refleksi lawatan ke msn

4
Pada 9 Mac 2015 yang lalu, saya bersama 27 orang guru pelatih membuat lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Lawatan kami diiringi oleh seorang pensyarah pembimbing iaitu Encik Saiful Bahari bin Mat dari jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Lawatan ilmiah ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus Pengurusan dan Pentadbiran PJ (PJM 3123E). Kandungan wajib yang dilakukan oleh para pelajar ialah mengadakan satu lawatan ilmiah untuk mengetahui selok-belok pentadbiran dan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan. Disebabkan kami mengambil kursus pendidikan jasmani, kami memilih untuk melawat para atlet dan belajar menganai struktur organisasi sukan pada peringkat kebangsaan. Lawatan ini bermatlamat memperkembangkan mental, sosial , jasmani dan rohani guru pelatih secara optimum, mengukuh dan memperkaya ilmu dan kemahiran yang dipelajari secara teori, serta memperluas pengalaman guru pelatih dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sukan, mempelajari tentang pengurusan dan pentadbiran sukan pada peringkat kebangsaan serta menjalin hubungan baik dengan komuniti sukan diperingkat lebih tinggi melalui lawatan ilmiah. Sebelum membuat lawatan, kami membuat perbincangan dan perjumpaan bersama ahli kelas untuk memilih ahli jawatankuasa dan memilih tempat lawatan. Pelantikan ahli jawatankuasa dilaksanakan bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur, semua pelajar menerima tugasan masing-masing seperti AJK tugas-tugas khas dan sebagainya. Setelah bermesyuarat dan memilih ahli jawatankuasa lawatan, semua pelajar telah bersepakat untuk mengadakan lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negara yang terletak berhampiran dengan Stadium Putra Bukit Jalil.

Upload: caroline

Post on 21-Dec-2015

62 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

REFLEKSI LAWATAN ILMIAH KE MSN

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Lawatan Ke Msn

Pada 9 Mac 2015 yang lalu, saya bersama  27 orang guru pelatih membuat lawatan

ilmiah ke Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Lawatan kami diiringi oleh seorang

pensyarah pembimbing iaitu Encik Saiful Bahari bin Mat dari jabatan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan.

Lawatan ilmiah ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus Pengurusan dan

Pentadbiran PJ (PJM 3123E). Kandungan wajib yang dilakukan oleh para pelajar ialah

mengadakan satu lawatan ilmiah untuk mengetahui selok-belok pentadbiran dan pengurusan

pendidikan jasmani dan sukan. Disebabkan kami mengambil kursus pendidikan jasmani, kami

memilih untuk melawat para atlet dan belajar menganai struktur organisasi sukan pada

peringkat kebangsaan. Lawatan ini bermatlamat memperkembangkan mental, sosial , jasmani

dan rohani guru pelatih secara optimum, mengukuh dan memperkaya ilmu dan kemahiran yang

dipelajari secara teori, serta memperluas pengalaman guru pelatih dalam bidang pengurusan

dan pentadbiran sukan, mempelajari tentang pengurusan dan pentadbiran sukan pada

peringkat kebangsaan serta menjalin hubungan baik dengan komuniti sukan diperingkat lebih

tinggi melalui lawatan ilmiah.

Sebelum membuat lawatan, kami membuat perbincangan dan perjumpaan bersama ahli

kelas untuk memilih ahli jawatankuasa dan memilih tempat lawatan. Pelantikan ahli

jawatankuasa dilaksanakan bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan

teratur, semua pelajar menerima tugasan masing-masing seperti AJK tugas-tugas khas dan

sebagainya. Setelah bermesyuarat dan memilih ahli jawatankuasa lawatan, semua pelajar telah

bersepakat untuk mengadakan lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negara yang terletak

berhampiran dengan Stadium Putra Bukit Jalil.

Pada 9 Mac 2015, kami telah berkumpul di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh pada

seawal jam 4.45 pagi. Setelah berkumpul dan memeriksa semua peralatan, kami telah

bertolak tepat pukul 5 pagi. Kami telah tiba Majlis Sukan Negara pada jam 9 pagi. Antara

tentatif lawatan kami ke Majlis Sukan Negara adalah untuk mengetahui pengurusan sukan di

peringkat kebangsaan. Sejurus tiba, kami telah diberikan taklimat ringkas oleh Encik

Muhammad Zaidi iaitu seorang penceramah di Majlis Sukan Negara. Beliau telah menerangkan

kami tetang tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pihak MSN terhadap para atlet Malaysia.

Selain daripada itu, beliau juga menerangkan kami tentang visi, misi dan carta organisasi Majlis

Sukan Negara.

Page 2: Refleksi Lawatan Ke Msn

Tambahan pula, beliau telah pun memberitahu kami tentang rutin harian para atlet kita.

