refleksi madela

5
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 4 REFLEKSI INDIVIDU PROF. MADYA DR. SOFIAH BINTI MD AUZAIR NAMA : NOR AINI BINTI OTHMAN NO MATRIK : A143447

Upload: melcassie

Post on 12-Aug-2015

24 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi madela

HHHC9401KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA

DAN PROFESIONALISMESET 4

REFLEKSI INDIVIDU

PROF. MADYA DR. SOFIAH BINTI MD AUZAIR

NAMA : NOR AINI BINTI OTHMAN NO MATRIK : A143447

REFLEKSI INDIVIDU

Page 2: Refleksi madela

Sepanjang menyertai Program Mahabbah De Laila 2014 yang dianjurkan oleh Kelab Ekonomi di bawah naungan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), saya telah memperolehi pelbagai ilmu dan pengajaran yang dapat dikongsikan di dalam refleksi kali ini. Selain itu, maklumat baru yang diperolehi oleh saya ini amat bertepatan dengan kursus yang dipilih iaitu kursus HHHC 9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme. Melalui program ini saya dapat memberi kesimpulan bahawa kemahiran yang bersifat nilai, sikap, etika dan profesionalisme ini amat diperlukan dalam kehidupan seharian. Malahan kemahiran ini seharusnya dipraktikkan oleh saya tanpa mengira sebarang bentuk tugasan.

Kemahiran nilai, sikap, etika dan profesinalisme ini amat penting untuk diterapkan dalam diri kita kerana ia mencerminkan peribadi kita. Oleh itu, saya ingin mengulas setiap kemahiran yang telah saya perolehi di dalam program Mahabbah De Laila ini di dalam penulisan refleksi.

1) KEMAHIRAN NILAI

Nilai merupakan satu kepercayaan yang mendorong seseorang untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat yang terdiri daripada ilmu, kebijaksaan, keadilan, keserdahanaan dan kesabaran. Sepanjang menyertai program ini, saya mendapati nilai-nilai utama masyarakat amat penting dalam kehidupan kita.

i) TanggungjawabAntara nilai yang saya perolehi daripada program ini adalah nilai bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Sebelum menyertai program ini saya hanyalah pelajar biasa yang hanya di pertangungjawabkan untuk belajar justeru saya hanya menitik beratkan nilai tangunggjawab ke arah pembelajaran di dalam kelas, menyiapkan assingment dan sebagainya. Namun apabila saya mengikuti program ini, saya menyedari tanggungjawab bukan hanya terletak pada tanggungjawab terhadap pembelajaran sahaja tetapi ia merangkumi tanggungjawab kepada masyarakat. Di dalam program ini saya telah mengalas tanggungjawab sebagai salah seorang ahli jawatankuasa di mana saya harus berganding bahu bersama ahli ajk yang lain untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Pada permulaan saya berasa agak penat mengalas tangungjawab yang terdiri daripada mesyuarat bersama ajk lain, mencari sponsor program dan sebagainya. Hal ini kerana saya tidak dibiasakan melakukan aktiviti seperti ini.Alhamdullilah dengan bantuan ajk lain saya berjaya menjalankan tangungjawab saya sehingga ke akhir program.

ii) Nilai pengurusan masa

Selain itu, saya juga dapat menerapkan nilai pengurusan masa. Sebelum menyertai program ini, saya mempunyai banyak masa terluang namun sebaik sahaja saya menyertai program ini masa yang diperuntukkan oleh saya amatlah sedikit. Oleh itu, saya telah melatih diri saya untuk mengurus masa yang ada agar saya dapat melaksanakan segala tugasan yang diberi. Sebagai contohnya, jika saya mempunyai mesyuarat program pada waktu malam maka saya akan segera menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah pada waktu siang kerana saya ingin memastikan tugasan ini tidak akan membebankan saya pada tengah malam. Oleh itu, pulang sahaja dari mesyuarat saya mempunyai baki masa untuk merehatkan diri saya. Pada pendapat saya, nilai pengurusan masa amat penting bagi seorang mahasiswa kerana ia melambangkan tahap komitmen dan ketekunan kita dalam emnghargai segala masa yang ada.

