unit 4-tanaman hiasan untuk lanskap

Upload: armancrespo

Post on 07-Jul-2018

549 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    1/24

      P e r l a n s k a p a n  | 69

    UNIT 4

    TANAMAN HIASAN UNTUK LANSKAP

    HASILPEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda dapat:

    1.  Mengetahui jenis dan contoh pokok naungan, renek, penutup bumi, turf dan palma.

    2.  Mengenalpasti ciri fizikal pokok naungan, renek, penutup bumi, turf dan palma.

    3.  Membezakan fungsi dan kegunaan pokok naungan, renek, penutup bumi, turf dan palma

    dalam lanskap.

    KANDUNGAN MODUL

    Untuk membolehkan pelajar mencapai objektif di atas dan mengikuti modul ini dengan mudah, kandungan modulini dibahagikan kepada:

    Unit 4.0 PengenalanUnit 4.1 Pokok NaunganUnit 4.2 Pokok RenekUnit 4.3 Tanaman Penutup BumiUnit 4.4 Rumput Turf

    Unit 4.5 Pokok PalmaUnit 4.6 RumusanUnit 4.7 Rujukan 

    4.0 PENGENALAN

    anaman hiasan merupakan elemen lanskap lembut (softscape) yang penting bagi mewujudkan

    pemandangan yang indah. Biasanya tanaman hiasan digabungkan dengan elemen bukan hidupan atau

    lanskap kejur (hardscape) seperti batu, bangunan, serta struktur keras yang lain. Terdapat beberapakumpulan tanaman hiasan yang digunakan di dalam lanskap. Tanaman hiasan terbahagi kepada beberapa jenis

    mengikut kegunaan, fungsi, tekstur, skala, warna, bentuk dan ciri pertumbuhannya.

    Tanaman hiasan boleh dibahagikan kepada 12 jenis tumbuhan iaitu pokok naungan atau saka, pokok palma,

    pokok renek, kaktus dan lendair (sukulen), pokok orkid, rumput turf, tumbuhan memanjat dan menjalar, tanaman

    hiasan dalaman, tanaman penutup bumi dan tanaman semusim, tumbuhan herba serta tumbuhan air (akuatik).

    T

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    2/24

      P e r l a n s k a p a n  | 70

    Bagi mendapatkan lanskap yang menarik dan kreatif, pemilihan dan gabungan tanaman hiasan perlu

    diberi perhatian.

    Terdapat pelbagai jenis tanaman yang dijadikan sebagai tanaman hiasan. Tiap-tiap jenis tumbuhan ini sukar

    dikenali. Walaubagaimanapun, tumbuh-tumbuhan ini dapat dikenal pasti dengan lebih tepat dengan

    menggunakan sistem tatanaman yang diterima seluruh dunia yang dipanggil sebagai Sistem Tatanama Binomial.

    Ia diperkenalkan oleh Carolus Linneeus, seorang ahli Biologi. Dalam sistem ini, nama saintifik bagi tumbuhan

    dinyatakan dalam dua nama iaitu nama genus dan nama spesies. Contohnya pokok kemuning, diberi nama

    Murraya exotica.

    Cara penulisan nama saintifik adalah samada:

    1.  Murraya exotica (italik pada kedua-dua nama genus dan spesies) 

    2.  Murraya exotica (nama genus dan spesies digariskan berasingan)

    Berikan nama saintifik bagi tanaman hiasan lanskap di bawah dengan cara penulisan yang betul.

    1. 

    Pokok kenanga: _________________________2.  Pokok beringin: _________________________

    3.  Pokok pinang merah: _______________________

    4.  Pokok serunai laut: __________________________

    5.  Pokok kemunting cina: _______________________

    4.1 POKOK NAUNGAN

    Pokok naungan ditanam untuk mendapatkan teduhan di kawasan tertentu. Ia juga boleh juga digunakan sebagai

    penahan angin. Biasanya terdiri dari jenis saka dan berbatang tunggal. Juga dikenali sebagai pokok pinggiran jalan.Tumbuh rendang dan mempunyai kanopi yang padat, boleh mencapai 10 meter tinggi dan boleh hidup

    melebihi 50 tahun. Contohnya pokok semarak api (Delonix regia), tembusu (Fragea fragrans), bungur

    (Lagerstroemia speciosa), bunga tanjung (Mimusop elengi ) dan hujan-hujan (Enterolobium saman).

    4.1.1 CIRI-CIRI POKOK NAUNGAN

    1. 

