imej dan identity lanskap melayu

28
1 PENGENALAN Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah-menyinggah dipagar orang, Mata terpukau pemandangan halaman, Melihat megah burung terbang. Sebagaimana adat, halaman kediaman Melayu juga begitu tersusun rapi. Orang Melayu mencintai alam semula jadi. Mereka menghargai khazanah ini, terpesona, kagum dengan unsur-unsur semula jadi ini sehingga di puja melalui pantun dan menjadi kiasan yang sering di bahaskan. Alam sekitar dianggap pakaian yang memenuhi kehidupan mereka. Tempat mereka mencari rezeki dan tempat mereka bersemadi. Alam sekitar mengilhamkan sesuatu kepada mereka, memberi kreativiti, motif dan penemuan. Daya kreatif ini menghasilkan tenunan, ukiran, anyaman, seni kraf dan binaan. Binaan itu begitu sebati dengan alam sekitar kerana ia di ambil daripadanya. Pangkin, guri, perigi, wakaf, pengadam, sangkar ayam, jamung andang, pelita, adalah sebahagian daripada inspirasi air, tanah dan tumbuhan yang menjadi pelengkap dalam kehidupan masyarakat

Upload: raziman-bin-mohamed

Post on 13-Jun-2015

1.729 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

1

PENGENALAN

Jalan-jalan sepanjang jalan,

Singgah-menyinggah dipagar orang,

Mata terpukau pemandangan halaman,

Melihat megah burung terbang.

Sebagaimana adat, halaman kediaman Melayu juga begitu tersusun rapi. Orang

Melayu mencintai alam semula jadi. Mereka menghargai khazanah ini, terpesona,

kagum dengan unsur-unsur semula jadi ini sehingga di puja melalui pantun dan menjadi

kiasan yang sering di bahaskan. Alam sekitar dianggap pakaian yang memenuhi

kehidupan mereka. Tempat mereka mencari rezeki dan tempat mereka bersemadi.

Alam sekitar mengilhamkan sesuatu kepada mereka, memberi kreativiti, motif

dan penemuan. Daya kreatif ini menghasilkan tenunan, ukiran, anyaman, seni kraf dan

binaan. Binaan itu begitu sebati dengan alam sekitar kerana ia di ambil daripadanya.

Pangkin, guri, perigi, wakaf, pengadam, sangkar ayam, jamung andang, pelita, adalah

sebahagian daripada inspirasi air, tanah dan tumbuhan yang menjadi pelengkap dalam

kehidupan masyarakat Melayu. Daripada unsur-unsur diatas maka, lahirlah lanskap

Melayu dengan daya kreativiti orang Melayu dengan alam sekitar. Gubahan yang

dihasilkan penuh dengan hasil seni yang indah dan perlu dihayati oleh masyarakat

umum terupamanya orang Melayu. Sebelum perbincangan yang lebih menyeluruh

mengenai lanskap Melayu, eloklah kita tahu apa yang di maksudkan dengan Melayu

dan konsep Melayu.

Page 2: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

2

Tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang berasal daripada

satu punca, mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza daripada segi

pengaruh alam sekitar. Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih

luas sebagai penduduk asal di alam Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang

dapat dikesan daripada sejarah peradaban Melayu itu sendiri. Melayu dapat

didefinisikan sebagai nama suatu bangsa dan bahasa termasuk di Semenanjung

Malaysia iaitu mengikut cara hidup orang

Melayu (Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga : 874). Pembinaan masyarakat

dan budaya Melayu yang lebih luas adalah hasil daripada kepelbagaian kelompok

sosial dan sub budaya yang telah memberikan kekuatan tentang kekayaan khazanah

budaya Melayu. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Melayu

didefinisikan sebagai mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan

adat resam orang Melayu. Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak

sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana

letaknya sebuah Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa

adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu"

itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit"

ataupun tanah tinggi.

Terdapat juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu"

ialah berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.Pengertian Melayu di Malaysia

dinyatakan dengan lebih khusus lagi dalam Perlembagaan Malaysia yang

mengandungi kepentingan daripada aspek sosial dan politik. Pengertian itu adalah

berasaskan kepada prinsip bahasa, budaya dan Islam. Menurut Perlembagaan

Page 3: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

3

Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu

yang menganuti agama Islam. Dengan kata lain, bukan semua orang yang

berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah merupakan orang Melayu.

