekuatan

    1. Murid dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian

    2. Murid boleh memindahkan kemahiran dan boleh menguasai perkara abstrak

    melalui pengalaman konkrit

    3. Murid dapat belajar secara kerjasama melalui aktiviti berkumpulan

    4. Murid dapat meningkatkan aspek kognitif dan afektif dan seterusnya

    perkembangan intelek mereka

    5. Murid bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat- ini dapat

    membina keyakinan diri murid

    6. Kaedah penyampaian pengajaran yang berkesan- murid berminat

    Dari segi kelemahan

    1 Keadaan persekitaran yang tidak kondusif di mana murid ini belajar di luar bilik

    darjah contohnya belajar di pusat sumber sekolah.

    2 Murid kurang fasih berbahasa melayu dan meyebabkan murid lambat untuk

    memahami arahan guru

    Penambahbaikan

    1. Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini

    dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas

    yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

    2. Guru perlu memberi arahan dalam bentuk yang lebih mudah dan mengikut aras

    kemahiran bahasa murid

    Pengalaman melaksanakan tugas ini sangat berharga pada saya. Secara tidak

    langsung saya sudah semakin berminat untuk mengajar subjek ini jika diberi peluang.

    Saya akan gunakan segala ilmu yang dipelajari dalam kursus ini untuk saya

    aplikasikan pada anak didik saya di kemudian hari. InsyaAllah.

  • 7/27/2019 Refleksi Moral 2013

    3/3