refleksi keseluruhan ppk

10
REFLEKSI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI Saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform. Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini. Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik yang telah menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Upload: -punggodi

Post on 21-Jan-2016

45 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Keseluruhan Ppk

REFLEKSI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

PANDU PUTERI

Saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan

kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform. Kami berjaya menempuhi segala halangan

dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih

kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

mengendalikan program ini.

Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta Perkhemahan

Bersepadu Unit Beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam

pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Unit Gerko

Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik yang telah menganjurkan program ini bagi

melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung

penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir bersama kami di sepanjang

perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai

pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari

semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Kem Taman

Pertanian, Semambu, Kuantan,Pahang pada 26 hingga 29 Ogos 2013. Pelbagai aktiviti

yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat

mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam pelbagai

hal.

Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang berkeyakinan

untuk pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana nanti. Namun persepsi

saya telah bertukar apabila saya telah berada di kem tersebut dan merasakan

perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang cukup manis

buat saya. Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan silaturrahim dengan

Page 2: Refleksi Keseluruhan Ppk

rakan-rakan yang lain. Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum

telah menjadi rapat dan dapat membina semangat setiakawan di antara satu sama lain.

Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah dilantik untuk

mengendalikan perkhemahan kami di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Sebelum

perkhemahan, kami telah berbincang mengenai perkara-perkara penting yang perlu

disiapkan untuk perkhemahan tersebut sebelum kami bertolak dari IPG seperti pakaian,

makanan, jawatan kuasa, pengendalian aktiviti dan sebagainya. Kami meneliti perkara-

perkara yang diperlukan satu persatu sebelum perkhemahan ini. Setiap ahli

jawatankuasa telah melakukan tugas masing-masing dengan sikap penuh

bertanggungjawab.

Saya telah dilantik sebagai Ketua AJK Disiplin, Kerohanian, Kebajikan disiplin

dan Ajk Keselamatan dimana saya perlu menjaga keselamatan, kebajikan, keperluan,

kehadiran, tingkah laku pelajar semasa perkhemahan nanti. Sebelum perkhemahan

dimulakan, AJK Disiplin telah membuat perbincangan dimana kami meneliti dan

merancangkan satu jadual Sentri malam yang perlu diikuti oleh semua guru pelatih

Kadet Pandu Puteri . Di sini, saya telah mendapati kerjasama antara semua rakan-

rakan seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk menjayakan perkhemahan ini.

Saya sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Disiplin dan kebajikan telah

mengadakan perjumpaan bersama jawatan kuasa Induk KRS untuk mendapatkan

maklumat selanjutnya tentang tugasan saya. Saya berasa sangat mudah untuk

berkomunikasi dengan semua ahli KRS apabila saya dipertanggungjawabkan sebagai

Ketua Ahli Jawatankuasa Ketua AJK Disiplin, Kerohanian, Kebajikan disiplin dan Ajk

Keselamatan.Ahli-ahli di bawah jawatan saya dan semua ahli memberikan komitmen

yang tinggi apabila diberikan satu tanggungjawab kepada mereka. Menguruskan jadual

sentry malam menjadi satu pengalaman yang berguna kepada saya dan apabila saya

berada di sekolah kelak saya dapat mengaplikasi ilmu yang saya perolehi. Cara

menguruskan sebuah ahli kumpulan dengan mengambil kira keperluan semua orang

tanpa menyinggung perasaan mana-mana ahli juga turut saya pelajari.

Page 3: Refleksi Keseluruhan Ppk

Pada 26 Ogos 2013 Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah

bermula secara rasminya. Pada pukul 8 pagi semua guru pelatih telah diminta untuk

berkumpul di hadapanDewan Serbaguna. kami menunggu kedatangan bas dengan

penuh rasa sabar. Bas telah sampai pada pukul lebih kurang 2 petang Selepas itu, kami

telah menyusun semua barang-barang perkhemahan di dalam bas. Sebelum itu,

sebagai ketua AJK Disiplin saya mengambil kehadiran guru pelatih Kadet Pandu Puteri

dan seterusnya saya menaiki bas. Perjalanan selama sejam telah diambil untuk sampai

ke tapak Perkhemahan Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Selepas sahaja sampai ke tapak Perkhemahan kami telah meletak semua

barang kami di satu tempat dan mendengar taklimat daripada ketua Perkhemahan

sebelum memasang khemah. Selepas itu, setiap kumpulan mendapat khemah masing-

masing. Sementara ahli lain memasang khemah , saya dijadualkan untuk masak makan

malam hari itu. Jadi saya dan rakan- rakan lain ke dapur untuk bersedia masak makan

malam. Rakan-rakan yang lain membersihkan khemah tersebut dengan menyapu dan

lap kotoran yang terdapat. Di dalam khemah kami terdapat 5 orang guru pelatih.Dalam

khemah saya, dua orang daripada mereka tidak begitu rapat pada mulanya tetapi kami

menjadi begitu kenal dengan mereka kemudiannya. Kami dapat berkerjasama dengan

mereka sepanjang tempoh perkhemahan ini diadakan. Kebersihan khemah yang kami

tinggal sentiasa dijaga dengan baik. Semangat tolong-menolong antara satu sama lain

juga turut dipraktikan.