Pengertian Melayu secara khusus tersebut merupakan sebahagian daripada konsep

Melayu yang luas.

Oleh yang demikian, apabila pelbagai kelompok sosial yang terdiri daripada

penduduk asal, seperti Orang Asli yang tidak beragama Islam, tidak dapat mencakupi

dalam pengertian Perlembagaan ini. Pengertian Melayu yang digunakan dalam

pentadbiran dan kepentingan politik terdapat perbezaan dengan konsep Melayu yang

digunakan dalam realiti iaitu ebih berasaskan kepada kelompok sosial Melayu dengan

sub budaya masing-masing. Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut

Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu

ditakrifkan sebagai :

1. Seorang yang beragama Islam

2. Bertutur dalam bahasa Melayu

3. Mengamalkan adat istiadat Melayu

4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau

pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di

negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat bahawa

sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan

Page 4: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

4

Malaysia contohnya di selatan Thailand terdapat segelintir kelompok manusia yang

bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

Bagaimanapun, menurut UNESCO pada tahun 1972 istilah "Melayu"ditakrifkan

ebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina,

dan Madagaskar. Menurut Syed Husin Ali yang merupakan seorang ahli antropologi

di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo

matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta

berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang

mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam

bangsa Mongoloid. Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama kalinya pada

kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang

menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal

daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk

kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia.

Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung

Penyabung. Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu

purba, yangditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa

bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain

dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau

Sumatera. Istilah "Mo-lo-yu" juga turut dicatat dalam buku catatan perjalanan

pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang.

Para pengkaji berpendapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah

merupakan kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera dan juga Sriwijaya

Page 5: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

5

yang terletak di daerah Palembang. Sejarah peradaban Melayu yang berasaskan

kepada perkembangan budaya Melayu merupakan fenomena penting dalam

pembinaan identiti Melayu dalam konteks yang luas itu. Peradaban Melayu itu telah

dibina oleh kelompok-kelompok Melayu di alam Melayu ini secara umumnya dan

daripada keadaan ini maka terbinanya identiti Melayu yang berasaskan kepada tradisi

sejarah yang sama yang telah dilalui oleh kumpulan Melayu tersebut. Penduduk asal

atau lebih dikenali sebagai orang Melayu yang mendiami di alam Melayu ini telah

membina asas peradaban yang telah mantap sebelum mereka bertembung dan melalui

proses difusi budaya.

Pertembungan dengan peradaban India dan kemudian Islam telah

memperkukuhkan peradaban Melayu setelah sekian lama. Kerajaan-kerajaan Melayu

yang terdapat di alam Melayu telah menyumbang dan memainkan peranan yang

begitu penting dalam pembinaan pusat-pusat peradaban itu. Islam juga telah

membawa kepada peradaban penting dalam pembinaan peradaban Melayu.

Walaubagaimanapun, pengaruh-pengaruh tersebut meningkatkan peradaban Melayu.

tetapi tidak menjejaskan dan menghilangkan identiti budaya Melayu. Konsep Melayu

juga bukan sahaja merangkumi aspek-aspek etnik, suku kaum atau negara bangsa,

tetapi entiti budaya yang merangkumi pelbagai etnik, suku kaum dan negara bangsa,

asalkan semua itu tercerna dan terjelma dalam tiga ciri budaya Melayu yang asasi

iaitu berpengantar bahasa Melayu, beradat resam dan bertingkah laku sebagai manusia

Melayu dan mengamalkan agama islam.

Berdasarkan konsep Melayu sedemikian, kita telah menerima bahawa

Melayu merupakan orang yang berasal atau berketurunan dari Arab atau India seperti

Page 6: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

6

Malik Ibrahim iaitu seorang wali songo pembuka Gerisek pada tahun 1396, Syarif Abu

Bakar atau dikenali sebagai Sultan Syarif Hashim Sultan Sulu pada tahun 1405, Sultan

Syarif Ali Brunei pada tahun 1426, Syarif Muhammad Kebongsuan Sultan Mindango

pada tahun 1515, Syeikh Nuruddin al-Raniri Syeikh al-Islam di Aceh pada tahun 1637,

dan puluhan ulama dan pendakwah dari keturunan al-Eidrus, al-Attas, al-Haddah, al-

Habsyi, al-Sagot, al-Badawi, dan lain-lain.