    Bentuk

    Pokok naungan mempunyai bentuk silara yang berbeza-beza.  Secara umumnya, terdapat lapan jenis

    bentuk silara:

    a. 

    bujur telur (ovoid/oval)

    -  Bentuk silaranya lebar di bahagian bawah.

    -  Nisbah lebar silara dan ketinggian ialah 1:2.

    Contoh: Pokok merawan siput jantan (Hopea odorata), dikenali sebagai cengal pasir.

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    3/24

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    4/24

      P e r l a n s k a p a n  | 72

    -  Nisbah ketinggian dan lebar silaranya ialah 2:1. 

    -  Contoh: Pokok mahogany (Swietenia macrophylla) 

    Bentuk piramid terbalik

    e.  mengurai (droopy/weeping)

    -  Bentuk silaranya tidak menentu tetapi ranting dan daunnya akan tumbuh ke arah

    tanah.

    Contoh: Pokok janda merana  (Salix babylonica) 

    Bentuk mengurai Salix babylonica  Daun Salix babylonica 

    f.  bulat (globular)

    -  Bentuk silaranya bulat.

    -  Contoh: Pokok tulang daing atau pokok kedang belum (Milletia atropurpurea)

    Bentuk bulat Milletia atropurpurea 

    g.  mendatar/pepayung (horizontal)

    - Bentuk silara tidak sekata.

    - Dahan akan membesar atau membuka secara mendatar.

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    5/24

      P e r l a n s k a p a n  | 73

    - Contoh: Pokok semarak api (Delonix regia)

    Bentuk mendatar Delonix regia

    h.  rampak (irregular)

    -  Bentuk silaranya tidak menentu

    -  Contoh: Pokok batai laut (Peltophorum pterocarpum) 

    Bentuk rampak Peltophorum pterocarpum

    2. 

    Ukuran

    Saiz pokok naungan akan mempengaruhi skala ruang, keindahan komposisi, dan rangka keseluruhan

    rekabentuk. Pokok naungan mempunyai saiz dan kadar tumbesaran yang berbeza:

    a.  Cepat membesar (2.5 m setahun)

    - Contoh: angsana (Pterocarpus indicus)

    b. Sederhana membesar (1.5 – 2.5 m setahun)

    - Contoh: mahagony (Swietenia macrophylla) 

    a.  Lambat membesar (kurang 1.5 m setahun)

    - Contoh: tembusu (Fagraea fragrans)

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    6/24

      P e r l a n s k a p a n  | 74

    Pterocarpus indicus  Swietenia macrophylla  Fagraea fragrans 

    Ketinggian pokok naungan dirujuk pada ketinggian semasa matang.

    a.  Pokok rendah (4 – 10 m)

    - tapak kuda (Bauhinia purpurea)

    b. Pokok sederhana tinggi (10 – 15 m)

    - kayu manis (Cinnamomum iners), pokok mempisang (Polyalthia longifolia)c. Pokok tinggi ( > 15 m)

    - jati (Tectona grandis)

    Bauhinia purpurea Cinnamomum iners Polyalthia longifolia

    Pokok Bucida molineti  atau dikenali sebagai pokok doa atau Black olive tree ini dapat memberikan imej

    yang cantik dan teratur menyebabkan pokok Bucida Molineti   ini sangat sesuai ditanam di jalan-jalan

    utama. Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus juga merupakan faktor utama

    mengapa pokok Bucida ini sangat sesuai ditanam untuk lanskap protokol selain dapat mewujudkan imej

    formal jalan protokol.

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    7/24

      P e r l a n s k a p a n  | 75

    Bucida Molineti  

    3. 

    Tekstur

    Tekstur merujuk pada saiz dan warna daun.

    a. Pokok berdaun besar bertekstur kasar.- pokok ketapang (Terminalia catappa)

    b. Pokok berdaun kecil – tekstur halus

    - pokok semarak api (Delonic regia)

    c. Daun berwarna hijau gelap – tekstur kasar

    - pokok bunga tanjung (Mimusop elengi )

    d. Daun berwarna hijau muda – tekstur halus

    - pokok rhu (Casuarina nobilis)

    Mimusop elengi Casuarina nobilis

    4. 

    Warna

    Kebanyakan pokok naungan berwarna hijau tetapi ada juga yang daunnya berwarna-warni atau

    mengalami perubahan warna pada masa-masa tertentu.

