refleksi mimi

2
REFLEKSI Berdasarkan tugasan yang telah dibuat, saya dapat mempelajari pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bahasa serta pembinaan ujian memerlukan daya pemikiran tinggi dan kesabaran dalam menyusun ayat dan rangka soalan dengan sistematik. Saya dapat mengkaji dan mengetahui tentang cara pembinaan soalan ujian mengikut susunan dan gaya sistematik yang betul. Tugasan ini memberi input yang sangat berguna terutamanya pada soalan yang perlu dibuat. Bagi tugasan ini, sebanyak 20 soalan diperlukan. Oleh itu, soalan jenis kefahaman petikan menjadi pilihan saya bagi memudahkan saya untuk memahami cara pembinaan soalan ujian yang betul. Empat jenis petikan yang dipilih dengan lima soalan yang dibina pada setiap satu petikan. Soalan-soalan petikan ini dibina mengikut aras Taksonomi Bloom yang telah dipelajari. Soalan-soalan dibina dengan merujuk aras yang mudah kepada aras yang lebih sukar. Jenis-jenis soalan yang dibina mengikut sama rata dengan aras yang telah ditetapkan. Secara puratanya soalan yang dibina adalah serata dan tidak mempunyai lebihan soalan dalam setiap aras. Bagi pilihan jawapan pula, setiap soalan akan diikuti dengan empat pilihan jawapan. Bagi pilihan jawapan ini saya telah memilih untuk membina set soalan objektif. Tujuan saya untuk memilih jenis soalan ini adalah bagi memudahkan urusan guru untuk memberi markah kepada murid dan menilai 19

Upload: nur-syamimi

Post on 10-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

REFLEKSIBerdasarkan tugasan yang telah dibuat, saya dapat mempelajari pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bahasa serta pembinaan ujian memerlukan daya pemikiran tinggi dan kesabaran dalam menyusun ayat dan rangka soalan dengan sistematik. Saya dapat mengkaji dan mengetahui tentang cara pembinaan soalan ujian mengikut susunan dan gaya sistematik yang betul. Tugasan ini memberi input yang sangat berguna terutamanya pada soalan yang perlu dibuat. Bagi tugasan ini, sebanyak 20 soalan diperlukan. Oleh itu, soalan jenis kefahaman petikan menjadi pilihan saya bagi memudahkan saya untuk memahami cara pembinaan soalan ujian yang betul. Empat jenis petikan yang dipilih dengan lima soalan yang dibina pada setiap satu petikan. Soalan-soalan petikan ini dibina mengikut aras Taksonomi Bloom yang telah dipelajari. Soalan-soalan dibina dengan merujuk aras yang mudah kepada aras yang lebih sukar. Jenis-jenis soalan yang dibina mengikut sama rata dengan aras yang telah ditetapkan. Secara puratanya soalan yang dibina adalah serata dan tidak mempunyai lebihan soalan dalam setiap aras. Bagi pilihan jawapan pula, setiap soalan akan diikuti dengan empat pilihan jawapan. Bagi pilihan jawapan ini saya telah memilih untuk membina set soalan objektif. Tujuan saya untuk memilih jenis soalan ini adalah bagi memudahkan urusan guru untuk memberi markah kepada murid dan menilai keberkesanan soalan yang dibina. Soalan dan jawapan disusun dengan sistematik dan tersusun bagi mencipta perasaan apabila membina soalan peperiksaan sebenar. Jawapan yang diberi pilihan mempunyai pengganggu yang mengelirukan dan dapat memerangkap murid untuk mencipta kesalahan pada pilihan jawapan.

19