TEORI DAN FALSAFAH LANDSKAP

Kamus Dewan Edisi Keempat, ms: 882 mendefinisikan lanskap 1. Pemandangan

alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur-unsur seperti bukit bukau, sungai, dan

tumbuh-tumbuhan, terutamanya pemandangan pedesaan ; 2. Catan, lukisan, dan

sebagainya yang menggambarkan pemandangan alam ; 3. Seni taman yang

menggambarkan pemandangan alam.

Menurut Laurie (1975), mendefinisikan lanskap perancangan dan rekabentuk

tanah & air untuk kegunaan awam. Manakala menurut Hubbard dan Kimball (1917),

seni halus” dimana fungsi utamanya adalah untuk mencipta dan memelihara kecantikan

alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan semulajadi negara.

Menurut Garrett Eckbo (1950), pula memberi maksud lanskap sebahagian landskap

yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai ruang untuk manusia

hidup (tidak termasuk pertanian dan perhutanan).

Kesimpulan yang dapat di buat daripada maksud yang di bincangan di atas,

penulis menyimpulkan bahawa lanskap adalah merupakan olahan daripada unsur-

unsur alam semula jadi untuk mewujudkan keindahan terhadap alam semulajadi.

Page 7: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

7

Olahan lanskap dalam masyarakat Melayu menggunakan unsur-unsur alam semulajadi

sepenuhnya kerana orang Melayu menghargai alam sekeliling.

Mereka bentuk lanskap merupakan suatu proses yang penting. Kepentingan

proses dalam penghasilan lanskap adalah untuk melahirkan sesuatu yang menarik dan

pemandangan yang mengujakan. Terdapat beberapa perkara yang perlu di ketahui

dalam mereka bentuk lanskap iaitu unsur-unsur, ciri-ciri lanskap dan prinsip-prinsip

lanskap :

Unsur-unsur Ciri- ciri Prinsip-prinsip

a. Tumbuhan

b. Topografi

c. Air

d. struktur

a. Garisan

b. Bentuk

c. Tekstur

d. Warna

a. Ringkasan dan bersatu

b. Keanekaan

c. Keseimbangan

d. Turutan

e. Skala

IMEJ DAN IDENTITI LANSKAP MELAYU

Dalam mengenal pasti elemen-elemen yang terdapat dalam landskap melayu,

kita perlulah merujuk kepada pengaruh budaya terhadap sebina landskap. Dengan itu

kita akan dapat gambaran asas elemen-elemen senibina landskap tersendiri.

Berdasarkan kepada kajian, landskap tradisi Melayu merupakan senibina

landskap yang kompleks. Ini kerana ia tertakluk kepada kepercayaan, alam fikir, dan

budaya fikir Melayu. Merujuk kepada tiga perkara tersebut ia berkait rapat dengan adat

Page 8: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

8

dan cara hidup masayarakat Melayu dahulu kala. Cara hidup masyarakat Melayu bagi

mengimbangi dan membentuk seni landskap Melayu Melayu iaitu unsur simbolisme

(budaya, kepercayaan, metafizikal) dan fungsi. Dua unsur ini mempunyai perkaitan

rapat antara satu dengan yang lain. Ini adalah kerana wujudnya sesuatu elemen

landskap Melayu Melayu adalah berdasarkan kepada simbolisme yang hendak

diketengahkan. Oleh yang demikian, unsur-unsur ini berkemungkinan mempengaruhi

elemen-elemen yang terdapat pada senibina landskap Melayu dan membentuk identity

dan karaktor tersendiri.

Imej dan identiti yang merujuk kepada elemen-elemen penting dalam senibina

landskap. Elemen-elemen ini membentuk karaktor-karaktor dalam senibina landskap

Melayu boleh dibahagikan seperti berikut:

a) budaya (prinsip)

b) elemen landskap

1) fleksibel

2) fungsi

3) estetika

BUDAYA MELAYU DALAM LANSKAP MELAYU

Dalam konteks ini, ia berhubung dengan adat istiadat dan pantang larang

budaya dalam kehidupan masyarakat Melayu. Selain itu juga, ia berkait rapat dengan

cara hidup dan aktiviti yang dilakukan di sekitar kawasan rumah. Secara amanya, boleh

kita katakan bahawa elemen ini adalah merujuk kepada prinsip-prinsip yang diguna

Page 9: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

9

pakai dalam sesebuah masyarakat. Elemen landskap tidak boleh berdiri dengan

sendinya tanpa makna atau penjelasan kehadirannya dalam sesebuah lanskap. Ia perlu

bertongkat pada permaknaan dan prinsip sepertimana yang diamalkan dalam

masyarakat Melayu. Prinsip-prinsip ini mempengaruhi elemen-elemen lanskap yang

terdapat di persekitaran rumah dan membentuk karaktornya tersendiri.