    Contoh: dedap batik (Erythrina variegata), daunnya padat dan akan gugur apabila berbunga.

    penaga lilin (Mesua ferrea) merupakan pokok kebangsaan Sri Lanka.

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    8/24

      P e r l a n s k a p a n  | 76

    Erythrina variegate Mesua ferrea

    5. 

    Ciri-ciri pemilihan

    Ciri-ciri pemilihan sebagai pokok naungan atau pinggiran jalan:

    a. Ketinggian melebihi 5 m

    b. Dahannya tidak mudah sekah.

    c. Kanopinya padat

    d. Pokoknya tegap dan kuat

    e. Tidak mempunyai akar banir yang boleh merosakkan jalanraya.

    f. Tidak mempunyai buah yang beracun serta daun yang besar dan mudah gugur.

    g. Kos penyenggaraannya rendah.

    Ciri-ciri lain:

    a.  mempunyai bau

    - contoh: kemboja (Plumeria obtusa) dan cempaka kuning (Michelia champaca)

    b. mempunyai khasiat perubatan- contoh: pala (Myristica fragrans)

    c. Boleh menjadi perasa atau rempah

    - contoh: kayu manis (Cinnamomun iners)

    d. Mempunyai bahagian yang beracun

    - contoh: kemboja merah (Plumeria rubra) dan dedap batik (Erythrina variegate)

    Plumeria rubra 

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    9/24

      P e r l a n s k a p a n  | 77

    4.1.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN POKOK NAUNGAN

      Sebagai pokok naungan di kawasan tertentu

      Sebagai penahan dan penapis angin

      Sebagai latar belakang pemandangan

     

    Sebagai sempadan

      Untuk mengawal hakisan

      Untuk menceriakan landskap

      Untuk memberikan bauan

      Untuk mengawal iklim mikro dan makro.

    Bagi mendapatkan maklumat ringkas mengenai jenis tanaman hiasan, sila layarihttp://www.youtube.com/watch?v=H-NEbi4keYQ 

    http://www.youtube.com/watch?v=Fn5EFsogsbk 

    4.2 POKOK RENEK

    Pokok renek adalah pokok berbatang kayu yang mengeluarkan banyak dahan serta ranting dari bahagian

    pangkal. Ia mempunyai ketinggian kurang daripada lima meter. Sesetengah daripada tumbuhan renek

    mengeluarkan bunga yang menarik atau mempunyai daun yang pelbagai warna dan bentuk. Contoh

    tumbuhan renek ialah: ekor kucing ( Acalypha  sp.), puding (Codiaeum  sp.), bunga raya (Hibiscus rosa

    sinensis), bunga kertas (Bougainvillea  sp.) dan bunga siantan (Ixora  sp.). Pokok-pokok ini amat sesuai

    digunakan sebagai pokok hiasan dalam pasu atau secara berkumpulan di dalam satu kawasan. Selain itu,

    ada juga pokok renek yang mempunyai daun yang cantik dijadikan daun keratan untuk gubahan bunga

    seperti buluh jepun (Dracaena godseffiana), pokok drasina, jenjuang dan puding.

    4.2.1 CIRI-CIRI POKOK RENEK

    1. 

    Bentuk

    Pokok renek mempunyai berbagai bentuk, contohnya: 

    a.  Bulat

    Siantan (Ixora javanica)b.  Mengurai

    Kasia (Cassia biflora)

    Pokok kasia juga sesuai dijadikan pokok penghadang, tanaman di kawasan cerun, tanaman

    di tepi jalan dan sebagai pembahagi jalan.

    c.  Rampak

    tekomaria (Tecomaria sp.)

    http://www.youtube.com/watch?v=H-NEbi4keYQhttp://www.youtube.com/watch?v=H-NEbi4keYQhttp://www.youtube.com/watch?v=Fn5EFsogsbkhttp://www.youtube.com/watch?v=Fn5EFsogsbkhttp://www.youtube.com/watch?v=Fn5EFsogsbkhttp://www.youtube.com/watch?v=H-NEbi4keYQ

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    10/24

      P e r l a n s k a p a n  | 78

    Ixora sp. Cassia biflora  Tecomaria sp.

    2. 

    Ukuran

    Merujuk kepada ketinggian yang dicapai pada peringkat matang.

    a. Pokok renek tinggi (1.5 – 4 m)

    Callistemon viminalis (bottle brush)

    b. Pokok renek sederhana tinggi (1 – 1.5 m)Hibiscus rosa sinensis (bunga raya)

    c. Pokok renek rendah (< 0.5 m)

    Ixora sunkist  (siantan)

    Kadar tumbesaran pokok renek boleh dikategorikan kepada cepat (6 – 12 bulan), sederhana (1 -2

    tahun) dan lambat (> 2 tahun).