Sebelum khemah dibersihkan juga semua guru pelatih telah dipanggil oleh Cik

Rohaiza, Ketua Kem Komanden memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang perlu

diikuti semasa mengikuti perkhemahan ini. Penerangan yang terperinci telah diberikan

kepada semua guru pelatih. Selepas selesai perjumpaan itu, semua guru pelatih telah

pergi sambung kerja dan menyiapkan diri untuk perjumpaan malam nanti . Saya

bersama rakan-rakan yang lain telah bergegas ke kawasan memasak untuk

menyediakan makan malam untuk rakan-rakan yang lain. Selepas menyediakan makan

Page 4: Refleksi Keseluruhan Ppk

malam kami telah mandi dan bersiap sedia untuk makan dan seterusnya pergi ke

tempat perjumpaan untuk mendengar taklimat malam itu.

Aktiviti pertama yang diadakan pada hari pertama ialah perjumpaan semua ahli

unit beruniform yang diadakan serentak. Pada sebelah malamnya, kami bersama-sama

berkumpul di dewan terbuka dan mendengar sedikit taklimat daripada pensyarah

bertugas berkaitan perjalanan perkhemahan ini. Selepas itu, berlangsungnya majlis

perasmian perkhemahan ini. Pensyarah saya memperkenalkan satu permainan bari

kepada kami iaitu Permainan Manito iaitu mencari secret admirer. Aktiviti tersebut

sebenarnya telah dijalankan seawal hari pertama perkhemahan ini berlangsung. Setiap

ahli PPK akan mempunyai seorang manito iaitu orang yang disukai, dan pada masa

yang sama akan ada seorang secret admire. Jadi sepanjang perkhemahan, ahli-ahli

PPK akan saling mengutus surat kepada manitonya dan akan menerima surat daripada

secret admire nya. Itu adalah satu aktiviti yang sangat berahsia dan berseronok. Kami

berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang

selanjutnya pada keesokan harinya.Talimat pada malam itu tamat pada pukul 11.30

malam dan semua guru pelatih dibenarkan balik ke khemah masing-masing untuk

berehat. Pada masa yang sama juga ahli-ahli yang terlibat pada sentri malam

menjalankan tugas mereka.

Pada hari kedua, 27 Ogos 2013 semua ahli PPK bangun seawal 5.30 pagi untuk

membuat persiapan diri. Bagi beberapa orang ahli PPK yang ditugaskan untuk

menyediakan sarapan pagi, mereka telah bersiap lebih awal. Lebih kurang pada pukul

6.30 pagi kami telah diarahkan untuk berkumpul di dataran . Kapten PPK melancarkan

upacara naik bendera bersama lagu Dunia. Selepas sejam, kami pun diberi rehat untuk

sarapan dan mengemas khemah. Pemeriksaan pagi dijalankan oleh pensyarah

pembimbing PPK untuk memastikan khemah dalam keadaan bersih dan teratur.

Seterusnya tepat jam 9.00 pagi, kami dikehendaki berkumpul sekali lagi dan kali ini

kami akan ada taklimat seterusnya. Pada sebelah petang kami menjalakan aktiviti

permainan luas. Setiap patrol diberikan arahan yang tertentu dan perlu menyelesaikan

setiap tugasan yang diberikan. Kami berpecah mengikut panduan arah yang diberikan

dan bergerak mengikut patrol masing-masing. Setiap kumpulan menyediakan

Page 5: Refleksi Keseluruhan Ppk

permainan luas masing-masing dan kami berusaha menyelesaikan semua tugasan

dengan cepat dan perlu kembali ke tempat permulaan permainan. Akhirnya, semua

patrol berjaya melaksanakan permainan luas sebaiknya dan berkumpul bersama

pensyarah pembimbing.

Pada hari yang ketiga, 28 Ogos 2013 kami mengadakan lawatan ke Taman Ular

Sawa dan k e Taman Herba.Semasa di Taman Herba, sebagai penolong kumpulan

pensyarah ada diberikan satu tugasan khas untuk kami iaitu perlu mencari 5 jenis herba

yang boleh makan di Taman tersebut. Walaupun ia adalah satu tugasan yang agak

mencabar tetapi saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah bagi

kumpulan saya. Hal ini kerana, saya tidak begitu mahir dalam mengenali jenis-jenis

herba lagipun nama-nama herba yang agak pelik. Di Taman Ular Sawa pula, saya

berasa sangat takut untuk memasuki kerana saya ia adalah kali pertama, Saya dapat

melihat dan sempat mengambil gambar beberapa spesies Ular Sawa di sana yang

mana boleh disimpan sebagai kenangan ataupun digunakan di sekolah nanti.