a) Pelantar Rehat atau Pangkin

Masyarakat Melayu kebiasaanya akan melakukan aktiviti-aktiviti di luar daripada

rumah. Aktiviti-aktiviti ini akan dijalankan sama ada di bawah rumah atau atau di

persekitaran rumah. Bagi aktiviti di dalam rumah, kebiasaanya berkaitan dengan

tetamu dan juga tempat tidur. Pangkin biasa digunakan untuk berehat dan juga

melakukan aktiviti harian bagi suri rumah seperti mengayam tikar, mengayam ketupat

dan lain-lain. Hal ini sesuai dengan budaya masyarakat Melayu yang mengamalkan

budaya Melayu sebagai identity masyarakatnya. Perbuatan masyarakat Melayu yang

berahat diatas pangkin adalah berkaitan dengan budaya Melayu. Di pangkin juga

merupakan tempat untuk masyarakat Melayu berbual-bual sambil menunggu masa

untuk membersihkan diri setelah pulang dari kerja bendang. Hal ini sesuai dengan

konsep Islam yang diamalkan oleh masyarakat Melayu iaitu menjaga kebersihan dan

mencari rezeki.

b) Tempayam dan Guri

Tempayam digunakan penakung air untuk minum dan masak. Selepas itu, guri

pula digunakan di kawasan hadapan dan bahagian tangga yang menaiki rumah.

Keadaan ini bertujuan untuk mencuci kaki sebelum melangkah masuk kedalam rumah.

Page 10: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

10

Aspek kebersihan sangat di tekankan dalam masyarakat Melayu kerana masyarakat

Melayu merupakan masyarakat yang menganut agama Islam.

c) Reban atau Sangkar Burung

Reban ayam dan sangkar burung adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan

oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu dahulu kebiasaanya mempunyai

keperluan rumah yang cukup dan bersesuaian dengan sifat orang Melayu yang berjimat

cermat dan bersederhana. Pemeliharaan yang dilakukan adalah untuk memenuhi

kehendak makanan serta mengisi masa lapang daripada melakukan perkara yang tidak

berfaedah. Ayam dan burung yang dipelihara akan dijadikan sumber makanan kerana

masyarakat Melayu masing-masing mengamalkan prinsip “ kais pagi makan pagi, kais

petang makan petang ”.

d) Bangsal

Dahulunya pondok bangsal di gunakan untuk menyimpan kayu api. Sekarang ini,

penggunaan bangsal dibesarkan lagi iaitu sebagai stor simpanan barang dan juga

bangsal untuk membaiki peralatan rumah.

ELEMEN-ELEMEN LANSKAP MELAYU

Fleksibel

Laman rumah atau halaman depan rumah merupakan ruang pertama dalam

penyusunan landskap Melayu. Ruang hadapan ruang kebiasaaannya mempunyai

kawasan laman yang lapang. Keadaannya berpasir dan bersih dari sampah serta

rumput. Laman hadapan rumah dibiarkan lapang kerana fungsi sebagai kawasan

Page 11: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

11

upacara dan aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan adalah

upacara perkahwinan dan permainan tradisi seperti gasing,galah panjang ,silat dan

sebagainya.

Pokok bunga yang ditanam di dalam pasu di sususn di sekitar halaman hadapan.

Penanaman pokok bunga dalam pasu adalah untuk pengalihan tanaman. Keadaan ini

berbentuk mudah ubah dari segi perletakkannya bagi membolehkan perlaksanaan

aktiviti-aktiviti di halama.