    3. 

    Tekstur

    Mempunyai pelbagai tekstur

    a. 

    Tekstur kasar

    Jejarum (Ixora javanica)

    b.  Tekstur halus

    Rubia (Pentas coccinea)

    4. 

    Warna

    Pokok renek paling banyak warna berbanding kumpulan tumbuhan lain. Sebab itu pokok renek banyak

    digunakan untuk mewarnai landskap. Kebanyakan mempunyai daun berwarna hijau tetapi terdapat

     juga yang berwarna hijau putih dan pelbagai warna. Contohnya seperti pokok puding (Cadiaeum

    variegatum), jenjuang (Cordyline terminalis), drasina (Dracaena spp.) dan duranta (duranta repens).

    Selain itu, pokok renek juga mempunyai warna bunga yang menarik seperti seperti pokok akalifakuning ( Acalypha wilkesiana), mengkudu siam (Pisonia alba), bunga kertas (Bougainvillea spectabilis

    variegata), bunga tiga bulan atau hydrangea (Hydrangea macrophylla) dan bunga melati (Jasminum

    sambac ). Perkataan hydrangea bermaksud bekas air kerana bunganya menyerupai bekas air. Namun,

    pokok ini mengandungi racun pada bahagian mata tunas, daun dan dahannya. Pokok melati sangat

    digemari oleh kaum India untuk upacara keagamaan.

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    11/24

      P e r l a n s k a p a n  | 79

    Cordyline terminalis Dracaena spp. Hydrangea macrophylla 

    5. 

    Bunga 

    Bunga pokok renek mempunyai pelbagai warna dan keunikannya. Contohnya: bunga raya (Hibiscus

    rosa sinensis), bunga kertas (Bougainvillea sp.), balung ayam (Celosia argentea) dan janda kaya

    (Mussaenda philippica).

    Bougainvillea sp. Mussaenda philippica Celosia argentea 

    6. 

    Ciri-ciri lain 

    Mempunyai banyak khasiat perubatan atau terapeutik. Contohnya seperti pokok kemunting cina

    (Catharanthus roseus) dan pokok kecubung kampong (Datura alba). Pokok kamunting cina dikatakan

    mengandungi viblastin yang boleh mengubati penyakit tumor. Di India dan Filipina, ia dijadikan sebagai

    ubat kencing manis kerana pada daunnya mengandungi vindolin  yang boleh mengurangkan gula di

    dalam darah. Pokok D. Alba boleh mengubatai sengal tulang, sakit pada sendi, terseliuh dan sakit

    telinga menggunakan daunnya. Namun, terdapat juga spesis lain seperti Datura suaveolens,

    mengandungi racun yang berbahaya pada manusia terutama yang terdapat pada bahagian daun,

    cecair pokok dan biji benih.

    Selain itu, ciri memanjat dan menjalar juga antara faktor pemilihannya seperti pokok bunga kertas(Bougainvillea sp.) dan naga buana (Phyllanthus myrtifolius). Bunga yang tahan lama dan menarik juga

    antara ciri pemilihan pokok renek. Contohnya seperti pokok pepanggil atau bunga pagoda

    (Clerodendrum paniculatum). Bunga pada pokok ini boleh bertahan selama beberapa minggu. Di

    samping itu juga ia boleh menarik rama-rama untuk menghampirinya. Pokok ini boleh dijadikan

    tanaman spesimen, tanaman tunggal di tepi jalan atau tanaman campuran dengan tanaman lain.

    Faktor aroma juga turut menjadi pilihan seperti pokok bunga cina ( Gardenia jasminoides) dan pokok

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    12/24

      P e r l a n s k a p a n  | 80

    Kelopak bunga raya digunakan untuk mengilatkan kasut

    di negara India. 

    melati (Jasminum sambac ). Ia boleh ditanam sebagi pokok pagaran, tanaman berkelompok atau

    tanaman tunggal.

    Catharanthus roseus Bougainvillea sp. Phyllanthus myrtifolius

    Clerodendrum paniculatum Gardenia jasminoides Jasminum sambac  

    4.2.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN POKOK RENEK 

    Pokok renek mempunyai pelbagai kegunaan dan fungsi antaranya ialah sebagai:

    a.  Pagaran.

