Download - Refleksi Kumpulan Bagi Kursus Kssr 2012
REFLEKSI KUMPULAN BAGI KURSUS KSSR 2012
Ahli kumpulan :
Muhammad Zarul Ariffin bin Latif (MT1 sem 5)
Amirul Asyraf bin Kamarulzaini (MT1 sem 5)
Mohd Amirul Amzar bin Norazman (MT1 sem 5)
Nor Baiti Azera Ahmad (MT1 sem 7)
Nur Izzati Ahmad (MT1 sem 7)
Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya Berjaya jua bagi kami mengikuti kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) yang dilaksanakan ini dengan jayanya. Pelbagai maklumat dan ilmu
pengetahuan telah kami perolehi sepanjang mengikuti kursus ini. Tentatif perjalanan
aktiviti yang dirancang juga dapat dilaksanakan dengan begitu baik dan lancar.
Slot 1 : Pengenalan dan Latar Belakang KSSR
Kami telah didedahkan mengenai proses pelaksanaan KSSR di sekolah antaranya
mengenai pentaksirannya yang tersendiri iaitu 40% ditentukan oleh pihak sekolah dan
60% lagi ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui peperiksaan awam.
Bentuk-bentuk soalan matematik dalam pelaksanaan juga diterangkan semasa slot
ceramah ini. Selain itu, penceramah turut berkongsi pengalaman beliau terutamanya
sebagai guru matematik dalam memantapkan lagi proses penyampaian di dalam kelas.
1
Slot 2 : Pengenalan dan Pentaksiran KSSR-Matematik
Pada sesi ceramah kali ini, kami diterangkan mengenai pentaksiran KSSR yang
berpusatkan kepada empat bahagian iaitu pentaksiran pusat, pentaksiran sekolah,
pentaksiran psikometrik dan pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum. Selain
didedahkan bagaimana proses pentaksiran itu dilakukan, kami juga diberi peringatan
mengenai peranan guru yang di antaranya ialah menjadi pemudahcara, pemerhati,
mendapatkan maklumat dan memberi maklum balas.
Slot 3 : Bengkel Pembinaan RPH dan Refleksi
Setelah selesai dengan sesi ceramah, kami diberi bengkel mengenai pembinaan
soalan-soalan matematik seperti yang ditetapkan oleh KSSR. Di dalam kumpulan, kami
melaksanakan membina soalan-soalan berdasarkan topik yang telah diberikan. Selain
itu, kami dapat berkongsi dan bertukar-tukar idea dalam membina soalan seperti yang
telah ditetapkan mengikut band-band yang tertentu.
Kesimpulannya, kursus KSSR-Matematik ini telah banyak memberi input dan
maklumat yang berguna kepada kami. Pendedahan mengenai KSSR ini juga amat
penting supaya kami dapat melaksanakan KSSR ini dengan baik dan betul semasa
berada di sekolah kelak.
Sekian, terima kasih.
2