Fungsi

Tumbuh-tumbuhan tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat melayu. Ia

mempunyai perkaitan rapat dengan kehidupan iaitu dari segi adat dan cara hidup

masyarakat melayu. Peranan tumbuh-tumbuhan dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

(tamadun melayu; Ismail Hussien et. Al., 1995)

1. Kegunaan langsung

a) sumber makanan utama

b) keperluan dan peralatan rumah

c) ubat tradisi

d) tumbuhan kosmetik

e) senjata dan bahan racun

Page 12: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

12

2. kegunaan tak langsung

a) memperkaya khazanah satera

- pantun

- peribahasa

- nyanyian

- istilah

- upacara adat

- mempunyai kekuatan mistik

Estetika

Merupakan sebahagian daripada seni rupa Melayu. Dalam aspek ini, estetika

merujuk kepada nilai dan perasaan terhadap sesuatu yang indah, terasing daripada

fungsinya dan penekanannya lebih kepada aspek seni. Seni rupa Melayu dapat

dinyatakan dalam segala bentuk seni seperti seni ukir, seni logam, pantun dan lain-lain

kegiatan yang berseni. Pernyataan ini dilakuakan dalam keadaan yang sederhana dan

bersesuaian dengan sifat masyarakat Melayu yang bersifat rendah diri. Hal ini

dibuktikan dalam Misa Melayu, Syair Burung Pungguk.

Selain itu, pantun juga menggunakan gambaran alam secara kiasan sebagai

bahan pembayang seperti pohon, bunga, haiwan, laut dan sungai. Penggunaan

gambaran dalam pantun membuktikan gambaran estetika dalam masyarakat Melayu.

Hal ini menunjukkan bahawa ada perkaitan antara alam dan manusia. Bersesuaian

dengan kenyataan dalam kosmologi Melayu iaitu berhubung dengan tuhan, alam dan

Page 13: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

13

manusia. Berikut adalah sebahagian contoh pantun yang menggunakan gambaran-

gambaran ini yang menunjukkan estetika lanskap Melayu.

Penggunaan Sirih :

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis Kata Selamat Datang,

Awal Bismillah Pembuaka Bicara.

( Sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia, 1996 )

Penggunaan Padi :

Ada Padi Ada Beras,

Bertanak Nasi Periuk Tembaga,

Ada Budi Ada Balas,

Orang Berbudi Kita Berbalas.

( Sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia, 1996 )

Penggunaan Buluh :

Tetak Buluh Panjang Sepuluh,

Mari Jolok Sarang Penyengat,

Angkat Tangan Jari sepuluh,

Doa Diminta Biar Selamat.

( Sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia, 1996 )

Page 14: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

14

Elemen Warna

Peranan warna dalam landskap melayu traadisi sangat penting bagi menghiasi

ruang laman depan rumah. Penggunaan warna dalam hiasan landskap laman adalah

untuk menarik perhatian dan menaikkkan seri rumah. Ini dibuktikan dengan

penggunaan pokok pudding sebagai hiasan. Pokok Pudding digunakan sebagai hiasan

kerana daunnya mempunyai aneka warna dan ia tidak berubah mengikut musim. Pokok

ini senang diperolehi dan senang dijaga. Pokok-pokok lain yang digunakan adalah

seperti pokok siantan, pokok kemboja, kenanga, cempaka, melati dan lain-lain.

Skala

Skala dan saiz pokok adalah penting dalam landskap melayu tradisi. Poko-pokok

akan diletakkan mengikut saiz dan ini mempengaruhi tatatur serta penyusunan pasu.

Penggunanan pasu adalah sebahagian daripada elemen landskap Melayu dan ini

membuktikan adanya pengaruh saiz dalam seni landskap tradisi. Kebiassaannya

pokok-pokok besar akan diletaakkan di pingiran laman supaya tidak mentutupi ruang

dan pokok-pokok yang lebih kecil.

Susun Atur

Berdasarkan kepada skala dan saiz, lanskap Melayu menggambarkan bahawa

terdapatnya susun atur dalam perletakan pokok. Selain itu, susun atur tanaman di

pengaruhi oleh fungsi-fungsi tanaman bagi keperluan kawasan dan manusia.

Masyarakat Melayu banyak menggunakan alam sekitar sebagai alatan, bahan

Page 15: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

15

memasak, perubatan, alat budaya, makanan dan sebagainya. Oleh itu, pokok-pokok

yang berkaitan akan ditanam dipersekitaran rumah supaya ia mudah di gunakan.

Dalam masyarakat Melayu, kawasan persekitaran rumah boleh di bahagikan kepada

beberapa kawasan iaitu laman hadapan, laman sisi, dan laman belakang.

CABARAN DALAM LANSKAP MELAYU

Dalam mengahadapi globalisasi dan dunia tanpa sempadan, sudah semestinya

kita akan mengalami cabaran dalam mengekalkan warisan seni masyarakat Melayu.