    Pokok pagaran biasanya ditanam rapat-rapat di dalam barisan. Pokok pagaran boleh dibiarkan

    tumbuh secara semulajadi atau dipangkas kepada bentuk tertentu. Contohnya seperti pokok melur(Jasminum sambac), teh pagar ( Acalypha siamensis), eritia (Ehretia microphylla) dan kuku geroda

    (Polyscias filicifolia).

    b.  Pemisah kawasan

    Pokok siantan (Ixora javanica)

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    13/24

      P e r l a n s k a p a n  | 81

    c.  Penanda dan penunjuk arah jalan

    Pokok janda kaya (Mussaenda philippica)

    d.  Tanaman latar hadapan

    Pokok bunga tahi ayam (Lantana camara)

    Pokok bunga tahi ayam sebagai latar hadapan

    e.  Penutup bumi

    Pokok wedelia (Wedelia triloba)

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    14/24

      P e r l a n s k a p a n  | 82

    Permintaan terhadap pokok limau kasturi (pokok renek) pasti akan meningkat

    sempena tahuan baru Cina sebagai tanaman hiasasan kerana menurut kepercayaan

    mereka, limau melambangkan kesejahteraan dan kemewahan. 

    f.  Titik tumpuan

    Pokok berus botol (Callistemon viminalis)

    g.  Tanaman bonsai

    Pokok bunga kertas (Bougainvillea sp.)

    h.  Pintu gerbang

    Pokok bunga kertas (Bougainvillea sp.) dan Pokok bunga loceng ( Allamanda catharica)

    Pokok renek sering digunakan sebagai tulang belakang atau teras kerana kegunaannya yang fleksibel. Pokok

    renek boleh dibentuk menggantikan pokok saka contohnya pokok bottle brush (Callistemom viminalis). Selain itu,

    ia juga boleh juga dipangkas pendek menjadi penutup bumi seperti Ixora sunkist .

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    15/24

      P e r l a n s k a p a n  | 83

    Yang manakah antara berikut tumbuhan renek?

     A.  Kaktus

    B.  Pokok ekor kucing

    C.  Pokok resam batu

    D.  Pokok lidah jin

    4.3 TANAMAN PENUTUP BUMITanaman penutup bumi ialah tumbuhan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 30 cm dari

    permukaan tanah. Kebanyakannya terdiri daripada tumbuhan yang tumbuh secara melata atau menjalar di

    permukaan tanah. Fungsinya untuk menutup permukaan bumi. Contohnya ros Jepun (Portulaca

    grandiflora), pokok jejari hantu ( Alternanthera sp.) dan pokok sambang darah (Hemigraphis sp.).

    Kenalpasti dan tuliskan nama saintifik bagi tanaman penutup bumi di bawah dengan cara penulisan yang

    betul.

     _____________________ ____________________ _____________________

    4.3.1 CIRI-CIRI POKOK PENUTUP BUMI

    i. 

    Bentuk

    Mempunyai pelbagai bentuk.

    a. Bulat

    Contoh: honey suckle (Lonicera sp.)

    b. Berjuntai

    Contoh: pandan (Pandanus pygmaeus)

    c. RampakContoh: ophiopogon (Ophiopogon sp.)

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    16/24

      P e r l a n s k a p a n  | 84

    Pandanus pygmaeus

    ii. Ukuran 

    a. Tumbesaran cepat

    Contoh: wedelia (Wedelia trilobata)

    b. Tumbesaran lambat

    Contoh: zyphyranthes (Zyphyranthes sp.)

    Zyphyranthes sp.

    iii. Tekstur  

    a. Tekstur kasar

    Contoh: hemigrafis (Hemigraphis colorata)

    b. Tekstur halus

    Contoh: bambu halus (Bambusa ventricosa)

    Bambusa ventricosa

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    17/24

      P e r l a n s k a p a n  | 85

    iv. Warna

    Daun

    a.  Berwarna hijau

    Contoh: creeping charlie (Pilea nummulariifolia)

    b.  Berwarna hijau merah

    Contoh: alternantera ( Alternanthera sp.) dan hemigrafis (Hemigraphis alternata)

    c.  Berwarna hijau putih (variegated)

    Contoh: pilea perak (Pilea cadierei )

    Bunga

    a.  Berwarna merah/putih/merah jambu

    Contoh: rose jepun (Portulaca grandiflora)

    b.  Berwarna kuning

    Contoh: wedelia (Wedelia trilobata), pokok kacang kuning ( Arachis pintoi )

     Arachis pintoi

    Ciri-ciri Pemilihan sebagai Tumbuhan Penutup Bumi

    a.  Cepat melata

    b.  Berdaun padat

    c.  Tahan daripada serangan perosak

    4.3.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN TUMBUHAN PENUTUP BUMI

      Menghalang hakisan

     

    Menutup permukaan bumi di kawasan cerun

      Menarik kehadiran serangga dan unggas kecil.