Page 3: Refleksi madela

2.KEMAHIRAN SIKAP Sikap adalah penilaian positif / negatif atau perasaan seseorang individu itu terhadap orang lain, objek atau sebarang peristiwa. Semasa menyertai program ini saya telah berjaya mengenal pasti sikap-sikap yang terdapat dalam diri saya yang harus dibuang.

i) Rajin bertanyaPada permulaan menyertai program ini saya mempunyai sikap yang malu untuk bertanya. Sikap ini wujud di sebabkan saya tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan saya mudah berasa malu untuk memulakan penrkenalan dengan rakan yang baru. Alhamdullilah setelah saya menyertai program ini saya berjaya membuang sikap malu untuk bertanya. Antara cara membuang sikap ini adalah dengan memberanikan diri untuk bertanya soalan kepada mereka yang lebih mengetahui. Sebagai contohnya, saya akan bertanya kepada ajk lain mengenai cara melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh saya.

ii) Sukar memberi senyumanIni adalah salah satu sikap yang sukar dibuang oleh saya di mana saya sukar memberi senyuman kepada orang lain. Sikap ini wujud kerana saya takut jika orang lain menyalah tafsir di sebalik senyuman saya. Namun ketika menyertai program ini saya agak kagum dengan sikap penduduk asli kerana wajah mereka murah dengan senyuman dari awal saya datang sehinggalah saya pulang ke UKM.Mereka mengajar saya agar sentiasa murah dengan senyuman dan saya mendapati melalui senyumanlah sesuatu hubungan silaturrahim dapat dibentuk. Melalui senyuman mereka membuat hati saya lebih gembira untuk berkenalan dengan mereka malahan mereka juga berpendapat yang sama. Pada pendapat saya sebuah senyuman itu melahirkan satu sifat peramah yang harus dicontohi oleh semua masyarakat.

3. KEMAHIRAN ETIKA Etika adalah merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Kepentingan etika adalah sebagai panduan dalam melakukan tugasan, membataskan perkara perkara yang dibolehkan, menjaga kepentingan sesama manusia & alam sekitar dan mengekalkan keseimbangan dan bersederhana

i) Etika bermesyuarat Setiap mesyuarat mempunyai etikanya yang tersendiri seperti etika dari segi masa, tempat dan isu perbincangan. Pada permulaannya saya kurang mengambil berat akan isu ini kerana bagi saya ia tdak begitu penting untuk dipraktikkan. Namun telahan saya salah belaka kerana etika mesyuarat amat penting kerana ia bakal memberi gambaran kepuasan setiap pihak yang terlibat. Sebagai contohnya, saya sering datang lambat ke mesyuarat dan akibatnya saya mengorbankan masa ajk yang lain untuk menunggu saya bagi menjalankan mesyuarat bersama-sama. Oleh itu, saya telah mengubah sikap saya ini dan mengikuti etika mesyuarat yang telah sedia ada dengan menghadirkan diri ke mesyuarat dengan lebih awal. Selain itu, saya juga berjaya menanam etika mesyuarat di mana saya harus fokus membincangkan isu yang timbul dalam mesyuarat dan tidak melara bermain telefon atau bercakap kosong semasa perbincangan.

4. KEMAHIRAN PROFESIONALISMEKemahiran profesinalisme adalah kemampuan atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakan tugas secara cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu. Antara ciri profesinalisme yang berjaya diperolehi oleh saya adalah mempunyai sikap berdikari. Saya berjaya menanam sikap berdikari di dalam diri saya di mana saya cuba menyiapkan tugasan yang diberi oleh ajk lain tanpa memberi kesusahan pada mereka. Malahan saya juga berjaya menanam sikap berpandangan jauh di mana pada permulaannya saya menyangkakan orang asli akan tinggal di hutan sepanjang hayat mereka. Perspektif yang di berikan oleeh saya ini amatlah tidak profesional kerana saya terlupa bahawa kaum asli juga sudah mempunyai kemajuan mereka sendiri. Hal ini dapat saya perhatikan di mana kaum asli di kampung sungai pergam ini mempunyai perniagaan mereka yang tersendiri malahan ada di antara

Page 4: Refleksi madela

mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi. Pengajaran yang saya perolehi adalah agar sentiasa berpandangan jauh dalam menilai orang lain.

Kesimpulannya, terdapat banyak pengajaran yang saya perolehi sepanjang menyertai program ini seperti saya berjaya menanam nilai bertanggungjawab dan mengurus masa, sikap rajin bertanya dan senyum selalu, menjaga etika ketika bermesyuarat dan menanam ciri profesionalisme yang terdiri daripada berpadangan jauh dan berdikari dan saya merasakan pengajaran yang saya perolehi di dalam program ini amat bersesuian dengan kehendak kursus kemahiran nilai, sikap, etika dan profesinalisme. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prod. Madya Dr Sofiah bt Md Auzair kerana membantu saya memahami dengan lebih jelas lagi akan maksud niai, sikap, etika dan profesionalisme ini melalui nota yang di beri oleh Prof melalui I-Folio.