Lambakan produk dari luar negara yang berharga agak murah akan mendorong

masyarakat untuk memiliki dan menggunakan produk luar negara berbanding dalam

negara. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan dalam memartabatkan seni warisan

Melayu, kita harus berusaha untuk mengekalkannya.

CABARAN PROFESIONALISME KESENIBINAAN

Hari ini, kita telah menyaksikan sebahagian dari hak dan penghormatan yang

diberikan kepada ahli senibina sebagai pemimpin industri pembinaan dikikis oleh

tekanan alam perniagaan yang berubah. Penulis berpendapat bahawa hakisan ini

dimungkinkan oleh kealpaan kita sendiri. Untuk sekian lama kita beranggapan bahawa

kedudukan kita yang selesa malah dilindungi oleh undang-undang akan kekal selama-

lamanya. Keselesaan menumpulkan semangat dan daya juang langsung menjadikan

kita alpa kepada arus perubahan yang mengalir di sekeliling kita menyebabkan senibina

lanskap Melayu terhakis. Lebih malang lagi kita gagal melihat perubahan yang

berlangsung dihadapan kita dan bersikap defensif malah apologetik dalam menangani

cabaran. Masa depan kita sebenarnya semakin kelam, kalau kita tidak mahu bangkit

Page 16: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

16

dari tidur yang diulit mimpi selesa masa silam. Kita akan bangkit di satu hari mendapati

segala yang menyelimuti kita telah bertukar menjadi igauan yang seram. Sebahagian

daripada perubahan yang melanda kita sebenarnya bersifat kekal dan tidak mungkin

dapat dikembalikan kepada asalnya seperti lanskap Melayu yang telah diruntuhkan

tidak akan kembali kepada keadaan asal. Inilah hakikat yang pertama harus kita akur.

Kalau kita mahu menghalang hakisan yang berterusan pada apa juga yang masih

tinggal berbaki, kita harus berani berdiri dan mengakui bahawa kita telah tersilap

mentafsirkan kehendak dan keperluan masa yang berubah. Dan dari kedudukan sedar

itu kita merancang langkah membina benteng agar hakisan dapat dibendung dan

sempadan baru dapat kita bina.

GLOBALISASI dan WTO

Globalisasi adalah idea besar yang telah tiba waktunya. Cabaran dan tekanan

yang dibawa oleh globalisasi serta peraturan baru dalam orde perdagangan dunia di

bawah WTO [World Trade Organisation] merupakan cabaran yang terbesar yang perlu

dihadapi oleh profesion senibina termasuklah dalam lanskap. Untuk membolehkan

produk negara [termasuk perkhidmatan] dijual dipasaran luar, segala sekatan yang

menghalang kebebasan kepentingan luar daripada berniaga di negara kita perlu

dihapuskan. Perlindungan oleh Akta Arkitek misalnya merupakan salah satu diantara

banyak perlindungan peringkat negara yang sedang cuba dihapuskan dibawah

peraturan perdagangan antarabangsa. Kerajaan dan pembuat dasar berada dalam

keadaan yang sukar untuk memikirkan samada untuk terus melindungi profesion

senibina atau membuka profesion ini sebagai tukaran kepada pembukaan lapangan

Page 17: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

17

perniagaan yang lebih besar dan lebih menguntungkan negara di pasaran luar.

Penghapusan perlindungan ini akan membuka praktis kesenibinaan kepada pengamal

dari luar negara dan jika tidak dikawal, mampu menghapuskan daya saing dan

keujudan pengamal tempatan. Kemasukan pelbagai produk akibat dari tiada sekatan

akan menyebabkan senibina lanskap Melayu akan terhapus dan luntur dalam masa

terdekat. Keunikan dan keindahan seni lanskap Melayu tidak akan dapat diwarisi lagi

jika hal ini berlaku.

PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang bukan suatu perkara yang statik dan ianya perlu berubah

menurut perkembangan dan tuntutan masa. Dari masa kesemasa, akta-akta baru

digubal, akta sedia ada dipinda dan dikemaskini. Perubahan dalam tuntutan dunia

perniagaan mewujudkan perkhidmatan-perkhidmatan dan amalan baru yang akan

memerlukan kawalan yang berbeza. Perubahan yang berlaku akan meyebabkan tapak-

tapak warisan yang mempunyai lanskap Melayu yang menarik di robohkan untuk

pembinaan bangunan baru. Kelemahan sisitem perundangan yang sentiasa berubah

memberikan impak besar terhadap kedudukan lanskap Melayu daripada terus kekal.

