refleksi melalui pameran seminar

3
REFLEKSI PAMERAN NAMA:CHONG MEI JIUN ANGKA GILIRAN: 2013242340003 Terlebih dahulu saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana telah dapat selesai tugasan dalam menganjurkan satu pameran TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu Ipoh. Dalam usaha menganjurkan pameran ini, pelbagai cabaran dan dugaan telah saya tempuhi. Namun begitu, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman dan input yang sangat berguna khususnya sebagai seorang bakal guru pada masa yang akan datang iaitu maklumat mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang sememangnya perlu dikuasai oleh seorang guru pada masa kini. Sebelum saya melaksanakan tugasan ini, saya telah berusaha memahami kehendak tugasan yang diberikan dengan mendengar penerangan yang telah disampaikan oleh pensyarah pembimbing saya, iaitu Encik Khairulanuar Bin Ismail . Sebagai ketua kumpulan bagi sudut penyunting klip video. Saya telah pun mengadakan sesi perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan saya untuk membincangkan idea bagi sudut pameran kita dan mengagihkan tugasa-tugas kepada setiap ahli kumpulan. Saya juga telah mencari bahan-bahan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang perlu saya pamerkan semasa hari pameran dari pelbagai sumber seperti internet dan buku. Saya telah menghadapi sedikit kesukaran semasa mencari maklumat di perpustakaan. Ini kerana bahan disediakan di situ terhad dan sudah agak lama.

Upload: mei-jiun-chong

Post on 01-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

REFLEKSI PAMERANNAMA:CHONG MEI JIUNANGKA GILIRAN: 2013242340003Terlebih dahulu saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana telah dapat selesai tugasan dalam menganjurkan satu pameran TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu Ipoh. Dalam usaha menganjurkan pameran ini, pelbagai cabaran dan dugaan telah saya tempuhi. Namun begitu, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman dan input yang sangat berguna khususnya sebagai seorang bakal guru pada masa yang akan datang iaitu maklumat mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang sememangnya perlu dikuasai oleh seorang guru pada masa kini.Sebelum saya melaksanakan tugasan ini, saya telah berusaha memahami kehendak tugasan yang diberikan dengan mendengar penerangan yang telah disampaikan oleh pensyarah pembimbing saya, iaitu Encik Khairulanuar Bin Ismail . Sebagai ketua kumpulan bagi sudut penyunting klip video. Saya telah pun mengadakan sesi perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan saya untuk membincangkan idea bagi sudut pameran kita dan mengagihkan tugasa-tugas kepada setiap ahli kumpulan. Saya juga telah mencari bahan-bahan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang perlu saya pamerkan semasa hari pameran dari pelbagai sumber seperti internet dan buku. Saya telah menghadapi sedikit kesukaran semasa mencari maklumat di perpustakaan. Ini kerana bahan disediakan di situ terhad dan sudah agak lama.Menurut Muhd Abi Sofian dlam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Ciri-ciri pemeran Bahasa melayu berbantukan computer adalah mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan computer, terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma dan penerangan serta simulasi yang lengkap untuk setiap bidang.Melalui pameran ini, Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat diperkenalkan kepada orang ramai khusunya guru-guru dan murid-murid di sekolah. Kelebihanpameran ini adalah ia amat berguna kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat, mereka dapat mempelajari topik secara mendalam dan menyediakan bahan dan keterangann yang baru.Kekurangan dalam pameran ini adalah sukar untuk mendapatkan bahan video yang berkualiti, pengurusan masa yang tidak baik seperti jangkaan bas yang bertolak pada waktu yang lewat, pembekalan plug bagi arus elektrik yang terhad di sekolah rendah, memerlukan ahli jawatankuasa yang lebih ramai dalam melaksanakannya. Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan pameran kelas kami ini yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya dapat menguruskan masa yang ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, kit akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.Saya berharap agar saya serta para guru pelatih yang lain dapatmengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh tentang Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3o53) di sekolah kelak khususnya dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Lebih-lebih lagi, tugas guru pada masa kini bukan sebagai pendidik sahaja tetapi juga sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat khususnya murid-murid. Akhir sekali,terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing, rakan-rakanunit M1dan rakan-rakan sekuliah yang lainkerana membantu serta memberikan idea dan tunjuk ajaruntuk menjayakan tugasan pameran ini.Sekian, terima kasih