refleksi kumpulan bagi kursus kssr 2012

3
REFLEKSI KUMPULAN BAGI KURSUS KSSR 2012 Ahli kumpulan : Muhammad Zarul Ariffin bin Latif (MT1 sem 5) Amirul Asyraf bin Kamarulzaini (MT1 sem 5) Mohd Amirul Amzar bin Norazman (MT1 sem 5) Nor Baiti Azera Ahmad (MT1 sem 7) Nur Izzati Ahmad (MT1 sem 7) Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya Berjaya jua bagi kami mengikuti kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan ini dengan jayanya. Pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan telah kami perolehi sepanjang mengikuti kursus ini. Tentatif perjalanan aktiviti yang dirancang juga dapat dilaksanakan dengan begitu baik dan lancar. Slot 1 : Pengenalan dan Latar Belakang KSSR Kami telah didedahkan mengenai proses pelaksanaan KSSR di sekolah antaranya mengenai pentaksirannya yang tersendiri iaitu 40% ditentukan oleh pihak sekolah dan 60% lagi ditentukan oleh 1

Upload: amirula40

Post on 24-Jul-2015

184 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Kumpulan Bagi Kursus Kssr 2012

REFLEKSI KUMPULAN BAGI KURSUS KSSR 2012

Ahli kumpulan :

Muhammad Zarul Ariffin bin Latif (MT1 sem 5)

Amirul Asyraf bin Kamarulzaini (MT1 sem 5)

Mohd Amirul Amzar bin Norazman (MT1 sem 5)

Nor Baiti Azera Ahmad (MT1 sem 7)

Nur Izzati Ahmad (MT1 sem 7)

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-

Nya Berjaya jua bagi kami mengikuti kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) yang dilaksanakan ini dengan jayanya. Pelbagai maklumat dan ilmu

pengetahuan telah kami perolehi sepanjang mengikuti kursus ini. Tentatif perjalanan

aktiviti yang dirancang juga dapat dilaksanakan dengan begitu baik dan lancar.

Slot 1 : Pengenalan dan Latar Belakang KSSR

Kami telah didedahkan mengenai proses pelaksanaan KSSR di sekolah antaranya

mengenai pentaksirannya yang tersendiri iaitu 40% ditentukan oleh pihak sekolah dan

60% lagi ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui peperiksaan awam.

Bentuk-bentuk soalan matematik dalam pelaksanaan juga diterangkan semasa slot

ceramah ini. Selain itu, penceramah turut berkongsi pengalaman beliau terutamanya

sebagai guru matematik dalam memantapkan lagi proses penyampaian di dalam kelas.

1

Page 2: Refleksi Kumpulan Bagi Kursus Kssr 2012

Slot 2 : Pengenalan dan Pentaksiran KSSR-Matematik

Pada sesi ceramah kali ini, kami diterangkan mengenai pentaksiran KSSR yang

berpusatkan kepada empat bahagian iaitu pentaksiran pusat, pentaksiran sekolah,

pentaksiran psikometrik dan pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum. Selain

didedahkan bagaimana proses pentaksiran itu dilakukan, kami juga diberi peringatan

mengenai peranan guru yang di antaranya ialah menjadi pemudahcara, pemerhati,

mendapatkan maklumat dan memberi maklum balas.

Slot 3 : Bengkel Pembinaan RPH dan Refleksi

Setelah selesai dengan sesi ceramah, kami diberi bengkel mengenai pembinaan

soalan-soalan matematik seperti yang ditetapkan oleh KSSR. Di dalam kumpulan, kami

melaksanakan membina soalan-soalan berdasarkan topik yang telah diberikan. Selain

itu, kami dapat berkongsi dan bertukar-tukar idea dalam membina soalan seperti yang

telah ditetapkan mengikut band-band yang tertentu.

Kesimpulannya, kursus KSSR-Matematik ini telah banyak memberi input dan

maklumat yang berguna kepada kami. Pendedahan mengenai KSSR ini juga amat

penting supaya kami dapat melaksanakan KSSR ini dengan baik dan betul semasa

berada di sekolah kelak.

Sekian, terima kasih.

2