      Memberi warna landskap

      Menggabungkan tumbuhan dalam rekabentuk landskap.

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    18/24

      P e r l a n s k a p a n  | 86

    4.4 RUMPUT TURF

    Rumput turf ialah sekumpulan rumput daripada keluarga Poaceae  yang ditanam dan dijaga dengan rapi di

    padang permainan, halaman rumah, padang lumba kuda, padang golf dan pinggiran jalan. Contoh rumput turf

    yang biasa ditanam ialah Broadleaf carpet grass ( Axonopus compressus), rumput  Serangoon (Digitaria

    didactyla), rumput bermuda  (Cynodon dactylon), Japanese Lawn Grass (Zoysia japonica), St.Augustine Grass

    (Stenotaphrum secundatum) dan rumput zoysia (Zoysia matrella).

    a. 

     Axonopus compressus

    Rumput ini dikenali sebagai rumput tikar, rumput parit atau Broadleaf crapet grass. Ia merupakan rumput

    yang paling terkenal ditanam di Malaysia samada di kawasan halaman rumah, pinggir jalan, padang

    permainan dan cerun. Selain itu, rumput ini sesuai ditanam di atas pelbagai jenis tanah dan tahan lasak.

    Penyelenggaraannya juga lebih mudah berbanding jenis rumput yang lain.  Axonopus affinis  adalah

    sejenis rumput yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan rumput jenis ini. Namun, bentuknya

    lebih tirus dan kurang lasak berbanding rumput tikar.

     Axonopus compressus 

    b. 

    Cynodon dactylon

    Rumput ini dikenali sebagai rumput bermuda dan kebanyakannya ditanam di kawasan padang golf.

    Rumput ini mempunyai daun yang halus dan permukaan yang cantik. Namun, ia memerlukan

    penyelenggaraan yang rapi. Rumput ini perlu dipotong secara berkala kerana pertumbuhannya agak

    agresif dan boleh mendatangkan persaingan pada tanaman hiasan berdekatan. Rumput ini memerlukan

    cahaya matahari yang banyak dan tidak tahan kepada naungan. Antara kacukan lain rumput ini adalah

    Tifgreen, Tifdwarf  dan Tiflawn.

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    19/24

      P e r l a n s k a p a n  | 87

    Cynodon dactylon

    c. 

    Digitaria didactyla

    Rumput ini dikenali sebagai rumput Serangoon dan kebanyakannya juga ditanam di kawasan padang

    golf. Rumput ini mempuyai daun yang tirus dan berwarna hijau kebiruan. Pertumbuhan rumput jenis ini

    lebih cepat di kawasan tanah yang subur dan saliran yang baik. Ia tidak sesuai ditanam di kawasan

    naungan.

    d. 

    Zoysia matrella

    Rumput zoysia juga dikenali sebagai rumput Taiwan. Rumput ini mempunyai daun yang tirus dan

    mencucuk sedikit apabila dipijak. Pertumbuhanya agak lambat namun padat jika dipotong secara

    berkala. Rumput ini tahan pada naungan, boleh ditanam pada tanah berasid dan sesuai untuk rumput

    hiasan halaman rumah. Rumput jenis ini agak keras dan liat serta lebih mudah dipotong menggunakan

    mesin jenis ril.

    e. 

    Eremochloa ophiuroides

    Rumput ini juga dikenali sebagai rumput lipan. Ia mempunyai daun yang kasar serta mempunyaipertumbuhan yang agak lambat. Rumput jenis ini mampu hidup dengan baik pada kawasan tanah yang

    kurang subur dan tahan pada naungan. Rumput lipan ini sesuai untuk menstabilkan tanah. Namun, ia

    tidak begitu sesuai ditanam di padang permainan kerana tidak tahan pijakan.

    f. 

    Stenotaphrum secundatum

    Rumput ini juga dikenali sebagai rumput St. Augustine. Ia mempunyai tekstur yang kasar dan berwarna

    hijau muda serta tahan pada naungan dan semburan air laut. Rumput jenis ini mempunyai pertumbuhan

    yang agresif dan boleh hidup pada pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik.