Kami berasa terkejut setelah melihat jadual harian atlet kita kerana mereka tidak ada masa

untuk menikmati kehidupan seperti biaas. Dari seawal jam 5.00 pagi sehingga malam mereka

perlu membuat latihan fizikal untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada pada diri

mereka. Mereka tidak diberikan cuti dan perlu berlatih sepanjang minggu. Pada atlet akan

bercuti apabila jurulatih memberikan cuti kepada mereka. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita

hendaklah menghormati pengorbanan para atlet kita dan mendoakan agar mereka dapat

mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Selaras dengan itu, para atlet kita juga ada beberapa kelebihan. Antaranya ialah,

mereka mendapat elaun pada tiap-tiap bulan. Selain itu, MSN menyediakan tempat penginapan

bagi mereka dan mereka tidak perlumembuat bayaran balik. Para atlet juga dibekalkan

makanan percuma di kafetaria dan di situ terdapat pelbagai jenis makanan yang berkhasiat.

Selepas taklimat ringkas tersebut, beliau telah mengadakan sesi soal jawab dengan

kami. Melalui sesi soal jawab dan penerangan yang diberikan oleh beliau, jelas sekali peranan

pihak pengurusan danpentadbiran adalah asas kepada kejayaan MSN melahirkan atlet bertaraf

dunia. Sesuai dengan matlamat MSN untuk melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia, saya

dapati bahawa kejayaan atlet bukanlah datang dari kemahiran dan kekuatan atlet semata-mata,

tetapi disokong dan dibantu oleh pihak pengurusan dan pentadbiran yang menyediakan

pelbagai bantuan dari pelbagai bahagian.

Sesi pemberian cenderamata juga telah berlangsung di dalam dewan tersebut. wakil

IPG Kampus Ipoh telah memberikan cenderamata kepada pihak MSN sebagai tanda

penghargaan dan terima kasih kerana menyambut baik kedatangan kami. Selepas agenda

tersebut, Encik Muhammad Zaidi dengan diiringi oleg seorang pelatih yang berparktikal di

tempat tersebut membawa kami untuk melawat kawasan MSN. MSN mempunyai segala

kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh para atlet sukan. Antaranya ialah, gelanggang

badminton, padang bola sepak dan peralatan gimnastik, gymnasium dan sebagainya. Kami

sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak MSN kerana pengurusan

yang menyediakan ruang taklimat yang selesa dan menyediakan jamuan minum petang.

Program Lawatan Ilmiah PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani

dan Sukan ini benar-benar telah memberi pengalaman yang cukup berharga buat diri kami

sebagai seorang guru pelatih. Antara input berguna yang telah kami perolehi semasa program

lawatan ilmiah ini ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan merupakan

Page 3: Refleksi Lawatan Ke Msn

asas kejayaan yang sebenar dan perlu dititikberatkan. Selain memberikan satu pengalaman

baru yang bermakna dalam hidup kami, pelbagai pendedahan yang kami perolehi semasa

lawatan ilmiah ini juga telah membuka mata dan minda kami bahawa pengurusan dan

pentadbiran sukan merupakan satu perkara yang sangat penting sekali. Perancangan yang teliti

akan menghasilkan tugasan yang sempurna. kami juga dapat mengaplikasi ilmu yang kami

terima ini untuk menguruskan panitia dengan baik dan lancar.

Selama mengikuti lawatan ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama

ada secara langsung atau tidak langsung. Antara pengalaman yang diperoleh ialah kami

berpeluang melihat sendiri para atlet bertungkus-lumus berlatih untuk setiap sukan yang akan

mereka sertai pada tahun ini. Jadual setiap atlet adalah padat dan mereka bertungkus-lumus

mereka berjuang berlatih untuk menaikkan nama negara dalam sukan. Kami berpeluang

melihat sendiri atlet dalam acara memanah, larian, angkat berat, paralimpik, menembak dan

bermacam-macam-macam lagi. Malah kami berasa teruja apabila dapat merasai sendiri

menggunakan alat untuk beberapa acara seperti memanah dan menembak. Peluang tersebut

tidak kami lepaskan dan telah kami gunakan sebaik mungkin.

Terdapat aspek kekuatan dan kelemahan yang amat penting di dalam sesuatu refleksi.

Kekuatan yang dapat saya kenal pasti semasa lawatan ialah kami banyak bertanya soalan dan

tekun mendengar pengenalan ringkas yang diberikan oleh jurulatih bagi setiap jenis sukan yang

sempat kami lawati.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang dapat dikesan. Antaranya ialah

kekurangan kolaborasi di antara ahli jawatankuasa perhubungan dengan pihak MSN

menyebabkan berlakunya salah faham dan menimbulkan masalah pada awal lawatan. Antara

cadangan penambahbaikan ialah pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil inisiatif

untuk berhubung dengan pihak yang terlibat bagi mengelakkan berlakunya salah faham atau

kejadian yang tidak diingini berlaku.

Penganjuran lawatan ini turut memberi kesedaran dan pendedahan awal tentang

pengurusan dan pentadbiran sukan di samping membuka minda para pelajar untuk mengetahui

isu semasa serta menimba pengalaman untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Melalui sesi

refleksi yang dijalankan, semua pelajar menyuarakan rasa banga dan bertuah kerana diberikan

peluang menganjurkan program seumpama ini dan masih mengharapkan program susulan bagi

kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Page 4: Refleksi Lawatan Ke Msn