refleksi. lanskap

2
MOHD ABDUL AZIZ BIN AZMEE 920906-09- 5109: 0610/ 1663 REFLEKSI Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kerana diberi kesempatan menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Jutaan terimakasih kepada semua yang terlibat dan tidak terbalas jasa dan bantuan yang diberikan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Kerja kursus kali ini ialah berkaitan Teknologi Pertanian dan Landskap, RBT 3104 yang mana kerja kursus ini melibatkan kerja dalam kumpulan. Jadi melalui pengalaman selama satu semester dalam menyiapkan kerja kursus ini, salah satu perkara yang tidak akan saya lupa ialah jangan selesaikan masalah dengan masalah. Ini disebabkan dalam menyiapkan kerja kursus ini kami semua dikehendaki menyiapkan amali landskap dan seterusnya telah berurusan dengan pihak luar untuk tempahan barang keperluan. Apa yang terjadi ialah pesanan kami kepada pihak terbabit telah berlaku salah faham yang tidak sepatutnya. Banyak diantara rakan-rakan dan pensyarah yang memandang masalah ini sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Jadi dalam menyelesaikan masalah ini, saya bertindak untuk diamkan diri dan mencari sebab utama masalah ini. Nasib saya baik, kerana mendapat penerangan oleh pihak yang terbabit, walaubagaimanapun saya tidak dapat untuk memperbetulkan anngapan orang lain. Tetapi kebanyakkan rakan-rakan saya, dapat terima dan mencari alternatifa untuk bersama-sama menyelesaikan masalah ini. Seterusnnya, perkara yang mengajar saya juga sepanjang menyiapkan kerja kursus ini ialah kerjasama. Ringkas tapi bukan mudah untuk sebuah kumpulan untuk memberi kerjasama terutama ahli kumpulan yang terdiri dai lelaki dan perempuan. Apa yang terjadi ialah, rentetan dari masalah pertama tadi kumpulan kami mengadapi masalah untuk menetapkan sususana landskap mengikut perancangan awal. Ini kerana terdapat barang kelengkapan landskap yang tidak cukup bahkan terdapat penambahan yangtidak sepatutnya. Jadi pada mulanya, saya sedikit tersa hati dengan ahli kumpulan saya kerana tidak memaklumkan sebarang perubahan yang ingin dilakukan pada perancangan awal. Nasib menyebelahi saya kerana saya bertindak rasional dengan mendapatkan

Upload: mohd-abdul-aziz-azmee

Post on 02-Aug-2015

74 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI. Lanskap

MOHD ABDUL AZIZ BIN AZMEE 920906-09-5109: 0610/ 1663

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kerana diberi kesempatan

menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Jutaan terimakasih kepada semua yang terlibat

dan tidak terbalas jasa dan bantuan yang diberikan kepada saya dalam menyiapkan

kerja kursus ini. Kerja kursus kali ini ialah berkaitan Teknologi Pertanian dan

Landskap, RBT 3104 yang mana kerja kursus ini melibatkan kerja dalam kumpulan.

Jadi melalui pengalaman selama satu semester dalam menyiapkan kerja

kursus ini, salah satu perkara yang tidak akan saya lupa ialah jangan selesaikan

masalah dengan masalah. Ini disebabkan dalam menyiapkan kerja kursus ini kami

semua dikehendaki menyiapkan amali landskap dan seterusnya telah berurusan

dengan pihak luar untuk tempahan barang keperluan. Apa yang terjadi ialah pesanan

kami kepada pihak terbabit telah berlaku salah faham yang tidak sepatutnya.

Banyak diantara rakan-rakan dan pensyarah yang memandang masalah ini sebagai

sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Jadi dalam menyelesaikan masalah ini, saya

bertindak untuk diamkan diri dan mencari sebab utama masalah ini. Nasib saya baik,

kerana mendapat penerangan oleh pihak yang terbabit, walaubagaimanapun saya

tidak dapat untuk memperbetulkan anngapan orang lain. Tetapi kebanyakkan rakan-

rakan saya, dapat terima dan mencari alternatifa untuk bersama-sama

menyelesaikan masalah ini.

Seterusnnya, perkara yang mengajar saya juga sepanjang menyiapkan kerja

kursus ini ialah kerjasama. Ringkas tapi bukan mudah untuk sebuah kumpulan untuk

memberi kerjasama terutama ahli kumpulan yang terdiri dai lelaki dan perempuan.

Apa yang terjadi ialah, rentetan dari masalah pertama tadi kumpulan kami

mengadapi masalah untuk menetapkan sususana landskap mengikut perancangan

awal. Ini kerana terdapat barang kelengkapan landskap yang tidak cukup bahkan

terdapat penambahan yangtidak sepatutnya. Jadi pada mulanya, saya sedikit tersa

hati dengan ahli kumpulan saya kerana tidak memaklumkan sebarang perubahan

yang ingin dilakukan pada perancangan awal. Nasib menyebelahi saya kerana saya

bertindak rasional dengan mendapatkan penjelasan secara terus dengan mereka.

Page 2: REFLEKSI. Lanskap

MOHD ABDUL AZIZ BIN AZMEE 920906-09-5109: 0610/ 1663

Walaubagaimanapun, kami menghadapi masalah untuk menetapkan pelan lanskap

kami. Jadi setiap orang daripada kami memounyai idea dan cara masing-masing

dalam menetapkan pelan itu. Jadi saya sebagai ketua kumpulan memainkan

peranan dengan mengajak mereka berdiskusi bersama dan mengamalkan

budibicara dalam membuat keputusan untuk kumpulan. Syukur masalah ini selesai,

tetapi kerjasama itu bukan mudah. Sebagai ketua, perlu kepada dapat mengawal

dan menyelesaikan masalah dengan perbincangan bukan memikirkan diri sendiri.

Kesimpulannya, kerja kursus kali ini mengajar perkara biasa tetapi bermanfaat

untuk saya amalkan. Ilmu tanpa amal adalah sia-sia, diharapkan apa yang saya

pelajari ini dapat diamalkan walaupun sedikit namun lebih baik dari tiada langsung.

Saya berharap melalui aktiviti berkumpulan yang telah saya lalui tahap pemikiran

saya dapat berkembang melalui interaksi berkumpulan. Saya juga berharap jalinan

persahabatan yang dijalin dan kerjasama ini dapat dipupuk sehingga keakhir hayat.