    4.4.1 CIRI-CIRI POKOK PENUTUP BUMI

    i. 

    Bentuk  Rumput turf tumbuh secara melata dan menjalar di permukaan tanah. Biasanya ia mempunyai samadatekstur kasar dan halus. Pemilihan tekstur daun adalah mengikut kegunaannya di sesuatu kawasan. 

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    20/24

      P e r l a n s k a p a n  | 88

    Teknik yang digunakan untuk menghasilkan manilagrass (Zoysia matrella ) di

    Bangkok yang mengambil masa selama 30-40 hari selepas ditanam.

    Sila layari: http://www.youtube.com/watch?v=frUkAmBSKyg

    ii. 

    Ukuran Mempunyai ketinggian kurang daripada 15 cm dari permukaan tanah. Tumbesarannya berbeza antarasatu sama lain.

    iii. 

    Tekstur  

    Rumput turf mempunyai pelbagai tekstur mengikut saiz dan bentuk lai daun.a.  Tekstur kasar dan berdaun lebar

    Contoh: Broadleaf carpet grass ( Axonopus compressus)

    b.  Tekstur sederhana

    Contoh: Rumput zoysia (Zoysia matrella)

    c.  Tekstur halus

    Contoh: Rumput bermuda (Cynodon dactylon)

    iv. Warna 

    -  Berwarna hijau, hijau muda atau hijau kebiruan.

    -  Warnanya juga dipengaruhi oleh cara pemotongan, jenis mesin pemotongan dan kekerapan

    pemotongan.

    v. Ciri-ciri pemilihan sebagai rumput turf  

    a. Cepat melata

    b. Tahan penyakit

    c. Berdaun padatd. Tahan dipijak

    e. Tahan kemarau

    4.4.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN RUMPUT TURF

      Melindungi dan menahan tanah daripada hakisan.

      Mengurangkan suhu persekitaran

      Menyerap debu dan asap kenderaan.

      Latar depan rekabentuk landskap.

      Penyambung susunan gabungan pokok dalam landskap.

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    21/24

      P e r l a n s k a p a n  | 89

      Penghubung antara landskap lembut dengan landskap kejur.

      Sebagai pelapik.

    4.5 POKOK PALMA

    Pokok Palma merupakan sekumpulan tumbuhan dalam famili Palmae.  Ia merupakan tumbuhanmonokotiledon yang terbesar saiznya. Palma mempunyai batang yang tunggal, tidak bercabang dan

    diakhiri dengan sejambak daun. Ia terbahagi kepada 2 kumpulan:

    a. Palma berbatang tunggal – mempunyai satu batang yang tumbuh tegak dan lurus dalam

    pelbagai saiz dan ketinggian.

    Contoh: Veitchia merillii  (pinang manila), Areca catechu (pinang makan), Borassus flabellifer  (lontar).

    b. Palma berumpun – mempunyai beberapa batang yang tumbuh daripada pangkalnya.

    Contoh: Raphis excelsa (Lady’s palm), Chrysalidocarpus lutescens (pinang kuning), Cyrtostachys lakka 

    (Pinang merah/raja ).

    4.5.1 CIRI-CIRI POKOK PALMA

    i. 

    Bentuk  

    Tumbuhan ini tumbuh tegak dan mempunyai bentuk yang pelbagai. Keunikan pokok-pokok palma

    terletak pada bentuk batang dan daunnya.

    Contoh: palma kubis (Roystonea oleareaceae)

    ii.  Ukuran 

    Boleh membesar dan meninggi dari 10 cm hingga 25 m. Ada yang cepat tumbesarannya.

    Contoh: Veitchia merillii . Antara yang lambat tumbesarannya ialah Hyophorbe lagenicaulis (palma botol)

    Biasanya tumbesaran palma berbatang tunggal setinggi 30 cm setahun.

    iii. Tekstur  

    Mempunyai tekstur yang berbeza-beza mengikut saiz batang dan silara pokok.

    Contoh: Palma bertekstur kasar, Caryota mitis (tukas)

    Contoh: Palma bertekstur halus, Rhapis humilis (rapis kecil) dan Chamaedorea erumpens (palma buluh).

    iv. Warna Sesetengahnya mempunyai pelepah yang berwarna seperti palma merah dan palma kuning. Buahnya

    yang masak berwarna merah dan ini memberikan warna yang menarik.