Pengamalam system undang-undang yang telus perlu mengekalkan akta yang sedia

ada agar sesuatu yang bernilai dalam budaya Melayu tidak luput seperti contoh Akta

Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), Malaysia perlulah dikekalkan.

Page 18: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

18

LANGKAH PELESTARIAN LANSKAP MELAYU

KEMPEN

Pihak kerajaan dan orang awan perlulah bersama-sama menyahut seruan untuk

sama-sama mengekalkan warisan Melayu. Penyertaan pihak awam akan membolehkan

kempen yang dilaksanakan berjaya. Penyertaan pihak media cetak atau elektronik perlu

seiring dalam mewarwarkan hasrat kerajaan kepada masyarakat umum. Hal ini kerana

media adalah salah satu perantara yang amat kuat kepada masyarakat. Apa yang

disampaikan oleh media akan sampai terus kepada rakyat. Untuk memastikan kempen

pengekalan lanskap Melayu berjaya, kempen yang berterusan perlu dijalankan bagi

memastikan warisan budaya Melayu berkekalan.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Sebagaimana Akta Warisan Kebangsaan 2005 ( AKTA 645 ), lanskap melayu

juga perlu dikategorikan dalam akta ini. Pemaktupan konsep lanskap warisan akan

menyelamatkan lanskap Melayu daripada di robohkan oleh mana-mana pihak yang

tidak betanggungjawap kerana perlindungan yang di bekalkan oleh kerajaan terhadap

peruntukan akta ini. Mana-mana pencerobohan keatas lanskap akan didakwa di bawah

mana-mana seksyen jenayah agar pesalah akan berasa serik untuk melakukan perkara

yang berulang. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung sesuatu lanskap akan

terpelihara daripada sebarang pencerobohan.

Page 19: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

19

Kesimpulan

Justeru itu, dalam menyeimbangkan dua aktiviti yang bertentangan iaitu warisan

tradisi dan pembangunan moden, pendekatan pengekalan dan pemuliharaan adalah

penting dengan dirumuskan dengan mengambik kira aspek sosiobudaya, ekonomi,

serta semangat sesuatu tempat. Kerjasama dari pelbagai pihak samaada sektor

swasta, phak berkuasa tempatan atau komuniti adalah juga penting bagi

meminimumkan kepupusan karektor-karektor lanskap budaya. Seterusnya menjamin

pemanjangan hayat karektor-karektor agar dapat dihayati dan dinikmati hingga ke

generasi akan dating.

Pengaruh besar ajaran Islam dalam masyarakat Melayu terlalu besar dan

memberikan kesan kepada reka bentuk landskap. Pengaruh Islam dalam budaya

Melayu menzahirkan bahawa kesenian itu penting dan menjadi sebahagian daripada

elemen penting untuk hiasan dalaman dan landskap. Bukan sekadar ukiran bermotif,

malah seni berasaskan kayu turut menjadi pilihan dalam perincian landskap kejur yang

sekali gus menyerlahkan imej landskap Melayu.

Page 20: Imej Dan Identity Lanskap Melayu

20

Bibliografi

Abdul Rahman Al-Ahmadi, 1931, Tamadun Rumpun Budaya Melayu, Kementerian

Kebudayaan, Keceriaan dan Warisan Malaysia.

Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin, Globalisasi dan Peradaban di Malaysia,

Selangor : Dawana Sdn. Bhd,.

Dato’ Dr. Hassan Ahmad, 2006, Ke arah Melayu Glokal, Selangor : Alaf 21 Sendirian

Berhad,

Hairudin Harun, 2001, Kosmologi Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat, Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

H. M Sidin, 1964, Asal Usul Adat Resam Melayu, Kuala Lumpur : Pustaka Antara.

Mohd. Yusof Hasan, 1991, Dunia Melayu, Selangor :Percetakan Dewan Bahasa dan

Pustaka,.

Majlis Peperiksaan Malaysia, 1996, Warna Sari, Sastera Melayu Tradisional, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein, A. Aziz Deramah, Abdul Rahman Al-Ahmadi, 1993, Tamadun Melayu

Jilid Satu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.