Selepas lawatan, kami menjalankan aktiviti masakan rimban menggunakan peralatan

semula jadi. Setiap patrol perlu menyediakan menu masing-masing dan mengikut

kaedah yang telah dipelajari semasa masakan rimba. Saya dalam kumpulan

bekerjasama untuk memastikan hanya perlu memastikan api sentiasa membakar untuk

memastikan bahan yang disediakan masak sempurna. Kami menggunakan idea dan

kreativiti kami sendiri untuk memasak dan menghias masakan kami menggunkan

bahan semula jadi. Selepas masakan, kami bersihkan kawasan tersebut.Pensyarah

nilai masakan dan cara hiasan kami. Terdapat beberapa patrol yang berjaya

memdapat hasil yang baik dan yang selainnya kurang menjadi mungkin akibat tersilap

memasukkan bahan atau kurang atau dari segi hiasan, Walaubagaimana pun kami

berpuas hati kerana dapat mencuba sesuatu aktiviti yang baru. Hasil masakan dan

kuih yang berjaya dihasilkan dikongsi secara bersama-sama.

Pada waktu petang, kami mengadakan aktiviti kawad formasi sebagai permulaan

untuk pertandingan kawad kaki nanti. Walaupun letih namun semua ahli PPK

bekerjasama dengan komanden untuk melatihkan diri mereka. Pada malam tersebut

aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan. Malam kebudayaan ini

boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi Perkhemahan Unit Beruniform kali ini.

Page 6: Refleksi Keseluruhan Ppk

Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua unit beruniform dan pensyarah

pembimbing. Majlis kami pada malam itu dirasmikan dengan gemilangnya oleh

Pengarah Institut Kampus saya dan Ketua Unit Gerko Institut Pendidikan Guru kami

iaitu Encik Ghazali. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum upacara

perasmian ini. Kami dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap kumpulan.

Ianya akan menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu. Tema pada pada

malam itu adalah bebas tetapi hendaklah mempunyai unsur-unsur alam sesuai dengan

tempat perkhemahan kami. Terdapat 4 kumpulan yang membuat persembahan pada

malam itu. Persembahan yang pertama ialah daripada unit beruniform Pandu Puteri.

Sesungguhnya persembahan mereka pada malam itu sungguh memberikan pengajaran

yang berguna kepada semua guru pelatih. Persembahan yang lain pula ialah dari

kumpulan pengakap dengan dikir yang sangat kreatif dan menghiburkan hati. Walaupun

berunsurkan hiburan tetapi terdapat pelbagai mesej yang ingin disampaikan oleh

mereka terutamanya hal-hal yang berkaitan moral.

Pada hari terakhir iaitu 29 Ogos 2013, seperti biasa semua ahli PPK bangun

awal dan bersiap. Kira-kira pada pukul 6.30 pagi kami telah siap berpakaian lengkap

Pandu Puteri dan berkumpul di dataran. Kami mendengar sedikit taklimat daripada

pensyarah pembimbing perkhemahan dan seterusnya diberi masa untuk sarapan dan

menjalankan aktiviti mengikut unit-uniform masing-masing. Selepas itu, semua ahli PPK

balik ke tapak perkhemahan masing-masing dan merobohkan semua khemah dan

mengemas barang serta bersedia untuk pulang. Kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari

semua ahli PPK siap memunggah barang ke dalam bas dan bertolak balik ke IPG.

Sebelu bas bertolak, sebagai Ketua AJK Kebersihan dan Disiplin , saya memastikan

tapak perkhemahan, tandas, dapur, tempat perjumpaan semua berada dalam

keadaaan bersih serta memastikan kehadiran semua ahli PPK sebelum menaiki bas.

Kesimpulannya, pelbagai manfaat dan pengajaran yang saya dapat daripada

mengikuti perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif

kepada diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru dalam

hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi saya suka

akan perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu dalam dada. Memang

Page 7: Refleksi Keseluruhan Ppk

pada mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan perkhemahan ini namun

setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti perkhemahan

ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini.

Perkara yang paling menggembirakan adalah saya telah berjaya mempelajari

ikatan dan simpulan. Saya akan bawa ilmu ini kepada anak-anak murid saya di sekolah

kelak. Banyak perkara yang telah saya pelajari dari segi Jasmani, Emosi, Rohani,

Intelek dan Sosial semasa perkhemahan ini. Saya dapat memupuk sikap bertolak

ansur, sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama antara ahli pasukan ialah

antara perkara yang dapat saya pelajari disini dan saya percaya ianya tidak boleh dijual

beli. Saya akan gunakan ia untuk menjadi insan yang lebih baik dimasa hadapan dan

juga guru yang cemerlang.