    Contoh: Veitchia merillii

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    22/24

      P e r l a n s k a p a n  | 90

    4.5.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN POKOK PALMA

      Tanaman pinggiran jalan

      Pagaran atau sempadan

      Tanaman kelompok atau tunggal

      Tanaman hiasan dalam pasu

      Penapis angin

      Taman tema formal cth: landskap bercirikan Islam dan taman tropika.

    4.6 RUMUSAN

    Pokok tanaman hiasan landskap mempunyai pelbagai jenis dan kategori. Ia dipilih berdasarkan fungsi dan

    kegunaan khusus bagi mengharmonikan sesebuah taman landskap. Di samping pemilihan estetika sesuatu

    pokok serta memberi fungsi berguna dalam persekitaran, namun ada juga yang jenis beracun danmemudaratkan kepada orang ramai. Pokok ini mungkin mengandungi racun iaitu sebatian alkaloid yang

    dikeluarkan daripada daun, bunga, buah, batang dan bahagian lain pokok. Biasanya ia ditanamn jauh dari aktiviti

    orang ramai dan tidak terdedah kepada orang ramai. Antara pokok yang jenis beracun dalah Manihot   spp.,

    Jatropha pandurifolia, Kopsia fruiticosa, dan Malvaviscus arboreus.

    4.7 RUJUKAN

    Kain, M. G. (2010). Propagation Of Plants - A Complete Guide for Professional and Amateur Growers of Plantsby Seeds, Layers, Grafting and Budding, with Chapters on Nursery and Greenhouse Management .

    United Kingdom: Wilding Press. 

    Bryant, G. (2009). Plant Propagation A to Z: Growing Plants for Free.

    Dumroese, R. K., Haase, D. L. & Landis, T. D. (2010). Container Tree Nursery Manual, Volume Seven:

    Seedling Processing, Storage, and Outplanting. Washington DC:  Agriculture Dept.

    Kester, D. E. & Davies, F. T. (2011) Hartmann & Kester's Plant Propagation: Principles and Practices. New

    Jersey:Prentice Hall.

    Marcel, N. E. (2013). Agrotechnology Manual: Including Nursery Management and Practices. New Delhi: New

    India Publishing Agency.

    Ray, P. K. (2012). Plant Nursery Management: How to Start and Operate a Plant Nursery. Jodhpur :

      Scientific Publishers (India). 

    http://www.amazon.com/Geoff-Bryant/e/B001HOKGTI/ref=ntt_athr_dp_pel_1http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:http://www.amazon.com/Geoff-Bryant/e/B001HOKGTI/ref=ntt_athr_dp_pel_1

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    23/24

      P e r l a n s k a p a n  | 91

    LATIHAN LANJUTAN

    Bahagian A

    1.  Senaraikann dua (2) contoh tumbuhan hiasan jenis memanjat.

    i.   ________________________________________________________________________

    ii.   ________________________________________________________________________

    2.  Nyatakan dua (2) perbezaan antara rumput turf dan rumput hiasan

    i. ________________________________________________________________________

    ii. ________________________________________________________________________

    3.  Berikan tiga (2) jenis tanaman hiasan yang berfungsi sebagai pokok pagaran.

    i. _______________________

    ii. _______________________

    iii.   _______________________

    4.  Nyatakan perbezaan pokok penutup bumi dan rumput turf.

     ___________________________________________________________________________________________

     ___________________________________________________________________________________________

    5.  Namakan lima (5) spesies tanaman landskap beracun dan nyatakan kesan keracunan yang disebabkan oleh

    spesies-spesies tersebut.

     __________________________________________________________________________________________

     __________________________________________________________________________________________

     __________________________________________________________________________________________

     _________________________________________________________________________________________

  • 8/18/2019 Unit 4-Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    24/24

      P e r l a n s k a p a n  | 92

     ________________________________________________________________________________________

    Bahagian B

    1.  Nyatakan enam (6) kategori tanaman hiasan landskap dan berikan tiga (3) contoh bagi kategori tersebut.

    2.  Terangkan fungsi pokok naungan dan pokok renek.

    3.  Bincangkan ciri-ciri pokok hiasan dalam bangunan dan berikan lima (5) nama saintifik bagi pokok tersebut.

    4.  Pada pendapat anda, mengapakah pokok Bucida menjadi pilihan di kawasan sekolah, pusat pengajian dan

    bangunan pentadbiran? Bincangkan.

    5.  Pokok palma berfungsi sebagai landskap bercirikan Islam. Bincangkan.